Apabila menyebut mengenai ‘mengidam’ ni tentu terbayang akan wanita yang sarat hamil. Lazimnya dalam tempoh kehamilan ini selain ‘morning sickness’, ada segelintir wanita mempunyai keinginan yang pelik.
Begitu juga dengan wanita ini yang mengidam konsep dekorasi rumah serba merah jambu. Memetik laporan Harian Metro, Wan Nor Susy Susanthi Wan Abdul Nasir, 35, berkata, pengalaman mengandung anak ketiganya, Nur Amanda Sufi Mohd Amirul, 1, berbeza dengan dua anak lain.
“Jika orang lain mungkin mengidam makanan tertentu tetapi saya mengidam untuk memiliki rumah berkonsepkan ‘pink farm house’.
SUAMI SOKONG
Katanya lagi, dek mengidam warna ‘pink’, dia sanggup memujuk kawan pejabatnya untuk membeli periuk nasi baru untuk bertukar dengan periuk nasi lama miliknya yang berwarna merah jambu.
Dalam pada itu, dia bersyukur mendapat mendapat sokongan penuh daripada suami, Mohd Amirul Md Ghani, 36, serta dua anaknya, Muhammad Amiruddin, 8, dan Muhammad Aamir Rizqi, 5.
Ads
TERAPI HILANGA TEKANAN
Kesibukan dengan urusan kerja tidak menghalang minat terhadap dekorasi dengan tema ‘pink’.
Penjawat awam ini menjelaskan bahawa jika orang lain mungkin akan keluar bercuti pada hujung minggu bersama keluarga tetapi dia lebih suka duduk di rumah.
“Aktiviti menghias rumah, mengemas serta mencantikkan rumah seolah-olah sebagai terapi yang mampu menghilangkan tekanan.
“Saya suka melihat koleksi barang dapur terutamanya berwarna merah jambu tersusun kemas serta sentiasa rapi.
Ads
Katanya lagi, pemilihan dekorasi berkonsepkan ‘pink farm house’ dipilih kerana jarang dijumpai selalunya konsep ‘farm house’ menggunakan kombinasi warna hitam dan putih saja.
“Jika diikutkan warna merah jambu memang warna kegemaran sejak kecil tetapi bila digabungkan merah jambu serta putih nampak lebih ceria.
Ads
“Konsep ‘farm house’ atau rumah ladang ini juga lebih kepada membuat label pada barang hiasan supaya kelihatan lebih kemas tersusun.”
Mungkin ada antara ibu bapa kurang mengambil berat akan hal penjagaan gigi kepada anak-anak. Sehinggakan gigi anak-anak rosak teruk.
Peningkatan usia anak serta pengambilan pelbagai jenis makanan seperti makanan manis, jus, coklat, keropok dan sebagainya tanpa dikawal antara penyebab berlakunya masalah kerosakan gigi dikalangan kanak-kanak.
Makanan manis yang diambil oleh anak sejak kecil misalnya boleh menyebabkan masalah seperti gigi berlubang, mudah rapuh dan kehitaman serta menyebabkan bau mulut yang tidak menyenangkan.
Baca perkongsian Dr Hannani Murni Indah Kamarudin mengenai masalah gigi rosak pada kanak-kanak berusia tiga tahun akibat pengambilan susu yang mengandungi banyak kandungan gula.
Beberapa kali post saya sebelum ni..menekankan pilihan yang baik untuk anak-anak. Pilih susu yang baik, pilih makann yang baik Cheat day tu ok laaa sekali sekala, tapi kalo hari-hari cheat day???
Mak ayah tak nak susah.. Malas nak berperang atau terpedaya dengan iklan- di kaca tv. Atau merasakan ilmu-ilmu parenting tak penting? Saya pun tak faham.
Ni saya sajikan, gigi pesakit saya. Baru 3 tahun. Gigi dah semuanya rosak!!! Semua ok!!!
Saya tanya mak dia, Kenapa teruk sangat rosak gigi?? Dia cakap sebab dia minum “kurmak@k@” dia tak nak susu lain.. dia tidur pun mesti nak kena minum kurma*^#% niii sehari 6 botol wajib!”
Post saya sebelum ni saya ada share kandungan gula dalam kurma$&@) (bukan nama sebenar). Gula yang banyak adalah bahaya untuk manusia. Tapi susah nk educate mak ayah. Kenapa suka beli benda tu??
Sebb ada kurma?? Sebab murah? Sebab anak suka?? Orang yang jual benda tu kadang hanya nak tarik pelanggan je.. Berapa percent kurma dia letak, kurma sendiri dah cukup manis Tambah gula lagi?? Mana anak tak ketagih gula??
Kesian anak ni.. hari-hari nangis sebab sakit gigi
“Tulaaa doktor..saya ingat nanti saya cuti ni nak bawak datang kat sini nak cabut gigi dia smua nii”
Nak dicabut semua??
Hmmm Cuba awak pergi cabut sebatang?? Mc berapa hari?? Ni awak nak cabut semua gigi tu sekali gus?? Well done mother????
Banyak penyakit yang disebabkan oleh gula. Kesan anak sukar focus dalam task. Boleh lead to hyperactive disorder.
Anak boleh dapat kencing manis lebih awal. Malah ada pesakit saya ketagih gula. Mesti nak minum air gas. Budak baru umur 8 tahun… Mak dia kerja restoran.. entahlaaa
Kadang masyarakat kita, kalau disajikan dgn iklan makanan sunnah Diiktiraf rasulullah lagi, dari mekah, dalam alquran tanpa selidik tanpa dikaji mesti nak beli
Saya bukan anti makanan sunnah Tapi bukan sekali saya jumpa dan melaporkan “mknan sunnah” ni ke pusat racun negara.. sekali ade steroid dan bahan terlarang… Bukan sekali Bukan sekali….
Kalau nak makan kurma gi la beli kurma! Kalau nak makan buah zaitun buah tin.. beli zaitun itself.. Kenapa nak dicampur adukkan ditambah perisa dan ditambah stabilizer dan dijadikan amalan?? Sebab… senang… Dalam satu sudu ade 23 herba dan makann sunnah kan… Hebat betul!!
Sekarang semuanya di hujung jari Bukak cek, kalau tak tahu tanya Kami kan ada #kamisediamembantu
Oleh itu, amat penting untuk ibu bapa mendedahkan anak menggosok gigi sejak kecil secara teratur.
Beberapa teknik boleh dipraktikkan oleh ibu bapa untuk si kecil. Antaranya adalah:-
AJARKAN SEJAK KECIL
Membiasakan menggosok gigi pada anak akan lebih mudah jika anda melakukannya sejak kecil. Anda boleh membiasakan sejak anak belum tumbuh gigi lagi. Contohnya, setiap kali mahu mandi boleh gosokkan dengan kain basah atau berus gigi lembut.
MEMBIARKAN ANAK MEMILIH BERUS DAN UBAT GIGI SENDIRI
Untuk memupuk minat anak supaya mudah gosok gigi, beri peluang pada anak untuk memilih berus dan ubat giginya sendiri. Dengan pelbagai bentuk dan warna yang ada pasti anak-anak akan teruja dan secara tidak langsung lebih bersemangat untuk menggosok gigi.
JADIKAN WAKTU MENGGOSOK GIGI MENYERONOKKAN
Jelaskan pada anak kepentingan menggosok gigi adalah untuk mengelak kuman yang boleh melekat pada gigi. Jika tidak gosok, gigi akan sakit. Gunakan teknik penceritaan agar anak rasa seronok dan tidak takut untuk ke hospital bagi membuat pemeriksaan gigi secara berkala.
GOSOK GIGI BERSAMA
Mengajar anak untuk menggosok gigi tidak cukup dengan teori. Anak juga perlu tahu yang ibu bapanya turut melakukan hal yang sama. Untuk itu, tidak salahnya ibu bapa meluangkan masa menggosok gigi bersama anak. Dari situ anak akan faham yang aktiviti ini sangat penting untuk semua peringkat umur dan ibu bapa boleh menunjukkan cara yang betul untuk menggosok.
Daun kesum ini adalah antara tanaman yang wajib ditanam di halaman rumah di dalam pasu. Ia merupakan bahan masakan yang menjadi penyedap masakan terutama masakan asam pedas dan laksa.
Jika sebelum ini asyik beli di kedai apa kata cuba menanam pula.
Cara nak tanam bukan susah tapi kena ada ilmu sikit.
Nak tahu, caranya, ikuti perkongsian lelaki ini menerusi facebook miliknya, Mohd Amri.
Ikuti lanjut caranya:
TIPS MUDAH TANAM KESUM DALAM PASU.
Bahan:
1. Kesum
2. Tanah campuran
3. Baja TPF atau baja AB, atau mana mana baja yang sesuai.
4. Kawalan serangga terutama untuk kawal bena putih.
CARA TANAM:
1. Ambil beberapa batang pokok kesum. Boleh didapati sama ada dari lebihan yang beli di pasar, atau boleh didapati di mana mana sahaja, minta izin dahulu.
2. Buang daun-daun yang kering, lurutkan sahaja. Boleh patahkan juga cabang-cabang muda.
3. Pastikan cabang-cabang tiada bena putih. Saya akan buat semburan terus untuk kawalan bena putih.
4. Sediakan tanah campuran. Sebaiknya jangan isi sebarang baja lagi. Cucuk batang kesum yang dibuat pada langkah 1.
5. Cucuk banyak-banyak, supya memenuhi pasu. Baru nampak banyak bila dah membesar nanti. Hehe.
6. Setelah cucuk, terus siram air kosong sampai lencun dan letakkan di bawah pokok lain atau bahasa mudahnya tempat redup selama 9-10 hari sehingga pokok tegak.
7. Kebiasaannya, 4 hari pertama pokok akan layu sebab baru dipindah ke tempat baru. Tunggu dahan yang dicucuk tadi tegak. Maksudnya, akar dah keluar.
8. Setelah pokok tegak, barulah siram air baja TPF mengikut sukatan oleh pihak penjual. Atau boleh tabur mana-mana baja yang dibeli, mengikut sukatan.
9. Jangan lupa bagi air yang cukup, jangan biarkan pokok kesum kering. Pokok kesum sinonim dengan pokok kuat “minum” air.
10. Kawalan seperti bena putih boleh dilakukan seminggu sekali sama ada menggunakan cuka kayu atau mana mana bahan yang sesuai.
Selamat mencuba!
Sumber: Mohd Amri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau dah namanya anak selebriti, ke mana sahaja kaki melangkah , apa yang dipakai semuanya menjadi perhatian.
Apalagi kalau bergelar anak kepada penyanyi nombor satu negara. Penangan bergelar anak Tokti, tempias glamour turut dirasai Siti Aafiyah Khalid, puteri dan anak sulung kepada pasangan sejoli Dato Sri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohd Jiwa.
Terbaru, pasangan ini meraikan majlis hari lahir Aafiyah kali ketiga dalam satu majlis yang berlangsung mengikut SOP tapi tetap meriah.
Majlis yang berlangsung sehari lebih awal itu diraikan bersama dengan pelancaran produk minuman kesihatan Beaukids kolaborai Beausiti X WonderLab serta majlis pelancaran single lagu kanak-kanak terbaharu, Medley Klasik Siti 1.
Di dalam majlis tersebut, Aafiyah tampil manis dalam persalinan gaun merah jambu sambil memandu sendiri kereta ferrari memasuki ruang dewan berkenaan sambil disambut oleh tetamu dan juga ahli keluarga.