Pelakon Diana Danielle meluahkan rasa lega dan teramat berpuas hati selepas polis menahan reman seorang pemandu bas sekolah yang tular kerana memuat naik video konten ‘crush’ bersama penumpangnya yang merupakan murid sekolah.
Berang dengan situasi yang sepatutnya tidak berlaku itu, menerusi sebuah posting di Instagram, Diana meluah rasa hatinya.
Malah ibu kepada dua orang cahaya mata ini, turut menegaskan tindakan merakam wajah kanak-kanak tanpa kebenaran ibubapa tetap merupakan satu kesalahan.
“Sebagai ibu, saya puas hati dengan tindakan polis tentang isu pemandu bas yang sibuk rakam video pelajar yang dia suka sangat itu.
“Walaupun dia cakap itu sebenarnya anak buah dia, kita pun dah tengok kebelakangan ini, keluarga rapat pun tak boleh dipercayai. Banyak kes haruan makan anak!
Ads
“Apa yang Abang Bas itu ingat, dia boleh anggap anak buahnya sebagai objek seksual dengan alasan nak buat konten saja,” luahnya.
Di samping itu, Diana turut mempersoalkan tindakan ibu bapa kanak-kanak itu yang didakwa memberikan kebenaran kepada lelaki tersebut untuk merakam wajah anak mereka.
Ads
“Pemandu bas itu cakap yang ibu bapa budak itu tahu yang dia buat content tersebut dan mereka santai dan okay saja.
“Kalau ibu bapa dia benarkan sekali pun, ada undang-undang yang melindungi kanak-kanak dan saya bersyukur ia wujud. Tiada siapa yang boleh memberikan kebenaran untuk berbuat demikian, termasuk ibu bapa mereka,” tegasnya.
Apabila bergelar ibu bapa, cabaran mendidik anak-anak kadang kala memberi tekanan sehingga anak menjadi mangsa kemarahan kita. Namun dalam membentu keluarga bahagia dan penuh kasih sayang, kita perlu tahu menguruskan tekanan yang dihadapi.
Perkongsian Dr Rozanizam Zakaria daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) seharusnya menjadi panduan buat kita agar menjadi ibu bapa terbaik dalam mendidik anak-anak. Moga kita muhasabah diri agar untuk kebahagian bersama.
Tekanan emosi dan perasaan dalam mendidik anak adalah sebahagian dari pakej yang datang dengan status menjadi seorang ibu atau bapa. Mari bersikap jujur dengan diri sendiri. Kita bukan Superhero! Menguruskan urusan diri sendiri, keluarga, kerjaya dan anak-anak dalam masa yang sama adalah sumber tekanan yang datang hampir setiap hari. Kalau tidak betul gaya menguruskan tekanan ini, kita mungkin akan tersilap langkah.
Saya kongsikan 15 tips ini untuk panduan bersama
1. TANGGUHKAN REAKSI ANDA – Tidak kita seteruk mana pun masalh yang ditimbulkan oleh anak anda, jangan terus bertindak. Tindakan serta merta anda, selalunya didorong oleh emosi (baca: Amygdala Hijack). Selalunya kesilapan dalam bertindak berlaku sewaktu kita impulsive, bertindak melulu tanda memikirkan kesan. Jadi berhenti sejenak, fikir dengan otak rasional, bukan otak emosi. Kemudian baru tentukan tindakan anda dalam situasi tersebut.
2. BELAJAR TEKNIK RELAKSASI – macam-macam teknik anda boleh pelajari dari buku, alam maya mahupun professional. Tak semestinya yang terlalu rumit. Teknik pernafasan dalam (deep breathing technique – sedut-tahan-hembus dengan kiraan dan kitaran teratur), teknik distraction dan sebagainya sudah cukup berkesan dengan syarat di lakukan dengan betul dan konsisten.
3. PERBETULKAN FOKUS ANDA – Kita mudah terkesan dengan perkara yang kecil dan remeh seperti anak tumpahkan air, anak hilang jadual, anak berebut remote televisyen sehingga kita lupa fokus yang lebih besar. Pilih pertarungan anda. Jangan sampai isu kecil seperti air tumpah menjadi luka besar pada emosi anda dan anak-anak yang kekal sampai bertahun. Fikirkan apa yang anda ingin capai dalam situasi itu. Tugas anda mendidik dan bukan mengherdik. Ada masa diam dan tunjuk cara penyelesaian lebih berkesan dari membebel berjam sambil menyumpah seranah.
4. FIKIR PANJANG – orang putih kata, begin with end in mind. Bila ingin berbuat sesuatu kepada anak atau diri sendiri, fikirkan apakah kesan jangka masa panjang tindakan kita. Apa yang kita ingin capai dari situasi ini. Kita mungkin puas hati seketika dapat kepas geram dengan memukul anak, tapi kesannya pada anak mungkin sampai bila-bila.
5. CARI HARI HUJUNG MINGGU UNTUK ANDA – Anda juga perlu cuti rehat dari jadi ibu bapa. Bila kali terakhir anda bercuti berdua dengan pasangan? Kalau rumahtangga dan anak-anak kelam kabut tak tahu punca, mungkin sebenarnya ia signal minta anda mohon cuti. Parkirkan anak di rumah ibubapa, ganjarkan diri anda dengan percutian seketika.
6. CARI HOBI/ AKTIVITI SOSIAL – jangan ingat hobi dan bersosial hanya layak untuk orang bujang. Cari semula minat yang anda telah tinggalkan dek kesibukan menajdi ibu bapa. Jangan pencen awal dari main bola, membakar kek, menjahit manik, melukis, berkebun atau apa juga hobi yang membantu anda rehat dan rawat enjin anda.
7. URUS MASA – bangun lambat, kerja tak siap, anak lewat ke sekolah, kerja sekolah anak tak siap – bahan asas yang cukup sempura untuk memulakan hari dengan keadaan tertekan. Susun semula prioriti kehidupan. Senaraikan apa yang perlu di buat sekarang, kemudian dan akan datang mengikut ketetapan yang realistik. Kaji penggunaan masa anda. Buang tabiat membuang masa – layan internet tanpa tujuan, bersembang tak bertopik atau drama yang bersiri-siri.
8. CARI KAWAN – Jangan ingat berkawan maksudnya ‘tak ingat anak bini’. Kawan ada ruang khas dalam hidup. Ia membantu menampung kelompongan yang ada dalam jiwa. Jangan duduk dalam gua dan berharap kita akan hidup gembira.
9. BERKONGSI – setiap ibu bapa ada pengalaman tersendiri. Kongsi masalah anda, kongsi kejayaan anda. Belajar antara satu sama lain membantu membesarkan lensa kita dalam melihat cabaran mendidik anak-anak.
10. UBAH CARA FIKIR – cara fikir kita menentukan emosi dan reaksi kita. Kalau kita rigid dan negatif dalam berfikir, emosi dan tindakan yang datang juga akan negatif. Contohnya anak buat salah, kalau kita fikir “kenapalah anak aku ni tak faham-faham!” – sudah tentu emosi yang akan terbit juga sama rasanya. Adakalanya kita berhenti dan ubah cara fikir “adalah tu yang tak kena, mungkin dia penat agaknya”. Emosi dan tindakan kita sudah tentu berbeza.
11. JANGAN TINGGAL RIADAH FIZIKAL – badan kita satu unit yang sama – emosi, fizikal, spiritual. Terabai satu bahagian, terabailah yang lainnya. Jangan pandang rendah impak bersenam pada emosi anda. Cubalah baru tahu.
12. JAUHI BAHAN TIDAK SIHAT – Pemakanan tidak sihat, kopi berlebihan, bahan terlarang semuanya ada kesan pada keseimbangan tubuh badan kita. Jangan Ambil mudah
13. DAPATKAN BANTUAN – Sekiranya tekanan anda berpanjangan, melarat dan beri kesan pada fungsi seharian. Jangan bertangguh dapatkan penilaian professional. Kemurungan, anxiety, psikosis, masalah ketagihan dan seangkatan dengannya semuanya bermula dari stress yang kecil.
14. TERIMA HAKIKAT – ANDA TIDAK AKAN JADI IBU BAPA YANG SEMPURNA – Jangan terlalu taksub untuk jadi sempurna dan takut untuk berbuat salah. Sedar kesilapan dan perbaiki keadaan adalah jalan terbaik menjadi ibu bapa yang ‘sempurna’ untuk anak-anak anda. Jangan bandingkan situasi anda dengan ilustrasi palsu drama bersiri dalam media.
15. JANGAN LUPA TUHAN – Anak adalah amanah Allah. Allah jualah yang sumber kekuatan kita semua. Lebih dekat dengan pencipta, lebih dekat yang dicipta pada kita.
Sumber: Dr Rozanizam Zakaria – Dr Nizam’s TIPS
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang ‘melekat’ aje dengan ayahnya.
Sesungguhnya banyak manfaat jika anak bonding dengan ayah. Sebagaimana perkongsian yang dikongsi oleh Mohd Fhais di laman facebooknya
Selalu kalau berjalan dekat shopping mall atau pasar malam annur rania mesti nak berdukung.
Allahu, berat annur rania ni bukan sikit-sikit. Dekat 20 kilogram juga. Cukup sejam begini boleh patah pinggang di buatnya.
Tapi bila di fikir balik, bukan senang pinggang nak patah.
Tapi kalau tak dukung bonding ayah-anak boleh patah senang-senang je.
Bagi saya rania bukan saja saja nak mengada berdukung tapi sebenarnya dia masih tak boleh “move on”
Tak boleh move on dari melekat kat badan papa dia, hirup bau papa dia, bergurau senda dengan papa dia dan itu sahaja cara untuk dia duduk diam.
Kalau di biar jalan sendiri satu mall tu dia boleh tawaf.
Lagipun bonding ayah anak yang kuat ni banyak manfaatnya. Antaranya:
Manfaat bonding ayah dan anak
1 – Hubungan jadi semakin rapat kalau bonding kuat. Bila hubungan rapat mudah anak nak terima teguran nanti.
2 – Menurut kajian anak yang kuat bonding dengan ayah ni akan tinggi self-esteem dan self-confidence dia. Anak tak mudah mengikut pengaruh buruk bila dah besar nanti.
3 – Bila kurang rapat ayah dan anak, anak berkemungkinan tinggi akan jadi agresif sebab terlalu dahaga perhatian dari ayah. Anak jadi kuat tantrum, marah sesuka hati, cakap kasar dan kuat.
4 – Anak yang rapat dengan ayah ni tinggi adab nya. Itu kalau ayah ajar adab yang betul la, sebab anak tiru bulat-bulat apa yang dia lihat ayahnya buat.
5 – Anak akan anggap ayah sebagai “kawan baik” lebih daripada dia utamakan kawan sebaya. Sebarang masalah ayah jadi tempat mengadu pertama. Ini yang terbaik
6 – Anak yang kuat bonding dengan ayah ni ada kemahiran sosial yang bagus. Boleh berkomunikasi dengan baik sama ada dengan rakan sebaya atau orang lebih tua.
7 – Akhir sekali anak yang cukup perhatian dan rasa di sayangi dari ayah akan pandai memilih kawan yang berkualiti berbanding anak yang kurang perhatian akan suka berkawan dengan rakan yang bermasalah.
Masa berlalu dengan pantas. Tahu tahu anak dah besar panjang. Sampai satu masa nanti bukan setakat dukung nak peluk pun dia dah rasa malu.
Oleh itu, manfaatkan la masa yang ada ni sebaik mungkin kerana masa sentiasa akan cemburu dengan kita.
Kehadiran cahaya mata adalah impian setliap pasangan suami isteri. Begitulah yang dirasai oleh pelakon Reza Hasbi. Beliau telah muat naik gambar anak keduanya melalui instagramnya setelah 10 hari barulah wajah cahaya mata keduanya.
Assalamualaikum Semua.perkenalkan cahaya mata kedua saya Alhamdulillah..Terima kasih semua utk ucapan & doa yg diberi, sy minta maaf xdpt nk respon semua. Hihi. Alhamdulillah,Doakan baby Muhammad Rafie Daiyan membesar dgn sihat ye. Amin? Tqsm syg @rdr7_ bertarung nyawa lahirkan zuriat saye.
Bayi comel lelaki ini dengan berat 2.79 kilogram itu diberi nama Muhammad Rafie Daiyan menjadi penambah seri buat pasangan suami isteri ini.
Terdahulu, Reza dan isterinya, Rosedarlila mendirikan rumah tangga pada Mac 2015. Tahniah buat kalian atas kelahiran anak kedua!
Sumber: Instagram Reza Hasbi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di