Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2025 kepada seluruh rakyat.
Baginda berdua mendoakan agar tahun baharu ini membawa keberkatan, kesejahteraan, dan kejayaan untuk semua.
Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan itu menerusi satu hantaran berserta poster yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Selasa.
Bersempena Tahun Baharu 2025 membuka tirai, Seri Paduka Baginda berdua mendoakan kesejahteraan rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.
Ads
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah turut mendoakan keharmonian serta perpaduan negara terus berkekalan.
“Ya ALLAH, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami memohon kepada-Mu agar Engkau sentiasa melindungi rakyat serta negara.
Ads
“Semoga seluruh rakyat dan negara dilimpahi keberkatan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang bencana dan musibah,” titah Seri Paduka Baginda.
Cabutan bertuah, kanak-kanak lelaki 6 tahun menang Perodua Axia. Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun membawa pulang sebuah Perodua Axia apabila berjaya memilih kunci kereta yang tepat pada satu acara cabutan bertuah di sebuah pusat beli-belah, di Kota Kinabalu.
Ia umpama ‘hadiah tahun baharu’ kepada Norazemah Nordin sekeluarga selepas rezeki tidak disangka-sangka itu menyebelahi anaknya, Mohd Zulfikar Al Fateh Mohd Fauzi.
Terdahulu pada acara itu, tiga peserta dipanggil ke pentas selepas nombor mereka dicabut sebagai finalis.
Mereka kemudian diminta memilih satu daripada tiga kunci yang kelihatan sama tetapi hanya satu akan dapat membuka pintu kereta disediakan pada acara itu.
Apabila tiba giliran Mohd Zulfikar Al Fateh, kunci yang dipilihnya berjaya membuka pintu kereta terbabit, sekali gus dinobatkan sebagai pemenang.
“Hadiah ini adalah rezeki anak. Ia adalah hadiah tahun baharu yang tidak pernah disangkakan. Kami benar-benar bersyukur,” kata Norazemah yang bekerja sebagai pembantu tadbir sebuah jabatan akaun di Keningau.
Ibu kepada empat anak itu dikatakan datang untuk mengambil cermin mata ditempah di kedai yang menganjurkan acara cabutan bertuah berkenaan, ROBERT.T 1994 sebelum diberitahu layak menyertai program terbabit.
“Kami sudah ada kereta. Jadi bagi kereta yang baru dimenangi ini pula, kami akan menggunakannya untuk percutian istimewa,” katanya sambil memaklumkan bahawa suami beliau yang bekerja di Kota Kinabalu akan memandu Perodua Axia itu pulang ke Keningau.
Majlis Cabutan Bertuah Robert.T 1994 itu dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick.
Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menunjukkan keberanian apabila bertindak pantas menyelamatkan empat remaja yang hampir lemas selepas sampan mereka karam ketika memancing di sebuah tasik di Puncak Alam, semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor, memaklumkan bahawa Mohd Nor Khalid, yang bertugas di Kem Sungai Buloh, kebetulan melalui kawasan kejadian sebelum menyedari insiden itu dan segera membantu menyelamatkan keempat-empat remaja tersebut.
“Kalau diikutkan renangan pertama sudah membuatkan saya kepenatan tetapi mengenangkan wajah tiga lagi mangsa yang masih berpaut pada sampan itu menjadikan saya lebih bersemangat untuk segera menyelamatkan mereka,” kata Sarjan Mohd Nor Khalid.
Mohd Nor, 40, adalah individu yang sanggup menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan empat remaja lelaki yang hampir lemas ketika menaiki sampan untuk memancing bersama dua rakan di sebuah tasik di Puncak Alam, semalam.
Mohd Nor yang bertugas sebagai Ketua Sel Semboyan di Pasukan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) Kem Sungai Buloh, di sini, berkata, dia mendapat maklumat mengenai kejadian itu kira-kira 12.30 tengah hari daripada kumpulan WhatsApp taman perumahannya.
Katanya, dia bersama anak lelakinya ke lokasi kejadian selepas diajak jiran sebelum mendapati empat remaja lelaki berusia 13 tahun itu masing-masing masih terapung dan berpaut pada bucu sampan yang hampir tenggelam dengan wajah ketakutan.
KONGSI DETIK CEMAS SELAMATKAN MANGSA
“Ketika itu pasukan penyelamat belum tiba dan saya tidak sedap hati melihat keempat-empat remaja itu dalam keadaan takut membuatkan saya nekad mahu berenang ke tasik kerana bimbang perkara lebih serius boleh berlaku.
“Saya beritahu orang ramai di situ untuk menyelamatkan mangsa dan mereka meminta saya supaya berhati-hati.
“Saya turun ke tasik dengan kalimah Bismillah, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT supaya semuanya selamat.
“Jadi saya biarkan mereka berpaut di belakang badan sambil saya berenang ke tebing tasik.”
Menurutnya, dia berenang membawa setiap mangsa secara berasingan sejauh kira-kira 35 meter dengan kedalaman tasik itu dianggarkan lima meter, malah mengakui empat kali berenang berulang-alik memang membuatkan dirinya terasa penat.
“Saya terbayang wajah mangsa lain yang ketakutan dan saya tidak mahu berfikir lebih-lebih kerana hanya mahu menyelamatkan mereka.
“Walaupun ketika itu saya tidak menggunakan sebarang alat bantuan pernafasan, saya hanya bertawakal kepada Allah SWT saja.
“Saya mengambil masa hampir dua minit berenang membawa setiap seorang mangsa dan apabila semuanya sudah selamat sampai di tebing tasik kepenatan yang dirasai terus hilang, malah saya lega serta bersyukur kami semua selamat,” katanya.
Bapa kepada empat anak itu berkata, tindakan dilakukan itu ikhlas dan atas dasar prihatin sesama insan yang dalam kesusahan.
Walaupun mempunyai kemahiran berenang, Mohd Nor mengakui agak gementar kerana tidak biasa dengan kawasan tasik berkenaan.
“Saya bukan mahu tunjuk hebat atau jadi hero tetapi ini memang sudah menjadi keutamaan kita untuk membantu jika mempunyai keupayaan itu.
“Sebagai seorang bapa, saya faham kita mesti mahu anak selamat, jadi saya cuba sedaya upaya menyelamatkan mereka.
“Saya sebak apabila ibu bapa mangsa berterima kasih kerana sudi menyelamatkan anak mereka.
“Bagi saya, saya hanya buat apa yang termampu saja dan ini juga pengalaman pertama menyelamatkan mangsa hampir lemas,” katanya yang sudah 20 tahun berkhidmat sebagai anggota Tentera Darat Malaysia (TDM).
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Luar biasa dan lain dari yang lain! Sepasang pengantin mencipta kejutan dengan menggantikan kek perkahwinan tradisional dengan burger gergasi seberat 1.5 kilogram (kg) sebagai tarikan utama majlis mereka.
Menurut Dzulikhwan Ahmad Mokhtar, 50, idea unik burger dua tingkat itu tercetus daripada permintaan anak lelakinya yang mahu sesuatu yang berbeza untuk acara memotong kek ketika majlis persandingan pada November lalu.
Menerusi perkongsian video di TikTok, kek burger tersebut mendapat perhatian ramai warga maya.
Dia yang merupakan peniaga burger di Teluk Pulai, Klang itu hanya menurut permintaan anak demi hari bahagia pasangan pengantin berkenaan.
“Rata-rata tetamu yang hadir pada majlis itu teruja menunggu pengantin memotong burger. Mungkin ada yang kata pelik, tapi sebenarnya inilah yang menarik dalam kehidupan.
“Tak semestinya kek kahwin perlu mengikut tradisi biasa. Yang penting ia membawa makna dan kebahagian kepada pengantin.”
Meninjau diruangan komen, rata-rata bersetuju idea tersebut sangat menarik untuk dicuba orang ramai untuk pelbagi acara bagi mencipta kelainan dan selera.
“Barulah tak membazir nanti. Idea yang sangat menarik.”
“Selama ini buat tak tau je kalau nampak kek pengantin, yang ni memang kena minta sikit.”
“Sebagai seorang yang tak suka manis, ini lebih baik daripada kek kahwin sebenar itu.”
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.