Garam merupakan salah satu bahan yang sangat penting bagi metabolisme tubuh.Banyak orang menggunakan garam hanya sebagai perasa saja, tapi sebenarnya garam memiliki kegunaan lain yang tak kurang pentingnya. Ramai yang tidak tahu mengenai hal ini.
Ternyata kegunaan garam banyak sebenarnya. Jom baca ni:
♥ Campuran air suling dan garam akan menjadi air saline. Jenis garam seperti ini banyak digunakan hospital untuk infusi.
♥ Mengubati sinusitis. Titiskan pada hidung dengan kandungan air garam untuk meredakan selsema, ini dapat dibeli di farmasi. Atau kamu juga boleh membuatnya sendiri dengan takaran 240 ml (satu gelas) air hangat + ½ sdt garam + ½ sdt baking soda.
♥ Mengatasi gusi yang berdarah. Berkumurlah menggunakan air garam.
♥ Mengatasi jerawat. Campurkan ¼ sdm garam dengan air hangat. Kemudian rendam kapas ke dalam larutan tersebut, lalu tempelkan kapas ke atas jerawat dan biarkan selama 1 minit.
Ads
♥ Untuk detoks kulit. Larutkan secawan garam ke dalam tab mandi yang berisi air hangat. Mandi menggunakan air garam ini boleh mengeluarkan racun dari tubuh.
♥ Mencegah rambut putih dan gugur. Selain itu, garam juga boleh mengatasi kulit kepala yang gatal.
♥ Membersihkan pakaian kotor. Campurkan garam ke dalam mesin cuci ketika mencuci.
♥ Untuk menghilangkan minyak pada selimut, gunakan 1 sdm garam. Selain boleh membersihkan, garam tidak akan merosak selimut.
Ads
♥ Ketika kasut berbau tidak sedap, taburkan garam ke dalam, maka bau peluh yang tidak sedap akan terserap. Kasut yang diperbuat dari getah, pertama kali boleh direndam terlebih dahulu dengan air garam selama setengah hari. Hal ini membuat kasut menjadi lebih tahan lama dan tidak cepat rosak.
♥ Rendam berus gigi ke dalam air garam panas selama 30 minit, maka hal ini akan membuat berus gigi menjadi tahan lama.
♥ Setiap pagi minum segelas air garam, boleh membantu menjaga kesihatan jantung.
Ads
♥ Mengatasi warna stoking kaki yang tidak sama. Masukkan stoking ke dalam air garam panas selama 1 jam. Setelah itu warna akan menjadi sama.
♥ Rendam tuala baru dengan air garam, hal ini boleh mencegah tuala dari terjadinya tahi lalat.
♥ Membersihkan kotoran pada spans yang digunakan untuk mengelap kotoran yang melekat pada kuali. Rendam spans ke dalam air garam selama semalam, keesokan harinya, spans tersebut akan bersih seperti baru.
♥ Mengatasi karat atau efek terbakar pada kuali. Masukkan air dan garam secukupnya, biarkan selama 10 minit.
Sumber : thehealth
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke sampai lengan. Dia tekad untuk keluar dari kepompong kehidupan yang serba sederhana. Pendapatan suami yang hanya cukup-cukup makan.
Ditambah anak-anak kian bertambah, membuatkan empunya diri yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Zaza, mahu mencari alternatif lain.
“Saya terinspirasi dengan Cik Yana yang wanita yang kuat dan tabah. Sendirian membesarkan anak dengan status ibu tunggal ketika itu, namun akhirnya berjaya dalam dunia bisnes.
“Waktu itu saya, saya hanya sekadar dropship. Awal permulaan saya mendapat RM600 seminggu dan bertatih sedikit demi sedikit, daripada ejen kemudian bertukar stokis.
“Hubungan dengan Cik Yana juga sekadar mengenali dan mengikuti kisahnya di media sosial. Daripada sebuah kereta sewa akhirnya kini, Cik Yana berjaya sehingga sekarang. Bahkan, saya terharu apabila dilantik untuk menjadi pengasas bersama Cik Yana.
“Awalnya, Cik Yana bermula dengan produk bayi, kemudian mendapat idea untuk mengeluarkan produk berempah Oden terinspirasi daripada sebuah restoran.
“Sambutan cukup menggalakkan. Awalnya kami fokus melalui online dengan membuat live. Kebetulan kami baru bermula dan memerlukan modal yang banyak.
“Tak sangka daripada situ ramai berminat dan akhirnya daripada situ dapat peniaga baru termasuklah pelanggan yang bertambah.
“Alhamdulillah, kami juga menggunakan selebriti untuk membantu melariskan lagi jualan produk Oden. Kebetulan produk ini tidak mempunyai pesaing yang kuat dibandingkan produk lain,” ujar Cik Zaza sambil memberitahu sehingga kini sudah ada enam perisa produk Oden dan terbaru BBQ Dan kari.
Berniaga tanpa modal takkan berjaya
Berasal dari perkampungan nelayan di Pulau Langkawi. Sehingga umur 18 tahun, dia kemudiannya mengambil keputusan keluar daripada kampung untuk mencari pekerjaan. Selepas berkahwin, Cik Zaza kemudiannya mengikut suami ke Nilai, Negeri Sembilan.
“Ketika itu saya rasa sudah sampai masanya untuk mengubah kehidupan sekeluarga. Mentaliti sesetengah orang, berniaga tanpa modal takkan berjaya.
“Sebenarnya persepsi ini patut dibuang jauh-jauh kena disusuli dengan usaha yang gigih. Gunakan sepenuhnya media sosial yang pada saya percuma sahaja.
“Buang rasa malu dan gunakan dengan usaha yang ada. Dengan mudah kita akan dapat pelanggan. Sebagai contoh penggunaan tiktok.
“Kalau dulu selebriti sahaja terkenal, tetapi kini sudah berubah. Orang biasa pun boleh terkenal menerusi media sosial asalkan bijak dan tahu menggunakan peluang yang ada.
Kegagalan ‘guru’ terbaik untuk berjaya
Mengulas mengenai perancangan akan datang, Cik Zaza bersama Cik Yana bakal mengadakan roadtour di seluruh negara.
Tidak sekadar itu, bagi menghargai pelanggan, pihaknya mengadakan peraduan beli & menang dengan menyediakan hadiah berupa kereta termasuklah Proton Iris, Proton X70 dan juga Perodua Myvi.
“Kami juga mengalu-alukan mereka yang ingin mencuba dalam bidang bisnes bagi menjana pendapatan dengan menjadi ejen mahupun stokis untuk produk Oden Cik Yana.
“Sejujurnya, saya tak terbayang akan sampai ke tahap ini. Kalau dulu tak mampu nak bagi duit kepada keluarga, tetapi hari ini apa yang saya inginkan sudah diperoleh.
“Saya kena fikir jalan dan berniaga adalah cara terbaik. Dan ramai yang keluar dari masalah kewangan adalah melalui berniaga.
“Bahkan ramai yang saya bantu terutama surirumah untuk menjana pendapatan sendiri di mana boleh lahirkan usahawan yang mempunyai pendapat sekurang-kurangnya RM50K sebulan selain ada aset dan simpanan.
“Dalam masa yang sama saya nak tunjukkan pada orang diluar sana, kalau saya boleh lakukan kenapa mereka tak boleh.
“Jangan takut dengan kegagalan kerana ia ‘guru’ paling terbaik, jangan cepat putus asa sebelum mencuba.
“Alhamdulillah setakat ini, ejen dan stokis di bawah jenama Oden Cik Yana sudah menjangkau 15 ribu di seluruh Malaysia serta memasuki lebih kurang 1000 kedai.
“Akan datang, pihak kami merancang untuk mengeluarkan produk stimbot pula,” ujar Cik Zaza lagi.
Kena bijak ‘curi’ masa
Biarpun sibuk dengan urusan bisnes yang memerlukan dia ke sana ke mari selain terlibat dengan pelbagai program bagi mempromosikan produk Oden, namun Cik Zaza tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri dan anak-anak.
“Saya punya tiga orang cahaya mata. Memang saya akui terlalu sibuk dan ‘kekangan’ masa untuk anak-anak dan keluarga kena bijak ‘curi masa’. Kalau dulu saya masuk dalam dunia bisnes sebab nak ubah kehidupan kami sekeluarga.
“Namun kini apa yang saya hajati sudah tercapai, begitupun saya tak mahu duduk dan goyang kaki sahaja. Sebaliknya, kerja tetap kerja.
“Cumanya saya kena bijak membahagikan masa. Mujurlah anak-anak sudah bersekolah dari pagi hingga petang. Jadi waktu itu fokus saya kepada bisnes dan tugas di pejabat.
“Manakala malam saya akan beri keutamaan kepada anak-anak. Selain itu, kalau ada waktu kelapangan, saya akan membawa anak-anak keluar jalan-jalan,” ulas Cik Zaza sebelum menutup perbualan bersama penulis ketika berkunjung ke pejabatnya baru-baru ini.
Kenakan menghirup kuah tomyam yang mempunyai rasa pedas, masam dan pekat pasti memberi kepuasan rasa yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Cukup sempurna nak membuatkan ada yang makan bertambah.
Pun begitu tahukah anda untuk mendapatkan rasa tomyam lebih padu, perlu dimasukkan susu cair di dalam bahan-bahannya. Mungkin ada yang berasa pelik namun menurut cikgu masakan Afy AL Habibi ini, rasanya lebih sedap berbanding tomyam biasa.
“Nama Tomyam Thai cikgu letak sekali sebab ada penggunaan susu cair di dalamnya. Untuk menghidupkan lagi aroma tomyam versi Thai, batang ketumbar serta hirisan daunnya cikgu taburkan juga.”
“Muak tak cikgu masukkan susu?”
“Haa tak pun. Masuk pun tak banyak. Lepas perah limau nipis seimbanglah rasanya. Lagi sedap kot dari tomyam biasa. Okay jom tilik resepi” tulisnya di bahagian kapsyen.
RESEPI TOMYAM THAI
1. Mula-mula sediakan hirisan sayur seperti di bawah:
– sedikit bunga kubis
– sedikit kubis
– 5 biji cendawan shitake
– 1 biji tomato
– 2 batang seledri
– 1/4 batang carrot
– sebatang daun ketumbar
Bahan tumis:
– 1/2 bawang holland
– 3 ulas bawang putih
– 2 hiris lengkuas
– 3 helai daun limau purut
– sehiris halia
– 1 batang serai
– 3 tangkai cili padi
– paste tomyam
2. Panaskan sedikit minyak.
Masukkan bahan tumis tadi. Tumis sehingga naik bau.
3. Selepas memasukkan potongan kecil ayam yang bertulang biarkan seketika. Barulah masukkan dua sudu besar pes tomyam. Guna api perlahan sahaja.
4. Seterusnya masukkan dua cawan air. Biarkan kuah mendidih.
5. Bolehlah masukkan sayur yang keras terlebih dahulu iaitu kubis dan bunga kubis.
6. Untuk sebatikan rasa kuah, sebiji tomato dimasukkan sekali serta akar ketumbar yang dicuci bersih.
7. Untuk rasa kuah menjadi ‘kowww’ masukkn sos cili 1/2 senduk kecil.
Perasakan dengan 1/2 sudu kecil gula. Cikgu suka ada gabungan rasa masam manis dan masin yang cukup. Jika tak suka rasa manis tak perlu letak okay.
Secubit dua garam dimasukkan. Hati-hati kerana pes tomyam sudah tersedia masin.
8. Selepas kuah mendidih beberapa kali, masukkan 1/2 senduk susu cair. Biarkan semua sebati dalam api perlahan.
9. Barulah cikgu masukkan sayur yang mudah melembut iaitu batang seledri, cendawan shitake dan carrot. Tunggu seminit dua sebelum ditutup apinya.
Siap!
Sendukkan dalam mangkuk dan barulah picit asam limau serta taburkan daun ketumbar.
Kecurangan suami di media sosial boleh mengundang dosa, aib dan risiko undang-undang. Ustazah jelaskan kenapa bukti perlu dibawa ke saluran yang betul.