Dah jadi lumrah tanggungjawab seorang suami menyediakan kelengkapan rumah buat suri hatinya dan anak-anak. Tapi menjadi sebaliknya buat si isteri ini yang sudahlah jatuh ditimpa tangga pula. Sudahlah dapat suami kedekut, dapat pula ibu mentua yang suka berkira!

Bayangkanlah, hanya berbekalkan RM20 seminggu dari suami, itulah duit dapur itulah juga duit belanja anak. Lepas itu, diugut bercerai pula oleh suami.

Kisah ini telah dikongsikan sendiri oleh seorang Peguam Syarie untuk tauladan kita semua. Mari, sama-sama ambil ikhtibar. Buat si isteri, anda seorang yang kuat dan tabah. Didoakan semoga ada sinar kebahagiaan buat anda kelak.

 

UNGKIT PASAL BELANJA RUMAH, SUAMI UGUT CERAI

Sepertimana yang dikongsikan oleh seorang wanita anak tiga yang mana ketika ini hanya mampu meluahkan rasa sedih di hati sebab tidak bernasib baik seperti isteri-isteri di luar sana.

Apabila diungkit tanggungjawab menyediakan barang dapur, suami akan naik hantu dan ugut cerai jika isteri sibuk meminta-minta. RM 20.00 sahaja dibekalkan seminggu untuk beli barang basah.

Cukup tak agak-agak? Itulah wang belanja dapur yang isteri tersebut dapat setiap minggu. Kalau masak telur kicap, telur sambal suami akan menyindir dengan kata “RM20.00 kau masak ini saja?, baik aku lepak mamak”.

RM20 SEMINGGU TU TERMASUK DUIT POKET ANAK, KESIANNYA ISTERI…

Isteri tidak bekerja selepas berkahwin sebab suami minta isteri memberi tumpuan sepenuhnya kepada rumah tangga. Jaga anak-anak. Memang suami tidak mengizinkan isteri tersebut bekerja.

Isteri tidak berfikir panjang, terus bersetuju untuk berhenti kerja dan duduk di rumah. Tiada langsung wang simpanan. Suami kata mampu tanggung.

Kini RM20.00 itulah termasuk duit poket anak sekolah.

DIRI TAK BEKERJA, IBU MENTUA PANDANG MENANTU DENGAN PENUH BENCI

Mentua pula bila isteri tidak bekerja, tiada gaji sendiri, tengok menantu pun dengan penuh benci. Minta beras pun, mentua suruh ganti semula ikut kiraan berapa mangkuk isteri ambil.

Setiap bulanlah isteri akan ganti semula selepas kakak kepada isteri itu beri bantuan kewangan setiap bulan walaupun tak banyak dalam RM 150.00 sebulan. Kalau tak ganti memang akan kena marah dengan suami.

IKLAN

SAMPAI MACAM ITU SEKALI SI SUAMI ZALIMI ISTERI…

Suami akan kata “pandai pinjam pandai bayar”.

Isteri tersebut sudah makan hati hampir 8 tahun perkahwinannya sampai naik malu dengan keluarga sebelah isteri dan suami. Hidup susah sebab suami kedekut sangat.

Duit habis ke mesin judi dan bayar hutang kawan-kawan suami. Harta suami memang harta suami sahaja dan tak akan berubah jadi harta isteri dan anak-anak.

ISTERI SUDAH PENAT! BUKAN PENAT HILANG HARI INI, ESOK SUDAH HILANG

IKLAN

Kini isteri tekad dan nekad untuk menuntut perceraian sebab sudah tawar hati dengan hubungan suami isteri ini lagi. Perkahwinan sudah jadi huru-hara.

Isteri sudah penat. Penat yang bukannya harini rehat esok sudah hilang, tetapi penat mental & emosi. Tak boleh lagi dibawa berbincang, jika didesak akan bergaduh.

Kalau isteri saja yang perlu buat segalanya, jadi sukar juga untuk isteri memberikan layanan seperti yang diharapkan. Mungkin pada pasangan lain, lain pula ceritanya.

Oleh itu, dengan membuat suatu keputusan secara berlapang dada dan menerima segala nasihat positif meyakini segala konflik dan problem pada hari ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin untuk manfaat bersama yang berkepentingan dalam perkahwinan tersebut.

-Waallahu’alam.

Sumber: Facebook Peguam Syarie : Amalina Adam

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, KELGST5 di sini