Kagum! Bukan semua orang akan rendah diri dengan bekerja sebagai pencuci atau cleaner jika mempunyai kelulusan universiti.
Malah ada sanggup menganggur bertahun atas alasan tiada pekerjaan yang sesuai.
Namun berbeza dengan kisah ini, seorang pemilik syarikat terkejut apabila mendapati pemohon jawatan cleaner adalah lulusan universiti.
Selanjutnya ikuti perkongsian ini.
___________
Ads
Petang tadi HR kami bawa resume seorang adik ini. Ada degree, namun pilih nak jadi cleaner. Termenung jugalah saya memikirkannya.
Kami memang duk cari cleaner ini dah sebulan lebih. Susah bukan main. Dan banyak jawatan lain dah pun berisi.
Saya cakap dengan team, orang ini harus diperhalusi. Orang yang tak memilih ini petanda dia super rajin. Bukan senang zaman sekarang ini nak jumpa orang-orang yang ada sijil namun ada adab dan merendah diri begini.
Ads
Zaman ini, asal pandai sahaja itu tiket nak kurang ajar.
Asal bijak sahaja, itu tiket nak melawan dan bertempur.
Asal hebat belajar sahaja, itu tiket nak marah maki sesiapa yang ada.
Iya bukan semua, namun ia semakin majoriti. Menakutkan.
Ads
Kawan-kawan,
Jika kalian jumpa orang begini, ambil! Dia mungkin ada sesuatu yang kita cari.
Bismillah!
Sumber: Khairul Hakimin Muhammad,
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kadang-kadang, hari paling bermakna bersama keluarga bukan masa kita keluar bercuti jauh-jauh, tapi masa lepak sama-sama kat rumah. Nak cipta momen bonding tak perlu tunggu hujung minggu cukup dengan pelan yang seronok, skrin besar dan paling wajib ada iaitu satu akaun Astro One yang power! Bila digabung dengan akses eksklusif Prime Video selama 2 bulan tanpa caj tambahan, confirm aktiviti kat rumah naik level premium terus!
1. Malam Drama & Tisu Sebakul Nak malam penuh emosi dan feel? ”The Divorce Insurance” di Prime Video memang pilihan wajib cerita penuh plot twist mengisahkan seorang lelaki yang telah tiga kali gagal dalam perkahwinan kini bangkit mencipta insurans perceraian demi menyelamatkan hati-hati yang pernah terluka!
Sangat pecah emosi, cinta dan kebangkitan dalam The Divorce Insurance! Lepas tu boleh sambung dengan drama tempatan “Dia Imamku” atau “Seribu Tahun” di Astro drama Melayu pun tak kalah feel dia. Aktiviti ni memang bonding time terbaik antara ibu, kakak dan adik Perempuan. Jangan lupa siapkan tisu!
2. Sesi Gelak Tak Ingat Dunia Kalau semua tengah stres, inilah masa untuk ‘gelak ramai-ramai’. Sepahtu Reunion Live 2025 dah ready dengan lawak fresh, dan “Dr Pontianak” boleh buat semua orang terhibur dengan kisah seram lucu doktor bertemu pesakit dari alam lain, bermulalah rahsia gelap yang menggegarkan logik manusia DR Pontianak, bukan sekadar ketawa pecah perut tapi penuh dialog lucu dan mencuit hati.
3. Layan Kartun Sampai Lupa Makan!
Tak sah hujung minggu tanpa gelak ketawa anak-anak! Di Astro One, seisi keluarga boleh layan “Mechamato The Movie” aksi robot yang penuh kejutan, buat si kecil rasa macam superhero!
Lepas tu, teruskan dengan menonton kartun “Didi & Friends” yang comel dan penuh lagu-lagu catchy. Dari nyanyi sampai ketawa, confirm satu rumah layan non-stop sampai lupa nak makan!
4. Me Time Ayah Dan Anak Lelaki
Kalau bapak-bapak nak me-time yang padu sambil ajak anak join sekali, ini dia pilihan paling legend! Dekat Prime Video, ada “Fallout S1” dunia lepas kiamat tapi penuh keseronokan dan kejutan. Buat anda yang mahukan rasa epic fantasy terasa seperti hero dari zaman silam? Jangan ketinggalan menonton “The Rings of Power”!
Lepas tu, tukar gear sikit, tengok Sepak Takraw League 2025 di Astro Arena siap boleh ajar anak pasal semangat sukan dan teamwork. Ini baru bonding yang ada kelas dan berpeluh sama!
5. Masak, Makan & Gosip
Jangan biar mak sorang-sorang sibuk di dapur, apa kata kita masuk dapur sekali, jadikan ia masa bonding paling sweet! Sambil potong bawang dan kacau gulai, buka je “Jinny’s Kitchen” di Prime Video tengok macam mana selebriti Korea struggle urus restoran, confirm buat kita rasa nak cuba menu baru!
Lepas kenyang, lepak sama-sama dengan “First Wives” di Astro One cerita tentang wanita-wanita hebat bangkit semula lepas dikhianati, penuh dengan lawak sinis dan semangat sisterhood. Sesuai untuk mak, anak dara, nenek sampai cucu pun boleh masuk geng!
Apa tunggu lagi? Dengan Astro One, semua rancangan dari tempatan sehingga ke antarabangsa, semuanya dihimpunkan dalam satu tempat. Lagi best bila sekarang ada akses Prime Video selama dua bulan tanpa kos tambahan dari 24 April hingga 23 Jun 2025! Inilah masa terbaik cipta kenangan paling mahal walaupun hanya dari ruang tamu rumah sendiri. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umum mengetahui, Datin Dr Halina bakal melahirkan bayi kembar nya lebih awal dari tarikh jangkaan.
Dalam perkongsian terbaru, Isteri kepada angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Syukor, Datin Dr Halina Mohd Yunos selamat melahirkan anak kembar mereka pada jam 9.47 pagi, bayi lelaki dan 9.48 pagi, bayi perempuan hari ini melalui kaedah pembedahan di Sunway Medical Centre.
Dalam perkongsian Dr Sheikh Muszaphar sebelum ini, isterinya dinasihatkan untuk melahirkan zuriat tersebut minggu lalu tetapi berjaya bertahan sehingga cukup 35 minggu dengan menggunakan kaedah pembedahan.
Sebelum itu, beliau berkongsi sebuah video memaparkan Dr Halina sedang mengemas keperluan diri sebelum meninggalkan empat anaknya di rumah buat sementara waktu.
Pasangan ini memilih untuk menimang anak kembar mereka pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha serta kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Selalunya selepas berumahtangga, anak lelaki akan bertukar tanggungjawab kepada isteri dan keluarga kecil mereka pada masa akan datang. Tetapi, tanggungjawab sebagai anak tidak semestinya akan tolak ke tepi.
Jika sebut nama usahawan dan pempengaruh, Hafiz Mahamad serta isterinya, Syafiqah Aina, semestinya orang ramai mengenali mereka. Sikap merendah diri dan dermawan kepada orang sekelilingnya membuatkan ramai yang menjadikannya sebagai inspirasi untuk berjaya.
Sering membuat penulisan yang bermakna dan berkongsi kehidupan mereka di laman sosial sebagai inspirasi orang ramai, kali ini Hafiz meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk membawa ibu dan bapanya bercuti ke Switzerland.
Menurutnya, dia sudah lama menyimpan hasrat itu untuk membahagiakan ibu dan bapanya memandangkan orang tuanya itu sudah semakin dimamah usia dan meminta untuk isteri tersayang mendoakan agar urusannya sentiasa dipermudahkan.
Malah, Aina berkata, dia menegaskan agar Hafiz mengutamakan dan membahagiakan ibu bapanya terlebih dahulu berbanding dirinya.
“Saya selalu cakap dengan isteri, doakan Abang, abang nak gembirakan mama dan abah. Aina selalu kata “Abang”, selepas mereka pencen. Bahagiakan mereka dulu baru sayang.
“Apa abang nak hadiahkan & kemana abang nk bawa sayang, jangan lupa bawa plan untuk mereka sekali. Sebelum ini, kalau nampak orang pergi melancong atau mana-mana,” katanya.
Tambah Hafiz lagi, selepas ibu dan bapanya sudah pencen daripada alam pekerjaan, inilah masa yang sesuai untuk dia berbakti kepada orang tuanya idengan mencipta lebih banyak memori bersama.
“Saya tak ada rasa teringin nk pergi sebab saya mmg suka duduk rumah, tapi bila bab keluarga. Saya nak mereka merasa sebab nak cipta kenangan,” luahnya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.