Bulan puasa ni tak sah rasanya kalau tidak kisahkan soal air. Air yang sedap selalunya jadi buruan kita di bazaar Ramadan. Tak kurang juga yang mencuba sendiri di rumah. Macam-macam jenis minuman kita gabungkan bersama anak-anak demi nak menaikkan semangat mereka untuk berbuka.
Bagi ibu-ibu, mungkin boleh mencuba resipi daripada longan dan laici ini untuk berbuka nanti. Nampak sedap. Paling penting nak buatnya teramatlah senang. Badan pun sejuk je. Jom buat petang ni.
Bahan bahannya:
Ads
Longan dalam tin (air jangan buang )
Laici dalam tin (air jangan buang)
Biji selasih
Cincau
Nata di coco (buang air nya)
Limau kasturi (ikut suka, kalau suka masam letak banyak)
Air batu
Cara caranya :
Ads
Tuangkan laici dan longan bersama sama airnya.
Letak biji selasih dan cincau serta nata de coco kemudian perahkan limau nipis mengikut suka nak masam macamana.
Kata yang pernah mencuba minuman ni…
Ads
Air ini tiada nama, ada jelly yang diperahkan dengan limau , dan buah buahan campuran, bila ais nya cair, jadilah rasa macam air di gambar ini. Sedap!
Selamat mencuba.
Kredit: Viral Media Malaya
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wanita dan bunga seakan tidak dapat dipisahkan, begitu juga bagi wanita ini dalam mencipta gaya dekorasi dikediamannya. Apa yang lebih menarik, semua itu dihasilkan sendiri olehnya. Sekali gus memberi gaya dekorasi kediaman buat keluarga ini lebih unik dan menarik.
Untuk itu, ayuh kita dekati wanita ini yang dikenali sebagai Puan Noorliza Abu Bakar.
——————————————————————————————————
Ini adalah hasil kerjatangan saya dari A hingga Z..buat special untuk decoration rumah saya sahaja tidak untuk berniaga..buat dalam rumah je tak ada bengkel atau workshop..lepas memotong kayu vakum terus.
Saya suka perabut yang nampak buruk (rustik) tapi baru..saya hasilkan sendiri dengan kebolehan saya..saya ubah warna asal pinewood jadi seperti ini…
Suami hanya bantu menggantungkannya bersama pembantunya. Mungkin ada yang tak tahu nama pintu ni..inilah BARN DOOR sesuai untuk laluan perantaraan ruang yang tidak berpintu. Dan ini ialah pintu untuk bilik persalinan / pakaian bilik saya.
Sebenarnya idea ini datang sebab pernah tengok dalam cerita klasik Inggeris dan saya bertanya suami nama pintu ni…sebab suami saya bekerja banyak berurusan dengan Interior Designer.
Buat kerana minat
Jangka masa dalam sebulan sebab saya sibuk menjahit dan melukis. Ikutkan betul-betul bagi tumpuan seminggu boleh siap.
Bila ditanya tentang kos, jujur saya katakan saya tak berapa pasti. Ini memandangkan saya menggunakan kayu yang telah diguna pakai. Saya bersihkan dan ketam balik. Kemudian saya lukis mengikut kreativiti sendiri. Bab melukis ini, bolehlah untuk diri sendiri dan bukannya saya lakukan sepenuh masa sekadar mengisi masa yang terluang.
Setiap kali hasil seni saya siap sepenuhnya, suami sukakannya. Malah dia sendiri tidak menyangka saya boleh buat pintu macam ni. Anak-anak pun seronok tengok saya bertukang.
Di sini turut dikongsikan beberapa lagi hasil kerja tanggannya untuk memberi idea dan inspirasi kepada wanita yang lain dalam menghasilkan sendiri lukisan untuk mencantikkan kediaman.
sumber : Noorlizah Abu Bakar Adnimhmhi via Kami Suka Deko Deko
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nedim Nazri menerusi laman Instagramnya mengimbau momen tahun 2018 ketika membantu menanggung kos rawatan seorang bayi.
Dia yang juga suami kesayangan Nora Danish memberitahu, bayi tersebut mengidap penyakit kulit, Ekzema tahap kritikal.
Malah, sejak daripada itu, hubungan mereka bersama keluarga bayi bernama Adriana itu bertambah akrab dan saling berhubung antara satu sama lain.
“This is Adriana now. Pada 2018 saya berkesempatan untuk membantu seorang anak comel yang mempunyai masalah kulit yang kritikal.
“Saya dan isteri mengambil keputusan pada waktu itu untuk menampung kos perubatan si comel ini sepenuhnya dan semenjak itu ayahnya sering memberi update tentang perkembangan Andriana,” ujar Nedim lagi
Bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut menzahirkan rasa teruja dan gembira apabila mengetahui Adriana kini telah pun memulakan sesi persekolahannya.
Malah dia sentiasa menitipkan doa semoga Adriana dipermudahkan segala urusan.
“Alhamdulillah after 4 years this beautiful girl is starting her 1st day of school. Syukur Alhamdulillah, uncle Du’aa kan semua di permudahkan untuk Adriana sekeluarga,” kongsinya lagi.
Benar, membaca perkongsian daripada guru ini membuatkan air mata akan tumpah dengan sendirinya. Membayangkan betapa berat dugaan yang ditanggung oleh anak remaja bernama Manaf Aziz, buatkan kita terkasima.
Saat dirinya memerlukan dorongan, sokongan dan doa daripada seorang ibu untuk mempersiapkan diri berjuang sebagai calun peperiksaan SPM 2018, dan waktu itu juga dirinya diuji bila mana ibunya dijemput oleh sang pencipta ke negeri abadi.
Namun dengan rasa tenang, ikhlas dan sifat menerima yang ada di dalam dirinya, menjadikan anak remaja ini cukup luar biasa semangatnya. Mampu bangkit penuh semangat dan akhirnya membuktikan 10A adalah miliknya.
Kisah luar biasa ini dikongsikan oleh Cikgu Nor Zulfarizah Zulkipli, semoga memberi inspirasi buat semua.
Kisah ini ditulis sebagai sumber inspirasi. Sudah berapa banyak airmata tumpah kerananya.
Dia anak yang hebat sering disebut-sebut oleh guru kerana dia seorang bijak dan tingkahlakunya yang sopan. Orangnya sangat merendah diri mungkin jiwa anak kampung masih tebal dalam dirinya.
2018 saya menjadi guru kelasnya- 5 Jasa. 22 orang anak-anak dari pelbagai latarbelakang diamanahkan untuk saya uruskan.
Dia bagi saya seorang yang introvert. Pemalu dan menyendiri. Sering lewat ke kelas saya selepas rehat kerana menunaikan solat dhuha dahulu. Bak kata pengetua- dia seorang yang redha, ikhlas dan menerima.
20 Ramadhan 1439- sewaktu pengumuman namanya disebut, saya ke pejabat. Ada ibu saudaranya sedang mengisi borang untuk membawanya pulang. Saya bertanya kenapa?
Ibunya meninggal selepas sahur pagi tadi. Allahuakbar.. Saya mencarinya mengikut dia dari belakang sebagai tanda sokongan. Airmatanya tumpah apabila ibu saudaranya mengatakan “Abangchik, ibu dah tiada”. Tangannya dikepal. Dia memejamkan mata. Saya juga tidak tahan melihatnya. Itulah harapannya.. itulah ibunya.
Saya dan guru-guru menguruskan rakan-rakan sekelas untuk menziarah ke rumahnya. Apabila sampai adiknya yang kecil berusia 5 tahun mengejar jenazah ibunya yang diusung untuk diuruskan di rumah jiran. Rumahnya kecil sudah beberapa kali di tenggelami banjir.
Dia menjadi ketua membaca surah Yasin di hadapan jenazah ibunya. Dia tidak menangis, yang menangis rakan-rakannya. Kuatnya dia menahan perasaan hiba. Waktu inilah adiknya yang kecil 5 tahun tadi, menangis-nangis di luar rumah. Memanggil-manggil nama ibunya. Kami yang berada di dalam rumah pecah empangan airmata masing-masing. Ketika pulang, saya memikirkan dia lima beradik makan apa berbuka? Makan apa sahur? Menangis lagi ke adiknya?
Selepas ibunya pergi, saya lihat prestasinya tidak konsisten. Ketika temu mesra pelajar 2018 tiada lagi peneman dia. Dia duduk di belakang sahaja tanpa bapanya. Ayahnya tiada kenderaan hanya ada basikal.
Untungnya dia kerana rakan sekelas banyak membantu terutama dari segi material. Saya tahu ada yang selalu membelanjainya makan ketika di kantin dan sewaktu sekali sekala outing di bandar. Saya bangga dengan anak-anak 5 Jasa saya ini.
Hari terakhir sebelum SPM, kami adakan kelas BM. Saya berpesan kepada 102 calon mintalah ibu dan bapa doakan anak semua. Doa yang paling berkat daripada kedua-dua ibu bapa. Selepas kelas, anak-anak ini datang bermaafan dengan saya, cikgu Azira dan cikgu Halimatu. Selepas Afiq Dzulmukhry membuat drama airmata memohon maaf. Minta dihalalkan ilmu. Datang dia berkata ‘ Cikgu, tolong doakan saya sebagai ganti ibu saya. saya tiada ibu untuk doakan saya ni. Saya pandang dia. Sayunya hati melihat anak ini. Aduhai anakanda. InsyaAllah cikgu doakan awak dapat 10A+.
Pada pagi berkumpul untuk peperiksaan SPM kertas yang pertama iaitu Bahasa Melayu kertas satu. Saya lihat dia menangis. Sungguh-sungguh menangis. Saya juga sebak melihat dia. Kami gurunya memberi kata semangat agar dia boleh menjawab dengan baik.
Pada hari ini, dia anakanda 5 Jasaku telah membuktikan anak kampung serba kekurangan boleh berjaya dengan cemerlang. Doa kami para murabbi sentiasa untukmu. Semoga perjalanan kehidupan merubah nasib keluarga dipermudahkan.
Ketika diumumkan namanya di atas pentas, dia meminta untuk ayahnya naik ke atas namun ayahnya tiada di sisi mungkin berada di luar dewan. Kami menitiskan airmata melihat Manaf. Sukarnya dia berhadapan dengan cabaran dan dugaan.
Manaf, cikgu minta maaf. 9A+ 1A. A solid itu Bahasa Melayu. Maafkan cikgu. Cikgu sayang semua anakanda 5 Jasa dan 5 Budi 2018 dan semua 102 calon SPM Shah Pekan 2018.
Tahniah semua. Kenang cikgu dalam doa kalian.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...