Dunia seni dikejutkan dengan kisah pelakon cilik, Puteri Balqis yang dikatakan menjual buku demi menampung kehidupannya. Dalam usianya yang masih muda dan sepatutnya bersekolah, namun dia terpaksa melupakan seketika Hasrat tersebut. Rata-rata meluahkan rasa sedih dan bersimpati dengan nasib pelakon kanak-kanak yang cukup berbakat ini. Kisah Balqis bukan sahaja mendapat perhatian daripada peminat dan malah ia juga mencuri tumpuan anak sulung kepada pasangan usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri dan Datin Shahida. Terbaru, dalam perkongsiannya di Instagram, jutawan kosmetik itu memuat naik sebuah video yang memaparkan anak sulungnya membantu Balqis menjual buku .
Ammar Ahyan juga dilihat menerima sejumlah wang daripada Datuk Aliff Syukri bagi memberikan bantuan buat Puteri Balqis sekaligus menjadi wakilnya. Menerusi satu video dimuat naik, kongsi usahawan itu dia sebenarnya mempunyai peruntukan untuk memberikan bantuan buat yang memerlukan.
Menerusi video berkenaan juga, Datin Shahida memberitahu mahu anaknya itu belajar untuk membantu sesiapa tanpa kehadiran dia dan suaminya.
Ammar Ahyan juga dilihat bersama Puteri Balqis dan memegang buku hasil tulisan daripada pelakon itu. “Saya memang suka anak-anak saya terlibat dengan kerja-kerja begini sejak kecil lagi kerana saya nak mereka tahu betapa susahnya mencari duit. “Jangan kerana ayah banyak duit mereka alpa dan lupa diri. Sedangkan kemewahan itu bukan milik mereka dan untuk mendapatkan semua ini, saya berusaha gigih. Kerana itu, saya mahu anak-anak saya merasai sendiri betapa susahnya situasi tersebut.
“Sebab itu jugalah saya selalu hantar anak-anak saya ke rumah anak-anak yatim bagi mereka merasai sendiri kekurangan dan kesusahan orang lain. Berdikari sejak kecil jadi anak-anak saya akan lebih menghargai dan tidak berasa seperti lahir dalam dulang emas.”ujar Dato Seri Aliff Syukri kepada Majalah Keluarga yang menemubualnya semalam.
Rata-rata yang menonton video tersebut mendoakan keluarga usahawan itu selain memuji sikap baik anak sulung Datuk Aliff Syukri yang Nampak bersahaja dan tidak kekok membantu Balqis.
Ads
Satu sikap terpuji yang patut ada pada anak-anak lain dalam membantu orang lain yang di dalam kesusahan.
cabaran @ammarahyan_terlajaklaris bantu putri balqis. Walaupun adik Puteri Balqis Dalam keadaan kesihatan yang tidak berapa sihat adik Balqis sanggup menjual buku..Hari ini abang memberi cabaran kepada anak abang untuk buat benda yang sama macam Puteri buat.
Menjandakan isteri sendiri untuk menikahi janda lain tanpa sebab kukuh adalah satu tindakan yang ralat. Demikian tulis Dr Syahr Musafir ketika mengulas mengenai luahan sorang isteri yang diceraikan oleh suaminya ketika perut tengah memboyot.
Ditambah dengan isteri itu isteri yang baik, dan keadaannya sedang mengandungkan anak dari benih si suami itu sendiri. Sampai hati kamu, wahai lelaki…..
Jika benar kisah yang diceritakan oleh wanita yang sedang hamil itu tentang dirimu, maka tersebarlah segala aibmu ke seluruh dunia. Nak campak muka ke mana lagi?
Jika benar kisah kau menceraikan isterimu yang sedang hamil kerana kau mahu mengahwini wanita lain tanpa alasan yang solid dan boleh diterima akal, nama-nama PU lain pun akan sedikit-sebanyak tercemar sekali walaupun kau seorang saja yang berbuat onar. Kes kau jadi bola tanggung bagi pembenci-pembenci agamawan dan Islam.
Jika wanita itu menipu dan kau teraniaya, atau kau betul-betul menipu dan dia teraniaya, moga Allah rendahkan martabat si pesalah dan tinggikan martabat si mangsa.
Isteri bukan hak milik, tetapi amanah. Suami bukan pemilik, tetapi pemegang amanah.
ISTERI BUKAN BARANG PAKAI BUANG!!!!!!!!
Dan perempuan-perempuan, dah tahu lelaki tu suami wanita lain, TOLONGLAH JANGAN MENYONDOL!!!!!!!
Bergelar ibu bapa adalah momen yang cukup indah dan paling berharga dari segalanya. Namun, memegang status ini bukanlah semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi bagi anda yang bekerja, pelbagai karenah terpaksa dilalui terutama bagi anda yang memiliki anak ramai.
Karekter setiap anak tidak sama, jadi ada yang membuatkan kita naik angin. Namun mereka cepat mengambil jiwa dan kembali menghiburkan hati. Baik anak perempuan mahupun lelaki ada kelebihan masing-masing. Justeru, tidak sepatutnya ada yang membezakan antara anak lelaki dan perempuan. Lebih-lebih lagi dalam soal pendidikan.
Menerusi satu perkongsian oleh ibu bernama Nik Asma Nmr mungkin dapat membantu ibu bapa di luar sana untuk lebih memahami anak-anak terutama anak lelaki.
Minggu lepas pegi seminar technic reading by Founder Little Caliph, Teacher Fari. Dia ajar technic cepat membaca dan ajar juga perbezaan anak lelaki dan perempuan.
Sedikit tips nak kongsi untuk kita para ibu ayah yang ada anak laki.
Jangan sekali-kali bezakan anak lelaki dan anak perempuan. Beza dari segi kepandaian ke, cara belajar ke, mana lagi pandai ke anak laki ke anak pompuan ke, no no. Jangan bezakan. Cara anak laki belajar pun tak sama macam cara anak pompuan belajar. Totally different.
Meh kita baca kat bawah cara anak laki dengan anak pompuan belajar cemana.
1. Anak perempuan bila balik sekolah, kita tanya dia, belajar apa kat skolah, dia boleh jawab belajar lukis bunga, belajar abc, sekian-sekian.
Anak laki kalau kita tanya, dia pun jawab entah. Tak pun dia jawab solat. Semalam tanya jawab solat jugak, kemarin pon solat jugak. Memang takde belajar benda lain ke, haha. Aku try tanya Hamzah, belajar apa kat sekolah, dia jawab belajar makan. Laaaa patutla besar, belajar makan je kat skolah ye. Hahahaha
2. Anak laki lebih kepada mechanical function. Tu yg kalau tengok budak2 lelaki, suka melompat, bergerak, berlari. Kadang kita panggil dia suruh duduk sebelah kita sekejap, dia datang duduk, lepas 5 saat dia hilang. Ini memang nature budak lelaki. Jangan expect dia macam anak perempuan, duduk diam2, baik2, no no. Boys will always be boys. Masa bergerak tulah dia belajar. Perempuan, masa duduk diam tulah dia belajar. Boys oh boys..
3. Anak yang lahir bulan 1 dan bulan 12, atau awal tahun dengan akhir tahun, kita tak boleh compare tahap pembelajaran dia, kerana semestinya yang lahir bulan 1 tu dah banyak progress dari yang lahir bulan 12.
Yang lahir bulan 1 tu by the time bulan 12, dia dah boleh berlari dah, yang bulan 12, baru keluar dari perut maknya, terkebil2 pandang syiling. Botol susu pun tak reti pegang lagi takkan nak compare yang dah berlari dengan yang tak pandai pegang botol susu lagi. Haha
4. Sebenarnya anak laki ni bila belajar dia suka benda bergerak, dia suka hands-on(pegang2, experiencing benda tu), suka eksperimen. Xmacam girl, girl ni kita bagi latih tubi pun dia boleh siapkan. Boy kita bagi latih tubi, selalunya tak siap. Tapi endingnya, latih tubi tak siap pun last jadi jugak orang, keje jugak kat sirim, eh sirim tetiba. Haha kesimpulannya, anak laki ni die bukan tak pandai. Dia pandai, tapi learning method dan teaching method untuk anak laki berbeza dengan anak perempuan. Patutla hanzalah tu suka betul main2 pasir, kalo mandi dalam bilik air tu, habis dia campur ubat gigi dengan sabun shampoo sume(habes duit mami nakkkk???). Pak dia kata nak jadi ahli kimia kot. Suka main campur2 semua benda. Eksperimen kuat sangat. Mainan elok2 pun dibukaknya sebab nak amik magnet kat dalam mainan. Takpelah hanzalah, dulu mami ayah tak paham. Dah pegi seminar, barulah paham. Patutlah hanzalah macam tu.
Pengajaran no 4 ni, kita nak didik anak kena ada ilmu. Kalu takde ilmu, tu yang jadi nak marah2 anak, tak paham anak, suka melabel anak nakal, padahal sebab ilmu tak cukup.
Hari2 doa kat Allah mintak nak anak pandai, nak anak pandai bukan Allah bagi *ting* magic. Terus pandai. Tak, tak, tak. Nak anak pandai, terimalah segala macam eksperimen, cubaan itu ini yang dia akan buat, dan main dalam proses Allah nak jadikan dia anak yang pandai seperti doa yang kita minta. *insaf mok?
5. Masa belajar, anak perempuan duduk tepi tingkap takpe. Anak laki, jangan bagi duduk tepi tingkap. Ingat tak tadi, anak laki ni dia suka benda bergerak. Tu yang bila cikgu ajar, dia tak boleh fokus, pasal banyak gangguan tepi tingkap, kucing lalu dia pandang, burung terbang dia pandang, lipas, cicak segala jenis binatang dan manusia yg lalu dia pandang. Tu yg masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Make sure anak laki kita, bila belajar suruh cikgu letak dia kat depan. Tengah2. Haha skema gitu. *kena make sure sg
6. Ada tak kejadian bila kita menjerit panggil anak laki, dia macam buat2 tak dengar? Sebenarnya, bukan dia buat2 tak dengar. Dia memang tak dengar. Rasa macam eh tipu takkan tak dengar. Kuat kot bunyi takkanla tak dengar. Ye mmg dia tak dengar.
Kajian menunjukkan anak laki tak boleh dengar bunyi yang berfrekuensi tinggi. Jeritan mak tu frekuensi tinggi la tu. Kalau suara bapak dia yang garau tu, tak yah jerit pun, laju je dia dengar. Macam mencabar keimanan mak je tau, ingatkan pura2 tak dengar. So mak2 kalau nak panggil anak laki, memang kena pegi dekat dia, lalu panggillah baik2, nescaya dia akan dengar. Tak caye boleh buat eksperimen. Anak pompuan, rasanya dua2 dia dengar. Hahahah jerit pun dia dengar, pelan2 pun dia dengar.
*Girls can hear 10x better than boys. Oh no wonder.?
Contoh lagi, kalo anak nangis, lagi2 yg suara nak dekat sama tu, (laki dan perempuan). Mak2 boleh tau yang nangis tu yg mana. Ptutlah, aku boleh tau suara maira ke uzair yg nangis. Dengar suara sekilas sudah ku tahu uzair yg nangis. Tanya suami kito, dia ada ‘kot2’ maira kot, uzair kot. Haha xpe yang, sy paham dah. ???
7. Bila kita marah boys suruh keep quite and sit down. Cuba perati berapa lama boleh keep quite tu. Mesti kejap je, tiba2 5 saat dia start cuit kawan dia. Teacher fari kata tu memang nature dia. Tak boleh duduk diam. Memang macam tu.
Penah tengok tak budak laki hafal quran macam mana, sambil hafal sambil bergerak, makin lama makin nak tunduk, macam nak sujud dah gayanya ke depan ke belakang.??? Oh patutla…. kadang tengok sampai heran, semua duk menghafal gaya gitu. Sape penah nampak mesti boleh recall. Hahahaha ???
Ada lagi, penah tengok tak budak laki solat? Kejap cuit kawan, pastu sambung solat, main tolak2 guna punggungla, tolak kawan sebelah kiri, tolak kawan sebelah kanan. Sampai rasa eh tak leh solat diam2 ke. Budak perempuan elok je solat diam2. Pakai telekong elok2, ikot setiap step. Budak laki, boring jap klua saf main lari2 jap, rakaat nak abes, baru dia masuk saf balik. Takut kena rotan ngn ayah lettew.???
Kalau girls, masa makan pun duduk elok2 je, masa rehat, rehat ngan kawan sama2, buka bekal, sit down, lepastu TALK, and TALK, and TALK and TALK seperti tiada hari esok.. haha ??♀️Sebab tula para suami, korang kena layan isteri bercakap, sebab yeah, girls memang suka bercakap. Thats their nature like forever. ??♀️??♀️??♀️ Kalau korang tak layan isteri bercakap, tu yg dorang bercakap di fb tu. ??? KRT dan segala jenis mak nenek tu u name it.
Ok sekian, saja share untuk para ibu yang anak boys ramai macam kita ni. Tc Fari pun anaknya 4boys, patutlah dia paham sangat. ?
Lepas seminar, aku telah menjadi ibu yang baru. Hahhaha. Yg lebih paham nature anak2. Tiba2 anak bising dalam kereta, suruh diam. Diam 5 saat, tiba2 dengar dorang gelak terkekek2 tengah main cuit2. Laaaa memang betol tak boleh duk diam hahahahhaha sabo jela.. Allah hantar anak2 untuk tarbiah mak ayah apa itu erti sabar sebenar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Impian pelakon Shima Anuar untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila disahkan hamil luar rahim.
Berita tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramnya. Pelakon berusia 31 tahun itu masih berada dalam unit rawatan rapi (ICU) selepas menjalani pembedahan bagi menggugurkan kandungan di sebuah hospital, semalam.
“Ia sangat menyakitkan. Masih dalam ICU. Saya kehilangan darah ketika pembedahan semalam dan saya kehilangan bayi dalam kandungan kerana kehamilan di luar rahim (ektopik).
“Terima kasih terlalu ramai yang mendoakan saya. Saya akan baik-baik saja Insya-Allah,” tulisnya dengan memuat naik sekeping foto sedang dirawat di ICU.
Sebelum ini, Shima memaklumkan dirinya sedang berbadan dua dan mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada melakukan sebarang aktiviti seni.
Shima mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd. Solih Toha, 54. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mariam Sophia, 3, dan Mikhael Imaan, 2.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan warganet berkongsi ucapan takziah dan menitipkan doa semoga Shima kembali sembuh dan sabar dengan dugaan tersebut.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.