“Afnan Tunggu Kami Di Syurga Ya.” Azmi Saat Kongsi Berita Duka, Anak Meninggal Dunia. Al-Fatihah!

Share

Hanya sempat bergelar bapa selama tiga hari, penyanyi Azmi Saat dan isteri, Nazira Muhammad berkongsi berita duka bayi sulung mereka disahkan meninggal dunia.

Berita tersebut kongsikan sendiri Azmi atau nama lengkapnya Khairul Azmi Mohd. Saat, 34, menerusi hantaran terkini dalam Instagram miliknya.

Allah lebih menyayanginya. Afnan tunggu kami di syurga ya,” luah Azmi.

Afnan diuji dengan masalah kesihatan apabila dilaporkan mengalami masalah fungsi otak.

Ujar vokalis Caliph Buskers itu, Afnan terpaksa dipakaikan alat bantuan pernafasan sejak hari pertama dilahirkan pada 27 September lalu selepas doktor mengesyaki otak bayi itu tidak berfungsi kerana dia tidak bergerak.

Ikutkan perancangan, doktor sepatutnya melakukan ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) untuk melihat keadaan otak bayi itu, namun perancangan Tuhan mengatasi segalanya.

Sumber: Kosmo Online

 

IKLAN