Sering juga kita dengar kejadian adik beradik bergaduh dari zaman kanak-kanak hingga terbawa-bawa hingga dewasa. Lebih menyedihkan jika itu menyebabkan hubungan kekeluargaan akhirnya menjadi renggang hingga ada yang bermasam muka bertahun-tahun lamanya.
Tetapi bagi 16 beradik ini, semua itu tidak pernah terjadi. Ada satu istilah 'magis' yang dididik oleh orang tua mereka yang dipegang dari dulu hingga kini. Jom baca sterusnya perkongsian dari Mohd Yazid Ismial ini.
Kami 16 beradik seibu sebapa. Susunan posisi dalam gambar ikut umur. Nombor 1 hingga 11 semua lelaki, nombor 12 hingga 16 semua perempuan.
Ads
Alhamdulillah hidup bahagia walaupun melalui fasa kehidupan yang serba kekurangan. Ayah diuji dengan penyakit angin ahmar ketika Mak mengandung anak ke 16. Ayah lumpuh tak mampu bekerja.
Mak membesarkan kami dengan perit jerih. Tapi sangat bahagia, tiada sengketa, pertengkaran dan dendam. Mak dan ayah mendidik kami supaya sentiasa mengalah.
Bila selalu mengalah, pergaduhan dapat dielakkan, walaupun ada tersalah faham dan terasa hati. Itu normal.
"Mengalah" bunyi macam senang, tapi ia memerlukan kekuatan jiwa yang tinggi. Ibubapa perlu tunjuk jalan untuk membina kekuatan jiwa. Anak-anak memerhati dan meniru perangai ibubapa. Kalau ibubapa selalu tunjuk perangai keras kepala, anak-anak terikut."
Ads
Contoh buruk yang ibubapa selalu tunjuk ialah masa memandu di jalan raya. Marah sana marah sini, asyik nak salahkan orang lain. Jalan raya adalah sekolah kehidupan, anak-anak sedang belajar dalam kereta.
Satu lagi bila anak berselisih faham dengan kawan, jangan lah nak back up anak tu. Ajar anak bertenang dan maafkan orang, atau suruh dia minta maaf kalau anak yang buat salah.
Perangai selalu nak menangkan anak lah yang menyebabkan anak jadi keras kepala, ego tinggi dan jadi narcissistic. Banyak kali kita jumpa jenis ibubapa yang anggap anak dia malaikat. Makin kurang ego dalam diri, makin harmoni hidup kita. Sifat rendah diri adalah antara foktor penting dalam mencapai kebahagiaan.
Ads
Selain daripada kisah menarik tentang kasih sayang sesama adik-beradik seperti ini, perkongsian daripada Dato’ Dr. Hussamuddin Haji Yaacob, Pengasas Warisan Ummah Ikhlas juga menarik untuk difahami apa yang tersurat dan tersirat tentang kasih sayang dan sebaiknya dielakkan daripada berlakunya persengketaan sesama kita.
Syawal bakal menjelma tidak lama lagi, tentu para ibu sedang sibuk membuat persiapan hari raya. Salah satunya membuat kuih raya. Tambahan pula, pelbagai permintaan anak-anak untuk membuat kuih raya. Tradisi sebegini mesti diraikan bersama anak-anak agar hari raya penuh bermakna. Tentu seronok melihat keletah anak-anak ketika membuat kuih raya. Momen manis yang akan dikenang sampai bila-bila. Begitulah juga dengan perkongsian puan Habibah Anuar di laman facebooknya.
Minggu lepas Bib buat projek biskut raya ni ngan anak anak. Memang eksaited la dorangkan. Semua tolong makan yeee tolong makan, bukan tolong buattt yee.
Buat tu setalam jekkk yang lain homak la buatkan. Saborrr jela. Tapi senang sangat membuatnya u’olls buat sekilo pon belum tentu cukup. Eh ni boleh buat untuk raya nanti taw. Letak dalam balang sesiap. Guna 3 bahan jek la.
Cornflake Almond Cluster
Bahan-bahan
500g Dark Compaund Coklat Beryl’s
300g Cornflake
100g Almond (Hirisan)
Cara membuatnya
1) Cairkan coklat dalam microwave. Takde microwave boleh
guna kaedah “double boil”
2) Almond kena panggang tanpa minyak dalam kuali. Bila dah
nak ranggup tu. Tutup api.
3) Cornflake kena ramas dengan tangan ye. Jangan halus
sangat ye.
4) Campurkan cornflake, almond dan coklat. Gaulkan sebati.
time ni tahap kesabaran korang kena tinggi. Kalau anak anak
tengok. Masing masing bawak mangkuk nak makan. Padahal belum siap
5) Guna sudu letak dalam talam. Nak letak sprinkle atau rice
coklat pon boleh. Bib letak garam sikit jek,jangan banyak
sangat. Kang bebudak tak suka. Guna parchment paper ye.
Pastu masukkan dalam esbok dalam 5 minit. baru masuk
dalam balang taw.
6) Siap. Boleh dihidangkan. Simpan dalam peti sejuk ye u’olls
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pastinya, setiap isteri inginkan suami yang sentiasa mencintai dan sayanginya selalu. Justeru, untuk kekalkan hubungan harus sentiasa ada nilai kasih sayang antara pasangan. Jom kita semak apa yang isteri harus lakukan untuk menambah hati suami.
1. Mencintai suami sepenuh hati
Hanya suami yang sentiasa bertakhta di hati anda. Curahkan sepenuh cinta kepada suami kerana Allah supaya kasih sayang anda berdua sampai ke syurga.
2. Memanjakan suami
Suami amat suka dimanjakan oleh orang yang dia cintai. Jadilah isteri yang suka memanjakan suami. Pasti anda terus disayangi dan dicintai. Melayan suami seperti menyediakan hidangan makan minumnya, mengurut badan suami, memotong kukunya, membersihkan tubuh badannya dan mencuci rambutnya ketika mandi dan sebagainya.
3. Pandai bergurau senda dengan suami
Suami mesti bahagia kalau ada isteri yang pandai menggembirakan hatinya. Sikap bergurau senda dan selalu tersenyum pada suami dapat mengurangkan kepenatan suami pulang dari kerja.
4. Boleh memberi pendapat dan bertukar pandangan
Komunikasi sangat penting untuk menngekalkan kebahagiaan rumah tangga. Oleh itu sebagai isteri, anda perlu bijak memberikan pendapat atau pandangan dalam apa jua isu.
5. Hormat hak peribadi suami
Jangan terlalu busybody seperti banyak bertanya jika dia ingin keluar berjumpa kawan, memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dan sebagainya.
Sebagai pemimpin rumah tangga, suami mesti diberi keutamaan oleh isteri. Dalam apa jua perkara, utamakan suami terlebih dahulu. Hormati juga pandangannya terhadap sesuatu perkara. Jangan cepat melenting jika suami beri pandangan walaupun dalam hati tak bersetuju dengan pandangannya.
7. Jangan lupa minta izin
Isteri perlu meminta izin daripada suami untuk pergi ke mana-mana atau melakukan apa sahaja. Jangan sesekali membelakangkan suami kerana ia hanya akan membuatkan anda berdosa.
8. Jangan bandingkan suami anda dengan lelaki lain
Lelaki paling rasa tercabar kalau isterinya suka membandingkan dirinya dengan lelaki lain. Awas ya!
9. Menyokong suami
Tidak kira di waktu susah atau senangnya isteri mesti memberikan semangat kepada suami sewaktu dia dalam kesusahan dan bersama mengharungi kehidupan sukar tanpa sebarang keluhan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ekzema adalah penyakit kulit di mana proses radang menyebabkan gejala seperti kulit gatal, menebal dan merah-merah. Ia membuatkan penghidapnya akan menggaru untuk melegakan rasa gatal.Malah ada yang menggaru sehingga berdarah.
Bagi anak kecil yang menghidap ekzema tentunya ia sesuatu yang amat mencabar buat ibu bapa. Ia memerlukan penjagaan yang teliti untuk mengelak ia menjadi lebih teruk.
Begitulah pengalaman yang dilalui oleh pasangan suami isteri ini apabila anaknya seawal usia dua bulan telah mengalami ekzema. Namun istiqomah merawat masalah itu, akhirnya anaknya bebas dari penyakit kulit itu.
Sebagaimana perkongsian saudara, Mohd Yazid Ismail bercerita tentang kisah anaknya menghidap ekzema dan isterinya yang banyak bersabar untuk menguruskan anaknya itu hingga berat badan pernah turun hingga 11kg!
Ikuti kisah inspirasi ini. Moga menjadi manfaat buat ibu bapa yang turut mengalami masalah yang sama.
Tadi ada orang tanya tentang proses penyembuhan eczema anak saya, Saeed. Alhamdulillah dia sembuh sepenuhnya dari eczema ketika umur 1 tahun 5 bulan. Sekarang umurnya dah 5 tahun. Tak pernah datang semula eczemanya. Saeed mula naik eczema masa umur 2 bulan.
Kami jumpa beberapa doktor pakar kulit. Macam-macam ubat dah cuba. Sanggup habis banyak duit untuk Saeed.
Yang kelakarnya ada doktor pakar A menyalahkan doktor pakar B sebab bagi ubat yang tak sesuai, katanya bayi tak elok guna ubat tersebut, bahaya. Dua-dua doktor pakar kulit. Ubat steroid yang kami dapat dari doktor pakar, mula-mula berkesan untuk buatkan kulit Saeed halus mulus, tapi lama-lama makin kurang effect.
Kena tambah kekuatan steroid tu baru berkesan balik. Ubat steroid memang ada banyak level. Begitulah yang biasanya berlaku kepada pesakit eczema, sentiasa kena naikkan dos steroid.
Yang peliknya, doktor kata ubat steroid tak elok guna lama lebih dua minggu, tapi setiap kali appointment dengan doktor yang sama, dia bagi ubat steroid bersambung-sambung. Ada orang dah guna steroid bertahun-tahun.
Bila rawatan hospital didapati hanya berkesan sekejap sahaja malah lebih teruk selepas itu, maka kami cuba rawatan aliran natural. Hanya guna ubat natural sahaja dan jaga pemakanan. Kami dah baca bila berhenti ubat steroid eczema akan mengamuk jadi sangat teruk. Kami bersedia.
Kalau tengok gambar Saeed yang eczema teruk ni berlaku selepas kami ambil keputusan untuk hentikan ubat steroid secara beransur-ansur.
Guna kaedah pemakanan rawat ekzema
Isteri saya Widyana Ali ada terbaca kisah pengidap eczema dewasa yang dah guna ubat steroid dalam tempoh masa yang lama, hingga steroid paling tinggi. Kemudian doktor cakap eczemanya dah tak boleh sembuh. Tapi dia tak putus asa, dia berhenti steroid dan guna kaedah pemakanan. Alhamdulillah sembuh.
Bila baca kisah orang sembuh eczema dengan jaga pemakanan dan kaedah ubat natural, Widyana bertekad untuk guna kaedah yang sama. Banyak artikel-artikel pemakanan yang dia baca, sangat banyak.
Walaupun dia jumpa banyak “mazhab” pemakanan tapi dia fokus dengan satu mazhab. Bacalah sendiri ye di fb dia pasal cara pemakanan yang diamalkan. Widyana banyak share, hampir setiap hari pada tahun 2018 dan 2019.
Saya tak pandai nak explain detail pasal mazhab pemakanan dia. Tapi yang utama dia dan Saeed jauhi makanan dan minuman bergula, dan banyakkan makan ubi keledek dan pisang.
Ubi keledek kalau nak yang sedap kena beli keledek Cilembu dari Indonesia. Manis dan juicy. Honey sweet potato, kena cari yang ada perkataan honey, bukan “sweet potato” je.
Pasal pisang pula, walaupun ramai bagitau tak elok untuk penghidap eczema sebab histamin tinggi dan boleh menyebabkan eczema makin teruk, tapi dia kata pisang bagus untuk kuatkan struktur kulit saeed, ni saya tak faham. Memang saya nampak setiap kali bagi pisang, Saeed akan menggaru. Tapi alhamdulillah makin lama makin ok.
Ada doktor kata pemakanan ibu yang menyusu tak memberi kesan kepada anak eczema. Malah doktor perli kami sebab amalkan diet gluten free. Dia kata tak perlu lah ikut trend. Nasib baik kami tak ikut nasihat nasihat doktor tu.
Walaupun sangat mencabar untuk sentiasa jaga pemakanan, tapi Mama Saeed tetap istiqamah. Berat turun dari 63kg ke 52kg.
Hehe.. tiba-tiba dapat capai impian yang dah lama terkubur iaitu nak turun berat jadi macam berat dia masa mula-mula kawin dulu, 52kg. Alhamdulillah berjaya, saya suka .
Banyak hikmah yang kami dapat dari ujian eczema Saeed. Dapat banyak ilmu dan network.
Selain pemakanan dan guna ubat natural kami juga selalu jemur Saeed bawah cahaya matahari setiap pagi. Alhamdulillah setiap pagi saya berjemur bersama Saeed tanpa gagal.
Yang sedihnya ramai yang kami dapati anak mereka tak sembuh eczema dah bertahun-tahun. Malah kami dulu pun ada doktor bagitau “tak apa jangan risau nanti eczema akan sembuh bila anak dah sekolah rendah”
Ya Allah eczema seminggu pun dah nampak azabnya. Tak kan lah nak tunggu anak umur lebih 8 tahun baru sembuh, lagi terseksa.
Sekarang sangat ramai anak-anak yang kena eczema. Semoga Allah menyembuhkan eczema mereka semua. Sangat ramai yang PM Widyana hingga tak sempat nak reply. Saya letak gambar-gambar perkembangan eczema Saeed dari umur 4 bulan hingga sembuh. Alhamdulillah ‘ala kulli haal
Ada waktunya, kita sebagai ibu bapa diam seketika memerhati anak bermain dan tanpa sedar, fikiran melayang ke zaman kecil kita sendiri. Balik sekolah, main...