Lima tahun bergelar suami isteri, pelbagai onak duri dan dugaan ditempuhi Datin Alyah dan suami, Dato Ramli M S. Jujur mengakui, kapal mana yang tidak dilambung dek ombak, namun yang penting kepercayaan dan saling bertolak ansur.
“Ada masanya kapal di laut akan dilambung ombak, begitu juga dengan perkahwinan kami. Ada masa tenang, ada masa bergelora. Itu lumrah. Gaduh tetap ada tetapi kami bukan jenis yang cepat terasa sebaliknya kami mengambil pendekatan ‘melupakan’.
Ads
“Kalau saya merajuk sekali pun, akan ‘sejuk’ sendiri sebab tiada yang nak pujuk,”seloroh pelantun lagu Kisah Hati tatkala bercerita mengenai kehidupan rumah tangganya.
Ditanya mengenai karekter Datuk Ramli MS di rumah , akui Datin Alyah suaminya itu orang yang paling rajin memasak juadah untuk mereka sekeluarga seperti menu ikan bakar, asam pedas dan sebagainya.
“Dato jenis simple orangnya, tapi dia agak cerewet kalau bab makan sebab dia nak makanan yang masak di rumah dan dia memang rajin memasak.
Ads
Ads
“Kalau makanan yang kita beli di kedai apatah lagi bazaar, dia tidak suka. Kalau beli sekali pun, dia akan pergi tempat yang dia suka sahaja. Jadi, memang selalunya dia ambil tugas masak untuk kami sekeluarga. Cuma Dato dia ada sejenis perangai pelik apabila memasak.
“Selain tak suka orang ada di dapur ketika dia memasak, dia juga akan sukat terlebih dahulu setiap bahan yang akan di masak. Dah macam gaya chef memasak di dapur. Cerewetnya sampaikan saya tak larat nak melayan. Jadi saya biarkan dia masak sendiri. Yang penting saya dapat makan.
“Biasanya saya akan sediakan bahan-bahan dan suami akan memasak. Kalau suami jenis masak ikut sukatan, saya pula main campak-campak sahaja. Dato juga jenis pembersih orangnya dan tak boleh lihat ada sampah di dapur,”ujar Datin Alyah lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada yang amat menggembirakan bagi seorang ibu dan ayah bila dapat melihat anak-anak berjaya di dalam bidang yang diceburi.
Begitulah yang dirasai oleh pasangan suami isteri ini bila kedua-dua anaknya Aqilah Fatinah Rosli, 25, dan adiknya Athirah Najihah, 24, melakar kenangan manis yang tersendiri apabila kedua-dua mereka menerima Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan.
Ibu dan bapa mereka, Rosli Ahmad, 59 dan isterinya, Zarina Nusi, 56 berkata, ia merupakan permulaan buat kedua-dua anaknya itu untuk lebih berjaya apabila berada di alam pekerjaan kelak.
Memetik berita penuh yang dilaporkan BERNAMA, Aqilah Fatinah Rosli dan adiknya Athirah Najihah, melakar kenangan manis tersendiri apabila kedua-duanya menerima Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan.
Aqilah Fatinah, pelajar jurusan Perakaunan dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Muadzam Shah menyifatkan kejayaan itu cukup bermakna apabila dapat sepentas bagi menerima anugerah itu bersama adiknya Athirah Najihah, yang merupakan pelajar jurusan Sains Komputer UNITEN Kampus Kajang.
“Saya bersyukur dan gembira mendapat anugerah ini bersama-sama adik sendiri. Menerima anugerah bersama insan tersayang merupakan hadiah cukup bermakna,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan Sesi 1 Tahun 2022 di Klana Resort, di sini hari ini.
Anak kepada pasangan Rosli Ahmad, 59 dan Zarina Nusi, 56, itu merupakan antara 98 penerima anugerah hari ini, yang merangkumi siswazah dari Negeri Sembilan yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama di institut pengajian tinggi (IPT) masing-masing.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menyampaikan anugerah berkenaan kepada para penerima.
Utamakan Harapan Keluarga
Menurut Aqilah Fatinah, beliau dan adiknya meletakkan harapan keluarga sebagai keutamaan, selain saling membantu dan bertanya khabar bagi memberi sokongan moral dan emosi. Katanya mereka sentiasa mengingati pesanan ibu bapa agar tidak mengabaikan solat serta menjaga hubungan baik antara keluarga, pensyarah dan rakan sekelas.
Anak ketiga daripada enam beradik itu kini melanjutkan pengajian dalam ACCA (Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun) di Universiti UOW Malaysia KDU, Shah Alam, Selangor.
Sementara itu Athirah Najihah, 24, yang kini bekerja sebagai jurutera perisian teknologi maklumat (IT) di Hengyuan Refining Company Berhad, Port Dickson; turut tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dengan penghargaan yang diterima hari ini.
Anak keempat itu bertekad mahu terus cemerlang dalam kerjayanya dan bercita-cita menjadi pakar IT suatu hari nanti.
Terdahulu Aminuddin dalam ucapannya berkata Yayasan Negeri Sembilan memperuntukkan RM490,000 bagi penganugerahan itu dan setiap pelajar cemerlang berkenaan menerima RM5,000 berserta sijil. Katanya yayasan itu akan turut menghapus kira pinjaman pendidikan tujuh orang penerima anugerah itu, yang bernilai RM88,500.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Sesekali sediakan hidangan istimewa dan cukup lengkap untuk keluarga anda dengan menyajikan menu Rendang Hati & Pedal Ayam Kacang Panjang. Istimewanya tentang juadah ini, ia merupakan hidangan seakan dua dalam satu. Boleh dijadikan menu utama ketika dimakan bersama nasi dan dalam masa yang sama sebagai hidangan sayur yang cukup berkhasiat.
RENDANG HATI DAN PEDAL AYAM KACANG PANJANG
Bahan – bahannya :
300 gm kacang panjang dipotong 2 inci
400 gm hati dan pedal ayam
2 batang serai – dititik
1 keping asam gelugur
500 gm santan pekat
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan-bahan kisar/ditumbuk :
20 biji cili api
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
Cara-cara penyediaan:
Kreadit : Resipi dibawakan khas dari FAMA dengan kerjasama Chef Anuar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melihat menu yang satu ini mamang boleh buat perut terasa lapar tiba-tiba dan kecur liur dibuatnya.
Apatah lagi buat penggemar menu berasaskan telur, tentu sahaja hidangan ini tidak sabar untuk dijamah bersama nasi panas.
Menariknya tentang menu ringkasTelur Juicy Spicy ini kalau dilihat bahan-bahan yang digunakan memang mudah dan cukup ringkas penyediaannya.
Jadi apa kata jadikan menu ini pilihan melayan selera keluarga.
Telur Juicy Spicy
“Amaran sekali buat mesti nak lagi! Sedap hingga menusuk kalbu babe! Especially to penggemar telur macam saya.. Haha. ”
Bahan:telur, kicap , cili potong , limau nipis
Cara buat :
1. Telur tu goreng lembik-lembik. Biasa orang rebus 3 suku, pun boleh, tapi resepi kali ni goreng lagi boom.. Serius.
2. Letak kicap. Saya pakai kicap manis Jalen.
3. Letak cili potong.
4. Perah limau nipis
Last.. Gaul-gaul sikit.
Masuk mulut telur dengan cili sekali. Kecur air liur tengok lime tu! Memang juicy , hot spicy. Rasa dia memang pergiiiii!! Cannot describe. Rasalah sendiri.
Suami saya mula-mula taktak , sebab dia memang tak suka makan telur, tapi sekali suruh rasa. Nak lagi pulak, tak cukup 3 biji.
Maybe orang lain pun dah biasa buat. Saya saja share kot ada yang tak pernah try, asyik buat 3 suku tu je. Kot la ada hari mood malas nak masak, boleh buat benda simple but nice mcm nie. Kan?
Sumber : Hani Pembor
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hafiz Suip kembali bergelar suami dalam satu majlis selepas solat Jumaat. Penyanyi terkenal itu meluahkan rasa syukur dan teruja memulakan fasa baharu dalam kehidupannya.