Melayari alam rumah tangga ada pasang surutnya. Ada manis ada pahitnya, ada masa bergurau ada masa bermasam muka.
Namun semua itu asam garam yang akan ditempuhi oleh setiap pasangan suami isteri. Hari ini genap 9 tahun Lan Solo dan isteri melayari alam rumah tangga.
Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan 4 cahaya mata yang comel. Menerusi laman instagramnya, Nur Sheila Hassim atau lebih mesra dengan panggilan Sheila memuat naik perkongsian tersebut.
Ads
MOHD RAZLAN.. . sila pastikan 9 thn lagi pon u pimpin tgn wanita yg sama! . Setia mencintai wanita yg sama.. . Sudi jatuh bangun bersama.. . Menjadi imam utk wanita yg sama.. .
Kekal bg report kat wanita yg sama.. .
Tak lalai utk bg nafkah pd wanita yg sama.. .
Memberi sepenuh perhatian pd wanita yg sama.. .
Share password dan pin atm pd wanita yg sama! .
Gado dan berbaik pon pd wanita yg sama.. .
9 thn kita jaga jodoh sama2.. .
I dgr ada jodoh lain.. .
Ko tunggu.. Aku beranak lagi thn depan.. ??? .
Selamat Hari Kita.. ???? .
Kpd yg berhasrat nk cuba2.. Jgn berani2 nk sondol k.. Aku sondol ko smpi dlm tanah!!! .
Ads
Nampak biasa-biasa sahaja tetap mendalam maksudnya. Apa pun selamat ulang tahun ke 9 Lan dan Sheila. Moga berbahagia hingga ke hujung nyawa.
Ada waktunya sebagai surirumah kita mudah rasa bosan dengan susun atur rumah kita. Dapur antara kawasan yang sering kita olah untuk bereksperimen.
Bukan apa, semua ini bagi menaikkan lagi semangat untuk memasak setiap hari. Menukar langsir dan peralatan baru di dapur sudah menjadi kebiasaan, namun menukar keseluruhan dapur dengan menukar kabinet atau lantai dapur pasti buat hati rasa berbunga riang.
Kalau kreatif lagi anda bolehlah mengikut jejak langkah wanita bernama Nabila Hashim yang memasang wallpaper pada lantai dapurnya yang rosak akibat proses renovasi rumahnya. Menariknya dia hanya menggunakan kos yang cukup murah, iaitu pada harga RM18 sahaja untuk mengubah keseluruhan lantainya. Memang berbaloi. Cantik pulak tu.
Amaran! Ini memang bajet murah sangat, jadi janganlah bajet hasilnya gempak sangat ye. Memang jimat habis ni. Lantai dapur ni jadi buruk sebab dari kesan renovation kat bahagian ni. Ada beberapa kesan mozek yang terpecah.
Sekarang ni kan hot dengan wallpaper. Semua kerja, benda nak guna wallpaper. Kalau nak dibandingkan dengan mengecat, dah tentu la wallpaper lagi senang kan. Tak ada nak kena cuci tangan dengan tinner bagai.
Baru-baru ni, Lima Sen Jaya, dah restock wallpaper baru. Banyak la pilihan dan corak pun cantik. Saya pun terus pilih corak yang sama, 8 gulung corak kayu, 1 gulung corak bunga yang dah pernah beli sebelum ni. Jadi 9 gulung ni saya beli dengan jumlah bayaran
RM18.00 sahaja.
Wallpaper ni sama jenama OLAB yang MR DIY jual dengan harga RM3.50. Tapi kat kedai ni, dia jual RM2. Gila jimat RM1.50!Mana tak orang borong banyakkk.. Memang laku keras la….
Habis licin 8 gulung.
Dah habis ni, rasa lega la…
Tapi wallpaper ni memang nipis je, memang senang sangat terguris. Saya dah prepare untuk kaki kerusi yang juga dibeli di MR DIY.
Kurang la kebarangkalian nak terkoyak tu.
Benarlah apa yang dikatakan, setiap dari anak-anak itu ada rezekinya sendiri. Kehadiran anak juga adalah rezeki selain pengikat kasih sayang dia antara suami dan isteri. Kehadiran mereka memeriahkan suasana di rumah selain ragam mereka yang lucu.
Melalui perkongsian Puan Wan Nurul Melissa, 35, yang mempunyai 10 orang anak dan masih berpantang anak yang ke 10 selepas dilahirkan 22 Julai lalu, kehadiran anak-anak ini dianggap rezeki buatnya dan suami.
“Sebenarnya ramai tak sangka saya ibu kepada 10 orang anak (7 lelaki dan 3 perempuan). Di usia yang masih muda dan dengan keadaan sekarang ini, pergi mana-mana pun bila orang lihat saya bawa anak-anak yang masih kecil ada yang tanya anak sendiri atau anak buah.
“Bila jawab anak sendiri mereka tak percaya tapi bila terangkan baru mereka faham,” katanya.
“Masa mula-mula nak jaga anak ramai memang rasa susah, tapi alhamdulillah Allah sangat mempermudahkan urusan saya dan suami. Anak-anak seolah faham dan mereka jarang nak buat perangai.
“Saya bersyukur dengan membuat bisnes online ni dalam masa sama dapat tengok dan pantau anak-anak. Kami suami isteri bergilir jaga dan pembantu pun akan datang pagi, petang balik,” katanya.
Wan Melisa menyatakan memandangkan dia pun mempunyai 9 beradik dan dari keluarga besar, bila anak ramai lagi seronok. Manakala suami pula ada 4 beradik dan mempunyai kembar.
“Saya juga sangat bersyukur mempunyai anak yang senang dan dengar cakap. Masing-masing dah faham apa perlu buat. Contoh lepas main, makan semua kena kemas. Anak-anak ni bila dah terbiasa dengan disiplin automatik mereka akan faham dan ingat sampai bila-bila.
“Lagi satu, ikatan kekeluargaan antara kami sangat kuat kerana suami sentiasa ingatkan walau apa pun berlaku, masing-masing kena sayang dan sentiasa bertolak ansur satu sama lain.
Tambah Wan Nurul Melissa lagi, anak-anak yang dah besar seolah faham dan akan sama-sama melakukan kerja rumah dan menjaga adik-adik.
“Percayalah bila kita yakin dengan perancangan Allah, rajin mencari rezeki dengan niat untuk membahagiakan keluarga, semua itu dipermudahkan,” kongsinya.
Walau apa pun pendapat, hanya pasangan suami isteri itu saja yang tahu. Hormati setiap pendapat orang lain.
Apa yang penting amanah yang diberikan ini perlulah dijaga dan dibesarkan sebaik mungkin agar semua anak-anak menjadi soleh dan solehah. Bagaimana kita nak mencorakkan anak-anak semuanya dari acuan ibu bapa sendiri.
“Asalnya kami tak plan nak berapa anak kerana suami seorang saja yang bekerja dan saya pula suri rumah saja.
“Sekarang usia anak-anak 14, 11, 9, 8, 6, kembar (4 tahun), 2 tahun lebih, 1 tahun lebih dan yang ke-10 dalam pantang.
Wan Nurul Melissa berkongsi, dia berkahwin ketika usia 20 tahun manakala suami 21 tahun. Dapat anak setahun kemudiannya.
“Sebenarnya saya juga pernah keguguran sebanyak 3 kali. Kalau semua ada sekarang dah 13 orang anak,” katanya.
“Namun betullah orang kata, bila kita melahirkan anak ni setiap dari mereka pembawa rezeki yang tak disangka. Dari saya tak bekerja lepas kehadiran anak-anak saya dapat buat bisnes online dan kini sepenuh masa buat bersama suami.
“Kadang-kadang suara terkuat tu biasa. Tapi anak akan faham sendiri sebelum saya marah. Bagi saya juga ada anak ramai ni mak akan jadi awet muda. Sebabnya sentiasa melayan karenah anak-anak dari pagi sampai malam.
“Buat masa ini, kami akan fokus dan besarkan dulu 10 orang anak. Jika ada rezeki lagi Allah nak bagi kami tak menolaknya,” katanya.
Tak dinafikan anak ramai dan masih kecil memang penat. Jadi sebagai ibu saya memang dah tahu nak urus masa. Mula dari bangun pagi hingga nak tidur malam semua dah ada jadual.
Wan Melissa menambah, dia bersyukur sepanjang mengandung tiada alahan teruk. Cuma dalam trimester pertama saja alahan. Selepas itu dia kembali cergas dan boleh urus anak macam biasa.
Begitu juga melahirkan anak, semua 10 anak saya lahirkan secara normal dan mudah. Macam anak yang ke-10 ini saya lahirkan ketika usia kandungan 38 minggu dan hanya mengalami kontraksi ringan sahaja.
Diuji dengan penyakit kronik seperti kanser, hakikatnya itu suatu dugaan yang cukup besar. Ketika itu semangat juang dan ketabahan diri amat-amat diperlukan dalam melawan penyakit merbahaya ini.
Selain sepanjang tempoh jalani rawatan untuk kembali sihat, bab pemakanan perlu juga diberi perhatian agar kanser tidak menjadi aktif.
Hal ini telah dikongsikan oleh Dr Hamid Arshat untuk info bersama.
Bagi mereka yang telah dilanda penyakit kanser payudara atau pun lain2 jenis kanser dan telah menjalani rawatan, ada beberapa jenis makanan yang dikatakan bolih mengawal pertumbuhan semula dan cegah dari merebak.
1.Marshroom/jamur/cendawan, ia mengandungi sesuatu yg blok enjim aromatase yg diperlukan untuk membentuk hormon estrogen, cendawan jenis shitake.
2. Delima, sekarang ini banyak produk juice delima dipasaran.
3 Blueberries, sukar didapati kerana bukan buah tempatan, lain2 jenis berry pun berkhasiat.
4.Cinnamon/kayu manis, mudah didapati dan memang sering digunakan dalam masakan dan kueh2.
5. Biji anggur extract yg mengandungi resveraterol yg memang banyak khasiat kesihatan. Klinik kita ada NuRev yg bahan utamanya ialah resveraterol. Disamping makanan2 tersebut penting juga amalkan caragaya hidup sihat saperti exercise, relaks, banyakkan baca quran dan zikir
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.