Hanya sempat bergelar bapa selama tiga hari, penyanyi Azmi Saat dan isteri, Nazira Muhammad berkongsi berita duka bayi sulung mereka disahkan meninggal dunia.
Berita tersebut kongsikan sendiri Azmi atau nama lengkapnya Khairul Azmi Mohd. Saat, 34, menerusi hantaran terkini dalam Instagram miliknya.
“Allah lebih menyayanginya. Afnan tunggu kami di syurga ya,” luah Azmi.
Afnan diuji dengan masalah kesihatan apabila dilaporkan mengalami masalah fungsi otak.
Ujar vokalis Caliph Buskers itu, Afnan terpaksa dipakaikan alat bantuan pernafasan sejak hari pertama dilahirkan pada 27 September lalu selepas doktor mengesyaki otak bayi itu tidak berfungsi kerana dia tidak bergerak.
Ads
“Ikutkan perancangan, doktor sepatutnya melakukan ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) untuk melihat keadaan otak bayi itu, namun perancangan Tuhan mengatasi segalanya.
Kisah kematian remaja perempuan, Siti Nur Surya Ismail mengejutkan semua pihak apabila ditemui mati dibunuh dengan kejam. Dalam perkembangan terbaru, rakannya ditahan reman kerana suspek utama kematian Arwah Siti Nur Surya.
Kejadian pembunuhan tersebut mendapat perhatian ramai termasuklah pelakon cantik Anzalna Nasir yang baru-baru ini meluahkan hasratnya untuk membantu keluarga mangsa.
Hasrat tersebut dinyatakan oleh pelakon berusia 32 tahun itu menerusi perkongsian di Instastory yang meminta bantuan ramai untuk membantunya bagi menghubungi keluarga mangsa.
Menerusi laporan Media Hiburan, ibu kepada seorang cahaya mata lelaki ini meluahkan rasa simpati dan mahu menghulurkan bantuan.
Menurut Anzalna, niatnya sekadar ingin meringankan beban keluarga mangsa terutama ibu arwah yang menghidap kanser otak.
“Apa yang kita akan rasa andai kita ditimpa musibah dan ini adalah ujian berat buat keluarga arwah. Saya berbincang dengan suami dan dia turut terbuka dengan niat ini…”
“Benar dalam situasi sekarang tidak mungkin saya boleh bertemu atau ke kediaman mangsa. Tetapi memadai andai kami dapat berhubung untuk sekurang-kurangnya membantu keluarganya terutama ibu arwah…”
Menurut Anzalnya lagi, pihaknya menerima banyak mesej mengenai hal yang berkaitan. Namun masih belum berjaya mendapatkan individu yang betul-betul sahih untuk dihubungi.
“Saya ada terima banyak mesej mengenai hal yang berkaitan. Cuma setakat ini masih belum dapat nombor yang betul-betul sahih untuk dihubungi…”
“Terima kasih atas ikhtiar semua. Semoga keluarga arwah kuat menghadapi dugaan ini dan saya berdoa agar semuanya dipermudahkan…”
Terdahulu, mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu rumah di Kampung Lubok Batu, Telemong oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.
Pelakon cantik jelita, Puteri Aishah yang bakal bergelar ibu sedikit masa lagi berkata dia tidak mengalami sebarang alahan teruk sepanjang kehamilan.
Pun begitu kata Aishah, dia mudah rasa letih dan malas keluar rumah ketika di awal trimester kehamilannya.
Pun begitu tambah Aishah lagi, semuanya kembali normal sebaik melepasi trimester getir itu.
“Trimester kedua saya dah okay. Cuma trimester perkama itu saja saya macam tak nak keluar rumah dan malas.
“Nak makan dan tidur saja, tapi muntah-muntah dan alahan saya sangat sederhana,” katanya.
Aishah yang kini sarat tujuh bulan mengakui dia tidak mengidam makanan pelik-pelik namun teringin makan kek tapak kuda selepas ianya viral di media sosial.
“Ada teringin kek tapak kuda sebab selalu lalu dekat sosial media. Tapi susah nak dapat jadi rasa macam lambatnya nak dapat dan buat saya rasa tertunggu. Alhamdulillah dapat dan saya beli secara atas talian saja,” katanya.
Ditanya mengenai persiapannya untuk bergelar ibu dan mempersiapkan segala kelengkapan untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama itu, ujar bakal ibu cantik manis ini dia masih belum mempersiapkan sepenuhnya.
Malah adakalanya rasa tidak tahu untuk mendahulukan barang penting agar tidak membazir.
“Kami pertama kali jadi ibu bapa tak tahu sebenarnya nak beli apa yang penting dan tidak.
“Kami tak nak main ambil saja tapi tak tahu benda itu penting atau tidak, jadi membazir.
“Saya akan pilih nama sebab suami tak pandai sangat tapi saya dah beri beberapa nama namun belum ada kata putus. Mungkin bila dah lahir nanti. Bila nampak muka dia sikit kami akan pilih nama yang sesuai.” katanya.
Terdahulu, Puteri Aishah mendirikan rumah tangga dengan Firdaus pada November 2021. Pasangan ini mengumumkan kehamilan bayi sulung mereka pada ambang tahun baru lalu.
Pilu hati seorang ayah sukar diungkapkan dengan kata-kata bila mana tiga anak pergi buat selama-lamanya . Namun, sebagai umatNya, Mohd Ismail 64, , bapa kepada tiga beradik yang lemas di Sungai Terengganu, dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu, semalam reda dengan apa yang berlaku.
Dalam perkongsiannya menerusi Harian Metro, Mohd Ismail yang bekerja membawa kenderaan jenazah berkata, sudah menghantar hampir 40 jenazah ke tanah perkuburan tetapi kali ini dia tidak ada daya untuk berbuat demikian.
“Semangat saya menjadi lemah.Saya berasa sebak apabila melihat tiga keranda di ruang tamu rumah dan tidak berupaya untuk membawa sendiri jenazah anak ke tanah perkuburan,”ujarnya. Dia bagaimanapun tetap reda dengan pemergian mengejut ketiga-tiga anak dan bersyukur kerana usaha pasukan keselamatan mencari mayat ketiga-tiga mereka selesai dalam masa yang singkat.
“Saya reda kerana orang kata mati lemas jadi syahid dan hadiah untuk mak ayah. Sebalik yang buruk ada baiknya,” katanya. Mayat Umar Iskandar, 21, Khairil Firdaus, 17, dan Khalif Naim, 16, ditemui antara jam 9.50 pagi hingga 12.40 tengah hari. Mohd yang juga pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kuala Berang berkata, tiga anak terbabit menjadi harapan keluarga dan anak yang baik serta bertanggungjawab.
Menurutnya, Allahyarham Umar yang menuntut di Universiti Malaya (UM) bercita-cita menjadi pakar matematik, Allahyarham Khalif Naim pula belajar di Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang mahu menjadi kadi, bagaimanapun Allahyarham Khairil Firdaus tidak berkongsi cita-citanya. “Saya nampak kesungguhan mereka belajar dan saya selalu mengingatkan mereka supaya belajar bersungguh-sungguh kerana kita orang susah,” katanya yang menjadi pemandu kereta jenazah dan pengurusan masjid sejak menamatkan perkhidmatan dengan TNB kira-kira empat tahun lalu. Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudi memberi bantuan kewangan dan semangat serta pasukan keselamatan yang bertungkus-lumus sepanjang operasi. Sementara itu, pemergian Khalif Naim Mohd, 16, dianggap suatu kehilangan besar buat warga Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang, memandangkan Allahyarham adalah pelajar yang pintar dan berbudi pekerti.
Guru tasmik halaqah al-Quran sekolah tersebut Mohd Sidik Hassan berkata, Allahyarham adalah seorang pelajar yang sangat menghormati guru, disenangi rakan, dan mempunyai ingatan cerdas dalam hafazan al- Quran.
“Allahyarham baru sahaja tamat menghafaz 30 juzuk al-Quran pada 10 Mac lepas. Allahyarham memang pelajar yang bagus, dan senang dibawa berbincang…. bersama-samalah kita semua doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Khalif Naim bersama dua abangnya, iaitu Umar Iskandar, 21 dan Khairil Firdaus, 17, dikatakan ke sungai itu yang terletak hanya 200 meter dari rumah mereka, kira-kira 6 petang semalam.
Mayat ketiga-tiga beradik itu ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di dasar sungai degan mayat pertama, Umar Iskandar ditemukan 100 meter dari lokasi kejadian pada pukul 9.50 pagi.
Ia disusuli mayat kedua, Khairil Firdaus, pada jarak 150 meter pada pukul 11.36 pagi dan mayat terakhir, Khalif Naim, pula ditemukan pada pukul 12 tengah hari tadi, dengan jarak 170 meter.
Khairil Firdaus ialah pelajar tingkatan lima Sekolah Agama Mahmudiah, Kuala Berang, manakala Umar Iskandar adalah penuntut Universiti Malaya.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu Md Hilman Abd Rashid berkata, kes lemas tiga beradik itu adalah kes ke-13 yang berlaku di Terengganu sejak 1 Jan lepas.
“Kebanyakan kes lemas berlaku disebabkan mangsa tidak biasa dengan keadaan persekitaran di lokasi kejadian, sama seperti tiga beradik ini mereka tidak biasa mandi di sini dan banyak kemungkinan yang berlaku (punca lemas), seperti pasir jerlus, lumpur dan sebagainya.
“Saya nasihatkan rakyat Terengganu agar sentiasa berhati-hati apabila pergi ke tempat peranginan seperti sungai dan pantai, peka dengan bahaya yang ada ,kerana kemalangan dan kecederaan boleh berlaku tanpa dijangka,” katanya.
Sumber: BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu tinggal bersendirian selepas kehilangan suami, namun kasih sayang anak-anak, cucu serta aktiviti harian menjadi sumber kekuatan untuk meneruskan kehidupan pada usia emas.