9 Wanita Malaysia Ni Buktikan Boleh Lakukan Apa Sahaja Kerjaya Memecah Monopoli Lelaki!

Share

Pemikiran sempit pada zaman dahulu telah mencorakkan stereotaip wanita bahawa wanita adalah lemah dan tidak boleh berjaya dalam bidang kerjaya yang didominasi oleh orang lelaki.

Namun 9 wanita Malaysia ini membuktikan stereotaip kuno tentang wanita adalah tidak benar dan patut dibasmikan!

Apa yang penting, bagi wanita hari ini seiring dengan pepatah Malayu ada menyebut, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan apa yang penting tepuk dada tanya selera!

Jadi Keluarga kongsikan antara wanita Malaysia hebat yang telah mencipta nama dalam kerjaya yang lazimnya dimonopoli oleh golongan lelaki.

  1. Tan Sri Dato’ Lim Phaik Gan

Tan Sri Dato Phaik Gan atau dikenali sebagai PG Lim, merupakan seorang peguam, diplomat dan duta wanita Malaysia yang pertama. Beliau juga merupakan salah seorang wanita Malaysia pertama untuk menerima ijazah Sarjana Undang-Undang di Girton College, Cambridge, United Kingdoms.

PG Lim telah membina namanya dalam sejarah Malaysia dengan menjadi ahli Majlis Perundangan Negara yang melaporkan Rukun Negara ketika rusuhan 13 Mei dan Parlimen digantung.

Selepas majlis tersebut dibubarkan, beliau dilantik sebagai Duta Besar Malaysia untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations).

 

  1. Anita Yusof

Anita Yusof diiktirafkan sebagai wanita pertama Malaysia yang menjelajah dunia dengan motosikal secara solo paling lama oleh Asian Book of Records pada tahun 2015. Beliau juga merupakan wanita Muslim yang pertama menjelajah dunia dengan motosikal menerusi “Global Dream Ride”.

Beliau telah mengunjungi sebanyak 40 negara dalam masa 370 hari menaiki motosikal Yamaha FZ150i.

  1. Nor ‘Phoenix’ Diana

Nor ‘Phoenix’ Diana merupakan seorang ahli gusti pro wanita pertama yang berjaya memenangi kejohanan Malaysia Pro Wrestling (MYPW).

Perhatian orang ramai berjaya ditangkap bukan sekadar kerana memenangi kejohanan (MYPW) malah juga kerana penampilannya yang berhijab membuat ramai orang kagum dan bangga.

Beliau adalah antara 12 belia Malaysia yang disenaraikan dalam 7 daripada 10 kategori Forbes 30 Under 30 Asia 2020.

  1. Major Patricia Yapp Syau Yin

 

Inilah wajah hero “air force” Malaysia yang sebenar! Mejar Patricia Yapp Syau Yin adalah juruterbang wanita pertama untuk menggunakan pesawat pejuang MiG-29.

Beliau kini berkhidmat sebagai jurulatih penerbangan di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

  1. Profesor Datuk Dr. Mazlan Othman

Profesor Datuk Dr. Mazlan Othman adalah pakar Astrofizik wanita pertama di Malaysia. Beliau terkenal dalam bidang penyelidikan dan pembangunan kajian Astronomi negara untuk penyumbangannya. Beliau juga merupakan satu-satunya wanita dalam bidang Astronomi dan Profesional Astrofizik di Malaysia.

Kini, beliau menawarkan kursus Astronomi di universiti untuk pelajar prasiswazah turut aktif mempromosikan Sains Angkasa.

  1. Nur Izzati Athirah Mohamad Yusoff

Nur Izzati Athirah Mohamad Yusoff merupakan seorang jurukimpal di tengah laut sejak umurnya 21 tahun. Kerja-kerja kimpalan laut adalah satu pekerjaan yang amat sukar dan berbahaya kerana melibatkan persekitaran berisiko tinggi serta keterlihatan yang minimum.

Pekerjaan tidak mudah tetapi Nur Izzati telah membuktikan bahawa jantina tidak menghalangnya untuk mencapai impiannya.

  1. Joyce Heng Shu Xia

Gadis Sabahan ini yang bernama Joyce Heng Shu Xua merupakan “Wonder Woman” di kalangan bidang “Superman” dengan kejayaannya mencapai juara bagi kategori wanita bagi Static Worlds Championship 2019 di Gold Coast, Australia.

Beliau juga berjaya memenangi Pertandingan Orang Kuat di beberapa negeri dan negara seperti Brunei Darussalam.

  1. Sazaimah Sai’on

Sazaimah Sai’on telah menyertai kursus automotif di Pusat Latihan Perantis Mercedes-Benz Malaysia yang sedang mencari 24 mekanik muda untuk dijadikan perantis pada tahun 1955 setelah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Disebabkan minatnya terhadap bidang automotif, kini Sazaimah berjaya menjadi ketua mekanik bengkelnya sendiri.

  1. Rosniza Ghazali

 

Rosniza Ghazali merupakan wanita pertama membimbing bidang pemanduan di Kelantan setelah menyertai kursus GDL Bersendi (treler), melatih lori Kelas E dari Jentera Berat Berantai Kelas 1 pada tahun 2012.

Kini, Rosniza kembali berkhidmat di Institut Akademi Memandu Anda Melor sejak 2012.

Semoga para pembaca diluar sana mendapat inspirasi dari artikel hari ini untuk menjadi sehebat wanita-wanita di dalam senari ini. Ingat, wanita boleh!

Sumber: Majalah Remaja 

ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!

 

 

IKLAN