Bunga kantan selain kita biasa akan gunakan dalam menyediakan menu asam pedas mahu pun laksa di  bulan puasa ini, anda juga boleh sediakan menu yang tidak kurang enaknya dan mudah disediakan dengan menggunakan bunga kantan tersebut.

 

 

Menu yang dimaksudkan ialah Kerabu Ikan Bilis Bunga Kantan. Mungkin ada yang belum pernah mencuba rasa menu ini. Pun begitu percayalah sekali buat pasti memenuhi selera anda seisi keluarga hingga mampu membuatkan makan bertambah.

Ada Bunga Kantan, 2 Menu Ni Kena Try Buat. Sedapnya Sampai Makan Bertambah!

Begitu juga bila anda sediakan Sambal Kering Bunga Kantan yang dikongsikan oleh NorAsidah Ishak ini apabila bunga kantan tersebut digoreng garing dan dijadikan sambal, nyata memberi rasa yang cukup enak. Menariknya juga menu nan satu ini boleh disimpan lama di dalam bekas untuk memudahkan dimakan pada bila-bila masa.

Ada Bunga Kantan, 2 Menu Ni Kena Try Buat. Sedapnya Sampai Makan Bertambah!

Jadi usah tunggu lagi, alang-alang jika bunga kantan tersedia di dalam peti sejuk apa kata hari ini kita sediakan kedua-dua menu ini.

Kerabu Ikan Bilis Bunga Kantan

Bahan bahan :

Ada Bunga Kantan, 2 Menu Ni Kena Try Buat. Sedapnya Sampai Makan Bertambah!

Ikan bilis yang digoreng garing

1 bunga kantan hiris nipis

1 Serai dihiris nipis

3 ulas bawang merah dipotong dadu

IKLAN

1 biji tomato dibuang bijinya dipotong dadu

3 cili api dipotong nipis

2 biji perahan air limau kasturi

Gula secukup rasa

Cara Buat:

Gaul semua bahan sebati kemudian masukkan ikan bilis garing, gaul lagi.

Siap untuk dimakan

Ada Bunga Kantan, 2 Menu Ni Kena Try Buat. Sedapnya Sampai Makan Bertambah!

Kreadit : Heliza Mokhtar

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

IKLAN

 

 

Ini pula resipi Sambal Kering Bunga Kantan yang dikongsikan oleh NorAsidah Ishak.

Ada Bunga Kantan, 2 Menu Ni Kena Try Buat. Sedapnya Sampai Makan Bertambah!

Bahan-bahan:

10 kuntum Bunga kantan

Ikan bilis

30 tangkai Cili padi

10 biji Bawang merah

1 labu Bawang putih

IKLAN

Cara Buat :

Langkah 1 : Bunga kantan di hiris nipis.

Ada Bunga Kantan, 2 Menu Ni Kena Try Buat. Sedapnya Sampai Makan Bertambah!

Langkah 2 : Kemudian digoreng macam goreng bawang goreng, ketepikan .

Ada Bunga Kantan, 2 Menu Ni Kena Try Buat. Sedapnya Sampai Makan Bertambah!

Langkah 3: Ikan bilis goreng garing, ketepikan.

Ada Bunga Kantan, 2 Menu Ni Kena Try Buat. Sedapnya Sampai Makan Bertambah!

Langkah 4 : Kemudian cili padi, bawang merah dan bawang putih di tumbuk.

Ada Bunga Kantan, 2 Menu Ni Kena Try Buat. Sedapnya Sampai Makan Bertambah!

Langkah 5 : Tumis bahan yang telah ditumbuk hingga garing, kemudian masukkan bunga kantan dan ikan bilis.

Ada Bunga Kantan, 2 Menu Ni Kena Try Buat. Sedapnya Sampai Makan Bertambah!

Langkah 6. Gaul rata dan siap

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI