Punca kesumbatan saluran fillopian yang mana akhirnya boleh mencegah pertemuan benih suami dengan telur akan mengakibatkan ketidaksuburan. Sering juga terjadi berpunca jangkitan kuman dan ada juga tumpahan darah kotor yang tidak mengalir keluar tetapi ke belakang dalam penyakit endometriosis.
Jadi saya ingin beri sedikit panduan kepada kaum wanita macam mana nak cegah jangkitan kuman pada peranakan.
Tanda-tanda terkena jangkitan kuman
Sering tandanya adalah keputihan, lelehan berbau dan berwarna kuning atau hijau. Jangkitan ini bermula dalam saluran faraj masuk ke pintu rahim dan ke dalam rahim dan masuk ke dalam saluran.
Mengapa mudah dijangkiti?
Tidak menjaga kebersihan selepas berhadas kecil atau buang air besar. Tidak membasuh dengan bersih. Bila haid tak jaga kebersihan sekitar faraj.
Imuniti yang rendah sebab makanan tidak seimbang. Oleh itu, makanlah vitamin C lebih daripada biasa. Makan sayur dan buah untuk cegah jangkitan kuman.
Minum air yang masam seperti jus lemon, jus cranberry yang boleh meningkatkan imuniti dan disamping membersihkan kencing dan bersihkan kawasan kemaluan.
Selain itu mereka yang terlalu gemuk atau ada kencing manis juga mudah dijangkiti kuman pada bahagian peranakan.
Pengamal alat dalam rahim IUD, mudah juga dijangkiti kuman.
Mengawal jangkitan kuman pada faraj dan organ peranakkan dengan membasuh dengan air garam. Saline douching. Kaedah paling selamat natural dan organik.
Oleh itu perlu bersihkan faraj dengan air garam selain washing douching.
Bahan-bahan:
1 sudu besar garam halus
1 gelas air suam
Ads
Gelas pakai buang
Kapas
Versalin
Sarung Tangan
Ads
Cara membuatnya:
Ambil garam dan larutkan ke dalam segelas air suam.
Pakai sarung tangan kemudian lumurkan dengan verselin.
Celupkan kapas ke dalam larutan air garam tadi.
Bersihkan kawasan kemaluan dan boleh dimasukkan ke dalam.
Kemudian keluarkan dan buang kapas tadi.
Ambil kapas lain dan lakukan beberapa kali. Ulang dalam 4 hingga 5 kali.
Ekstra tip: Lakukan pembersihan cara ini pada waktu petang agar apabila bersama suami di malam hari, sekurang-kurangnya kawasan kemaluan bersih dan seterusnya memudahkan untuk hamil.
Mengawal jangkitan kuman pada faraj dan organ peranakkan dengan membasuh dengan air garam. Saline douching. Kaedah paling selamat natural dan organik.
sumber : Dr Hamid Arshat
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cantiknya menanam pokok ros jepun di laman rumah bila pokok galak mengeluarkan bunga. Macam-macam warna bunganya ada dan untuk memastikan pokok ros jepun kekal berbunga lebat, ada tips dan rahsianya.
Nak tahu detail, ikuti perkongsia ini.
Bismillah
Rahsia RosJepun jenis Carnation sis cepat merimbun penuh pasu:
1. Tanah dimasukkan hampir permukaan pasu (Tanah sis beli kat nursery, All in One or 6in1, kalau anda pandai campur sendiri tanah pun bagus)
2. Kerat ros jepun dari pasu asal, tinggalkan 2 3 helai daun. (Jangan risau, nanti naik merimbun balik RJ pasu asal.
3. cucuk rapat-rapat dan tinggalkan 2 3 daun juga dan potong.
4. selesai cucuk tanam, tabur baja biji bunga, or mix dengan baja subur pun boleh, kemudian letakkan air perlahan2 ( tabur sikit je macam tabur garam dalam masakan)
5. kalau baja jenis air boleh terus sembur.
6. biar beberapa minit, kemudian sembur racun untuk bena & serangga, recommended brand Brogard, kalau takde, brand apa-apa pun boleh.
7. Terus letak di tempat kena cahaya matahari.
8. selepas 3 minggu pasu dah keluar banyak cabang-cabang baru, dah jadi macam rumput karpet.
9. sebulan setengah dah keluar bunga-bunga
10. tempoh untuk Ros Jepun Carnation matang, berbunga penuh tak berenti ialah +-2bulan.
11. RJ jenis Carnation antara yang tahan lasak, kena hujan pun takpa, asalkan air boleh keluar bawah pasu.
12. Harus letak tempat kena cahaya matahari, 6jam ke atas.
Seakan tidak dapat hendak dibayangkan bagaimana perasaannya bila kita yang telah berkahwin dan sudah pun mempunyai anak, tiba-tiba dapat pula adik kecil seusia anak sendiri.
Seakan mustahil namun kisah ini memang benar-benar terjadi kepada seorang wanita ini yang turut berkongsi video di aplikasi Tiktok yang menarik perhatian wargamaya.
Bulan 4 Aku Bagi Cucu Baru Kat Abah
Menerusi video yang dikongsikan oleh Fatin, ia berkongsi wajah anak lelakinya yang dilahirkan pada bulan April yang lalu dan difahamkan sebelum ini anak pertamanya adalah seorang perempuan.
Bulan 6 Abah Bagi Adik Lagi
Namun bila namanya rezeki, tiada siapa dapat menolaknya. Bayangkan selang beberapa bulan abahnya pula ‘hadiahkan’ adik lelaki kepadanya dan apa yang lebih mengujakan bayi tersebut kembar.
Ini sekali gus menjadikan usia pakcik dan anak buah sebaya!
Memang boleh dikatakan 1 dalam 1000 terjadi kisah seperti ini, jarang-jarang sekali kita dapat lihat di zaman sekarang.
Video tersebut nyata mencuri tumpuan umum dan sekali gus tular di aplikasi Tiktok dengan meraih tontonan hingga melebihi 800 ribu tontonan setakat ini.
Meninjau di ruangan komen kebanyakan netizen tumpang gembira dan kagum dengan rezeki cahayamata yang dianugerahkan kepada keluarga ini.
Malah ada antara ramai berkongsi pengalaman membesar dengan anak buah dan pakcik masing-masing.
Sumber : [su_button url=”https://www.tiktok.com/@fatinrawkk?” style=”bubbles” background=”#3fc6b5″ size=”2″]TikTok @fatinrawkk[/su_button]
Melihat pasangan ini menguruskan dan mendidik anak-anak mengikut acuan sendiri nyata memberi motivasi kepada ibu bapa lain. Tidak hairanlah setiap kali mengemas kini status terbaru di media sosial, ada sahaja pertanyaan dan permintaan daripada orang ramai yang ingin mereka berkongsi ilmu keibubapaan.
Tidak sekadar itu sahaja, pasangan ideal Dato’ Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina juga tidak menggunakan bantuan pembantu rumah dalam menguruskan anak-anak. Sebaliknya mereka lebih selesa melakukan sendiri sejak dahulu lagi.
Push anak belajar banyak benda
Senada dan sehati dalam segala hal, namun Dato’ Dr Sheikh Muszaphar sedikit ‘dominan’ terutama dalam mendidik anak-anak. Tegasnya, anak-anak perlu didedahkan dengan segala kemahiran sejak kecil lagi bagi memudahkan pada masa akan datang.
“Alahmdulillah, syukur kerana ini rezeki yang Tuhan berikan pada kami. Saya dan isteri memang suka anak ramai. Saya suka mendidik anak-anak ikut cara saya yang dipraktikkan hasil pembelajaran melalui ajaran ibu bapa saya dan juga sebelah Halina. Saya suka tonjolkan anak-anak dengan unsur kasih sayang selain ‘push’ mereka sehingga ke tahap maksima kerana kita tidak tahu potensi mereka yang boleh pergi.
“Saya mahu didik mereka dalam semua bidang termasuklah bab agama, akhlak, mengaji, belajar berenang, tekwando dan pelbagai lagi. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, demikian juga kami. Dalam hal ini, saya mengharapkan anak-anak akan jadi lebih baik daripada kami kelak. Awalnya isteri saya agak takut dan kesian kerana anak-anak masih kecil.
“Tetapi sebenarnya mereka suka jika apa yang kita suruh buat itu benda yang menyeronokkan buat mereka. Penerimaan Bella dan Tasha baik dan saya tidak suka mereka membazir masa begitu sahaja kerana pada saya setipa minit itu adalah pelajaran. Kebetulan juga kami berdua sibuk dengan kerja, kerana itu saya suka hantar anak-anak ke kelas untuk menambahkan kemahiran mereka.
“Pernah juga mak saya tegur kononnya biarlah anak-anak main tetapi bagi saya pelajaran juga satu corak permainan. Contohnya ke kelas menyanyi, persekitaran tersebut cukup menyeronokkan. Jadi, daripada situ mereka selesa dan seronok untuk belajar. Saya berimpian mahu melihat anak-anak mengikut jejak langkah kami dalam bidang kedoktoran. Kerana itu saya mendedahkan mereka dengan bidang perubatan ini sejak awal lagi.
“Tetapi andai suatu hari nanti mereka mahu memilih bidang lain, saya akur. Tetapi saya percaya jika kita didik dan asuh minda mereka sejak awal ke arah tersebut, maka saya yakin mereka akan menuju ke arah yang betul.
Take a break elak stress
Ditanya mengenai cabaran memiliki anak kembar, jelas Angkasawan negara ini lagi, memang sangat mencabar dan dalam masa yang sama terselit kebimbangan tidak mampu memberi kasih sayang sama rata.
“Memang stress dan kadang kala penat sangat kerana boleh dikatakan 24 jam kami menguruskan anak-anak sendiri. Saya bangun jam 2-3 pagi untuk susukan dan dodoikan anak. Pada saya suami kena banyak berkorban dan jangan harapkan isteri sahaja. Saya lebih suka berjaga malam dan biarkan Dr Halina tidur dan berehat. Pada saya, sebagaimana isteri berkorban begitu juga suami dan kedua-dua kena main peranan.
“Saya selalu pesan pada isteri, kalau penat ambil rehat dengan pergi keluar untuk ‘take a break’ walau hanya 30 minit. Tetapi jarang sebenarnya nak stress kerana penat macam mana sekali pun itu adalah sesuatu yang kami suka lakukan.
“Lagipun kembar memerlukan perhatian lebih terutama Noah yang agak kecil berbanding Adam. Jadi, dalam diam-diam saya susukan lebih supaya dapat naikkan beratnya dan Alhamdulillah tidak banyak beza kedua-duanya,” seloroh Dato’ Dr Sheikh Muszaphar lagi.
Parenting satu eksperimen
Mengakui masih baru dalam bab keibu bapaan, Dato Dr Sheikh Muszaphar tidak mengharapkan semua orang menerima kaedah yang dipraktikkannya itu.
“Ini cara saya dan kepada mereka yang tidak setuju tidak apa. Kerana proses parenting ini seperti satu eksperimen. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Mungkin kita sudah berikan yang terbaik tetapi hasilnya berbeza. Namun yang pasti saya sudah melakukan yang terbaik dan jika ada yang mahu mencontohi cara saya, maka boleh ikut.
“Keutamaan saya lebih pada keluarga dan bab memberi ceramah masih diteruskan cuma tidak mahu terima terlalu banyak. Soal penerimaan tawaran untuk anak-anak buat masa sekarang kami masih kawal lagi.
“Kami tidak mahu mereka didedahkan pada bidang komersil dan memilih produk yang bersesuaian dengan anak-anak,”jelas Dato Dr Sheikh Muszaphar yang mengakui kerjasama dan perancangan awal yang sistematik memudahkan dia dan isteri menguruskan anak-anak baik di rumah mahupun ketika bercuti dan sebagainya.
Sumber: Majalah Keluarga Jan-Feb 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di