Ucapan Happy Birthday dari seorang ibu yang dikenali sebagai Puan Nur Aufa Syaza ini, berbeza sebagaimana ibu-ibu lain mengucapkan dengan penuh rasa ceria dan bahagia. Melalui perkongsian ini, ucapan birthday yang diluahkan penuh dengan emosi  menyentuh perasaan. Apatah lagi, anaknya itu telah kembali kepada sang penciptanya.

Semoga anak syurga ini berbahagia di Taman Syurga Firdausi dan sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah untuknya.


Happy Birthday Auni Dhaniyah, anak syurga ibu

Adik lahir 9 Nov. Dapat balik rumah dalam 20 hari. 26 Nov-27 Jan, Allah dah aturkan supaya masa cuti ibu dihabiskan utk adik sorang je. Ibu duduk dgn adik dkt hospital.

Ibu senang hati duduk dkt hospital sbb nurses, doctors semua layan ibu dgn sgt baik. Ada la 1,2 yg kdg2 buat kita geram, tapi halahhh lupakan je la. Kena ingat, diorang jugak la yg berkhidmat utk anak kita yg sakit ni ha.

Dalam hidup ni kita kena lupakan apa kesilapan yg org buat pd kita, ingat kebaikan diorang je supaya dlm hati tak timbul titik hitam selain titik hitam dosa2 kita. Ok kembali ke cerita.

IKLAN

30 Nov, ibu dapat surat yg adik confirm ada jantung berlubang 9mm. Tapi tengok lah, dalam sakit2 boleh senyum. Pipi boleh tembam. Lidah pun tersentil jugak.

Adik Hanya Hilang Disisi Ibu, Tapi Adik Tak Hilang Dalam Hati Ibu. Happy Birthday Auni Dhaniyah!

27 Jan, Allah dah tarik sikit nikmat ibu utk bersama dgn adik. Adik dah duk dalam ICU. Keadaan adik semakin kritikal. Dah intubate. Tapi sepanjang tempoh intubation tu adik tak diam, nak main2 jugak. Ibu datang je tgk adik, nak borak la. Nak gelak2, senyum. Ishhhhhh.

Adik sepatutnya operate 19hb Feb, tapi sbb CNY tak ada doc yg cukup utk jaga adik after op. Ibu redha. Next confirm date, 25 Feb.

IKLAN

24 Feb. Ibu datang pagi tu, dari jauh dah nampak adik duk aktif. Duk main2 selimut dgn kaki. Ibu sampai je dkt adik, adik beri senyuman yg paling manis dgn ada airmata. Ibu tak sangka, rupanya itulah senyuman yg terakhir adik utk ibu. Lepastu adik terus je tidur.

25 Feb, 2PM. Adik dah nak masuk OT, adik masih tidur. Tak ada main2 lagi. Nurse doctor suruh ibu ayah cium adik. Nurse ingatkan ibu; “Ini usaha kita utk dia hidup dkt dunia. Tapi kalau Allah nak ambil, ibu kena redha ye.” Ibu angguk je. 8PM, adik dah keluar OT.

26 Feb, 2/3AM. Ibu dapat call yg mengatakan adik dah tinggalkan ibu. Allah je tau apa yg ibu rasa saat tu. Kekuatan ibu semua hilang macam tu je.

IKLAN

Tapi bila tgk ayah, kakak auni, family & kawan2 yg ada, kekuatan ibu pelan2 dtg. Ibu sedar ibu perlu teruskan hidup dgn semangat & kekuatan adik dlm hati ibu. Adik hanya hilang disisi ibu, tapi adik tak hilang dlm hati ibu.

 

Adik Hanya Hilang Disisi Ibu, Tapi Adik Tak Hilang Dalam Hati Ibu. Happy Birthday Auni Dhaniyah!

Bermainlah dik di syurga. Moga Allah terus tetapkan hati ibu dgn keredhaan.

Happy Birthday, Auni Dhaniyah. I love you!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI