Pelakon Diana Danielle meluahkan rasa lega dan teramat berpuas hati selepas polis menahan reman seorang pemandu bas sekolah yang tular kerana memuat naik video konten ‘crush’ bersama penumpangnya yang merupakan murid sekolah.
Berang dengan situasi yang sepatutnya tidak berlaku itu, menerusi sebuah posting di Instagram, Diana meluah rasa hatinya.
Malah ibu kepada dua orang cahaya mata ini, turut menegaskan tindakan merakam wajah kanak-kanak tanpa kebenaran ibubapa tetap merupakan satu kesalahan.
“Sebagai ibu, saya puas hati dengan tindakan polis tentang isu pemandu bas yang sibuk rakam video pelajar yang dia suka sangat itu.
“Walaupun dia cakap itu sebenarnya anak buah dia, kita pun dah tengok kebelakangan ini, keluarga rapat pun tak boleh dipercayai. Banyak kes haruan makan anak!
Ads
“Apa yang Abang Bas itu ingat, dia boleh anggap anak buahnya sebagai objek seksual dengan alasan nak buat konten saja,” luahnya.
Di samping itu, Diana turut mempersoalkan tindakan ibu bapa kanak-kanak itu yang didakwa memberikan kebenaran kepada lelaki tersebut untuk merakam wajah anak mereka.
Ads
“Pemandu bas itu cakap yang ibu bapa budak itu tahu yang dia buat content tersebut dan mereka santai dan okay saja.
“Kalau ibu bapa dia benarkan sekali pun, ada undang-undang yang melindungi kanak-kanak dan saya bersyukur ia wujud. Tiada siapa yang boleh memberikan kebenaran untuk berbuat demikian, termasuk ibu bapa mereka,” tegasnya.
Setiap kejayaan takkan datang bergolek andai tidak disusuli dengan usaha gigih tapa kenal erti putus asa. Jatuh bangun dan kegagalan ibarat satu pembelaiaran sebelum kejayaan dapat dikecapi.
Tidak hairanlah kita selalu mendengar kisah orang yang berjaya berdepan liku hidup penuh kegetiran sebelum mencipta kemanisan dalam hidup.
Penubuhan Kaygiftskl yang bermula 2011 secara kecil-kecilan dari rumah sebenarnya cukup menginsiprasikan. Kisah pasangan suami isteri ini yang saling melengkapi antara satu sama lain menguruskan perniagaan.
Begitulah Nor Hidayah Bt Ahmad Buridah, 38 yang merupakan Pengarah Urusan bertuah mempunyai suami, Mohd Shakir Esuan 42 punya aura positif dalam perniagaan.
“Pada awalnya idea ini dicetus oleh suami yang sangat berminat dalam perniagaan. Saya pada asalnya agak berat hati kerana tiada asas dalam bidang perniagaan.
“Saya bersyukur, suami banyak membantu sepanjang perniagaan ini. Alhamdulillah, kami saling menguruskan perniagaan ini bersama sehingga kini,” ujar anak kelahiran Perak ini.
Bukan daripada latar belakang daripada keluarga yang menjalankan perniagaan, usahawan ini tidak menjadi halangan kepadanya untuk berjaya.
Namun dengan setiap kejayaan dalam perniagaan pastinya ada orang disekeliling yang memberi sokongan tanpa berbelah bahagi.
“Ibu, ayah, suami dan ahli keluarga sentiasa memberikan sokongan. Namun ibu pada awalnya kurang bersetuju kerana kami bukan latar belakang keluarga bisnes.
“Namun setelah perniagaan Ini dilihat mempunyai potensi yang baik, ibu saya akhirnya bersetuju dan memberi sokongan penuh sehingga ke hari ini.”
CABARAN
Akui Nor Hidayah, perjalannya hidupnya bukanlah semudah yang disangkakan. Rasa lelah dan putus asa yang menggunung semuanya diharungi dengan tabah.
“Sepanjang saya bermula pada 2011, waktu paling mencabar adalah ketika lockdown 2020. Dalam fikiran saya, industri perkahwinan kurang terjejas walau apa situasi melanda negara.
“Namun apabila negara dilanda Covid-19 dan semua aktiviti sosial disekat. Situasi ini membuatkan syarikat tiada pendapatan dan kamiterpaksa memberhentikan kakitangan seramai 20 orang.
“Kami cuba untuk bertahan dengan membuat perniagaan makanan iaitu menjadi pembekal sushi & donut kepada para perniagaan. Kami bangkit semula pada pertengahan 2021 dengan dua orang kakitangan pemasaran. Syukur kini kami sedang berkembang semula dengan 20 orang kakitangan.”
Dalam pada itu, Nor Hidayah memberitahu memenuhi permintaan pelanggan mengikut masa yang ditetapkan adalah cabaran paling gentir. Namun dirinya rasa kagum dan bersyukur memiliki pekerja yang komited.
“Salah satu cabaran yang sentiasa kami berdepan adalah untuk memastikan semua tempahan pelanggan deliver pada waktu yang telah dipersetujui.
“Apabila tempahan padat terutamanya pada waktu cuti sekolah, pada waktu itulah kapasiti dan kebolehan staff kami akan teruji.
“Alhamdulillah, setakat ini kami mampu untuk memberikan kualiti yang terbaik kepada pelanggan dan tempahan siap pada waktu yang ditetapkan,” ujar wanita ini yang mempunyai impian untuk mewujudkan cawangan di seluruh Malaysia.
KAYGIFTSKL Doorgift Eksklusif Pilihan Selebriti
Doorgift dibawah jenama KAYGIFTSKL telah dikenali dan menjadi pilihan pengantin di Selangor dan seluruh Malaysia. Doorgift jenama ini juga sentiasa mendapat perhatian selebriti Malaysia.
Antara selebriti yang pernah menggunakan khidmat jenama ini ialah perkahwinan Fattah Amin & Fazura, Shuib & Allahyarham Siti Sarah, Amyra Rosli dan Jihan Muse.
Nyata, bukan calang-calang doorgift yang diusahakan oleh pasangan suami isteri ini. Setiap usaha yang dilakukan sejak awal penubuhan bisnes ini akhirnya memberikan kejayaan.
Kepakaran dalam penyediaan door gift:
*Doorgift kek
*Doorgift chocolate
*Doorgift cookies
*Doorgift kek chocolate moist
*Doorgift kekacang
*Doorgift brownies
*Doorgift kek pelangi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wanita itu ‘rapuh’ jiwanya. Suka disayangi dan emosinya mudah tersentuh.
Oleh itu, perlu mendapat rehat yang mencukupi. Baru jiwa tenang.
Sebagaimana perkongsian ini. Ia menyentuh seorang isteri perlu mendapat tidur yang lena baru hidup lebih harmoni bersama suami dan anak-anak.
Dalam pukul 10 pagi semalam, beberapa ketika selepas kami bersarapan, isteri saya bagitahu matanya mengantuk sangat dan badannya sakit.
Saya pun suruh dia berehat. Pada mulanya saya buat kerja di dalam bilik dan dia baring di katil. Tak sampai beberapa minit selepas tu, terus dia terlelap.
Si Akbar pulak memanggil-manggil mengadu pasal Daisy. Budak bertuah tu memang tak reti duduk diam. Ada je benda yang dia explore. Sekarang dia minat betul ambil air coway tu dan rendam mainan dia. Habis basah satu rumah.
Tak boleh jadi ni, saya pun keluar dari bilik secara perlahan-lahan. Tak nak isteri saya bangun sebab saya percaya akan kenikmatan dan kelebihan “deep sleep”. Bila kita mengantuk sangat dan dapat tidur terus, memang kita akan dapat tidur yang sangat puas.
Saya pun selalu dapat macam ni. Saya akan bagitahu isteri yang saya mengantuk sangat. Dia akan pastikan tiada gangguan supaya saya dapat tidur dengan lena. Selalunya sejam dua pun dah cukup.
Jadi, kali ini saya pula yang buat.
Mencabar betul nak buat kerja dengan budak Daisy tu tengah segar. Akhirnya kerja pun tak jalan, terpaksa duduk dan layan dia memanjat badan papanya berkali-kali.
Sedar tak sedar, dah dekat pukul 1. Saya jenguk isteri saya masih tidur. Tenang betul nampak dia tidur. Tak tergamak saya nak ganggu.
Tak buang masa, saya ambil telefon dan order Grab untuk semua makan tengahari. Bila makanan sampai dan saya kembali dari mengambil makanan di lobi, dia pun sambut di pintu dengan senyuman yang manis. Rupanya dah bangun masa saya menunggu rider Grab kat bawah tadi. Nampak segar sungguh dia.
Selepas sanitize dengan nano gun, saya dipeluk erat dan dia meminta maaf kerana tertidur. Saya kata takpe. Saya memang nak dia tidur. “Terima kasih abang, puas sayang tidur tadi” katanya.
Bukan selalu pun macam ni. Tapi saya akan pastikan bila dia betul-betul perlukan tu, saya akan pastikan dia dapat tidur yang cukup. Sebab saya tahu, bila dia cukup tidur, dia akan bertenaga dan bersemangat.
Kita perlu berhenti dimomokkan dengan pandangan isteri yang tidur ialah isteri yang malas. Ini sangat “misleading” dan tidak tepat. Isteri yang tidur ialah isteri yang penat. Suami yang tidur ialah suami yang penat. Kenapa bezakan bila isteri tidur jadi malas pulak?
Percayalah yang ramai para isteri mengingini tidur yang nyenyak tanpa gangguan anak. Betul. Tak caya, cubalah buat. Bagi diorang masa. Ambil peduli bila diorang minta nak tidur tu. Ada kalanya diorang tak nak minta sebab tak rasa akan diberi.
Semoga dengan perkongsian ini dapat mendetikkan rasa pentingnya deep sleep buat isteri.
Sumber: Akhtar Syamir
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...