Sekiranya ada sedikit lebihan nasi jika hendak dibuat nasi goreng rasa sikit sangat, hendak dibuang sayang pula. Jadi apa kata anda sediakan kuih apam nasi untuk dijamu kepada seisi keluarga.
Menyediakannya juga cukup cepat dan mudah, bahkan bila siap dimasak memang buat anak-anak teruja untuk menikmatinya. Apa tidaknya, apam nasi ini boleh dimasak dengan pelbagai warna mengikut citarasa. Jika kena pilihan warna yang dipilih memang nampak sangat comel apam nasi ini.
Ini sebagaimana perkongsian resipi daripada Zura Zul ini, lihatlah betapa cantiknya apam nasi yang dihasilkannya. Jadi bolehlah dicuba mengikut resipi yang dikongsikan ini. Semoga bermanfaat.
APAM NASI
Bahan
1 cawan nasi
1 1/2 cawan air
( blender nasi dgn 1 cawan air dulu.. sebab kalau blender semua air.. nasi tu tak berapa hancur halus.. kemudian tambah 1/2 cawan air sekali lagi blender)
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula – boleh tambah jika suka
3 sudu kecil mauripan
1 – 2 sudu kecil minyak masak
Secubit garam
Cara-cara :
1. Tuang bahan blender dalam bekas tepung-tepung, gula, mauripan, gaul-gaul sebatikan. kalau rasa nak blender sekali pun boleh
2. Kemudian perap 1/2 jam lebih atau sampai naik.
3. Kacau semula adunan, warnakan ikut suka
4. Tuang 3/4 atau penuh acuan kecil yg di sapu sedikit minyak
5. Kukus 15 – 20 minit.. Siap
Boleh makan kuih apam ni dengan kelapa parut putih dan secubit garam (kelapa tu nak kukus seketika)
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di sini pagi tadi.
Siti melahirkan bayi seberat 3.84 kilogram itu secara pembedahan. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak syarikatnya, penyanyi nombor satu negara ini dan bayi berada dalam keadaan baik.
Isnin, 19 April 2021 bersamaan 7 Ramadan 1442H, Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada pukul 6.21 pagi. Bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.
Suami penyanyi popular itu, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bersyukur dengan kelahiran cahaya matanya itu.
“Apa yang penting bagi saya adalah proses melahirkan bayi berjalan dengan baik, isteri dan anak juga sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar,”ujarnya dalam kenyataan tersebut.
Dato K dan isteri dalam pada itu turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.
Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.
Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Dato’ Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.
Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah s.w.t.
Apabila berada di rumah dalam tempoh yang lama, macam-macam hal berlaku kan. Perkongsian Shuib Sepahtu di laman instagramnya mengenai remote tv nya rosak mengundang kelucuan dikalangan pengikutnya.
Dalam perkongsian tersebut, Shuib bertanyakan sama ada alat tersebut masih boleh dibaiki atau pun di mana boleh beli baru.
Nak mintak tlg,,,,Remote tv ni dah rosak,,,mcmana skng???Nak btolkan remote ke atau ade ktmana2 boleh beli??? Remote tv jenama SHARP … Sangap ni,dah la dok rumah,remote pulak rosak 😭
Memang nampak senang aje nak buat cekodok yang ada campuran ikan bilis dan daun kucai. Mungkin ada yang kata bagi mereka yang tak biasa ke dapur pun boleh buat! Nak buat memang jadi, cuma rasa sedap dan ranggup tu mungkin tak jadi. Bagi yang ada skill mesti tahu cara nak buat yang rangup di luar dan lembut di dalam. Ikuti resipi oleh Akma Razali ini. Memang ada petuanya.
Ikuti perkongsiannya.
Saya nak share resepi cekodok paling simple je,tapi rasa die rangup diluar,lembut dan berongga di dalam
Uma mantuhak (mak mertua) yang ajar, sy suka cekodok dia semua sedap2,n cara die buat pon mudah,anak3 pun suka
Bahan2 & cara pada gambar .
Selamat mencuba! Memang rangup diluar dan lembut didalam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.