Makan bersuap suami isteri, diakui itu adalah antara perkara romantik yang bila dilakukan akan membuatkan sama ada suami atau isteri merasa bahagia dan dihargai.

Pun begitu, bila baru-baru ini melalui perkongsian video oleh pelawak, penyampai radio dan usahawan Shuib, raih perhatian netizen apabila dia membuat konten bersama Ajak yang dilihat sedang menyuap isterinya di salah sebuah restoran.

“Air Mata Mengalir…”- Bila Ajak Romantik Dengan Isteri, Netizen Pula Kasihan Dengan Shuib!

Video tersebut yang dimuat naik oleh Shuib di laman TikTok mengundang kesedihan di hati warganet.

“Air Mata Mengalir…”- Bila Ajak Romantik Dengan Isteri, Netizen Pula Kasihan Dengan Shuib!

Dilihat di dalam video tersebut, Shuib terpaksa menyuap makanan ke mulutnya sendiri selepas melihat Ajak yang berada di sebelah makan berselera sambil menyuap manja isterinya yang ada di sisi.

IKLAN

“Air Mata Mengalir…”- Bila Ajak Romantik Dengan Isteri, Netizen Pula Kasihan Dengan Shuib!

“Tak Taw Kenapa Air Mata Mengalir”-netizen

Hantaran yang dikongsikan oleh Shuib ini nyata mengundang rasa sedih dan hiba dikalangan netizen apabila mengenangkan Shuib hidup bersendirian setelah isterinya Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia pada Ogos tahun lalu.

@shuibsepahtu Yang single sila komen 🥹 #fyp @Ajak Shiro ♬ original sound – Shuib Sepahtu

Komen mereka juga video yang dikongsikan itu tidak lawak sama sekali malah mengundang sedih dan sebak. Bahkan netizen dapat merasakan pasti Shuib akan menyuapkan nasi ke mulut isterinya sepertimana yang dilakukan oleh Ajak andai arwah masih ada di sisi.

“Not funny tapi sebak. Allahuakbar, Almarhumah menanti dipintu syurga. Aamiin 🥰”

IKLAN

“weyh tak taw kenapa air mata mengalir🥺🥺”

“sama mcm sye ble sye tgk lki bini mesra buat sye teringat kt lki sye auto air mata sye mengalir.. Al-Fatihah suamiku 😥😥”

“Xthu kenapa aq tgk xgelak tp nangis.. airmata auto keluar😭”

Sumber : TikTok @shuibsepahtu

IKLAN

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Air Mata Mengalir…”- Bila Ajak Romantik Dengan Isteri, Netizen Pula Kasihan Dengan Shuib!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI