Ketika musim panas sekarang ini, bukan sahaja waktu siang terasa bahangnya malah di malam hari juga terasa tidak nyaman.
Oleh sebab ini juga, kita seisi keluarga akan hidupkan aircond untuk memberi keselesaan.
Namun sekiranya setelah aircond diaktifkan, tetap juga tidak berasa sejuk, begini anda kena buat sebagaimana yang dikongsikan. Jom semak.
Hujung minggu tak tahu nak buat apa?? Apa kata anda cuci penapis habuk aircond anda. Last korang cuci bila? Bulan lepas? 6 bulan lepas? Tahun lepas? Tak pernah cuci
Boleh lihat step di gambar dibawah. Kadang aircond tidak sejuk disebabkan benda remeh ini sahaja.
Step 1
Pastikan aircond dalam keadaan OFF. Buka cover aircond dan tanggalkan penapis ini. Nampakkan habuk teperangkap.
Ads
Step 2
Bersihkan penapis ini dengan air. Sila lakukan secara berhati-hati kerana penapis ini amat mudah pecah/patah. Biarkan ia kering sepenuhnya sebelum dimasukkan semula.
Step 3
Bersihkan cover aircond dengan kain lembab. Jangan terlalu basah. Bersihkan secara lembut dan berhati-hati.
Ads
Step 4
Setelah penapis tadi kering, masukkan semula ke dalam aircond. Pastikan tiada barang yang tertinggal sebelum anda tutup.
Tadaaaa,dah siap. Nampak bersihkan. Cuba anda ON semula Aircond. Pasti anda akan merasai perbezaannya.
Jika aircond anda masih tidak sejuk, sila dapatkan nasihat dari juruteknik aircond yang bertauliah. Mungkin aircond anda perlu diservis secara Major Service.
Keadaan fizikal penyanyi kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, 51 sentiasa mendapat perhatian orang ramai. Bahkan sakit yang dialami oleh vokalis kumpulan Slam ini hingga membuatkan tubuh badannya membengkok sering mendapat simpati dan doa terutamanya dari kalangan peminat.
Sehubungan itu Zamani dijadualkan untuk menjalani pembedahan bagi memperbaiki struktur tulangnya pada November ini. Sebelum menjalani pembedahan tersebut, pada 30 September (semalam) Zamani berjaya menghiburkan peminatnya di dalam konsert yang diberi judul Konsert Doa Buat Zamani Unplugged meskipun kesihatannya bukan di dalam kondisi yang terbaik.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Difahamkan konsert tersebut merupakan persembahan Zamani yang terkahir sebelum menjalani pembesahan tulang.
“Saya minta maaf kerana tidak dapat kawal perasaan ini.”
Demikian ungkapan penyanyi Zamani yang tidak dapat menahan sebak ketika mendendangkan lagu berjudul Namun Ku Punya Hati pada penghujung konsert Doa Buat Zamani Unplugged yang berlangsung malam tadi.
Memetik kenyataan Zamani berkata di Kosmo, dia tidak dapat menahan air mata mengenangkan sokongan tidak berbelah bahagi daripada semua peminat yang hadir termasuk ahli keluarga dan sahabat handai.
“Terima kasih yang hadir pada malam ini (malam tadi). Maaf jika ada kekurangan daripada diri ini.
“Terima kasih juga buat isteri. Hanya awak yang ada dalam hidup saya. Awak yang tak pernah jemu tiupkan semangat untuk saya melangkah,” katanya.
Konsert yang dihadiri lebih 2,000 orang itu menjadi saksi kuat semangat vokalis kumpulan Slam itu memberikan persembahan terbaik sebelum melangkah ke dewan bedah bagi penyakit tulang belakang melengkung atau skoliosis awal November depan.
Kehadiran tetamu istimewa Datuk Aznil Nawawi turut memberikan kejutan apabila pengacara tersohor itu melelong beg jenama mewah miliknya yang berharga RM15,000 kepada mana-mana hadirin bagi membantu menampung kos rawatan dan kegunaan Zamani selepas pembedahan.
“Alhamdulillah, sebelum ini saya dapat kumpulkan RM122,000 untuk kos rawatan dan pembedahan Zamani hanya dalam masa 32 jam dilancarkan.
“Malam ini (semalam), saya dengan berbesar hati mahu melelong beg tangan peribadi milik saya ini dengan harga lelongan RM15,000 bagi menambah kewangan buat Zamani selepas pembedahan nanti.
“Saya juga berbesar hati untuk sekali lagi melancarkan tabung yang hanya dibuka untuk tempoh 24 jam. Dengan kuasa viral media sosial, ambillah gambar dan sebarkan, marilah kita sama-sama membantu,” katanya sebak.
Tidak sampai 20 minit, beg tersebut dibeli penyanyi nasyid UNIC, Dr. Fitri Haris yang diundang membacakan doa pada konsert berkenaan.
Fitri berkata, dia sudah berbincang dengan isteri untuk membeli beg berkenaan dalam usaha meringankan beban Zamani.
“Bukan atas faktor jenama beg tersebut yang menjadi ukuran, sebaliknya, saya berniat membantu Zamani,” katanya.
Konsert Doa Buat Zamani Unplugged turut dihadiri barisan artis popular tanah air yang juga merupakan idola Zamani sendiri seperti Datuk Ramli Sarip, Fauziah Latiff dan Rahim Maarof.
Terdahulu, Zamani atau nama lengkapnya Zamani Ibrahim, 51, mengakui tahap kesihatannya semakin merosot teruk akibat masalah skoliosis yang dihidapi sejak empat tahun lalu.
Zamani berkata, buat masa ini, dia bergantung hidup dengan mengambil ubat tahan sakit setiap hari sementara menunggu proses pembedahan yang dijadualkan pada awal November depan.
Menjandakan isteri sendiri untuk menikahi janda lain tanpa sebab kukuh adalah satu tindakan yang ralat. Demikian tulis Dr Syahr Musafir ketika mengulas mengenai luahan sorang isteri yang diceraikan oleh suaminya ketika perut tengah memboyot.
Ditambah dengan isteri itu isteri yang baik, dan keadaannya sedang mengandungkan anak dari benih si suami itu sendiri. Sampai hati kamu, wahai lelaki…..
Jika benar kisah yang diceritakan oleh wanita yang sedang hamil itu tentang dirimu, maka tersebarlah segala aibmu ke seluruh dunia. Nak campak muka ke mana lagi?
Jika benar kisah kau menceraikan isterimu yang sedang hamil kerana kau mahu mengahwini wanita lain tanpa alasan yang solid dan boleh diterima akal, nama-nama PU lain pun akan sedikit-sebanyak tercemar sekali walaupun kau seorang saja yang berbuat onar. Kes kau jadi bola tanggung bagi pembenci-pembenci agamawan dan Islam.
Jika wanita itu menipu dan kau teraniaya, atau kau betul-betul menipu dan dia teraniaya, moga Allah rendahkan martabat si pesalah dan tinggikan martabat si mangsa.
Isteri bukan hak milik, tetapi amanah. Suami bukan pemilik, tetapi pemegang amanah.
ISTERI BUKAN BARANG PAKAI BUANG!!!!!!!!
Dan perempuan-perempuan, dah tahu lelaki tu suami wanita lain, TOLONGLAH JANGAN MENYONDOL!!!!!!!
Demi mendapatkan wang, mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuklah mencederakan insan yang tidak berdosa. Demikian yang berlaku kepada sepasang suami isteri yang cedera selepas bergelut dengan peragut semalam. Kejadian tersebut berlaku di Kampung Keting, Bachok Kelantan awal pagi semalam.
Dalam kejadian 11 pagi tadi, mangsa Alias Awang, 64, parah di tangan dan kaki kanan manakala isterinya, Rahimah Mat Hasan, 56, cedera di mulut.
Anak mangsa, Mohammad Ayub Alias, 35 berkata, ketika kejadian ibu bapanya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Pauh Lima, Bachok dengan motosikal Honda Ex5 selepas mendengar kuliah agama di Pasar Selasa di Kampung Kedai Menanti, Pasir Puteh.
“Sebaik keluar dari Pasar Selasa, ibu bapa dikejar dua peragut yang turut menaiki motosikal dari arah Kedai Menanti ke Kampung Keting, Bachok. Menurut cerita ayah, dua peragut itu tiba-tiba mengejar mereka dan cuba merampas beg yang diletakkan di atas riba mek (ibu).
“Tindakan itu menyebabkan ayah dan mek terjatuh daripada motosikal menyebabkan mereka cedera teruk.
“Seorang daripada peragut cuba merampas beg, namun gagal apabila mek sempat memulas tali beg dan kebetulan penduduk kampung melalui jalan itu menyebabkan dua peragut melarikan diri,” katanya
Sementara itu, Rahimah memberitahu tidak akan memaafkan kesalahan yang dilakukan peragut terhadap dirinya dan suami.
“Tiada maaf buat peragut kerana menganiaya orang tua seperti kami, hanya untuk dapatkan duit dengan mudah. Akibat kejadian ini , kami menerima lebih 60 jahitan di mulut, lengan, kaki kanan dan kedua-dua belah betis selepas terjatuh dalam parit akibat bergelut dengan dua peragut.
“Saya sendiri menerima 20 jahitan di mulut dan sakit seluruh tubuh, manakala keadaan suami lebih teruk apabila parah terkena tar jalan.
“Keadaan suami sendiri memang sudah tidak sihat memandangkan dia baru menjalani pembedahan membuang usus pada 2016 lalu, dan sekarang pula perlu tanggung sakit akibat peragut menyebabkan kesihatannya bertambah teruk.
“Sebab itu, sukar saya nak maafkan peragut itu, tambahan pula kami berdua pernah kena ragut pada dua tahun lalu di Kubang Kerian. Sekarang saya jadi trauma nak pergi ke mana-mana.
“Mak cik tak nampak wajah mereka sebab mereka berdua memakai topi keledar yang menutup muka mereka, cuma mak cik ingat pemboncengnya bertubuh kurus,” katanya.
Bagi Alias pula, dia berharap masyarakat mengambil iktibar kejadian menimpanya dan isteri apabila tidak meletakkan beg tangan di tempat terdedah kerana boleh mengundang jenayah.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.