Sebelum ini, ada antara netizen yang membuat spekulasi pelakon cantik manis ini sedang berbadan dua apabila melihatkan penampilannya di dalam satu majlis perkahwinan baru-baru ini, namun empunya diri hanya mendiamkan diri.
Sehinggalah akhirnya pelakon Ombak Rindu ini mengesahkan dia kini hamil enam bulan.
Jelas Izara Aishah, 27, dia baru bersedia untuk berkongsi khabar gembira itu memandangkan apa sahaja boleh berlaku pada fasa awal kehamilan.
“Sejak mendirikan rumah tangga, saya dan suami memang merancang untuk mendapatkan zuriat pada 2020 kerana masing-masing sibuk bekerja. Selain itu, kami juga mahu menikmati masa bersama terlebih dahulu. Alhamdulillah, Tuhan memakbulkan doa saya dan suami.
“Sebelum ini, apabila ada yang bertanya soal zuriat, masing-masing tidak berani untuk mengatakan kami ada perancangan sendiri. Kami hanya mengaminkan sahaja doa mereka. Pada masa sama, ada segelintir pihak di luar saya yang menuduh saya mandul.
Seperti yang diketahui ramai, saya bukannya suka berkongsi hal peribadi secara terbuka. Berita kehamilan ini pun saya simpan selama enam bulan sebelum sedia untuk dikongsi,” katanya.
Ads
Ditanya mengenai pengalaman mengandungkan anak sulung, kata Izara semuanya dalam keadaan baik.
“Saya langsung tiada alahan. Alhamdulillah, bayi dalam kandungan juga sihat. Saya sendiri masih memenuhi pelbagai undangan, termasuk majlis perkahwinan teman baik, Farah Nabilah, baru-baru ini.
Ads
“Semoga proses kelahiran anak kami nanti juga akan dipermudahkan,” kata isteri kepada Adib Khalid ini.
Menyentuh kerjaya lakonannya, selepas selesai penggambaran siri Ombak Rindu, Izara memilih untuk berehat seketika.
Ads
Izara berkahwin dengan anak tiri penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, itu pada 17 November 2017.
Sumber: Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tenangnya mendengar alunan bacaan Doa Qunut Nazilah. Kini kita semua umat Islam digalakkan membacanya untuk mengelak penularan wabak COVID 19. Namun hakikatnya ia adalah salah satu jenis qunut dalam solat. Terdapat tiga jenis qunut dalam solat iaitu qunut dalam solat subuh, qunut dalam solat witir ramadhan dan qunut nazilah.
Sejak penularan wabak ini, masjid-masjid di Malaysia telah disarankan supaya melakukan Qunut Nazilah untuk memohon perlindungan kepada Allah bagi mengatasi masalah ini.
Malah menurut laporan astro awani, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu agar membaca Qunut Nazilah yang terdapat dalam doa qunut ketika solat Subuh bagi memohon perlindungan Allah daripada jangkitan COVID-19. Pengarah JAIS Mohd Shahzihan Ahmad, dalam satu kenyataan, berkata arahan itu dikeluarkan berikutan penularan jangkitan COVID-19 yang sedang melanda negara dan semakin meningkat ketika ini.
Dalam pada itu melalui perkongsian saudara Khairul Anam turut mendapat perhatian apabila turut berkongsi mengenai doa Qunut Nazilah ini.
Sama-sama kita amalkan Qunut Nazilah dikala negara kita makin tersebar covid 19…moge Allah sntiasa mlindungi ummat islam dari segala bencana… Amin…istajibillah humma du’ana…
Maksud Qunut Nazilah
Qunut (قنوت) memilik banyak makna, namun dalam hal ini, yang dimaksud adalah berdoa kala berdiri dalam shalat.
Nazilah (نازلة) artinya: Bencana yang sangat berat. Jamaknya adalah nawazil (نوازل)
Maka, yang dimaksud Qunut Nazilah secara umum adalah doa yang dipanjatkan saat berdiri dalam shalat apabila terjadi bencana bencana besar yang menimpa kaum muslimin secara masal. Seperti adanya pihak yang memerangi kaum muslimin, kelaparan masal, wabah penyakit atau sebagainya.
Qunut nazilah merupakan bentuk perhatian dan empati seorang muslim terhadap nasib yang menimpa saudara-saudaranya walau di kejauhan. Yaitu dalam bentuk memanjatkan doa kepada Allah Ta’ala. Di dalamnya terdapat ketergantungan kepada Allah dan persaudaraan terhadap sesama muslim.
Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri. Qunut Nazilah قنوت نازيله merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca mengikut Mazhab Syafii selain qunut dalam Solat Subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir Ramadan dalam Solat Sunat Witir.
Qunut Nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti peperangan, wabak, kemarau dan sebagainya.
Bacaan Qunut Nazilah ini pernah dibacakan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut yang bermaksud:
“Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.” -Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-
Qunut Nazilah sunah dilakukan apabila ada sebab-sebab yang melatabelakanginya. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata, “Qunut ini disunahkan ketika terjadi musibah besar. Pendapat ini merupakan pendapat ulama fiqih dari kalangan Ahli Hadits. Hal ini juga dinyatakan para Khulafa Rasyidin.” (Majmu Fatawa, 23/108)
2. Tatacara/Perlaksanaan Qunut Nazilah
Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.
Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata: “Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isyak dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir”.
(Hadis riwayat Imam Bukhari)
Abu Hurairah radhiyallahu `anhu juga meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W tidak membaca qunut melainkan apabila beliau berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang. Apabila baginda berkata: “sami’allahu liman hamidah”
Baginda berkata “Rabbana lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.
Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.
Diceritakan kepada kami Asim berkata, aku bertanya pada Anas bin Malik tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya qunut itu ada. Aku berkata samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata selepas rukuk. Aku berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan kepadaku bahawa engkau memberitahunya sebelum rukuk. Anas berkata dia berdusta, sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk selama sebulan dan diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang dikatakan mereka itu baik bacaannya seramai 70 orang kepada kaum musyrikin yang telah melakukan perjanjian dengan Rasulullah S.A.W.
(mengikut riwayat hadis yang lain, 70 orang al-qura’ yang diutuskan oleh Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu baginda berqunut selama sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka.
(Hadis riwayat Imam Bukhari)
Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian. Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.
3. Lafaz dan Maksud Qunut Nazilah
P/S: Untuk lebih jelas boleh google carian di youtube sebutan Qunut Nazilah di youtube.
Semoga perkongsian menjadi panduan bersama untuk sama-sama kita mendoakan semoga wabak ini disisihkan dari Malaysia.
Bagaimana cara agar anak minat belajar meningkat? Tentu ibu bapa mencari tipnya. Ikuti cara seperti berikut. Boleh cuba!
Tip Ibu Bapa
1 – Ruang Belajar
Menghias ruang belajar anak sangat penting untuk menarik perhatian anak. Menghias/menyusun ruang belajar yang baik dan tepat, akan mendorong minat belajar anak menjadi lebih baik.
Rasa nyaman itu penting, disaat anak sedang cenderung malas belajar, disinilah peranan ibubapa untuk membangkitkan mood belajar seorang anak.
Salah satunya adalah dengan cara menghias dan menyusun ruang belajar anak supaya lebih nyaman dan menyeronokkan.
2 – Pemilihan Warna
Pemilihan warna yang sesuai amatlah membantu membangkitkan mood belajar anak-anak. Warna ruang belajar yang suram hanya menghilangkan Mood belajar anak seterusnya anak akan mula bosan dan hilang fokus belajar.
Warna dinding dan perabot boleh dipilih menggunakan warna-warna ceria. Lihat sahaja di google banyak contoh-contoh warna ceria mahupun ruang belajar yang menarik.
3 – Wangian membangkitkan ‘mood’ belajar
Siapa yang tidak suka wangi-wangian?? Semua orang pun sukakan. Begitu juga anak-anak. Manusia dikurniakan 5 deria iaitu melihat, mendengar, gerak, bau dan rasa.
Pilih wangian yang menyegarkan dan menenangkan akan mambangkitkan mood belajar anak-anak dirumah. Ini namanya kita merangsang deria bau secara terancang.
4 – Luangkan masa bersama
Usaha luangkan masa bersama anak ketika dia belajar. “Macammana nak teman, saya sibuk kerja” , “Saya nak teman tapi saya tak pandai nak ajar dia”
Teman anak belajar tidak memerlukan kita ada sepanjang masa anak belajar. Teman anak belajar tidak memerlukan kita ada ilmu setinggi Diploma, Ijazah, Master dan Phd. Cukuplah Ada bersama mereka sesekali sewaktu mereka belajar sudah memadai buat anak.
Apa faedahnya teman anak :
Dapat bantu anak dalam pelajaran (bila tahu).Dapat beri semangat dan sokongan pada anak.Anak akan rasa dia diberi perhatian oleh ibubapa.Dapat tunjukkan betapa kita juga minat belajar dan anak akan belajar nilai tersebut.Anak akan belajar dalam keadaan emosi yang baik.
Sumber: mohdrizalrais.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pasangan selebriti Dai Syed dan Hana Ismail yang menimang cahaya mata sulung pada Selasa lalu kini berkongsi nama buah hati mereka yang merupakan seorang bayi perempuan.
Menerusi Instagram, Syed dan Hana memilih nama yang cukup indah, Sharifah Fatma Nour Jamalullail buat si comel tersayang mereka.
“Alhamdulillah, we are finally a family of 3 🤍
“Introducing Sharifah Fatma Nour Jamalullail born on 14th August 2024 // 9 Safar 1446H,” katanya berkongsi menerusi Instagram.
Syed dan Hana juga turut memohon segala kebaikan buat perjalanan bersama ahli keluarga baru yang begitu dinantikan mereka.
“Syukur pada Allah atas kelahiran Puteri sulong kami,dan @hanaalmauzah bersalin secara normal الحمدالله 🤍. Mohon doakan kebaikan buat keluarga kecil kami,” ujarnya lagi.
Melalui entri yang sama itu juga Syed dan Hana turut memuat naik beberapa keping gambar bersama. Tidak ketinggalan juga si comel Sharifah Fatma Nour Jamalullail namun tidak berkongsi wajahnya.
Meninjau diruangan komen rata-rata memuji pilihan nama dengan makna yang cukup indah itu buat buah hati mereka.
Terdahulu, Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022 di Kuala Lumpur. Keduanya mendedahkan kehamilan pada 1 Syawal lalu.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.