Berkongsi ilmu menanam kunyit hinggalah boleh menghasilkan serbuk kunyit sendiri daripada saudara Akmal Al Yahya ini dapatlah kiranya dimanfaatkan.
Ini perkongsiannya.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sebelum kita ke perkongsian kali ini,
izinkan saya memperkenalkan diri terlebih dahulu.
Saya lebih mesra dikenali dengan panggilan Akmal dan buat masa ini sedang mengusahakan sebuah kebun kecil bersebelahan dengan rumah saya yang saya nama kan dengan nama ‘Kebun Lokal’.
Di Kebun Lokal, tiada sebarang Racun Kimia Rumput/Racun Kimia Serangga dan Baja berunsur Kimia (termasuk baja kopi dan Baja AB) yang kami gunakan.
Dan itulah tujuan asalnya saya mula berkebun, iaitu untuk menghasilkan sebuah bank makanan bagi keluarga kecil saya.
Baiklah.
Jom kita ke tajuk utama perkongsian kali ini ya. Kami menanam kunyit berdekatan dengan Green Cone Compost saya.
Lebih mudah kerana tanah sekitar Green Cone Compost telah dibekalkan dengan tanah kompos secara semula jadi, hanya dari bahan lebihan dapur.
Ini lah hasil tuaian yang lepas.
Alhamdulillah. Kalau tak salah, ada juga dalam 8-12 bulan baru sesuai di tuai hasilnya.
Perlu diingatkan, jika tuan/puan suka menuai daun kunyit maka rizom yang terhasil akan lebih kecil berbanding dengan pokok kunyit yang tidak selalu dituai daunnya.
Berdekatan dengan pokok Kunyit, kami tanam juga halia dan kacang tanah secara bersilang-silang.
Alhamdulillah, nampak gayanya mereka menjaga adik beradik mereka dengan baik.
Ads
Untuk mendapatkan daun kunyit yang besar dan menghijau. Kami tanamnya di tempat yang teduh, seperti berdekatan dengan pokok yang besar supaya cahaya matahari tidak terus ke kawasan tanaman kunyit kami.
Rizom yang telah mengeluarkan daun kami keratkan dan asingkan untuk disemai semula bagi tanaman akan datang.
Dengan cara ini, kami mampu menjimatkan masa untuk semaian kunyit dan mengurangkan peratusan semaian daripada gagal bertunas.
Ini lah rupa rizom kunyit yang telah mengeluarkan daun.
Mengikut pengalaman kami, rizom yang telah berdaun perlu dikerat dalam sebesar ibu jari dari rizom asal agar tumbuh dengan baik.
Baik, ini pula proses untuk membuat serbuk kunyit.
Pertama, bersihkan rizom kunyit dari tanah yang melekat, sebersih-bersihnya. Kami gunakan berus gigi tau, licin semuanya di kerjakan.
Ads
Langkah seterusnya adalah rizom kunyit tadi direbus/dikukus dalam jangka masa 45 minit. Kemudian dipotong halus-halus bagi memudahkan proses jemuran kelak.
Mengapa perlu rebus/kukus?
Jika kita tanam sendiri maka kita tahu baja yang kita gunakan.
Proses rebusan atau kukus ini bertujuan untuk melucutkan segala macam jenis kandungan baja yang tertinggal.
Jika baja kimia mungkin tak berapa kita geli. Tetapi kami khuatir jika baja tersebut daripada baja urea, baja tinja ayam, kambing atau lembu yang diproses masih ada pada rizom.
Jika tuan/puan nak skip bab rebus/kukus ini boleh sahaja. Terpulang lah ye.
Kunyit yang telah dipotong tadi, dijemur pula.
Elakkan dari jemur terus di bawah sinaran matahari, paling baik di bawah pokok atau garaj kereta.
Lebih baik begitu. Oh daun kunyit tadi jangan pula dibuang ya.
Ads
Daun kunyit ini sama ada tuan/puan boleh masukkan ke dalam rendang atau pun balut sahaja pada ikan atau daging yang hendak dikukus atau dibakar. Aroma daun kunyit ini memang menaikkan selera. Percaya lah. Harga daun kunyit di pasaran juga boleh tahan.
Setelah 5 hari, ini lah rupa kunyit yang telah dikeringkan.
Masukkan ke dalam pengisar, kisar sehingga betul-betul lumat.
Tapiskan dan ayak kunyit yang telah dikisarkan tadi.
Serbuk kunyit yang terhasil adalah serbuk kunyit paling baik digunakan kerana tiada sebarang pengawet malah tiada sebarang pewarna tambahan juga pada serbuk kunyit ini
Simpan serbuk kunyit tadi di dalam balang yang kedap udara, jika ada balang kaca jauh lebih baik dari balang plastik.
Ini pula rizom yang berdaun tadi. Kami lebih suka semai dahulu sementara menunggu batas untuk sedia untuk digunakan.
Kami dapati ada beberapa rakan menanam kunyit menggunakan kaedah hidroponik tetapi lebih kepada penghasilan daun kunyit berbanding rizom kunyit.
Walaubagaimana pun, terpulang pada tuan/puan tentang aplikasi kaedah tanaman pilihan masing-masing ya. Sehingga di sini sahaja perkongsian saya kali ini.
Sejuk perut ibu yang mengandung. Demikian ungkapan yang sesuai digambarkan kepada wanita yang bertuah ini. Memiliki anak ramai namun kesemuanya berjaya adalah satu pencapaian yang cukup hebat.
Enam dari 8 anak wanita ini berjaya bergelar hafiz dan menghafaz 30 juzuk al-Quran. Hebatnya cara didikan ibu bapa anak-anak ini.
Berkongsi tip dan rahsia anak-anaknya berjaya, akui Nor Latifah Abdul Rahman, 50, dari Teluk Kalong, Kemaman, selain menjadikan bacaan al-Quran amalan harian, pemakanan anak-anaknya juga dijaga dengan rapi.
“Saya mula perdengarkan bacaan ayat suci al-Quran kepada anak-anak sejak mereka dalam kandungan, selain jaga makan bagi menguatkan daya ingatan,” demikian kata ibu kepada lapan anak ketika diminta berkongsi amalan dilakukan sehingga enam daripada lapan anaknya kini bergelar hafiz 30 juzuk al-Quran.
“Saya akan pastikan mereka ambil susu kambing dan madu. Badam pun baik untuk daya ingatan anak-anak.
“Saya juga akan pastikan mereka makan makanan yang saya masak. Kalau pergi mana-mana, memang saya bawa bekal dari rumah,” katanya lagi.
Nor Latifah berkata demikian dalam satu majlis sempena Haflah Takrimi Akademi Al-Quran Amalillah kali pertama di Taman Tamadun Islam (TTI), hari ini.
Pada majlis itu, anaknya, Engku Sofiah Engku Saharuumnizam, 14, dinobatkan sebagai pelajar cemerlang setelah berjaya menguasai 30 juzuk al-Quran dalam tempoh lima bulan 10 hari di Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) yang beroperasi di Bukit Payong, Marang.
Selain Engku Sofiah, lima lagi anaknya yang telah menyempurnakan hafalan 30 juzuk al-Quran ialah Solehah Radhiah, 25; Engku Mahmud Nasri, 23; Engku Muhammad Luthfi, 20; Engku Ahmad Syafiq, 17; Engku Sofiah, 14 dan Engku Daud Shauqi, 12.
Menurut Nor Latifah, dia dan suaminya yang merupakan seorang pesara, Engku Saharuumnizam Engku Abd Aziz, 57, tidak kisah berbelanja besar demi pendidikan anak-anak.
“Disebabkan memilih hantar anak-anak ke pusat pengajian swasta, secara kasar, belanja sekolah kelima-lima mereka dalam RM3,000 setiap bulan.
“Suami saya tak kisah anak-anak nak ambil jurusan apa sekalipun, asalkan ayat-ayat al-Quran tersemat di dada,” katanya yang kini berkhidmat dengan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kijal.
Sumber: Sinar Harian & Gps Bestari
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Desas-desus mengenai kemelut rumah tangga pasangan ini berakhir apabila pelakon dan usahawan Fizo Omar melafazkan cerai terhadap isterinya, Mawar Abdul Karim.
Ikatan perkahwinan selama enam tahun pasangan itu terlerai apabila Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 34, melafazkan talak satu terhadap Mawar, 30, pada pukul 10.55 pagi.
Lafaz cerai Fizo dibuat di hadapan Hakim Syarie, Che Abdullah Che Hassan.
“Ini bukan satu pengakhiran, tapi permulaan yang baru bagi saya dan Mawar untuk menjalankan tanggung jawab dan amanah dalam membesarkan anak kami.
“Kami berdua baik-baik sahaja, dan saya percaya hubungan kami akan lebih rapat untuk sama-sama membesarkan anak kami.
“Sehingga hari ini kami masih baik. Penceraian bukan satu benda baik, tapi sekiranya takdir Allah pada kita bergantung pada tindakan kita untuk mendapat hasil,”ujar Fizo yang tidak menolak andai ditakdirkan berjodoh kembali.
Dalam pada itu Mawar menafikan wujud ego, harta mahupun orang ketiga dalam tercetusnya penceraian.
“Ini adalah pengorbanan yang paling besar untuk hidup saya buat hidup Fizo sekeluarga. Saya korbankan kasih sayang saya untuk Fizo sekeluarga. Tidak timbul soal ego atau harta tetapi saya reda dan pasrah. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
“Sebagai wanita pasti semua sayangkan rumah tangga dan cuba selamatkannya. Tetapi sepanjang 6 tahun mencuba saya pasrah dan reda. Mungkin sampai sini sahaja untuk saya mencari ‘chemistry’ dengan Fizo sekeluarga.
“Fizo seorang yang bertanggung jawab, anak, abang dan adik yang baik terhadap keluarganya,” ujar Mawar yang mendapat hak penjagaan anak tunggal mereka, Wan Maryam.
Mawar sebelum ini memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 5 Julai lalu.
Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sudah pasti ramai penggemar ikan tengiri jeruk. Biasanya kita hanya membeli di kedai tapi kini, anda boleh melakukannya di rumah saja.
Ikan tenggiri jeruk ini dimasak begitu saja atau dimasak bersama sayur kailan memang menyelerakan.
Bagi yang bercadang nak buat, ikut resipi ini, sangat mudah.
Langkah pertama
Hari pertama: Pergi pasar beli ikan tenggiri. Saya beli anak tenggiri ja. Balik siang bagi bersih. Jemur 2 jam.
Langkah ke dua
Lepas 2 jam celup ikan dalam cuka pastu buh dalam bekas taboq dengan garam dan asam keping. Simpan selama 7 hari. Saya simpan dalam peti ais kalau nak simpan luar pun tak ap.
Hari ke tujuh : Ambil isi ikan yang dah dijeruk buh dalam botol, Buang air yang ada, isi minyak masak. Selepas 7 hari baru boleh masuk botol dan isi minyak. Siap dah tenggiri jeruk.
Keluarga: Selamat mencuba! Boleh lah masak sayur kailan ikan masin, sedapnya!