Berkongsi ilmu menanam kunyit hinggalah boleh menghasilkan serbuk kunyit sendiri daripada saudara Akmal Al Yahya ini dapatlah kiranya dimanfaatkan.

Ini perkongsiannya.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebelum kita ke perkongsian kali ini,
izinkan saya memperkenalkan diri terlebih dahulu.

Saya lebih mesra dikenali dengan panggilan Akmal dan buat masa ini sedang mengusahakan sebuah kebun kecil bersebelahan dengan rumah saya yang saya nama kan dengan nama ‘Kebun Lokal’.

Di Kebun Lokal, tiada sebarang Racun Kimia Rumput/Racun Kimia Serangga dan Baja berunsur Kimia (termasuk baja kopi dan Baja AB) yang kami gunakan.

Dan itulah tujuan asalnya saya mula berkebun, iaitu untuk menghasilkan sebuah bank makanan bagi keluarga kecil saya.

Baiklah.

Jom kita ke tajuk utama perkongsian kali ini ya. Kami menanam kunyit berdekatan dengan Green Cone Compost saya.

Lebih mudah kerana tanah sekitar Green Cone Compost telah dibekalkan dengan tanah kompos secara semula jadi, hanya dari bahan lebihan dapur.

A To Z Lelaki Ni Kongsikan Cara Tanam Kunyit Hinggalah Tuai & Hasilkan Serbuk Kunyit Sendiri. Hebatlah!

Ini lah hasil tuaian yang lepas.
Alhamdulillah. Kalau tak salah, ada juga dalam 8-12 bulan baru sesuai di tuai hasilnya.

Perlu diingatkan, jika tuan/puan suka menuai daun kunyit maka rizom yang terhasil akan lebih kecil berbanding dengan pokok kunyit yang tidak selalu dituai daunnya.

A To Z Lelaki Ni Kongsikan Cara Tanam Kunyit Hinggalah Tuai & Hasilkan Serbuk Kunyit Sendiri. Hebatlah!

Berdekatan dengan pokok Kunyit, kami tanam juga halia dan kacang tanah secara bersilang-silang.

Alhamdulillah, nampak gayanya mereka menjaga adik beradik mereka dengan baik.

IKLAN

Untuk mendapatkan daun kunyit yang besar dan menghijau. Kami tanamnya di tempat yang teduh, seperti berdekatan dengan pokok yang besar supaya cahaya matahari tidak terus ke kawasan tanaman kunyit kami.

A To Z Lelaki Ni Kongsikan Cara Tanam Kunyit Hinggalah Tuai & Hasilkan Serbuk Kunyit Sendiri. Hebatlah!

Rizom yang telah mengeluarkan daun kami keratkan dan asingkan untuk disemai semula bagi tanaman akan datang.

Dengan cara ini, kami mampu menjimatkan masa untuk semaian kunyit dan mengurangkan peratusan semaian daripada gagal bertunas.

A To Z Lelaki Ni Kongsikan Cara Tanam Kunyit Hinggalah Tuai & Hasilkan Serbuk Kunyit Sendiri. Hebatlah!

Ini lah rupa rizom kunyit yang telah mengeluarkan daun.

Mengikut pengalaman kami, rizom yang telah berdaun perlu dikerat dalam sebesar ibu jari dari rizom asal agar tumbuh dengan baik.

Baik, ini pula proses untuk membuat serbuk kunyit.

A To Z Lelaki Ni Kongsikan Cara Tanam Kunyit Hinggalah Tuai & Hasilkan Serbuk Kunyit Sendiri. Hebatlah!

Pertama, bersihkan rizom kunyit dari tanah yang melekat, sebersih-bersihnya. Kami gunakan berus gigi tau, licin semuanya di kerjakan.

A To Z Lelaki Ni Kongsikan Cara Tanam Kunyit Hinggalah Tuai & Hasilkan Serbuk Kunyit Sendiri. Hebatlah!

IKLAN

Langkah seterusnya adalah rizom kunyit tadi direbus/dikukus dalam jangka masa 45 minit. Kemudian dipotong halus-halus bagi memudahkan proses jemuran kelak.

Mengapa perlu rebus/kukus?

Jika kita tanam sendiri maka kita tahu baja yang kita gunakan.

Proses rebusan atau kukus ini bertujuan untuk melucutkan segala macam jenis kandungan baja yang tertinggal.

Jika baja kimia mungkin tak berapa kita geli. Tetapi kami khuatir jika baja tersebut daripada baja urea, baja tinja ayam, kambing atau lembu yang diproses masih ada pada rizom.

Jika tuan/puan nak skip bab rebus/kukus ini boleh sahaja. Terpulang lah ye.

Kunyit yang telah dipotong tadi, dijemur pula.

A To Z Lelaki Ni Kongsikan Cara Tanam Kunyit Hinggalah Tuai & Hasilkan Serbuk Kunyit Sendiri. Hebatlah!

Elakkan dari jemur terus di bawah sinaran matahari, paling baik di bawah pokok atau garaj kereta.

Lebih baik begitu. Oh daun kunyit tadi jangan pula dibuang ya.

IKLAN

A To Z Lelaki Ni Kongsikan Cara Tanam Kunyit Hinggalah Tuai & Hasilkan Serbuk Kunyit Sendiri. Hebatlah!

Daun kunyit ini sama ada tuan/puan boleh masukkan ke dalam rendang atau pun balut sahaja pada ikan atau daging yang hendak dikukus atau dibakar. Aroma daun kunyit ini memang menaikkan selera. Percaya lah. Harga daun kunyit di pasaran juga boleh tahan.

Setelah 5 hari, ini lah rupa kunyit yang telah dikeringkan.

A To Z Lelaki Ni Kongsikan Cara Tanam Kunyit Hinggalah Tuai & Hasilkan Serbuk Kunyit Sendiri. Hebatlah!

Masukkan ke dalam pengisar, kisar sehingga betul-betul lumat.

Tapiskan dan ayak kunyit yang telah dikisarkan tadi.

A To Z Lelaki Ni Kongsikan Cara Tanam Kunyit Hinggalah Tuai & Hasilkan Serbuk Kunyit Sendiri. Hebatlah!

Serbuk kunyit yang terhasil adalah serbuk kunyit paling baik digunakan kerana tiada sebarang pengawet malah tiada sebarang pewarna tambahan juga pada serbuk kunyit ini

Simpan serbuk kunyit tadi di dalam balang yang kedap udara, jika ada balang kaca jauh lebih baik dari balang plastik.

A To Z Lelaki Ni Kongsikan Cara Tanam Kunyit Hinggalah Tuai & Hasilkan Serbuk Kunyit Sendiri. Hebatlah!

Ini pula rizom yang berdaun tadi. Kami lebih suka semai dahulu sementara menunggu batas untuk sedia untuk digunakan.

Kami dapati ada beberapa rakan menanam kunyit menggunakan kaedah hidroponik tetapi lebih kepada penghasilan daun kunyit berbanding rizom kunyit.

Walaubagaimana pun, terpulang pada tuan/puan tentang aplikasi kaedah tanaman pilihan masing-masing ya. Sehingga di sini sahaja perkongsian saya kali ini.

Sumber : Akmal Al Yahya

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI