
Sudah tentu ada cabarannya bila sesi pembelajaran di lakukan di rumah atau PdPR.
Bukan ibu bapa aje yang hadapi kekangan, begitu juga guru. Begitulah yang dipaparkan oleh seorang pendidikan ini yang bergelar ustazah menerusi facebook miliknya, Ustazah Aminah Mat Yusoff.
Beliau menjelaskan bahawa pendidik perlu bersabar dengan pendidikan normal baharu ini termasuk pasangan guru.

Pasangan cikgu kena bersedia
1. Tersenyum sendiri melihat keletah cikgu semasa PdPR. Bukan untuk murid sekolah sahaja, malah orang awampun turut sama menadah ilmu. Sebab itu.. Bila memberi dan menyampaikan, niatkan Allah panjang jadi jariah. Bahasa kita susun cantik2, biar orang nampak indahnya seni menyampai ilmu.
2. Suami atau isteri cikgu kena faham.. Pasangan kalian tidak selapang dulu, banyak berkurung dalam bilik buat rakaman, kadang tu pegang Phone dari pagi sampai malam, melihat dan menyemak hasil kerja murid.
3. Cikgu dulu nak keluar baru pakai lawa-lawa, berhias cantik2. Sekarang nie cikgu kena hati-hati, walaupun duk umah satu dunia boleh lihat dan tengok cikgu live. Hias diri secara islami, jangan dedah sangat barang kemas dilengan dan jari. Takut yang melihat iri hati tanpa kita sedari.
4. Dulu cikgu glamour kat sekolah ja, peminatnya hanya murid. Sekarang berbeza, ada yang terima mesej minat dan suka dengar suara cikgu. Pasangan cikgu, jangan cepat melatah.. Banyakkan bersabar dan anggaplah itu ujian dari Allah. Didik hati dan sentiasa berdoa agar usaha cikgu dirahmati.
Jadi cikgu makin mencabar.. Pasangan cikgu jangan pula rasa tercabar
Sumber: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Doa Kunci Anak Senang Solat, Idea Ibu Ni Buat Anak Berdesup Nak Solat!

Mendidik anak untuk solat menjadi satu kepayahan buat ibu ayah. Ada anak yang terpaksa disuruh berkali-kali, diambil rotan dan sebagainya tapi masih tidak bangun untuk bersolat.
Perkongsian ibu ini, Wan Rohani Wan Ismail atau lebih dikenali Wan Anie di facebooknya berkongsi cara paling mustajab, iaitu dengan doa dan caranya sendiri untuk mendidik anaknya bersolat.
Paling menarik, doanya sangat berkesan dan anak lari berdesup untuk ambil wuduk. Hebat!
Berdoa Secara Terbuka Mendorong Anak Solat
Apabila anak semakin membesar, cabaran mendidik bertambah besar.
Pelbagai strategi dan teknik dipelbagaikan untuk mendorong anak-anak solat tanpa perlu menyuruh atau mempengaruhi mereka dengan ganjaran luar.

Solat memerlukan dorongan intrinsik yang kuat (Dorongan Intrinsik adalah dorongan atau tindakan yang tidak dipengaruhi oleh akibat atau ganjaran luar. Melakukan sesuatu kerana mengikut gerak hati.
Malam itu selepas berkumandang azan Maghrib, ibu mengajak anak-anak solat bersama. Namun anak-anak tidak mengendahkan, masing-masing ralit membina menara menggunakan kad.
Seusai ibu solat, anak-anak masih dengan aktiviti mereka. Bagaimana mahu mendorong anak-anak ini solat tanpa perlu memberikan arahan. Kita tidak mahu menyuruh-nyuruh anak solat setiap kali masuknya waktu solat.
Bagaimana mahu menanam kesedaran tentang solat di dalam diri anak-anak? Bagaimana mendorong anak menjadikan solat itu satu tanggungjawab yang perlu dilunaskan tanpa perlu disuruh-suruh?

Kali ini skrip yang digunakan sedikit berbeza. Saya pujuk anak yang lebih besar dahulu untuk solat.
Saya katakan kepada kakak, “Aiesyah, Aiesyah sudah besar. Ibu sudah tidak perlu lagi mengingatkan Aiesyah untuk solat setiap kali masuk waktu.” Aiesyah diam.
Saya menyambung, “Boleh Aiesyah solat Maghrib sekarang, sekejap lagi nak mula kelas mengaji.”
Kemudian, Aiesyah mula bersuara,”Ya Aiesyah solat.”
Apabila mendengar Aiesyah berkata begitu, saya diam dan hanya menunggu. Tidak mahu menyuruh lagi. Beberapa minit kemudian, Aiesyah bangun melangkah ke bilik air mengambil wudhuk. Kemudian menunaikan solat di ruangan tamu berhampiran tempat mereka bermain tadi.
Alhamdulillah kakak sudah solat, saya sudah merancang untuk berdoa secara terbuka memandangkan kakak solat berhampiran dengan dengan tempat adik bermain.
Selesai sahaja kakak Aiesyah solat, saya terus berdoa dengan kuat.

“Ya Allah berilah kebaikan kepada anak-anak ibu yang solat. Jadikan anak-anak ini anak yang soleh dan solehah”
Aiesyah memandang saya dengan senyuman. Umar (adik) juga memandang saya. Lagaknya seperti tidak berpuashati dengan doa tadi. Umar pun berkata, “Alaa.. Umar pun nak jugak!”
Lantas Umar bangun dan melunaskan tanggungjawab menunaikan solat. Seperti biasa, sebelum solat Umar akan bertanya solat apa dan berapa rakaat.
Usai Umar solat, saya mengulangi doa tadi seperti di atas. Kemudian mereka berdua mengemas mainan dan mengambil Quran memulakan kelas mengaji.
Nota: Berdoa adalah salah satu bentuk ganjaran sosial positif.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!

BK Solat Kembali lagi. Sambut bulan Ramadan dengan persiapan yang sempurna di Kem Solat kami!
Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut di 019 622 2989 atau boleh daftar terus di
https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat/
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiru 5 Trik Ibu Ini Lakukan Untuk Pastikan Ruang Dapur Tak Berjelaga. Mudah Tapi Kena Rajin!

Ruang dapur boleh dianggap sebagai ‘jantung’ kehidupan untuk sesebuah kediaman. Ramai yang mengatakan begitu terutamanya bagi mereka yang gemar memasak. Memandangkan di ruang inilah akan terciptanya hidangan enak dan dimasak dengan penuh kasih sayang untuk dihidangkan kepada keluarga tercinta. Malah setiap hari kita sering memulakan kehidupan dengan mengisi perut yang kosong dengan menjengah ke ruang dapur sebelum pergi ke tempat kerja dan sebagainya.
Lantaran itu, sewajarnya ruang ini harus terlihat sentiasa bersih dan rapi agar dapat memberi keselesaan kepada seluruh ahli keluarga berada lebih lama di ruang ini. Namun jika tidak diberi tumpuan pada aspek kebersihan, ia seakan mustahil. Tambahan pula, apabila memasak akan boleh menyebabkan berminyak malah berjelaga pada dinding, lantai mahu pun syiling.
Pun begitu, wanita ini yang dikenali sebagai Siti Hawa Mohd Zainudin di dalam fbnya ada berkongsi cara untuk hindari masalah tersebut. Menurutnya walaupun telah menggunakan ruang dapur tersebut hampir 6 tahun lamanya, namun dinding dan syilingnya kekal putih bersih!
Nak tahu apa yang dia lakukan jom semak satu persatu.
Tip saya nak bagi dinding dan syiling tak hitam jelaga dalam masa yang sama masih kekal cantik catnya :
1. Time memasak saya suka standby span basah sambil masak sambil lap tabletop dan kain basah untuk lap lantai gitu.

2. Time memasak saya suka buka pintu dapur dan tingkap agar bau bauan dapat keluar terus
3. Time memasak saya suka pasang kipas kat dapur agar dapur tak berwap panas.
- Time memasak saya suka kawal api dapur, nak nak time menumis atau menggoreng sebab api yang terlampau panas boleh jadikan dinding atau syiling berjelaga.

5. Rutin harian selepas memasak, kena rajin mengemas dan lap dapur di semua bahagian yang digunakan time memasak sebab kalau dibiarkan, kesan kotoran akan melekat terus.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
24 Jam Asyik Dengan Telefon, Dari Wasap Group Sampai Ke Games. Masa di rumah bazir macam tu je. Ini Sebabnya Kenapa Isteri Boleh Hilang Hormat Pada Suami

Lumrahnya bagi setiap pasangan, awal-awal perkahwinan merupakan saat bahagia dan dipanggil zon berbulan madu. Pada waktu itu semuanya nampak manis dan indah, saling sayang menyayangi. Namun lama-kelamaan, mula nampak sikap sebenar.
Dalam perhubungan, it takes two to tango. Kalau sorang je yang beria takkan jadi. Sebab tu kena saling bertoleransi dan bantu-membantu antara satu sama lain. Isteri ni apabila dah tawar hati, rumah tangga automatik jadi kusam, tak ceria, ada anak cuma untuk pecahkan sunyi. Rasa hormat pada pasangan sedikit demi sedikit mula menghakis. Abila sudah kronik dan tidak dapat dibendung lagi, itulah yang menyebabkan berlakunya pergolakan dalam rumah tangga.
Hadamkan perkongsian saudara Mohd Fhais akan punca yang membuatkan isteri mula hilang hormat pada suami.

7 Punca Isteri Hilang Rasa Hormat Pada Suami
1 – Tak pandai urus duit
Macam mana isteri nak ada rasa hormat kalau tiap-tiap bulan isteri yang kena tanggung beli beras, sayur, daging, ayam, ikan susu anak dengan baju anak.
Gaji habis bayar hutang tu bukan alasan tuan tuan. Nafkah tu wajib di beri bukan ikut mampu tak mampu. Lagipun duit untuk di urus bukan untuk di habiskan.
2 – Tak pandai urus emosi
Isteri bukan tempat untuk melempias api kemarahan. Isteri layak di beri rasa cahaya kegembiraan. Macam mana nak ada rasa hormat jika suami sendiri tak hormat perasaan isteri.
Suami tak kaya boleh di terima lagi tapi suami yang tak boleh urus emosi ni sangat di benci kerana setiap hari isteri akan alami penderaan emosi yang teruk.

3 – Tak pandai urus masa
24 jam dengan telefon. Mula dengan wasap group lepas tu games, sampai ke sudah berkepit dengan telefon. Masa di rumah bazir macam tu je.
Susah isteri nak hormat suami kalau suami lebih suka berkepit dengan telefon daripada berkepit dengan isteri. Ada masa boleh main games, ada masa kena utamakan keluarga juga. Ingatlah bila susah nanti bukan telefon yang akan bantu tapi isteri juga yang membantu.

4 – Tak membantu urusan rumah
Suami patut jadi tempat isteri mengadu, tempat untuk bergantung harap bila ada masalah bukan sebaliknya. Suami fikir balik rumah nak berehat, nak dengar berita yang indah indah je, tak nak serabut kepala dengan masalah rumah. Salah!
Isteri harapkan suami balik ke rumah boleh membantu. Harap suami ada dapat la berehat sejam dua. Tapi hampeh, makin bertambah kerja ada la, di tambah kena layan suami macam raja pula. Rasa hormat hilang, timbul rasa menyesal pula.

5 – Tak peduli tentang anak
Tak ada isteri yang boleh hormat suami kalau anak sendiri pun tak ambil peduli. Baju anak, makan anak, sekolah anak malah anak sakit pun dia tak peduli. Semua isteri yang urus sendiri.
Buat anak sama-sama tapi yang susah jaga anak isteri seorang. Memang menyinga la kawan tu. Jangan harap la boleh hadir rasa hormat jika begini.
6 – Tak peduli tentang isteri
Keperluan isteri tak di penuhi. Kehendak isteri tak di peduli. Semua tentang isteri di anggap remeh! Lagi pandai isteri berdikari lagi hebat pula suami ambil kesempatan.
Bukan setakat isteri hilang hormat malah semakin meluat tengok muka setiap hari. Ini la punca terjadinya pergaduhan setiap hari. Kesian, anak-anak jadi mangsa.
7 – Tak matang
Macam mana nak ada rasa hormat kalau dah lama kahwin pun suami masih lagi tak matang matang. Masih lagi cakap ikut suka mulut, tak pernah nak dengar nasihat, tak pernah nak jaga perasaan isteri.
Malah isteri yang dah banyak menolong pun tak pernah nak tunjuk penghargaan. Masih lagi dengan ideologi orang perempuan buat kerja rumah, lelaki buat kerja berat. Orang perempuan kena layan suami, bukan sebaliknya.
Parah dan padah jika kalian terus begini.

Kahwin ni bukan cuma duduk satu rumah dah kira berkahwin. Kahwin ni kena duduk dalam satu kehidupan. Laki bini kena hidup sama-sama. Bukan kau dengan hidup kau aku dengan hidup aku. Itu lebih baik jangan kahwin.
Nak isteri hormat kita? Mudah je, hormati la mereka dan mereka pun akan hormati kita. Tak susah pun!
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Rasa hormat tak boleh di minta, ia akan datang sendiri bila kita layak menerimanya.
#notakekeluargaanfhais
t.me/CoretanFhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

