Setiap antara kita pasti ada impian ingin dicapai dalam hidup ini, agar dapat mengecapi bahagia di dunia dan akhirat.
Selain perlu berusaha untuk merealisasikan impian, pastinya juga mengharapkan doa yang dipohon dari Allah dimakbulkan.
Menyentuh tentang doa, ustaz Khairul Anuar Basri ada jelaskan ada 4 perkara ini wajib ada dalam doa kita.
Apakah itu, jom baca perkongsian daripadanya.
4 benda yang wajib ada dalam doa kita. 4 benda ni wajib kena selalu minta dengan Allah :
Rahmat
Tanpa rahmat Allah, siapa la kita. Dengan rahmat Allah juga, manusia masuk syurga.
Rahmat ni macam blessing la. Restu dari Allah. Bila Allah restu, segala kerja buat kita jadi lancar. Bila Allah restu, takde masalah yang tak boleh diselesaikan.
Bahasa orang muda, rahmat macam payung. Ke mana kita pergi, apa kita buat, semuanya dalam perlindungan Allah.
Nikmat
Ads
Banyak benda boleh jadi nikmat. Kadang-kadang kecil, kadang-kadang besar. Kadang-kadang kita nampak, kadang-kadang tidak. Kadang-kadang benda kita suka, kadang-kadang benda yang kita benci.
Tanpa nikmat, hidup jadi tak lengkap. Hanya dengan nikmat saja, kita akan rasa senang. Senang diri, senang hati. Semua tu nikmat dari Allah.
Jadi kena minta Allah bagi kita nikmat. Nikmat dunia dan nikmat akhirat.
Hidayah
Ini benda yang sangat penting. Nikmat dalam iman dan Islam. Nikmat berada di jalan yang benar lagi lurus. Nikmat yang didambakan oleh seluruh manusia di alam ini.
Jangan take for granted. Mentang-mentang kita dah lahir sebagai Islam, Allah bagi hidayah kat kita. Tak semestinya begitu.
Ads
Sebab tu Allah ajar kita selalu supaya minta Allah tunjukkan kita jalan yang lurus. Walaupun kita dah pun dalam agama Islam.
Hidayah itu milik Allah. Dia boleh bagi kat siapa Dia nak bagi. Dia juga boleh cabut hidayah dari siapa yang Dia nak cabut.
Siapa yang Dia bagi hidayah, tiada siapa lagi yang boleh menyesatkan. Siapa yang Dia sesatkan, tiada siapa lagi boleh memberinya hidayah.
Taufiq
Taufiq ni bahasa mudahnya ialah kekuatan. Istiqamah dalam melakukan kebaikan dan pahala adalah contoh kekuatan.
Ads
Bukan senang nak jaga iman. Bukan senang nak jaga solat. Bukan senang nak jaga diri dari buat benda haram. Bukan senang nak jaga hati dari riya’, ‘ujub, takabbur dan tidak ikhlas.
Sebab tu kena minta taufiq dari Allah. Kita ni tiada daya tiada upaya melainkan dengan izin Allah. Maka selalu la minta Allah perkuatkan diri kita. Agar kita kuat buat apa Allah suruh dan kuat untuk tinggal apa yang Allah larang.
Ya Allah, rahmatilah hidup dan mati kami.
Ya Allah, kurniakan nikmat kepada kami di dunia dan akhirat.
Ya Allah, campakkan hidayahMu kepada kami dan janganlah engkau palingkan hati kami setelah diberikan kepada kami hidayahMu.
Ya Allah, berilah kami taufiq agar kami kuat dengan segala macam cabaran di dunia. Hanya kepadaMu kami berserah dan bertawakkal.
Seperti yang kita sedia maklum, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sememangnya disayangi rakyat jelata kerana sifat baginda yang berjiwa rakyat.
Sikap baginda yang selalu turun padang dan mengambil berat mengenai hal rakyat sangat menyenangkan.
Namun semalam tular di laman sosial sebuah video, baginda kelihatan sedang beramah mesra sambil memberikan sumbangan kepada orang ramai.
‘Ini untuk awak,color rambut balik,’ titah baginda sambil menghulurkan sampul kepada seorang pemuda dengan fesyen rambut seperti animasi Naruto.
Pemuda itu kemudiannya tampil ke depan untuk merakam swafoto bersama baginda sebelum membuka topi rambut palsu berkenaan yang biasanya dipakai oleh peminat cosplay.
“Topi! Saya kena tipu la. Bagi duit untuk potong rambut… Allahuakhbar. Cuba cabut tu,” baginda bertitah sambil meletakkan tangan di dahinya.
Seri Paduka Baginda kemudiannya menitahkan agar mereka mengambil gambar bersama buat kali kedua.
Gelagat Agong yang ketawa berdekah bila mengetahui rambut tersebut adalah topi, mengundang tawa pengunjung yang berada di situ melihat aksi baginda yang terkena ‘prank’ secara tidak sengaja oleh lelaki berambut ala watak anime Naruto.
Di ruangan komen, ramai netizen turut memuji sikap merendah diri baginda yang disifatkan sangat dekat dengan hati rakyat.
“Terbaik Agong pun. Allahuakhbar. Bagi duit suruh potong rambut, kena ‘prank’ dengan rakyat.
Ada sesetengah orang, suka menanam pokok dan jadikan sebagai hobi. Tak kiralah sama ada pokok perhiasan di luar rumah, ataupun pokok buah-buahan. Kalau pokok buah, dapat hasil boleh makan kan? 2 in 1 lah katakan!
Tapi… Tak semua bernasib baik pokok yang ditanam membuah hasil dengan cepat. Ada kalanya sampai makan tahun! Waktu tu, mula lah rasa frust.. Tak tahu mana silapnya.
Jangan sedih-sedih, jangan kecewa. Jom kita amalkan doa yang diajar oleh seorang pengguna Facebook ini memberitahu ini antara doa yang boleh diamalkan ketika menanam pokok.
Pesan beliau jangan marah atau menyalahkan sesiapa jika pokok yang ditanam tidak berbuah langsung. Sebaliknya sebelum tanam digalakkan membaca doa ini dengan memulakannya bersama Bismillah dan Selawat sebanyak 3 kali. Insya-Allah ada rezeki nanti.
Doa Tanam Pokok
– Berselawat dulu sebanyak 3 kali
– Mulakan dengan Bismillahirohmanirohim
– Diikuti dengan doa.. ‘Subhaanalwaarisu al baa isu’..
Ertinya :
‘Maha suci Allah yang Maha Mewariskan dan Maha Membangkitkan.’
Semoga tanaman anda hidup subur dan bakal mendatangkan hasil lumayan.
Kita sering terlupa bahawa benih-benih atau pokok yang kita tanam sebenarnya tumbuh dengan izin Allah
Semoga doa ini dapat diamalkan dan menjadi sebahagian usaha kita dalam bercucuk tanam. Smeoga tanaman yang di tanam hidup subur dan berkat.
Kulit nanas biasanya kita buang begitu sahaja. Tahukah anda, selain kulit bawang, kulit nanas pun boleh dijadikan baja organik. Menariknya, baja organik dari kulit nanas ini boleh melebatkan dan mencantikkan buah.
Isi nanas kita makan, kulitnya kita jadikan baja. Berikut dikongsikan ‘resipi’ baja organik menggunakan kulit nanas.
Bahan-bahan:
1 kg kulit nanas
1 kg gula merah
1 botol yakult
Air hujan/air mineral
Cara-cara:
1. Kisar kulit nanas dengan air hujan atau mineral.
2. Larutkan gula merah dan yakult sedikit demi sedikit.
3. Peram bancuhan di kawasan teduh selama 2 minggu dengan menggunakan bekas kedap udara.
4. Buang gas perapan setiap hari dengan membuka penutup sedikit dan tutup semula. (kalau anda skip langkah ini, perapan boleh meletup dan mengotorkan seluruh ruang)
5. Lepas 2 minggu, tapis dan asingkan serdak.
6. Simpan air yang telah ditapis manakala serdaknya diperam semula sampai terurai 100 peratus.
Cara guna:
1. Ambil 10 ml pati air nanas dan bancuh bersama satu liter air. Semburkan pada pokok nanas dan buah-buahan lain seperti jambu, limau, durian, terung, cili dan sebagainya.
2. Sembur pada waktu petang setiap tiga hari sekali. Kalau tak sempat, boleh buat seminggu sekali. Jika ada pokok yang sedang berputik, boleh sembur pada putik untuk lebih cantik dan buah melekat.
INFO: Sebenarnya, semua buah yang manis sesuai dijadikan baja buah. Yang penting, kerajinan. Sayang kalau dibuang.
Dikalangan masyarakat kita, air selusuh ketika sebelum bersalin sememangnya cukup popular. Namun benarkah air ini amat membantu proses bersalin menjadi lancar dan mudah?