Bagi yang mengenali Jojie Aminuddin, pasti tahu ini beliau adalah kakak kepada penyanyi yang juga ratu rock negara.
seorang budak perempuan kecil berkulit putih gebu. Itulah dia Maryam, anak angkatnya bersama suami, Syahrizal Ismail. Media hiburan sebelum ini ada berkongsi kisah Jojier yang mengambil seorang anak angkat perempuan.
Menurut Jojie, anak angkat tersebut yang diberi nama Maryam Syahrizal di ambil ketika usianya baru dua minggu dilahirkan. Lebih bermakna lagi, kehadiran si kecil ini dalam keluarga Jojie adalah pad Hari istimewa iaitu Hari Arafah kira-kira tiga tahun yang lalu. Jojie sebelum ini pernah hamil pada tahun 2016 namun keguguran ketika kandungan baru memasuki 3 bulan. Kini memasuki usia 3 tahun, Maryam sudah ada pengikutnya sendiri. Jangan tak tahu, si comel ini mempunyai akaun IG sendiri dan pengikutnya juga boleh tahan ramai, iaitu sebanyak 12.8 ribu. Keletahnya yang bijak dan wajah yang comel membuatkan ramai yang terhibur. Rata-rata memuji walaupun Maryam masih kecil namun sudah kelihatan cantik, dengan mata bulat dan senyumannya yang manis, siap ada yang kata boleh jadi model.
Pelakon dan pengacara Eleena Sui memaklumkan berita gembira dimana dirinya kini sedang hamil anak pertama selepas empat tahun mendirikan tangga.
Apa yang lebih istimewa lagi , berita merupakan hadiah sempena ulang tahun perkahwinannya yang keempat pada 4 Februari lalu.
Dalam pada itu, Eleena mendedahkan sepanjang proses kehamilan dia terpaksa menghadapi dugaan apabila berlaku empat kali tumpah darah.
“Semalam (4 februari) adalah ulang tahun perkahwinan keempat kami dan untuk memperingati bertahun-tahun kami bersama, Faisya dan saya dengan gembira mengumumkan kami bakal menimang cahaya mata sulung.
“Walaupun hampir 4 kali tumpah darah dan setiap minggu ke hospital, Alhamdulillah, saya sudah memasuki trimester ke-3. Insya Allah, kami menjangkakan kelahiran pertama pada bulan Ramadhan yang akan datang ini.
Dalam pada itu, Pengacara Hlive ini turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat mengenai dirinya ketika proses kehamilan ini.
“Kami menerima banyak kasih sayang dan ucapan yang baik ketika kami berkongsi berita gembira ini dengan keluarga dan rakan rapat kami,” ujarnya lagi di laman instagramnya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana menghormati privasi saya. Saya tahu ada yang sangat risau dan bertanya di mana saya berada dan bertanya adakah saya baik-baik saja. Jangan risau, ibu dan bayi baik-baik saja!
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan rakan karib yang telah menjaga saya semasa Faisya tiada, anda tahu siapa anda! Sayang kalian!
“Sentiasa mendoakan kami dalam doa anda dan doakan agar Abah dapat bersama kami sebelum Mommy POP!.
Eleena dan suaminya, Ahmad Faisya Datuk Mohd Bustaman mendirikan rumah tangga pada tanggal 4 Februari 2017.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet teruja mendengar perkhabaran tersebut. Mereka turut mendoakan semoga segala urusan bakal ibu ini dipermudahkan sehingga melahirkan.
Sudah tentu ramai mengenali nama Hairul Azreen, seorang pelakon ‘Hero Malaya’ yang sering membintangi filem-filem aksi tempatan iaitu Paskal, Polis Evo 2 dan Wira.
Tidak dinafikan lagi, lakonan aksi oleh Hairul Azreen di layar perak sememangnya begitu hebat.
Namun pada masa yang sama kisah keluargannya turut mendapat perhatian peminatnya. Sejak kebelakangan ini, keluarga bahagia ini sering dilihat bersama orang kaya di Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan.
Ramai yang tahu bahawa mereka telah mendapat jemputan menaiki kapal mewah dan jet peribadi yang mendapat tajaan percutian mewah daripada Tan Sri Vincent Tan.
Terbaru Hairul memuat naik beberapa keping gambar dan video yang memaparkan dia dan ibu ayahnya dijemput menghadiri jamuan makan bersama hartawan itu.
Momen manis itu, bukan sahaja membuatkan peminat teruja, namun paling mengejutkan bahawa wajah ayah Hairul dikatakan mirip pengasas Berjaya Corporation Berhad.
Dengan kapsyen ringkas Hairul memperkenalkan ayahnya dan Vincent Tan disertakan usia mereka.
“Saya kenalkan Tan Sri Vincent Tan & abah saya Idris Ali @eddyris”
Abah 71 tahun. Tan Sri 70 tahun. This year.”- Hairul Azreen
Melihat gambar dan video yang dikongsikan di akaun media sosial pelakon aksi lasak itu, ramai pengguna sosial media memberi komen mengakui bahawa ayahnya dan jutawan berkenaan mempunyai wajah yang sama.
Susahnya mengikuti program penurunan berat badan menyebabkan ia sering gagal serta membuat ramai orang lebih tertekan. Namun, terdapat beberapa cara yang baik untuk menurunkan berat badan.
Sebenarnya, menurunkan berat badan bukan perkara yang mudah. Agar tidak memberi tekanan yang lebih berat dan besar pada pengamalnya, adalah lebih praktikal untuk ikuti cara yang sederhana dan menyenangkan. Contohnya seperti berikut:
Menari
Jika anda tidak suka ke pusat kesihatan atau gim untuk melakukan aerobik mahupun latihan kardio, cubalah untuk menari. Menari boleh membakar lebih kurang 500 kalori. Selain bergerak, menari juga dapat membantu hormon endorfin sampai ke otak. Hormon ini berfungsi menjadikan orang lebih berasa senang dan bahagia. Tambahan pula, menari adalah cara yang menyenangkan untuk membuat tubuh tetap sihat dan membantu menurunkan berat badan.
Jalan kaki
Jalan kaki di pagi hari boleh menjadi cara yang menyenangkan untuk menurunkan berat badan. Selain membakar kalori, jalan kaki juga boleh membuat fikiran dan tenaga segar sepanjang hari.
Bermain dengan anak
Aktiviti ini sering dipandang remeh sesetengah ibu bapa. Sebenarnya bermain dengan anak yang aktif bukan sahaja menggembirakan tetapi juga membuat anda berpeluh di samping membantu menurunkan berat badan. Tidak perlu berlama-lama, cukup luangkan satu jam sehari untuk bermain dengan anak anda yang aktif.
Berenang
Meluangkan masa berenang setiap hari selama setengah jam sudah cukup untuk menurunkan berat badan secara bertahap.
Memasak
Masyarakat moden sekarang lebih memilih makan di luar sama ada di restoran biasa mahupun di restoran makanan segera berbanding memasak sendiri di rumah. Ini mungkin disebabkan memasak sendiri mengambil masa yang agak lama. Mungkin mudah dan tidak perlu bersusah payah memasak dan mengemas dapur tetapi sebaliknya memasak makanan sendiri bukan sahaja menyihatkan tetapi juga cara yang baik untuk menurunkan berat badan.
Membuat kerja-kerja rumah
Membasuh, mengemas rumah, menyapu, mengelap lantai dan sebagainya antara kerja-kerja rumah yang lazimnya kini dilakukan oleh pembantu rumah. Apa kata sesekali anda melakukan sendiri kerja-kerja tersebut. Ini akan membantu secara sederhana untuk menurunkan berat badan.
Info kesihatan
Perlu diketahui, keperluan kalori bagi wanita sekitar 1500 – 1900 kkal manakala bagi lelaki pula 1900 – 2400 kkal. Pada umumnya, kalori digunakan untuk menunjukkan jumlah tenaga yang terkandung dalam makanan. Kalori boleh diperoleh daripada pengambilan makanan yang mempunyai sumber karbohidrat, lemak dan juga protein.
Jumlah kalori dalam makanan diperlukan untuk menghitung keseimbangan tenaga. Apabila jumlah kalori yang dimakan kecil dari kalori yang digunakan, berat badan akan berkurang kerana cadangan tenaga dari lemak akan digunakan. Sebaliknya, apabila jumlah kalori yang masuk lebih besar dari kalori yang digunakan, berat badan akan meningkat.
Kelebihan tenaga yang masuk juga akan disimpan sebagai lemak pada tubuh. Seterusnya, pengumpulan lemak yang berlebihan ini boleh meningkatkan risiko berlakunya hipertensi, obesiti, penyakit jantung, strok dan diabetes.
Tunggu apa lagi, batasi kemasukan kalori di dalam tubuh anda. Jangan lupa untuk berolahraga. Sekecil mana sekalipun olahraga anda, walaupun hanya berjalan kaki ia sudah mampu untuk menurunkan berat badan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.