Tular video seorang pelajar pengsan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Encore Klebang pagi semalam (30 sept 2021). Ekoran penyebaran video itu menimbulkan kebimbangan dikalangan ibu bapa.

Rupanya Tidur Lewat Dan Tidak Selera Makan Punca Murid Tahun Enam Pengsan, KKM Sedia ‘Guideline’ Sebelum Pergi PPV.

Pelbagai reaksi daripada netizen khabar mengejut itu. Bagaimana keadaan kembali reda setelah Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Rusdi Abd Rahmad memberi penjelasan mengenai hal berkenaan.

Menurut beliau hasil siasatan mendapati selepas kejadian, mendapati murid lelaki berusia 12 tahun itu juga tidak berselera makan dan hadir secara ‘walk in’ bersama keluarganya ke PPV terbabit.

Murid sekolah rendah disahkan tidur lewat iaitu pada jam 2 pagi dan hanya makan sesudu nasi lemak.

Katanya, ketika proses vaksinasi murid itu agak gementar tetapi tiada sebarang kesan sampingan yang dilihat sejurus selepas vaksinasi atau sepanjang tempoh pemerhatian.

IKLAN

“Murid ini juga tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, malah tidak pernah dimasukkan ke hospital atau mempunyai sejarah alahan sebelum ini.

“Selepas dibawa masuk semula ke PPV dan pegawai perubatan melakukan pemeriksaan mendapati, keadaan murid ini stabil dengan tekanan darah, nadi dan paras oksigen dalam darahnya adalah normal.”

Pastikan anak mendapat rehat yang cukup sebelum ke PPV

IKLAN

Selepas pemerhatian tempoh 30 minit oleh petugas perubatan, murid berkenaan menunjukkan keadaan stabil, sebelum dia dibenarkan pulang.

Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa panggilan telefon susulan kepada keluarga juga dibuat dan mendapati murid itu sihat. Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan memantau tahap kesihatan murid berkenaan dari semasa ke semasa.

Beliau juga menasihati supaya ibu bapa dan penjaga yang akan membawa anak untuk vaksinasi dinasihatkan supaya memastikan anak mereka mendapat rehat yang secukupnya dan makan sebelum hadir ke PPV.

IKLAN

Guideline sebelum ke Pusat Pemberian Vaksin 

Dalam pada itu, ibu bapa boleh ikuti panduan ini sebagai persiapan sebelum membawa anak ke PPV.

Rupanya Tidur Lewat Dan Tidak Selera Makan Punca Murid Tahun Enam Pengsan, KKM Sedia ‘Guideline’ Sebelum Pergi PPV.

Sumber: Berita Harian dan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI