Sebelum ini, ada antara netizen yang membuat spekulasi pelakon cantik manis ini sedang berbadan dua apabila melihatkan penampilannya di dalam satu majlis perkahwinan baru-baru ini, namun empunya diri hanya mendiamkan diri.
Sehinggalah akhirnya pelakon Ombak Rindu ini mengesahkan dia kini hamil enam bulan.
Jelas Izara Aishah, 27, dia baru bersedia untuk berkongsi khabar gembira itu memandangkan apa sahaja boleh berlaku pada fasa awal kehamilan.
“Sejak mendirikan rumah tangga, saya dan suami memang merancang untuk mendapatkan zuriat pada 2020 kerana masing-masing sibuk bekerja. Selain itu, kami juga mahu menikmati masa bersama terlebih dahulu. Alhamdulillah, Tuhan memakbulkan doa saya dan suami.
“Sebelum ini, apabila ada yang bertanya soal zuriat, masing-masing tidak berani untuk mengatakan kami ada perancangan sendiri. Kami hanya mengaminkan sahaja doa mereka. Pada masa sama, ada segelintir pihak di luar saya yang menuduh saya mandul.
Seperti yang diketahui ramai, saya bukannya suka berkongsi hal peribadi secara terbuka. Berita kehamilan ini pun saya simpan selama enam bulan sebelum sedia untuk dikongsi,” katanya.
Ads
Ditanya mengenai pengalaman mengandungkan anak sulung, kata Izara semuanya dalam keadaan baik.
“Saya langsung tiada alahan. Alhamdulillah, bayi dalam kandungan juga sihat. Saya sendiri masih memenuhi pelbagai undangan, termasuk majlis perkahwinan teman baik, Farah Nabilah, baru-baru ini.
Ads
“Semoga proses kelahiran anak kami nanti juga akan dipermudahkan,” kata isteri kepada Adib Khalid ini.
Menyentuh kerjaya lakonannya, selepas selesai penggambaran siri Ombak Rindu, Izara memilih untuk berehat seketika.
Untuk mendapatkan kulit wajah yang berseri-seri elok dicuba menggunakan timun yang bukan sahaja diakui memberi kesan yang baik untuk kulit wajah malah apa yang menariknya bila amalkan petua kecantikan ini, ramuannya boleh kita hasilkan sendiri.
Selain itu, tidak dinafikan untuk penjagaan kecantikan menggunakan timun ini ada terdapat pelbagai cara. Sama ada timun tersebut dibuat jus dan diamalkan meminumnya, atau paling ringkas cukup sekadar timun dihiris dan tekapkan ke mata sebagai perawatan mata yang keletihan agar lebih sihat dan menawan.
Jadi apa kata kita lihat beberapa cara lagi untuk menjaga kecantikan yang dikongsikan oleh rakan kita di media sosial. Jom semak!
Petua untuk hilangkan jerawat, melembabkan kulit dan mencerahkan kulit wajah. Lets do it.
Ekstra Tip : Boleh guna pada waktu malam atau bila-bila masa.
Ini cara Nur Anis Najme dalam menjaga kecantikan dengan menggunakan timun. Namun ini lain pula caranya yang digunakan oleh Sabrina Shuhaimi dengan menghailkan kiub ais daripada timun bagi tujuan untuk memanja dan membelai kulit wajahnya agar kekal cantik dan berseri malah menurutnya dengan cara ini boleh kecutkan jerawat, pudarkan parut dan hilangkan jeragat. Jom semak bagaimana untuk hasilkannya.
Bahan-bahan :
Timun
Lemon – 1/2
Madu – 1 sudu makan
Air masak
Cara Buat :
1. Hiris timun dan kemudian kisar.
2. Masukkan jus lemon dan madu.
3. Tambahkan juga air dan gaul rata.
4. Bekukan di dalam peti sejuk.
Cara Guna :
Guna pagi dengan malam sebelum tidur. Ambil 1 kiub sapu seluruh muka. Kalau tak banyak masa pagi, tak perlu tuggu muka kering. Lepas sapu ais kiub timun, bilas muka dengan air suam.
Kalau malam, lepas sapu ais tunggu sampai kering atas muka. Baru bilas dengan bersih!
BONUS!
Ambil segelas air suam, masukkan dua tiga ketul kiub ais timun. Fuhhh sedapppp ? Kulit cantik luaran dan dalaman!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menggalas tugas sebagai suri rumah tangga sepenuh masa tidak semestinya anda hanya bergantung pada sumber kewangan yang diberikan oleh suami semata-mata. Sebenarnya, ada keperluan lain untuk anda memiliki duit kocek sendiri.
Mungkin lain orang lain pandangannya, namun wanita ini senaraikan 5 sebab kenapa dirinya mahu cari pendapatan sendiri walau pun bergelar suri rumah sepenuh masa.
[su_highlight background=”#ebf7e1″ color=”#ec281f”]1- Nak ada ‘kuasa’ membeli.[/su_highlight]
Orang perempuan ni kalau ke pasar raya, pasar malam tu pun syok dah dapat jamu mata. Kekadang teringin tudung rm20 je pun, (bukan Duck, bukan juga Fareeda, hehehe) tapi nak minta suami, rasa tak gamak sebab kita pun tau kan komitmen dia. Tapi dengan adanya pendapatan sendiri bila teringin boleh la guna apa yang kita ada kan?
Masa mula-mula buat bisnes saya buat matlamat nak saving at least rm500 sebulan. Rm500 sebulan besar kan. Kalau setahun dah rm6000. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Setuju?
[su_highlight background=”#ebf7e1″ color=”#ec281f”]3- Nak bantu suami waktu kecemasan[/su_highlight]
Belajar dari pengalaman lalu, masa mula bina kehidupan berumahtangga. Masa tu kereta selalu rosak. Temperature naik lah, aircond rosaklah. Bila balik kampung timing kena betul. Seboleh-bolehnya cuba elak balik waktu jem. Awal pagi lepas subuh pun tak mengapa sebab risaukan keadaan kereta. Dengan adanya duit simpanan waktu kecemasan inshaAllah dapat bantu suami bila keadaan memerlukan.
[su_highlight background=”#ebf7e1″ color=”#ec281f”]4- Nak ‘beli’ medical insurans untuk family[/su_highlight]
Alhamdulillah syarikat suami cover kos perubatan untuk kami 4 beranak tapi ada limit dengan jumlah rm6500 seorang setiap tahun. Kiranya kalau sakit demam, pening dan sebagainya memang tak perlu keluar duit sendiri. Ada satu hari, saya terbaca satu artikel kisah pesakit yang menghidap penyakit kronik memerlukan bantuan untuk membiayai kos perubatan. Masa tu terfikir, kalau lah sakit ‘berat’ menimpa, macam mana nak cover kos perubatan? Di sinilah perlu saya cari pendapatan untuk cover insurans kami sekeluarga. Alhamdulillah kami 4 beranak dah ada medical insurans sejak beberapa tahun lalu.
[su_highlight background=”#ebf7e1″ color=”#ec281f”]5- Nak bagi mak abah duit setiap bulan[/su_highlight]
Mustahil bagi saya seorang suri rumah dapat hulur wang pada mak abah kalau saya tiada pendapatan. Saya tekad tanam impian nak buat semua tu sementara dorang masih ada. Walaupun saya tahu dengan pencen sebagai guru besar inshaAllah cukup untuk mak abah, tapi saya percaya lebih berkat rezeki apabila kita beri kepada kedua ibu bapa. Tak semestinya banyak, sekurang-kurangnya ada.
Sumber : Nurlia Mohd Nor
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semua orang inginkan kebahagiaan dalam hidup yang singkat ini. Memilih untuk hidup aman damai dengan penuh kesederhaan dan bahagia bersama keluarga dan anak-anak adalah impian setiap manusia. Namun bahagia bagaimana yang kita impikan?
Menurut Ustaz Ebit Lew, bahagia tak datang dengan sendirinya jika kita sendiri tak berusaha untuk mencarinya. Cari bahagia kita bersama pasangan anda anak-anak. Tiga doa yang dikongsikan Ustaz Ebit Lew ini wajar kita amalkan.
“Untuk bahagia kena berjuang, berkorban dan berusaha. Ia bukannya boleh datang sekelip mata atau telan apa-apa pil bahagia. Tapi kena berusaha membawa ahli keluarga dekat dengan Allah. Bila dekat dengan Allah dan dalam hati ada iman, Insya-Allah semuanya dipermudahkan.
Suami dan isteri saling sayang-menyayang, anak-anak tak degil sebab masing-masing tahu jika buat baik Allah akan lebih sayang kerana sayang yang kita mahu itu semuanya kurniaan daripada Allah jua.
Makanya, bawalah ahli keluarga datang ke majlis ilmu, mendengar cerita kehidupan akhirat, cerita kehidupan Rasulullah s.a.w. Kita tak akan dapat bahagia bila tak bawa ahli keluarga kepada sunnah Nabi.
bit
Amal 3 doa ini untuk bahagia:
1. Surah al-Furqan ayat 74 Amalkan doa ini selalu. Jangan tinggalkan ia. Ini adalah rahsia bahagia dalam kehidupan. Ia adalah doa paling mujarab untuk kebahagiaan dalam keluarga. Ia umpama kemuncak bahagia. Allah yang ajarkan manusia doa ini dalam al-Quran.
Maksud ayat ini: “Ya Allah anugerahkan kami pasangan yang menyejukkan mata dan beri keturuan zuriat yang dapat memimpin pada kebaikan.”
Allah yang beri rasa sayang dan cinta pada pasangan. Bila tengok rasa tenang dan bahagia walaupun tak banyak duit dan tak cantik atau handsome.
Keluarga bahagia adalah impian untuk pimpin tangan pasangan dan anak-anak masuk ke syurga Allah. Bawa mereka dekat pada Allah SWT. Syarat bahagia sebuah keluarga yang Allah dah tetapkan iaitu mengurniakan kita wajah pasangan yang menyejukkan mata dan pimpin ke syurga.
Bila kita pimpin pasangan dan anak-anak dekat dengan Allah mereka juga akan bahagia. Kalau kita nak bahagiakan anak-anak bukan bila mereka sedih kita bagi mainan, kita bagi gajet, kita bawa jalan-jalan. Kita sepatutnya bimbing anak-anak dekat dengan Allah SWT dan Nabi SAW.
2. Surah Ibrahim ayat 40
Macam mana nak suruh anak-anak mudah solat? Amalkan doa ini Insya-Allah anak-anak akan mudah solat, solat awal bahkan bersolat sunat juga.
Rab-bij ‘al-ni muqimas salati, wamin dhur-riy-yati, rabbana wata qabbal du-a’ i
Maksud ayat ini: “Ya Allah jadikan aku orang yang mendirikan solat dan zuriat keturunan aku orang yang menjaga solat.”
Tujuan hidup kita adalah untuk mendapat reda Allah. Oleh itu kita kena dekatkan diri pada Allah. Doa pada Allah supaya kita dan zuriat keturunan jadi orang yang menjaga solat. Orang yang menjaga solat adalah orang yang dekat pada Allah. Ahli solat tidak akan mudah marah-marah, tak suka maki hamun, tidak mengeluh dalam hidup, tenang dalam hidup, tak cepat melatah, lidah jadi baik, tak menyakitkan hati orang lain.
Ahli solat akan sentiasa cakap baik, tak menyakitkan hati orang. Kalau anak kita suka anak cakap kasar dan tak reti nak cakap lembut sebenarnya ia bermula dengan diri kita sendiri.
Bila kita adalah orang ahli solat maka secara tak langsung kita juga orang yang sangat menjaga lidah dan tak cakap kasar pada pasangan dan anak-anak. Ibu ayah jangan terlalu kasar dan keras pada anak-anak 24 jam. Bertegas pada mereka itu perlu tapi jangan sampai anak-anak jadi tak suka dan takut pada kita.
Semakin anak-anak membesar mereka dahagakan kasih sayang dan pelukan ciuman dari ibu ayah. Oleh itu janganlah asyik tengok handphone 24 jam bila di rumah sampai lupa nak tengok dan peluk cium suami/isteri dan anak-anak.
Dalam hidup ini kita kena menghargai apa yang kita ada. Kadang-kala kita kurang mempunyai hati yang bersyukur dan menghargai apa yang ada pada kita.
Nabi s.a.w bersabda orang yang paling baik adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluarganya. Bila kita syukur, Allah sayang kita. Bangunkan keluarga dengan kasih sayang dan peluk cium anak-anak setiap masa.
3. Surah al-Ahqaf ayat 15
Satu orang tanya pada Talhah r.a apa nak buat bila anak dia degil. Talhah r.a cakap baca surah al-Ahqaf ayat 15.
Maksud ayat ini: “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”
Saidina Ali r.a berkata ini doa yang diamalkan oleh Saidini Abu Bakar As-Siddiq ketika umur 40 tahun dan Allah bagi semua ahli keluarganya memeluk Islam.
Sebarkanlah Ilmu Walaupun Sebesar Zarah..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bella Astillah mendedahkan pernah mendapatkan bantuan pakar psikiatri ketika melalui fasa sukar lapan tahun lalu serta berharap masyarakat menghentikan stigma terhadap isu kesihatan mental.