![20201215-073024-0000](https://cdn.keluarga.my/2020/12/20201215-073024-0000-14_54_644998-696x435.png)
Menghias kediaman tak lengkap kiranya jika tanpa bunga hiasan di tempatkan di dalam rumah.
Sama ada pokok bunga hidup atau artifisial, setiap satunya punya daya tarikan dan keistimewaaannya yang tersendiri.
Umpamanya buat peminat bunga orkid, diketahui harga sepasu pokok bunga orkid agak mahal juga harganya.
Jadi untuk yang ingin lebih berjimat, boleh juga buat DIY bunga hiasan orkid ini sepertimana yang dikongsikan ini. Kosnya juga nemang jauh lebih menjimatkan.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian ini.
Langkah 1:
Ambik mana bekas seramik yang kosong.
Kita sumbatkan sponge rapat-rapat begini.
Langkah 2
Pastu letakkan gam. Gam anak kita jer.
Ratakan.
Langkah 3
Pastu kita letakkan lumut. Satu beg 4
ringgit tu boleh buat banyak. Petuanya,
gunting halus-halus lumut tu pastu tepekkan
dekat atas tu. Biarkan kering.
Langkah 4
Cucuk kan sahaja. Jangan bimbang bila
orked melilau ke sana sini. Cucukkan buluh atau kayu, ikatkan dengan plastik ni. Orked akan tegak.
Dah siap
Yellow butter fly. Kos dari atas bawah dalam70. Harga naik siket sebab beli dulu hargaRM9. Now dah 11.90.
Nie kos semua 70 jugak. Bunga jenis yang
kualiti.
Sumber : Eyan Aqbar Mustam via Kelab Kaki Deko
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Nak Wajah Lebih Berseri, Gunakan Inai. Bukan Dipakai Tapi Dimakan!
![Nak Wajah Lebih Berseri, Gunakan Inai. Bukan Dipakai Tapi Dimakan!](https://cdn.keluarga.my/2018/11/20181108_050232_0001.png)
Ini satu lagi perkongsian yang menarik untuk dicuba dan sebenarnya telah lama diajarkan oleh bidan-bidan di kampung terutamanya kepada wanita yang tengah berpantang.
Malah daun inai juga jika dimakan boleh membantu mengatasi masalah bahagian intim yang berbau kurang menyenangkan.
Untuk itu, ayuh pelajari bagaimana cara penyediaan jamu ini yang telah dikongsikan oleh Puan Ct Fatimah.
Sekarang akak nak kongsi petua ibu wajah berseri-seri selepas pantang.
Bahan-bahan :
Daun inai segengam
Lesung batu buat menumbuk
Cara-cara penyediaan :
1. Cuci bersih daun inai
2. Tumbuk lumat daun inai
3. Gentel-gentelkan kecil2 sebesar kepala mancis tu.
4. Simpan dalam bekas kecil dan letak dalam peti ais.
Cara pengambilan :
Makan selama 2 minggu selepas sarapan
1 biji sehari
Kesannya :
Wajah terlihat pinkish dan glowing serta bahagian intim tidak berbau.
Sumber : Ct Fatimah
Pernah Pakai Gelang Pink & Dari Keluarga B40, Boleh Tuntut RM50 Sehari. Rugi Kalau Tak Tahu!
![Pernah Pakai Gelang Pink & Dari Keluarga B40, Boleh Tuntut RM50 Sehari. Rugi Kalau Tak Tahu!](https://cdn.keluarga.my/2021/04/Untitled-design-2021-04-26T223156.311-1.png)
Cabaran yang dihadapi setiap keluarga susulan pandemik Covid19 memberi kesan pada ekonomi dan pendapatan isi rumah. Ini memang tidak dapat dinafikan dan impaknya begitu hebat, lebih-lebih lagi bagi golongan bawahan dan berpendapatan rendah. Apatah lagi andai turut mengalami tempoh kuarantin dengan memakai gelang pink, pastinya sukar untuk mencari rezeki dalam tempoh tersebut.
Pun begitu, tahukah anda untuk meringankan beban yang ditanggung di kalangan keluarga B40, sekiranya pernah diarahkan untuk melakukan kuarantin dengan memakai gelang pink, anda sebenarnya boleh menuntut RM50 sehari.
Caranya bagaimana, ini dikongsikan oleh Najmi Farisham untuk info bersama. Ini Perkongsiannya.
Aku tak tahu kalian dah tahu ke belum pasal benda ini.
Sekiranya kalian dah pernah pakai gelang pink dan diarahkan untuk melakukan kuarantin, kalian layak untuk membuat tuntutan MySalam tau.
Tak kisahlah kuarantin itu di rumah sendiri ke, di hospital ke atau di pusat kuarantin.
Asalkan kalian memang diarahkan oleh pihak kesihatan bersama surat hitam putihnya. Keputusan positif atau negatif, mereka tak nak tahu pun.
Dapatlah juga RM50 sehari, mereka bayar.
Tuntutan MySalam ini layak buat mereka yang tergolong dalam kalangan B40. Walau apapun, boleh semak kelayakan di sini dulu ya.
https://www.mysalam.com.my/b40/info/
1. Kalau layak, terus log masuk ke portal. Jika ini first time login, pilih Log Masuk Kali Pertama.
2. Kalian pilih kolum Tuntutan.
3. Kemudian Penyerahan Tuntutan.
4. Seterusnya Tuntutan Hospitaliti.
5. Ha, isilah segala maklumat yang mereka minta di situ.
6. Untuk Nama Hospital, kalian pilih nama hospital tempat dikuarantinkan tempoh hari. Jika kuarantin di rumah, pilih Non Panel Hospital.
7. Lepas itu, kalian kena muat naik gambar kad pengenalan bersama surat sokongan. Jika masuk hospital, surat discaj hospital. Jika kena kuarantin saja, surat pihak kesihatan yang mengarahkan kalian menjalani kuarantin. Yang ini penting.
8. Selepas itu, tekan hantar ya.
Mohonlah tuntutan ini segera. Paling kurang, dapatlah memberikan sedikit kegembiraan dan bantuan buat diri kalian dan keluarga di bawah tanggungan.
Itulah.Semoga bermanfaat.
Sumber : Najmi Farisham
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Nak Berhenti Jadi Perempuan, Hari-Hari Kena Buli.” Gara-Gara ‘Diusik’ Abangnya, Luahan Dekta Bikin Ramai Sebak
![“Nak Berhenti Jadi Perempuan, Hari-Hari Kena Buli.” Gara-Gara ‘Diusik’ Abangnya, Luahan Dekta Bikin Ramai Sebak](https://cdn.keluarga.my/2021/12/png_20211214_092926_0000.png)
Dzahira yang lebih mesra disapa Dekta disifatkan sebagai seorang anak gadis yang memahami tanggungjawab dirinya sebagai seorang kakak dalam keluarga mereka.
Anak perempuan kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin dan Shuib yang kini berusia 8 tahun dikatakan banyak mewarisi sifat kasih arwah ibunya.
Pemilik nama sebenar Dzahira Talita Zahra bagaimanapun seorang yang lembut hatinya. Dalam perkongsian terbaru, kelihatan dia menangis teresak-esak dek kerana ‘disakat’oleh Uwais Al Qarni dan Ariq Matin.
Dalam video pendek tersebut, Dekta memberitahu yang dia tidak mahu menjadi anak perempuan lagi kerana asyik ‘dibuli’oleh abang dan adik lelakinya.
Dekta dan drama berpisah tiada yaaa 😂 Siapa anak perempuan dia macam ni? Tak boleh usik sikit, nangis dah macam kena pukul. Si Matin dah takut tu sebenarnya 😂 Haihhh la anak-anak, waktu kecil ni gaduh2 dulu, besar nanti haaa baru rindu ❤️❤️❤️
Perkongsian tersebut mendapat respond warganet, rata-rata bersimpati dan tak kurang memberi kata-kata semangat buat satu-satunya anak perempuan Allahyarham Siti Sarah.
![“Nak Berhenti Jadi Perempuan, Hari-Hari Kena Buli.” Gara-Gara ‘Diusik’ Abangnya, Luahan Dekta Bikin Ramai Sebak](https://cdn.keluarga.my/2021/12/Screenshot_20211214-091023_Instagram.jpg)
![“Nak Berhenti Jadi Perempuan, Hari-Hari Kena Buli.” Gara-Gara ‘Diusik’ Abangnya, Luahan Dekta Bikin Ramai Sebak](https://cdn.keluarga.my/2021/12/Screenshot_20211214-091143_Instagram-min.jpg)
Sumber: sitisarahraissuddin
ARTIKEL MENARIK: “Saya Terima Dengan Sabar, Reda & Syukur.” Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri, Sahabat Arwah Suami Jadi Pilihan!
ARTIKEL POPULAR: “7 Tahun 7 Kek Birthday. Pengsan Mak Hang.” Che Ta Penuhi Hajat Aaisyah Sempena Hari Lahir. Mak & Anak Lawa, kek Pun Cantik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club