Aaron Aziz selebriti ‘family man’, dah macam ‘kawan-kawan’ je dengan anak-anak. Dilabel seorang selebriti ‘family man’, kehidupan rumah tangga Dato’ Aaron dan Datin Diyana Halik sentiasa menjadi perhatian peminat. Cukup mesra dan saling melengkapi di antara satu sama lain, pasangan selebriti ini memang sepadan ibarat pinang dibelah dua.
Aaron Aziz Selebriti ‘Family Man’, Dah Macam ‘Kawan-kawan’ Je Dengan Anak-anak
Pemilik nama sebenar, Aaron Mustapha Aziz ini sering berkongsi momen-momen indah bersama tiga orang anaknya. Aaron mendirikan rumah tangga bersama Datin Diana pada 2003 dan dikurniakan tiga anak iaitu Danish Anaqi, 20, Dwi Ariana, 19, dan Dahlia Arissa, 15.
Lelaki berusia 49 tahun itu ternyata begitu akrab dengan ketiga-tiga anaknya. Hubungan mereka yang rapat seperti ‘rakan’ mempamerkan’ sisi sebenar Aaron seorang bapa yang penyayang.
Sering berkongsi gambar-gambar dan video bersama anak-anak, penampilan dua orang anak gadisnya sering menjadi perhatian warga maya.
Baru-baru ini Aaron berkongsi satu video ketika beliau bercuti ke Uzbekistan bersama keluarganya.
Sungguh indah sebuah perkahwinan apabila pasangan sentiasa romantis walaupun sudah bergelar nenak atau tok wan. Kasih sayang yang utuh bukan sahaja kala diusia muda, namun masih segar sehingga ke akhir hayat.
Perkongsian yang dipaparkan oleh Siti Suryani Yaakop dilaman facebooknya mengenai kisah romantis nenek dan arwah Tokwan begitu mendalam maknanya bagi mereka yang bergelar suami isteri. Malah sikap saling tolong menolong pun juga diterapkan dalam bagi menghangatkan lagi hubungan suami isteri. Lebih menarik, teladan yang dipaparkan ini, diikuti oleh anak-anak dan cucu-cucunya. Moga perkongsian ini bermanfaat bersama.
Bila ayah jadikan sang ibu seperti permaisuri,anak lelakinya akan jadikan isteri seorang puteri.
Arwah Tokwan saya ada satu sifat istimewa dalam mengistimewakan kedudukan nenek saya.
Arwah dulu kerja nelayan.2-3 hari dekat laut baru balik rumah.Bawa ikan besar-besar dan sedap-sedap.Ada ikan pari,ikan aji-aji,ikan merah.Paling sedap,ikan lumi.Berebut makan.Seronok!
Sebaik saja balik dari laut,Tokwan dan nenek duduk sama-sama selesaikan lauk di sinki.Kadang nenek halau Tokwan suruh mandi.Yelah.Kan baru je sampai.
Itu biasa. Ramai lelaki rajin urus lauk basah.
Yang ini bahagian yang luar biasanya!
Saya selalu perhati yang arwah Tokwan ni suka betul berkepit dengan nenek. Mana nenek duduk situlah Tokwan duduk.
Kalau nenek pergi angkat baju di ampai,Tokwan ikut. Sama-sama angkut baju masuk dalam rumah.
Masa nenek lipat baju,Tokwan akan duduk disebelah. Kadang beliau tolong lipat.Kalau tidak,saja-saja duduk layan nenek berbual.
Bila nenek nak masak,biasanya nenek bawa barang masak ke ruang tamu.Kat situlah nenek kupas bawang,sayur,cili kering.Kalau Tokwan rajin,dikupasnya bawang seketul dua.
Adakala Tokwan penat.Beliau nak baring-baring.Pun begitu,nanti diangkat bantal dan baringlah Tokwan disebelah nenek.
Ada masa nenek hilang dari pandangan. Kadang sedang mengutip limau dibelakang dapur.Tidak pun sedang sibuk bagi ayam makan di laman.Masa ni Tokwan akan memanggil…’Ah,awak kat mana?’
Ah tu panggilan manja untuk nenek.
Selagi tak jawab,selagi tu Tokwan akan panggil tanpa henti.
‘Saya kat sini.Kenapa?’ Kadang naik angin nenek dibuatnya. Tak boleh hilang kejap.
Tinggal pun bila nak ke laut,atau ke surau,atau atas urusan jemputan yang Tokwan perlu pergi sendirian.
Manis sekali…..
Begitulah saya tengok pakcik-pakcik saya diperturunkan sifat yang sama.
Dekat mana isteri lepak,situlah suami ada.Walau punya anak ramai pun (family kami memang besar),masih punya ruang dan masa berbaring di riba.
Bagaimana tidak lokeknya Tokwan memberi masa pada nenek,begitu saya lihat pada ayah dan pakcik-pakcik saya.
Balik dari pasar,terus ke dapur.Semua lauk siap dibersihkan,diselawat dan disimpan.
Setakat masuk dapur masak bila isteri sedang bekerja,out station atau saja kepenatan,tak jadi masalah.Selesai.
Kalau hari raya,ada lauk yang makcik masak,ada lauk yang pakcik masak.Kami anak saudara tukang order,tukang makan.
Apa saja urusan rumahtangga pun begitu.Tiada istilah itu kerja isteri,ini kerja suami.Mana yang tak siap,sama-sama bantu.
Sekarang sikap begitu jatuh pula pada sepupu sepapat lelaki saya.Yang dah kahwin masih macam orang bercinta.Selalu duduk berdua.
Yang kecil-kecil pula dah pandai masuk dapur.Setakat goreng ikan,telur,potong sayur,basuh pinggan…boleh diharap. Sebab dekat rumah,ayah-ayahnya rajin.
Rajin tolong. Rajin pesan juga,tolong mak!
Betul.Ibu boleh mendidik.
Tapi..bila sang ayah turut sama mengangkat darjat si isteri ditempat yang tinggi,impaknya lebih besar dan dalam.
Anak-anak memandang ibu seperti permaisuri.Arahannya perintah.Ia mesti dipatuhi.Tiada basa basi.
Dan akhirnya,selepas berkahwin,mereka melayan isteri dengan cara terhormat yang sama.Isterilah teman,isterilah suri.
Terima kasih Tokwan……. Kasih sayangmu berbekas sampai kini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perniagaan online cukup mudah dan begitu praktikal untuk diusahakan. Kata orang dengan berniaga secara online, keuntungan lebih besar. Maklumlah tidak perlu pekerja yang ramai hatta jika tiada premis perniagaan sekali pun, urusan jual beli boleh dilakukan.
Maka kerana itu jugalah Salwatul Mazrah Mohd Rasdi, 31 tahun memulakan perniagaannya secara online dan nekad untuk berhenti kerja agar boleh serius dalam perniagaan.
“Saya sebenarnya memulakan perniagaan ini selepas saya berhenti kerja. Jika ingin diimbau, pada mulanya saya menjadi dropship untuk mempromosikan produk orang lain. Menjadi dropship tidak memerlukan modal, cuma kena rajin membuat promosi. Bila dapat tempahan saya maklumkan pada syarikat tersebut dan mereka uruskan semuanya.
“Daripada usaha itu saya dapat komisen. Lama-kelamaan dengan sedikit modal dan pengalaman berurus niaga secara online, saya beranikan diri untuk mengeluarkan produk di bawah jenama sendiri pada tahun 2015.
“Dalam memilih apa bidang pekerjaan atau perniagaan sekali pun, perlulah kenal pasti dan lihat yang mana paling dekat dengan hati. Jadi bagi diri saya, adalah produk kecantikan paling serasi dengan diri saya.
Ekstra Tip
Nasihat saya kepada suri rumah terutamanya yang ingin berjaya di dalam bidang perniagaan online ini perlulah sentiasa ikhlas dan redha dengan pelbagai situasi. Selalulah bercakap dengan Allah dan perlu juga ada sikap berdikari dalam diri. Selain itu, kalau ada impian jangan beri orang lain ambil impian kita itu. Kita kena percaya apa yang kita mampu buat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anggrek terus menjadi perhatian ramai selepas kemenangan anak kepada penyanyi Datuk Adira Suhaimi dalam pertandingan Talk To My Manager 2 (TTMM2) mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.
Penyanyi Datuk Adira Suhaimi terbuka menerima sebarang kritikan netizen selepas kemenangan anaknya, Anggrek, dalam pertandingan Talk To My Manager 2 (TTMM2) menjadi pertikaian segelintir pihak.
Adira atau nama lengkapnya, Siti Adira Suhaimi, 34, berkata dia menganggap kemenangan tersebut sebagai rezeki yang telah ditetapkan buat anaknya. Malah, dia menghormati pandangan orang ramai meskipun tidak semua pihak bersetuju dengan keputusan pertandingan itu.
“Saya anggap kemenangan ini sebagai rezeki Anggrek. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Jika ada yang mempertikaikan keputusan tersebut, saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana keputusan dibuat juri profesional.
“Saya menerima dengan hati yang terbuka. Saya faham bukan semua orang akan berpuas hati, bukan semua orang akan suka atau bersetuju dengan sesuatu keputusan,” katanya ketika ditemui pada program MeleTOP yang berlangsung di Astro Bukit Jalil, pada Selasa.
Menurut pelantun lagu Sayang Orang Yang Sama itu, apa yang lebih penting adalah usaha Anggrek yang sudah memberikan persembahan terbaik sepanjang menyertai pertandingan berkenaan.
“Apa yang penting, Anggrek sudah memberikan yang terbaik dan melakukan apa yang termampu. Jika ada yang menyukai persembahannya, Alhamdulillah. Jika sebaliknya, saya tidak terlalu mengambil hati,” ujarnya.
Selain kemenangan yang menjadi perdebatan, terdapat juga segelintir pihak yang menyentuh soal agama apabila beranggapan kanak-kanak seusianya masih terlalu muda untuk terlibat dalam dunia hiburan.
Mengulas perkara itu, Adira menegaskan sebagai ibu, dia lebih mengetahui cara terbaik untuk membentuk dan mendidik anaknya agar tidak terpesong daripada landasan yang betul.
“Sebagai seorang ibu, saya tahu bagaimana untuk mencorakkan kehidupan anak saya. Saya juga berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat Anggrek.
“Bagi saya, nyanyian adalah minat dan hobinya. Sebagai ibu, saya perlu menyokong apa yang diminatinya. Tidak mungkin saya mahu menghalangnya jika dia benar-benar meminati bidang tersebut,” jelasnya.
Menurut Adira, setiap ibu bapa mempunyai pendekatan tersendiri dalam membimbing anak-anak. Apa yang penting adalah memastikan minat yang dimiliki dapat dikembangkan dalam suasana yang sihat serta terkawal.
Adira berkata, dia akan sentiasa berada di belakang Anggrek selagi perkara yang dilakukan anaknya tidak memudaratkan diri. Pada masa sama, dia tetap memastikan aspek agama dan pelajaran tidak diketepikan.
“Saya akan sentiasa berada di belakang Anggrek selagi perkara yang dilakukannya tidak memudaratkan dirinya. Pada masa sama, saya tetap akan memastikan keseimbangan antara agama, pelajaran dan minatnya,” katanya.
Beliau percaya setiap bakat yang dimiliki anak perlu dibimbing dengan baik agar mampu berkembang secara positif. Dalam masa sama, pendidikan formal dan nilai kehidupan tetap menjadi asas utama dalam pembentukan peribadi seseorang anak.
Dalam pada itu, Adira turut mengambil langkah mengawal penggunaan media sosial Anggrek bagi mengelakkan anaknya terlalu terdedah kepada komen negatif yang boleh memberi kesan terhadap emosinya.
Katanya, dia tidak membaca setiap komen secara terperinci, namun ada juga perkara yang sampai kepadanya melalui orang sekeliling.
“Saya tidak membaca setiap komen secara terperinci, tetapi kadang-kadang ada juga perkara yang sampai kepada saya melalui orang sekeliling.
“Bagi saya dan Anggrek, kami tidak mahu terlalu memikirkan perkara negatif kerana masih ramai yang memberikan sokongan dan kata-kata positif. Yang baik kita ambil, manakala yang buruk kita ketepikan,” ujarnya.
Tambah Adira, dia sememangnya memantau penggunaan media sosial anaknya dan percaya Anggrek juga semakin memahami bagaimana dunia media sosial berfungsi.
“Saya memang mengawal penggunaan media sosialnya. Pada masa sama, saya rasa Anggrek juga seorang anak yang memahami bagaimana media sosial berfungsi,” katanya.
Langkah tersebut dianggap penting bagi memastikan emosi kanak-kanak tidak terjejas akibat tekanan daripada komen atau kritikan yang tidak membina di platform digital.
Bagi Adira, fokus utamanya kini adalah memastikan Anggrek dapat menikmati pengalaman dalam bidang yang diminati, selain terus memberi perhatian kepada pendidikan dan asas agama.
Sebagai ibu, Adira percaya sokongan terhadap minat anak perlu hadir bersama bimbingan yang seimbang. Bakat boleh dipupuk, namun nilai agama, pelajaran dan emosi anak tetap menjadi keutamaan dalam membentuk masa depan yang lebih baik.
Kejayaan dalam pertandingan bukanlah penentu mutlak masa depan seseorang, sebaliknya ia boleh menjadi platform untuk membina keyakinan diri, disiplin dan pengalaman baharu. Atas sebab itu, Adira memilih untuk memberi ruang kepada anaknya meneroka minat dalam nyanyian sambil memastikan tanggungjawab lain tidak diabaikan.
Walaupun terdapat pelbagai pandangan mengenai kemenangan tersebut, Adira tetap menghormati pendapat semua pihak. Baginya, sokongan keluarga dan usaha yang ditunjukkan anaknya sepanjang pertandingan adalah perkara yang paling penting.
Dengan pendekatan yang seimbang antara minat, pendidikan dan agama, beliau berharap perjalanan anaknya dalam bidang yang diminati dapat berkembang secara positif serta memberi manfaat pada masa hadapan.
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...