Kebiasaanya bila kita ada menanam pokok di laman rumah, semestinya kita mahukan pokok tersebut hidup subur.
Oleh itu, nak tak nak mesti kita akan beli baja untuk membantu pokok tersebut hidup sihat.
Pun begitu, tahukah anda dalam sedar atau tidak setiap hari kita sebenarnya boleh hasilkan baja dengan menggunakan bahan sisa daripada dapur.
Menariknya juga tanpat menggunakan kos, tanaman akan hidup subur dan terjaga rapi. Ini sebagaimana yang sering dilakukan oleh Puan Bebiyana Tambi Khan yang sememannya suka bercucuk tanam.
Ini perkongsiannya.
Hari ni Kak BB kongsi salah satu baja tambahan yang Kak BB guna, ianya sangat berkhasiat, murah dan senang dapat namun sering terlepas pandang.
Setiap kali Kak BB bersihkan ikan, Kak BB tak buang air cucian itu. Ada banyak khasiat dalam air tu.
Ads
Bukan untuk kita lah, untuk tanaman kita di belakang dan tepi rumah. Ini antara baja “natural” yang terbaik untuk pokok pokok bendi, lemon dan tanaman lain. Nampak kan, pokok pokok Kak BB sihat?
Caranya :
• Untuk air cucian ikan, siram je kat pokok pokok tanaman. Pokok pokok cepat subur bila guna baja ni.
• Sisa insang dan perut ikan kita buat baja. Kak BB dah banyak kali buat. Senang dan menghasilkan baja yang berkhasiat untuk tanaman.
Ads
Mana nak dapat sisa ikan ni? Pergi je kat pasar ikan, minta je dengan penjual ikan kat situ. Mereka bagi free, bawa tong je.
Tuangkan sisa ini kedalam tong atau baldi, tambah air lebih sikit menutupi sisa itu. Tutup tong/baldi, elok guna bekas yang ada penutup. Tak nak lalat masuk, bertelor dan berulat nanti. Letak jauh sikit kat belakang rumah.
Biarkan selama 2 minggu. Dalam masa 3 hari akan keluar bau yang “harum” dari bekas itu, jangan usik. Bau akan kurang selepas beberapa hari lagi.
Ads
Selepas 2 minggu, boleh buka tong itu, sisa insang dan perut ikan hancur dah. Baja kita dah jadi, boleh guna dah.
Caranya : untuk 1 sukatan baja tambah 3 sukatan air. Gaul hingga baja tu larut. Siram kat pokok pokok buah. Sangat baik untuk pokok limau, serai, halia dan cili yang kita tanam.
Siapa yang tak kasihan bila melihat pasangannya yang berasa tidak selesa, asyik terbersin setiap pagi tanpa henti akibat menanggung rasa alahan resdung.
Bagi yang mengalami masalah ini, kegatalan muka dan kepala ditambah dengan bersin bertubi-tubi serta tidak terkawal buat sesiapa pun rasa resah dan tertekan.
Akibat daripada ini mata akan menjadi bengkak dan sembab lebih-lebih lagi ketika hendak pergi kerja. Itu belum masuk lagi rasa gatal di seluruh muka terutama kening dan hidung. Inilah kesusahan yang terpaksa di lalui oleh mereka yang mengalami masalah resdung teruk.
Ada yang mengamalkan bedak resdung namun petua ini boleh juga anda cuba. Jika bersesuaian dengan kulit muka anda, insyaallah masalah resdung akan semakin berkurangan.
BAHAN-BAHAN:
8 biji limau nipis
10 helai daun pandan
Caranya:
1. Hiris daun pandan halus seperti membuat bunga rampai.
2. Kemudian perahkan limau nipis ke dalamnya. Gaulkan hingga rata dan sebati.
3. Sapukan pada keseluruhan muka terutama pada kawasan muka yang gatal. Biarkan seketika.
Apa yang anda perlu tahu, jika petua ini bersesuaian dengan anda, tak sampai lima minit, ulat resdung akan keluar melalui kulit muka. Kawasan paling banyak adalah melalui kening dan juga hidung.
Jangan terus berhenti sebaliknya lakukan petua ini berkali-kali. Disyorkan buat tiga kali seminggu supaya nampak cepat hasilnya.
Antara waktu yang paling mustajab untuk melakukan rawatan ini adalah antara jam 10 pagi hingga 3 petang. Anggaran waktu ini dikatakan adalah waktu virus sedang aktif. Jadi usahakan buat sekitar jam ini.
Namun kalau tak ada masa, boleh juga melakukannya di malam hari. Malah yang anda nak tahu, campuran dua bahan ini juga boleh disimpan di dalam peti ais tetapi keberkesanannya sedikit kurang berbanding yang masih baru.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jumlah pengikut seramai 50 ribu bukan satu angka yang kecil untuk seekor kucing. Tapi inilah hakikatnya buat dua ekor kucing comel, Garfield dan Maya. Mempunyai pengikut tegarnya sendiri, kemunculan Maya dan Garfield atau nama manjanya Apil sentiasa dinantikan.
Ada sahaja keletahnya yang sentiasa mencuit perhatian. Lincah kala beraksi, malah cukup aktif ketika bermain. Sentiasa menghiburkan para pengikutnya.
Tak Pernah Sangka
Begitu juga ‘Mama’ dan ‘Ba’ serta abang-abang Maya dan Apil. Kehadiran kucing-kucing comel ini ternyata buat keluarga kecil ini menjadi bertambah meriah.
“ Diam tak diam kami sudah bersama Apil dan Maya hampir 3 tahun yang lalu. Kalau diikutkan pada mulanya suami saya jenis yang takut kucing walaupun jauh disudut hatinya dia sukakan kucing.
Suami pernah berhajat, kalau dia terjumpa kucing Persian berwarna oren, dia akan beli. Kebetulan atau lebih tepat, ketentuan Allah SWT, kami dipertemukan dengan Apil. Saya langsung tak jangka suami buat keputusan untuk membeli Apil ketika itu.
Maklumlah kami langsung tak pernah berbincang bab memelihara kucing dan saya kira, keadaan itu mustahil akan berlaku. Tapi apabila melihat Apil buat pertama kali, kami jatuh hati dan tak sangka suami pun sama. Bila dia setuju untuk membeli, saya rasa macam terawang-awangan. Tak percaya. Macam mimpi.
Saya tak pujuk tapi anak-anak yang merayu. Yang benarnya, hatinya sendiri memang dah terpaut pada Garfield,” katanya lagi.
Bimbang Apil berseorang, Maya pula hadir melengkapkan lagi keluarga kecil ini, sebulan selepas Apil muncul. Bertambah meriah jadinya.
“Maya pula dibeli sebulan selepas Garfield. Suami rasa simpati melihat keadaan Garfield yang keseorangan dan kesunyian setiap kali saya dan suami keluar bekerja dan anak-anak ke sekolah. Lanjutan dari situ, suami mula mencari kawan untuk Garfield.
Maya dipilih kerana di antara banyak-banyak kucing di petshop waktu itu, Maya yang paling kecil dan pemalu. Dek kerana kasihankan padanya, kami pilih Maya. Kini selepas berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa dapatlah saya menemani Maya dan Apil kala anak-anak ke sekolah,” luah ibu kepada Ziqry Huzairy, Zizry Huzairy dan Zilfizzry Huzairy ini lagi.
Anggap Seperti Anak Sendiri
Sungguh membuat keputusan untuk memiliki kucing kesayangan tidak semudah yang disangka. Komitmen harus tinggi dan perlu lebih rajin untuk menguruskan segala kelengkapannya.
“Jujur pada mulanya, perasaan takut dan risau memang ada. Apabila kita sudah mengambil keputusan untuk membela kucing, komitmen pada mereka adalah seumur hidup. Makan, minum, perlindungan, kasih sayang dan perubatan perlu tip top.
Itulah yang kami risau, takut tak mampu nak lakukan. Tapi syukur, semakin lama kucing-kucing ini dengan kami, keadaan jadi normal malah kami tak kekok lagi. Kami banyak belajar dari pengalaman orang, juga membuat pemerhatian sendiri dengan sikap kucing-kucing ini. Sekarang, Apil dan Maya sudah kami anggap seperti anak sendiri.
Apil sangat manja terutama dengan suami. Mudah mengalah dengan Maya malah aktif dan keletahnya sentiasa mencuit hati. Suka melihat burung dan gemar melihat suasana luar (tapi tak suka keluar). Satu lagi, hobi utamanya adalah menggigit plastik. Apa sahaja plastik barang yang kami bawa balik, dia akan gigit sampai puas.
Maya pula berbeza dari Apil. Maya agak sombong, tak suka dipegang dan hanya mahu dibelai pada masa tertentu sahaja. Maya jarang bersuara, takut mandi dan kuat tidur. Maya juga tak sukakan dunia luar dan stress jika dibawa keluar. Malah dia juga agak clumsy tapi keletahnya amat mencuit hati,” katanya teruja bercerita.
Si comel Apil dan Maya sememangnya dijaga cukup sempurna. Malah kedua-duanya sentiasa dijaga dengan baik. Pantang sakit atau alahan, kedua-duanya pantas dibawa ke klinik untuk menerima rawatan.
“ Untuk Apil dan Maya kami berikan Royal Canin Indoor untuk makanan kering serta Fussie Cat untuk makanan basah mereka setiap hari. Boleh dikatakan anggaran untuk kelengkapan mereka sekitar RM300 setiap bulan,” kata anak kelahiran Gemencheh, Negeri Sembilan ini lagi.
Page Dunia Maya HD Tarik Perhatian Ramai
Bermula dari kucing biasa, Apil dan Maya terus menjadi kucing popular gara-gara page Dunia Maya HD yang mendapat sambutan ramai.
“Saya selalu muat naik gambar Maya di group kucing. Banyak permintaan agar saya mewujudkan pula page Maya. Maka terhasillah Dunia Maya HD yang sudah beroperasi lebih 2 tahun.
Setiap hari memang kami akan kongsikan segala telatah Maya dan Apil di sini juga berkongsi cerita dan pengalaman dengan rakan-rakan yang banyak bertanya.
Bagi saya menjaga kucing sememang boleh memupuk sifat disiplin yang tinggi. Contohnya dalam hal membersihkan tandasnya, menukar air dan bekas makannya, memandikan, mencuci telinga, dan banyak lagi.
Disiplin ini penting supaya kesihatan mereka sentiasa terjaga. Menjaga kucing juga meningkatkan sifat tanggungjawab pada diri. Selain itu, jiwa juga menjadi lebih sensitif. Hati mudah tersentuh dan simpati melihat haiwan lain terutamanya yang terbiar. Ini mendorong kita untuk membantu kucing-kucing yang lain pula.
Pun begitu sifat rajin juga perlu ada kalau nak pelihara kucing di rumah. Saya amat menitikberatkan bab kesihatan dan kebersihan. Setiap hari, saya akan memastikan tandas mereka bersih supaya tidak wujud bau yang tidak disenangi.
Apil dan Maya adalah Indoor cat, jadi kebersihan mereka dan rumah kami juga perlu seiring. Saya mengemop lantai dua kali sehari dan pasang air purifier supaya bulu, habuk dan bau diserap sepenuhnya,” katanya lagi.
Sumber: Majalah Keluarga Julai 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bangun pagi, bancuh segelas air lemon dahulu time perut kosong ni. Bagus untuk ‘cuci’ perut. Siapa yang ada gastrik boleh amalkan selepas makan. Dun worry, perut kita hanya kita yang boleh ejas sendiri.
Lemon adalah salah satu buah sitrus yang paling popular dan serba boleh.
Popularitinya adalah kerana ia menyegarkan rasa dan aroma yang menjadikannya pilihan yang popular untuk digunakan dalam banyak resipi dan minyak wangi.
Lemon juga digunakan secara meluas dalam pelbagai minuman dari teh dan koktail hingga jus.
Lemon sebenarnya dianggap sebagai superfood, dan mengandungi banyak manfaat kesihatan dan juga penggunaan topikal.
Nah meqza berkongsi 15 manfaat minum jus lemon dengan air hangat semasa perut kosong di awal pagi seperti yang disenaraikan oleh Pakar Pemakanan di Edison Institute of Nutrition.
1. Sebagai sumber vitamin C yang kaya, jus lemon melindungi tubuh daripada kekurangan sistem imun.
2. Minum jus lemon dengan air suam setiap pagi membantu dalam mengekalkan keseimbangan pH badan.
3. Dengan ciri-ciri antibakteria yang kuat, jus lemon membantu melawan jangkitan
4. Bertindak sebagai agen detoksifikasi
5. Membantu menjaga kesihatan pencernaan.
6. Bersama dengan vitamin C, limau juga kaya dengan sumber kalium, kalsium, fosforus, magnesium dan sebagainya.
7. Membantu melawan selesema biasa
8. Jus lemon juga merupakan ubat popular untuk pelbagai jenis masalah kulit dari jerawat, ruam dan kedutan serta blackhead
9. Jus lemon dengan air suam membantu dalam penurunan berat badan yang cepat kerana ia menggalakkan pencernaan dan meningkatkan kadar metabolisme.
10. Jus lemon juga sangat berkesan untuk membersihkan hati kerana ia menggalakkan hati untuk menghilangkan toksin
11. Ciri-ciri anti-radang Lemon membantu dalam memerangi jangkitan saluran pernafasan, sakit tekak dan keradangan tonsil.
12. Jus lemon dengan air suam membantu menjaga hidrasi badan kerana ia memberikan elektrolit kepada badan.
13. Minum jus lemon dengan air suam juga membantu mengurangkan sakit sendi dan otot.
14. Jus lemon dengan air suam juga baik untuk kesihatan pergigian anda kerana ia membantu dengan sakit gigi dan mencegah gingivitis.
15. Jus lemon dengan air suam membantu pencernaan dan dengan itu, membantu mengawal pergerakan usus semula jadi.
Jus lemon juga merupakan cara yang berkesan untuk mengurangkan berat badan kerana ia meningkatkan kadar metabolisme badan.
Sebab tu siapa yang minum cannella time perut kosong, cepat lelemaks kurus. Berat badan pun makin susut.
Jadi, jangan lupa minum jus lemon panas pada perut kosong setiap pagi untuk hasil yang luar biasa. Kalau tak de lemon pinang saja si cannella dengan meqza.
Selamat mencuba!
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.