Apabila bergelar ibu bapa tentu risau dibuatnya apabila anak-anak mula menunjukkan tanda tidak selesa seperti batuk, demam atau selesema.

Tambahan pula, sekarang ni musim anak-anak demam, ibu ayah mana yang tidak susah hati dibuatnya.

Salah satu kaedah yang kita kena jaga termasuk pemakanan anak-anak. Menarik dengan perkongsian Dr Mazliana Mazlan yang berkongsi khasiat buah betik. Walaupun buah betik ini senang didapati di pasar, namun ia tidak popular dikalangan segelintir ibu ayah. Biasanya kita akan terbiasa membeli buah epal atau oren. Buah betik sudah dianggap biasa tetapi sebenarnya khasiatnya luar biasa!

Jom ikuti perkongsian doktor ini.

Ajar anak makan betik sekali dengan biji tau. Biji betik boleh kurangkan kecacingan yang buat anak kita asyik tak senang duduk tu, tidur pun terganggu.

Betik kena jadi buah favourite anak-anak. Buah tempatan, senang sangat nak dapat. Setengah biji buah betik, lagi tinggi kandungan vitamin C dalam sebiji buah oren. Biji betik bersifat antiparasit. Sangat bagus untuk anak-anak. 

Sikit je makan biji tu. Sepotong dadu betik saiz 5 cm, bolehlah letak 1 biji betik. Rasa pahit pedas sikit. Memang tak biasa masa awal makan, rasa pelik. Tapi lama-lama akan terbiasa.

“Ajar Anak Makan Betik Sekali Dengan Biji.” Patutlah Ramai Suka Makan Buah Betik, Rupanya Banyak Khasiat. Doktor Ini Jelaskan Lanjut.
Pilih betik yang kuning ye, balik rumah boleh terus makan.

 

Macam kita tak biasa makan biji jambu batu, biji delima, biji anggur. Bila dah tahu khasiat yang ada, mesti tak susah nak telan.

IKLAN

Selain tinggi vitamin C dan bersifat antiparasit, betik tinggi dengan vitamin, mineral dan antioksida lain.

  1. Vitamin A
  2. Vitamin E
  3. Fiber
  4. Folic acid
  5. Copper
  6. Magnesium
  7. Pottasium
  8. Lycopene

 

 

 

 

IKLAN

Betik ada jugak enzim papain dan chymopapain, bagus untuk penghadaman dan kurangkan keradangan. Sebab tu makan betik, mesti asyik lawas nak membuang je kan.

Kita biasakan anak dengan betik tau lepas ni. Seminggu sekali mesti beli untuk anak makan.

Kalau dah ada simptom kecacingan, lagi lah korang kena cepat cari dan bagi anak makan betik sekali dengan bijinya.

Kalau anak belum biasa dengan rasa betik, blend kan dulu dan jadikan aiskrim. Masuklah jugak biji betik, tambah madu sikit. Biar dia seronok makan aiskrim betik.

Bila dah serasi lidah anak dengan rasa betik, pantang nampak nanti, asyik kena beli je. Macam ni yang kita nak kan.

Kita cuba sama-sama ya.

IKLAN

Sumber: Mazliana Mazlan

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

 

 

“Ajar Anak Makan Betik Sekali Dengan Biji.” Patutlah Ramai Suka Makan Buah Betik, Rupanya Banyak Khasiat. Doktor Ini Jelaskan Lanjut.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI