Dalam hidup ini tiada seorang pun yang sepi daripada diuji hidupnya. Begitu juga saat perlu ‘berpisah’ dengan seorang wanita yang kita gelarkan ibu, mak, bonda, mummy mahu pun ummi, pasti kita akan merasakan dugaan ini cukup berat untuk ditanggung.
Hal yang sama juga telah dilalui oleh Puan Emi Erdayu Jasmi apabila ibundanya dijemput Ilahi pada Februari yang lalu. Ayuh kita ikuti perkongsiannya itu.
Cuti CNY haritu saya ambik cuti agak lama dengan niat nak mengemas rumah mak abah di kampung. Entah kenapa minggu tu memang “rasa” tak sedap hati sangat, rasa akan ada kematian di kalangan kami, sama ada saya atau siapa siapa ahli keluarga.
Saya mula mengemas dari dapur masak, kemudian hari berikutnya kemas Hall, next kemas bilik baju mak abah. Sambil mengemas sambil bergurau, acah nak buang barang dia, memang ada buang dan ada di simpan juga yang saya rasa dia betul sayang.
Ads
Saya siap labelkan, letak satu pusat segala perkakasan supaya senang nak tuju cari.
Saya bagitau mak, saya kemas supaya lapang, kita makin berusia tak tahu siapa akan pergi dulu, senang rumah nak terima orang bila ada kematian, ” — masih ingat bait ayat ni
Ads
Saya siap bergurau kata, barang yang tak guna, di simpan, di jadikan hiasan semua tu akan di hisab nanti, jom la kita guna. Bekas bekas tupperware mak ni jom Kak Ayu jadikan perumah tuk bahan lain, Kak Ayu simpan sini, senang bila mak nak cari, nak lilin sini.. sambil tunjuk lilin yang dah di label dan lain lain.
Peti ais dia pun saya label
Saya susun kemas sebersihnya, sampai suami kata rehat la nanti penat, tapi saya hairan saya tak letih. Rupa-rupanya tu semua “rasa” yang saya tak sedap hati minggu tu menjadi kenyataan.
Ads
Rupanya tu sumbangan dan gurau akhir saya dengan mak, saya kemas 4/2/2019, mak saya meninggal 25/2/2019… 2 minggu sebelum saya masih nampak riak senyum gurau dengan dia, dua minggu kemudian dia dah pergi tinggalkan rumah dan kami anak anak beliau. Syurga saya telah pergi ke darul akhirah.
Mohon rakan DRKSK sedekahkan alfatihah buat bonda saya puan zamzuriah bt habsah.. hari ini isnin yang ke 3 beliau pergi mengadap penciptaNya..al fatihah
“Mak rumah mak sentiasa bersih tau, abah sentiasa mop, sentiasa siram pokok mak, bagi ikan kucing , burung-burung mak makan, sampah sarap semua kemas, bersih tersusun. Mak selalu kata mak dah kemas. ye mak…walau mak tak de, rumah mak bersih kemas,tip top, apa mak sayang mak suka kami jaga. Berbahagialah bersama para solihin di sana, kami juga bakal menyusulmu”.
Menyentuh tentang petua orang tua-tua dulu memang banyak, bukan sahaja petua dalam bab memasak, penjagaan kecantikan, malah petua kesihatan juga tidak kurang banyaknya.
Umpamanya, siapa sangka dengan memberi fokus pada buah manggis, terhimpun 1001 manfaat untuk diamalkan bagi meredakan pelbagai masalah kesihatan dengan cara dan tekniknya yang tersendiri.
Memberi lebih jelas tentang kaedah tersebut, di sini dikongsikan info yang ditulis oleh Ana Mahabu di akaun fbnya.
Semoga ia memberi alternatif dalam meredakan kesakitan yang ditanggung di samping jangan lupa dapatkan juga nasihat dan rawatan daripada doktor.
KULIT MANGGIS DAN DAUN MANGGIS
Berak darah:- Ambil kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu dijemur sampai kering.)
Rebus 1 biji kulit manggis bersama lima cawan air hingga tinggal satu cawan pekat air rebusan itu. Amalkan selalu meminumnya inshaAllah penyakit akan sembuh.
Ulser mulut dan bengkak usus: – Bagi mengatasi ulser dalam mulut, air rebusan daun dan kulit pokok boleh diminum.
Disamping itu boleh disapu pada luka.
Bahagian kulit pula jika di kering dan dikisar boleh mengatasi cirit-birit.
Air rebusan Kulit manggis boleh merawat penyakit bengkak, usus luka dan gigitan serangga.
Kulit manggis yang telah kering ditumbuk halus dan dibancuh dengan sedikit minyak.
Ditekap pada luka dan bengkak gigitan serangga .
Buasir:- keringkan kulit buah delima dan kulit manggis. Dibuat serbuk untuk minum 1 hari 2 kali.
Memutihkan gigi:– Kulit manggis dibakar dan ditumbuk sehingga halus dan gunakan seperti ubat gigi.
Lancar haid:- Air rebusan akar manggis diguna untuk melancarkan haid. Ambil 9 inci akar mangis direbus dengan 3 cawan air. Masak hingga mendidih diminum satu hari dua kali.
Gout:- Kulit manggis amat berhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan.
Pengidap gout boleh mengamalkan kulit manggis. Iris kulit manggis macam asam keping dan jemur sampai kering.
Bila nak guna ambil air panas, 2 atau 3 hirisan kulit manggis direndam minum apabila menjadi suam.
Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tapi sedap.Boleh juga dibuat jus bersama isinya dan dicampur sedikit isi buah delima.
Kencing manis:– Daun manggis boleh dibuat ubat untuk orang yang kena penyakit kencing manis.
Pertuanya:-
Ambil dua atau tiga helai daun manggis basuh bersih-bersih daun manggis.
Rebus daun manggis tadi sampai air menjadi kehijau macam tea hijau(rasa macam air tea).
Amalkan minum 2 atau 3 kali seminggu air daun manggis.
Setiap ibu bapa sudah tentu inginkan anak-anak yang cemerlang. Namun ada juga anak yang menghadapi masalah pembelajaran.
Menerusi facebook seorang yang bergelar pendidik, beliau memberikan panduan untuk mendidik anak-anak yang menghadapi permasalahan pembelajaran seperti slow leaner.
IKUTI PERKONGSIANNYA
TIP KUASAI MURID ‘ SLOW LEANER’, CICIR DAN MEMPUNYAI MASALAH PEMBELAJARAN.
Saya menerima banyak pertanyaan, bagaimana cara mengendalikan murid ‘Slow Leaner’ cicir atau murid yang mempunyai masalah pembelajaran.
Setiap kali persoalan ini diajukan, saya terbayangkan satu firman Allah SWT. Inilah jawapan padu kepada segala persoalan Sahabat. Baca dan hadamkan. Moga bermanfaat.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 269 yang bermaksud:
Allah memberi Hikmah kebijaksanaan (Ilmu yang berguna)
Kepada sesiapa yang dikehendakiNYA ( menurut aturan yang ditentukan oleh Allah)
Dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya ia diberikan kebaikan yang banyak.
Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
JELAS..
Hanya Allah yang mampu tanamkan benih ilmu dalam hati dan fikiran manusia.
Usaha seorang guru ialah menyampaikan atau memberi tunjuk ajar sebaiknya, soal kepandaian serahlah pada Allah.
Inilah kunci sebenar kepada sifat redha dan menerima segala kelemahan yang ada pada murid.
Ya FATTAH,
Yang maha membuka.
Bukalah pintu hati kami dan anak didik kami untuk menguasai ilmuMU.
Hanya Engkaulah tempat kami menumpahkan kesedihan dan gundah gulana.
Ya ‘ALIIM,
Engkau maha mengetahui hikmah apa yang kami dan anak didik kami akan perolehi,
kurniakanlah kebijaksanaan kepada kami untuk menerima dan menilainya.
1. Ilmu itu milik Allah SWT
Allah SWT pernah berfirman dalam surah al-Hadeed ayat 2
Maksudnya “…..Dan DIAlah yang maha berkuasa keatas setiap sesuatu”
Setinggi mana ilmu dan kepakaran yang kita miliki sebagai guru, kena yakin dan percaya semuanya milik Allah SWT.
Jangan pernah merasa kecewa jika penerimaan murid terhadap kemahiran yang kita ajar adalah berbeza-beza. Lapangkan fikiran, cikgu sudah menjalankan amanah sebagai pendidik, sedaya upaya membantu memulihkan anak didik yang mempunyai masalah pembelajaran. Akhirnya kembalilah kepada Allah SWT pemilik akal dan hati anak-anak ini untuk menyerapkan dan hadamkan ilmu yang kita ajar.
2. Ta’aruf dan bina keyakinan diri
Biasanya murid Slow Leaner sangat sinonim dengan sikap Introvert ( Senyap dan suka bersendirian) dan Inferior ( Rendah Diri). Perkara paling asas dan utama untuk membantu anak ini adalah bina keyakinan mereka dan beri kekuatan yang selama ini mereka benamkan jauh dari sudut kehidupan.
Carilah apakah punca masalah murid kita. Kelemahan dan kekurangan ini akan menjadi tembok dan penghalang untuk mereka keluar dari kepompong.
Cikgu jadilah hero dan heroin mereka dengan memecahkan tembok yang ada, binalah keyakinan diri mereka untuk menjadi murid yang hebat.
Tidak susah..percayalah, saya pernah bantu murid yang mempunyai rasa rendah diri kerana memiliki sedikit kecacatan pada anggotanya ( tidak sampai OKU), selalu mengasingkan diri dan jarang memberi respon.
Satu hari saya dapat bersendirian dengan anak ini.
Alhamdulillah, semuanya Ilham dan pertolongan dari Allah.
Saya beritahu dia“ Semua yang Allah cipta adalah sempurna, tidak ada kekurangan sedikitpun walaupun manusia memandang kita berbeza. Ingat! Allah hanya menilai kebersihan dan kebaikan hati untuk jadi orang hebat”.
Alhamdulillah, selepas peristiwa itu dia rajin jumpa saya untuk mintak tunjuk ajar..SIMPLE… Inilah permulaan yang kita mahu.
3. Cari kekuatan
Carilah kekuatan yang ada pada mereka, pupuk dan kembangkan. Kekuatan yang ada mampu menjadi baja untuk menyuburkan semangat dan potensi diri.
4. Tenang dan jauhi tekanan
Seorang sahabat pernah meluahkan perasaan. Murid yang diajar hanya dapat menguasai sedikit sahaja kemahiran walaupun berjam-jam mengadap. Esok belum tentu ingat . seperti mencurah ke daun keladi. Merasa sangat sia-sia di atas segala usaha yang dilakukan.
Sikap berputus asa akan menghilangkan rahmat Allah SWT.
Jadi orang yang paling tenang dan penyabar kemudian tunggulah khabar gembira dari Allah.
Percaya atau tidak perasaan tertekan guru menjadi penyumbang utama kepada kemurungan dan melahirkan murid yang tercalar emosinya.
Ajarilah mereka ikut kemampuan, bukan mengejar silibus. Jangan memberi tekanan kepada murid kerana mereka dilahirkan dalam keadaan yang berbeza dengan murid biasa. Terimalah kenyataan itu, jangan samakan dengan murid arus perdana. Abaikan silibus yang bertimbun, ajarlah mereka dengan berhikmah kerana itulah yang tuntut oleh Agama.
Santuni mereka sebaiknya, biasanya murid begini lebih dalam kasih dan sayangnya pada cikgu. Sanggup berkorban, bersusah payah kerana cikgu. Kenali dan bangunkan potensi mereka. Sekalipun mereka tidak boleh jadi pandai, tapi mereka boleh jadi orang baik dan bertanggungjawab dalam masyarakt.
5. Kongsi dengan ibu bapa.
Penting! Siapapun ibu bapa mereka, kongsilah sedikit sebanyak perkembangan anak-anak ini. Cikgu sangat perlukan kesinambungan. Ibu bapa yang mengetahui perkembangan pembelajaran anak mereka akan lebih prihatin dan mengambil berat segala keperluan anak.
Mohon ibu bapa anak-anak ini titipkan doa supaya Allah permudahkan urusan guru mendidik dan menyampaikan ilmu kepada anak mereka.
Cikgu boleh kongsikan doa ini untuk ibu bapa baca:
Setiap pagi sebelum ke sekolah, ibu atau ayah letakkan telapak tangan kanan di ubun-ubun kepala anak kemudian bacalah:
Salawat pada nabi
Ya Qawiyy 3x
Ya ‘Aziiz 3x
Ya Jabbaar 3x
Ya Mutakabbir 3x
Surah As-Syarh 1x
Akhiri dengan salawat
Kemudian sapu muka dan dada anak.
6. Tawakkal
Tawakkal kepada Allah SWT akan menjadikan seorang guru memiliki hati yang kuat dan teguh, sentiasa merasa tenang dengan takdir Allah. Jika menerima kebaikan, tidak lupa untuk bersyukur, jika menerima ujian sentiasa besabar.
Beruntungnya cikgu yang mengajar anak-anak ini, mereka Allah kurniakan akal yang sentiasa berputar, mencetuskan inovasi yang pelbagai, aplikasi teknik-teknik yang pelik tapi luar biasa. Hikmah Allah bagi kita anak-anak syurga ini.
Dalam dunia yang semakin pantas bergerak, kisah cinta yang lahir daripada keikhlasan dan nilai kekeluargaan sering kali menjadi sesuatu yang dekat di hati masyarakat.Itulah...