Umum mengetahui bahawa penyanyi, pelakon dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi, 36, selamat mendirikan rumah tangga dengan usahawan bertaraf jutawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.
Dengan sekali lafaz, Heliza sah menjadi isteri kepada Mahadi dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, jam 11.11 pagi ini. Heliza menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.
Majlis meraikan pasangan ini juga turut mendapat perhatian warganet. Salah satunya ucapan daripada Prof Dr Muhaya yang bukan calang-calang orangnya.
Ucapan penuh makna itu telah dikongsikan oleh pengguna facebook, Nur Hanisah telah menarik perhatian warganet.
Jom ikuti pesanan Prof Dr Muhaya kepada pengantin baru ini. Barangkali ia juga boleh menjadi panduan buat kita semua untuk terus kekalkan kebahagiaan rumah tangga.
Suka saya dengar ucapan Prof Dr Muhaya dalam majlis resepsi Heliza Helmi semalam. “Ija, remember this word, LOVE. Kalau nak bahagia rumah tangga, mesti LOVE;
L – Listen to your partner O – Overlook the mistake V – Voice out the appreciation E – Constant effort.
Ads
Love is a verb, not a noun. So practice unconditional love.”
Ulang kali saya pause, rewind dan catit poin bermanfaat yang dikongsi. Ya! Saya juga perlukan tip ini!
“And to all the man out there, do you know what a lady needs? Remember this acronym, C-U-R.
A woman needs to feel she’s cared for, she’s understood and she’s respected. Ingat tu Mahadi anak bonda, eh.”
Satu dewan ketawa dengar lawak bonda yang bersahaja. “And Ija, masa Ija text bonda beritahu rahsia nak kahwin tu, bonda cakap apa dengan Ija? Ija ingat tak?”
Ads
Hehe. Comel je bonda tanya lagak seorang ibu kepada anaknya sendiri.
“A man needs a TAA. T-A-A”
Sekali lagi, poin penting untuk saya! T – Trust A – Appreciate all the time A – Accept them for what they are “And ayat power to all the partners, siapa yang dah kahwin, baru kahwin cakap apa?” “You are not perfect. But you are perfect for me.” Ahaha!
“Satu lagi Ija, sebelum tidur always minta maaf pada suami, terima kasih pada suami. Dan letak prioti kita always Allah, Rasul, suami.”
Subhanallah. Bestnya pergi majlis ada selawat, pengisian ilmu, dan nasyid macam ni. Saya tak pergi. Tumpang dengar je dari tepi.
Nur Hanisah Cinderella terlepas majlis lagi. P/s: Jemput ke channel telegram saya untuk selalu baca kisah inspirasi yang menjentik hati. Join sini 👉🏻 t.me/DrNurHanisah
Kenapa anak-anak suka kucing? Kucing adalah haiwan yang begitu comel. Ia adalah antara haiwan peliharaan yang disukai oleh kanak-kanak selain arnab, ikan dan hamster. Telatah kucing yang nakal dan manja amat mencuit hati si kecil yang membuatkan ramai yang ingin peliharanya.
Bila anak minta hendak bela kucing, ramai ibu bapa agak keberatan. Pelbagai alasan yang diberi kepada anak termasuk faktor kebersihan, alahan dan sebagainya. Namun hakikatnya, memelihara haiwan mampu mendidik kanak-kanak menjadi seorang positif dalam pelbagai aspek.
Anak Nak Bela Kucing
Berpeluang menemu bual Ong Chiek Ming, Mars Petcare Country Director, Malaysia, Singapura dan Filipina berpendapat walaupun kucing tidak mampu berkomunikasi secara verbal namun ia mempunyai cara tersendiri untuk berkomunikasi dengan peliharaan kesayangan. Malah si kecil akan tidak kekok memeluk, mencium dan ‘mendukung’ kucing tersayang.
“Adalah penting untuk kita menanamkan rasa tanggungjawab dan pemikiran yang tepat kepada kanak-kanak ketika mereka masih muda kerana pada usia ini mereka cenderung untuk bertanya kepada ibu bapa dan mahu memelihara haiwan peliharaan mereka sendiri.
“Memiliki haiwan peliharaan boleh menjadi sangat bermanfaat untuk kedua-dua ibu bapa dan kanak-kanak apabila pemilik memahami tanggungjawab dan tahu bagaimana mahu menjaga haiwan peliharaan mereka dengan betul.
“Pemahaman yang disampaikan ketika masih muda ini akan kekal sehingga dewasa untuk memupuk tabiat yang baik,” ujarnya ketika ditemui di Program CSR ‘Jom Sayangi Haiwan Kita” yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Seafield 3, Subang Jaya, Selangor pada awal tahun lepas.
Pendapat ini turut disokong oleh Doktor Susan, iaitu seorang Doktor Veterinar mengenai memupuk tabiat yang baik kepada kanak-kanak. Berikut adalah antara manfaat-manfaat yang di peroleh jika ibu bapa membenarkan si manja memelihara kucing sebagai haiwan kesayangan.
Doktor Veterinar Nasihat Ibu Bapa Beri Galakan
Ikuti ENAM info ini dikongsi sendiri oleh Doktor Susan Wan Mei Ki
1.Meningkatkan keyakinan diri
Apabila haiwan peliharaan bermain bersamanya, anak-anak akan berasa diri lebih dihargai. Dengan ini, keyakinan diri si kecil dipengaruhi oleh perasaan positif yang terbentuk oleh haiwan peliharaannya.
2.Prihatin kepada orang lain
Si kecil juga didedahkan dengan sikap bersimpati, menghormati pendapat dan perasaan orang lain serta bertimbang rasa. Mana tidaknya, jika kucing lapar, si kecil akan memberikan makanan dan minuman. Jika perilaku kucing nampak kelainan, si kecil tahu bahawa ‘teman kesayangannya’ sakit.
3.Mendidik
Anak yang diberi kebenaran untuk menjaga haiwan peliharaan dari kecil dilihat lebih berkeyakinan diri, pandai berkongsi, bekerjasama, bersifat berbelas kasihan, lembut hati dan sentiasa sedia berkongsi kegembiraan.
4.TERAPI EMOSI
TERAPI EMOSI YANG SANGAT BAIK UNTUK SI CILIK. INI KERANA MEMELIHARA SEEKOR KUCING UMPAMA MEMILIKI SEORANG SAHABAT YANG BAIK DAN SETIA. MALAH IA AKAN MEMBUATKAN SUASANA YANG MENYERONOKKAN BUAT SI CILIK APABILA MELAYAN KARENAHNYA.
5.Sikap tanggungjawab
Biarpun penjagaan kucing dilakukan oleh ibu bapa, namun ia mengajar anak anda erti sikap tanggungjawab. Anak anda akan menyedari bahawa haiwan peliharaan memerlukan penjagaan sama seperti yang diperlukan manusia.
6.Menyemai sikap kasih sayang
Haiwan peliharaan adalah cara terbaik untuk menyemai sikap kasih sayang terhadap makhluk lain dalam diri kanak-kanak. Mana tidaknya, setiap pagi bangun tidur atau ke tadika akan memeluk dan mencium kucing tersayang. Pengalaman ini memberikan kesan positif kepada sikapnya.
Tahukah anda karektor kucing ialah:
1.Aktif
2.Manja
3.Suka main
4.Bersendirian
Info
*Merupakan haiwan yang boleh digunakan dalam merawat pesakit yang menghidapi trauma. Kanak-kanak autisme juga didapati memberi respons yang positif dalam sesi terapi dengan kucing”.
*Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang terdedah kepada anjing dan kucing sukar mendapat alahan berbanding mereka yang tidak memiliki haiwan peliharaan di rumah.
Memang patut biarkan anak bela kucing kerana ia terapi buat anak sekali gus memberi kesan kepada perkembangan anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu bapa memainkan peranan dalam mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak. Dalam masa yang sama juga perlu memastikan hal ehwal anak-anak tidak diabaikan sekali gus mengelakkan mereka terjebak dengan perkara yang negatif yang mengundang impak kepada masa depan mereka.
Namun tidak bermakna anak-anak dimanjakan sehingga ‘naik lemak’. Bak kata pepatah sayangkan anak tangan-tangankan. Justeru dalam mendidik ibu bapa kena pastikan anak-anak hormat dan tahu batas mereka. Kerana itu juga anak-anak perlu ajar membuat kerja supaya mereka tidak meletakkan semuanya di atas bahu ibu bapa.
Jika tidak mahu anak tersalah langkah, waktu kecil lagi mereka perlu dididik supaya bila dewasa kelak tak menjadi raja. Perkongsian lelaki ini sangat bermanfaat untuk semua!
Didik anak sebagai ‘hamba’. Bila baca nampak agak ‘kasar’ tapi itulah hakikat mendidik anak zaman sekarang. Tak boleh ikut macam ibu si Tanggang, manjakan anak sampai anak jadi raja dan ibu jadi hamba. Salah didikan cara begini. Kalau mahu anak yang taat, mesti didik anak sebagai seorang hamba.
Mungkin tak ramai setuju dengan kenyataan ini. Terutama ibu bapa yang melihat bahawa anak tersebut perlu dicurah kasih sayang bak menatang minyak yang penuh. Pernah tak anda melihat senario di mana si ibu sibuk membuat kerja-kerja di rumah, seperti membasuh, mengemop lantai, memasak malah mengemas bilik si anak. Walhal, si ibu ada dua tiga orang anak dara yang duduk bersenang lenang di depan TV, atau mengadap smartphone .. atau berchating depan laptop?
Nah .. apabila disuruh untuk tolong …. terus merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai-cincai sebab terpaksa. Lagi teruk, anda yang angkat kaki .. merajuk dan tarik muka .. hanya kerana meminta untuk tutup air jerangan di dapur. Uhh .. kepala digeleng sepuluh kali pun tak jadi apa… hurmmm..
Tak kurang juga anak lelaki, mana mahu nak buat kerja-kerja yang selalu dilakukan oleh perempuan? Hilanglah macho .. rasa macam kelakian kena sagat kat atas tar jalanraya .. erkk.
Anak Jadi ‘Raja’ Sebagai Berleluasa Budaya anak menjadi raja semakin berleluasa sekarang. Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi ‘hamba’ sejak dari kecil. Ramai pasangan ibu bapa yang terlalu manjakan anak. Kehendak anak semua dituruti, al maklumlah .. berkemampuan lebih dan tak terima BR1M. Harga barang naik pun tak ada hal .. anak minta itu ini, diberikan sahaja .. agar dapat “I Love U Daddy …”.
Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka. Ya ibu bapa kaya berharta .. tapi nak sampai berjaya begitu .. bukan mudah.Ada anak-anak ni ambil tahu? Mereka tidak diajar untuk memamahami bagaimana keadaannya bila ditempat ibu bapa mereka… jadi bagaimana nak tahu, bagaimana nak appreciate? Ini Alasan Banyak …. Bila ada beritahu .. jangan manjakan anak. Ini alasan mereka …
“Kesian anak tu kecik lagi..” “Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?” “Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je..”
Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi “hamba” kepada anak sampai ke tua. Bila anak jadi begini, kita kata mereka anak derhaka … nah, pi tempeleng diri sendiri … dari mana mereka itu datang kalau nasi tidak tumpah ke kuah?
Bukan itu sahaja…
Ada anak yang dah kahwin beranak pinak pun masih menyusahkan mak pak. Benda ni berlaku, dan saya sendiri dah banyak kali lihat dengan mata kepala sendiri .. bukan dari drama TV slot Akasia ye ..
Betul. Ini terjadi dalam dunia masa kini .. baju laki bini anak beranak si emak yang basuh. Umur dah lebih 30 tahun kot …
Makan lak … laki bini anak beranak … mak yang masak. Nak beli sesuatu kat kedai, diminta si ayah yang dok bertongkat pergi belikan. Adeh ..
Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedari kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila sudah jadi dewasa. Kalau buatpun, tak ikhlas dan hanya lakukan secara terpaksa. Mereka akan buat hanya bila disuruh.
Anak-anak yang telah dewasa, berumah-tangga, beranak-pinak ini akan jadi raja kerana tiada kesedaran dalam diri mereka. Mak bapak menjadi hamba mereka. Apa yang mereka tahu … selagi mak bapak ada, selagi itulah mereka terus bergantung hidup …
Saya bukan mahu para ibu bapa untuk dera anak. Dalam Islam sendiri pun ada tingkatan cara didik anak ini. Guna sahaja tips dan panduan yang telah Nabi Muhammad S.A.W sarankan. Jika nabi kata pukul .. maka pukullah .. jika nabi kata ajarkan anak sholat .. maka ajarkanlah.
Ibu bapa harus sedar, bermula dari anak berumur 2 tahun, mereka perlu dipupuk dan dididik supaya menjadi ‘hamba’. Arah mereka lakukan sesuatu, paksa mereka. Jangan terlalu lembut hati.
Usah terlalu kasihankan anak Jangan terlalu memanjakan anak Ajar mereka erti susah payah sejak kecil Ajar mereka tentang kerja rumah Ajar mereka erti kehidupan Pupuk kesedaran dalam diri mereka Ajar anak perempuan kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah. Didik anak perempuan mengenai kebersihan, terutama kebersihan diri. Anak lelaki kena biasakan mereka untuk ringan tulang. Ajar juga anak lelaki untuk membuat kerja-kerja seperti bertukang, betulkan paip air, siram pokok dan macam-macam lagi. Kalau boleh, ajar juga perkara yang anak perempuan buat seperti memasak. Tak ada salah, malah nanti akan jadi satu bonus sebagai seorang lelaki dewasa.
Anak kita, acuan kita. Ajari dan didik mereka dengan kasih sayang tapi perlu tegas dan pastikan mereka ikut arahan.
Biar dididik sebagai hamba, jangan bila dah besar jadi raja. Dan paling ditakuti, bertukar menjadi anak derhaka, yang dimurkai oleh Allah S.W.T
Sumber: www.hasrulhassan.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Adat resam dalam perhubungan mesti ada perselisihan faham, gaduh-gauh manja gitu. Kan? Begitulah yang dikongsikan oleh pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say yang menyifatkan ini satu perkara yang normal dan sekiranya perkara tersebut tidak berlaku, mungkin ada yang tidak kena dengan perkahwinan tersebut.
Berkongsi dalam perkongsian di Instagram miliknya, bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut mendedahkan momen lucu sewaktu dia dan isteri bertelagah gara-gara bercerita tentang bekas kekasih baru-baru ini.
” Mungkin ada yg ingat perhubungan sy & wife perfect, indah belaka takde perselisihan, bahagia sokmo kentut tak bau well let me tell u, perkelahian dalam perkahwinan itu satu KEWAJIPAN.
” In fact ni baru je lepas kelahi sebab sy terjumpa instagram ex sy & sy tercerita kat bini yg “owh ex i dah ada 2 anak sorang boy sorang girl, cukup dah korum” pastu bini mintak tengok ig ex sy pastu die cakap not bad ex u & sy reply “mestilahhh, kalau tak cun bukan namanya ex i” pastu paaap terus muka bini berubah, suara dia menggarau.” tulisnya.
Katanya lagi, setiap pasangan mempunyai cara yang tersendiri untuk menyelesaikan setiap berbalahan yang berlaku di dalam rumah tangga.
” Sy ingat dia chill bila sembang bab2 ex sebab sy chill ja bukak topik ex2 dia but i was wrong. Dan sy hanyalah typical suami yg kalau berkelahi, para suami akan resort to menyepi berdiam diri sebab orang cakap dont fight fire with fire maka bila bini tengah pokpek pompam on fire, sy choose water yakni tak bersuara langsung tapi it made things worst.
” Tapi mujur bini sy jenis persistent, dia tau sy jenis tak cakap mulut maka dia whatsapp sy buat segala luahan hati & sy xtau pasaipa reply whatsapp lagi senang dari cakap depan2 maka sy reply whatsapp dia mintak maaf bagai & here we are enjoying our “we time” together.” tambahnya.
Dalam pada itu, Dr. Saya turut menasihatkan para pasangan yang ingin berumah tangga untuk melangkapkan diri dengan ilmu atau memperbanyak bertanya kepada mereka yang lebih arif.
” Ada yg takut nak kawin takut dapat pasangan yg tak sepadan. Well marriage is like starting a new career/ a new business yg mana theres gonna be uncertainties, akan ada ups & downs cuma what u can do is to equip yourself with knowledge & tanya orang yg lebih arif/ senior in that particular field/ business.
” Sama macam marriage kalau boleh kenal isi hati budi pekerti bf/ gf & reaksi bf/ gf kita masa dia marah & tanya mak ayah kita pasal pasangan kita & from there kita decide yg adakah he/ she “THE ONE” for us. Alhamdullilah as for now & sy harap till Jannah my wife is my perfect fit. Tobat tak sembang pasal exs dah pasni ahaha,” jelasnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata terhibur membaca kisah tersebut selain turut mendoakan agar perkahwinan Dr. Say dan isteri akan berkekalan hingga akhir hayat.
Sekadar informasi, selepas hampir lapan tahun mendirikan rurnah tangga, Dr. Say dan isterinya, Dr. Azura Abas telah pun dikurnia dua orang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aezril dan Sefrel.
Dr Hannan Medispa sumbang inkubator neonatal RM80K, "Arwah anak saya pernah dirawat di NICU." Hannan Medispa Sdn Bhd telah menyumbangkan dua unit inkubator neonatal bernilai RM80,000 kepada Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian.