Malang tidak berbau apabila dua orang kanak-kanak lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik ketika bermain di luar rumahnya di Kampung Teras Jernang, di sini pada petang Jumaat.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Bangi, Norazlin Syahidah Ali berkata, tragedi menimpa dua beradik berumur 10 dan 11 tahun itu disaksikan oleh adik bongsu kepada mangsa.
Menurutnya, kejadian berlaku semasa kedua-dua murid sekolah terbabit sedang bermain air di luar rumah pada petang Jumaat selepas bapanya pergi ke kedai yang jaraknya kira-kira 1 hingga 2 kilometer.
“Ada wayar elektrik pada tiang Tenaga Nasional Berhad (TNB) terputus dan terjatuh atas bumbung rumah.
Ads
“Ketika mereka bermain di luar rumah, mangsa (berumur 11 tahun) terpegang besi ampaian baju dalam keadaan basah dan terkena renjatan elektrik.
“Adiknya cuba bantu selamatkan abangnya, tapi turut terkena renjatan dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Dalam pada itu, Norazlin Syahidah memaklumkan kedua-dua mangsa ketika ini masih berada di Hospital Serdang untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teras Jernang dekat sini.
Ads
Ujarnya, buat masa ini, pihak sekolah sedang melaksanakan kutipan derma kilat untuk membantu keluarga tersebut yang dikatakan asnaf tanpa pendapatan tetap.
“Kutipan ini dilakukan bagi meringankan beban keluarga mangsa. Ibu bapa mangsa hanya bekerja sendiri, kutip botol, tin, tangkap ikan di sungai untuk dijual,” katanya.
Ads
Orang ramai yang ingin membantu keluarga mangsa boleh menyalurkan sumbangan ke akaun PIBG SK Bandar Baru Bangi iaitu 12100000758712 (Bank Muamalat Malaysia Berhad) sehingga 5 Oktober.
Transaksi tersebut kemudiannya perlu dihantar kepada Norazlin Syahidah di talian 016746818 untuk pengesahan penerimaan dan rekod.
Sumber : Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Suami asyik berkepit dengan telefon hinggakan memberi lebih banyak masa ‘melayan’ telefon berbanding isteri yang berada disisi. Hal ini tentu menyebabkan si isteri akan rasa tidak seronok atau sedih. Dan lebih teruk lagi akan ada rasa syak wasangka terhadap suami dan akhirnya merenggangkan hubungan.
Sebelum ini semua terjadi, ada baiknya anda baca perkongsian daripada Taufiq Razif ini yang cukup memberi satu idea atau cara yang sepatutnya dilakukan oleh isteri dalam menarik perhatian suami.
Hal yang dikongsikan ini juga adalah merupakan apa yang telah berlaku pada dirinya sendiri. Jadi jom baca perkongsian menarik ini untuk manfaat bersama dalam membina keluarga bahagia.
Ramai rupanya isteri ada masalah suami asyik sangat main handphone sampai takde masa nak layan isteri.
Saya mengaku saya pun dulu tergolong dalam golongan suami yang macam tu. Orang bisnes memang matanya macam kena pukau dengan skrin handphone sikit tapi kalau si isteri tahu cara nak atasinya, memang benda ni ada ubatnya.
Ni saya nak kongsi 5 teknik yang isteri saya pakai untuk tackle saya balik. :
1. Dia akanberhias cantik macam puteri raja. Dia tahu lelaki ni akan kalah dengan visualnya sendiri. Memang dia tahu kelemahan suami adalah pada matanya jadi dia gunakan benda ni untuk mengalahkan godaan handphone tu
2. Dia akan banyak bertanya. Sebenarnya dia nak alihkan perhatian saya je tapi memang berkesan la sebab otak lelaki ni bukan multitasking macam perempuan. Tak ramai lelaki yang ada bakat untuk jawap soalan sambil main handphone. Kena fokus buat satu benda je.
3. Dia ajak ajak saya berjalan ataupun keluar makan. Saya kan memang driver tetap dia. Mana la kita mampu nak drive sambil main handphone kan. Kadang-kadang handphone pun kita campak entah ke mana kalau nak memandu.
4. Dia akan guna kabel charger kita ataupun buat-buat pinjam powerbank kita. Suami ni pulak kalau isteri dah minta nak pinjam takkan tak bagi kan. Jadi termagu la kita seharian sambil menunggu handphone si dia dicas penuh.
5. Dia akan guna apa sahaja cara untuk distract perhatian saya terhadap handphone. Tiba-tiba je dia boleh masuk ke bilik sambil bawa buah epal la buah anggur la semata-mata nak alihkan perhatian saya. Paling dasyat sekali dia bawak masuk anak-anak. Mana boleh tahan! Comel kot! Terus saya letak handphone dan peluk cium anak saya! Argh!
Apa pun kita kena educate suami masing-masing tentang Electronic Screen Syndrome. Bagitahu suami elok-elok atau share artikel ni kat suami tentang efek buruk kalau duk mengadap je skrin handphone dan laptop tu. Antaranya :
– Menyebabkan penurunan kemampuan kognitif
– Mata jadi kering dan retina mata boleh rosak
– Susah nak tidur
– Emosi tak stabil
– Lebih cenderung untuk kena Metabolic Syndrome seperti Kencing Manis, Kegemukan dan Tekanan Darah Tinggi
Jangan risau, biasanya orang yang kurang sensitif dengan perasaan orang lain ni akan mudah tersentak dan insaf bila dia tahu benda ni ada efek buruk pada dirinya sendiri juga nanti.
Sumber : Taufiq Razif
Suami Insaf Yang Sedang Kembali Ke Pangkal Jalan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor baru-baru ini berkongsi berita gembira apabila anak saudaranya, Sheikh Aiman Shukor Al Masrie berjaya melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang.
Dapat tawaran bidang perubatan, lebih memilih undang-undang
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, Aiman merupakan anak arwah adiknya. Ketika arwah meninggal dunia, beliau sedang dalam misinya di angkasa lepas dan Aiman baru berusia tiga tahun.
Sejak dari itu, beliau menggalas tanggungjawab untuk menjaga Aiman seiring dengan permintaan arwah adiknya. Sebagai penjaga yang sah, Sheikh Muszaphar bersyukur dapat melihat setiap kejayaan yang diraih oleh Aiman.
Tambah Sheikh Muszaphar yang berkongsi kisah di laman Instagramnya, Aiman seorang pelajar yang pintar dan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh itu, Aiman telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.
Namun, anak saudaranya itu memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang undang-undang. Walau apa jua keputusan yang dibuat, Sheikh Muszaphar berkata dia sentiasa berdoa dan memberi sokongan buat Aiman.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberi pujian buat Dr Sheikh Muszaphar kerana berjaya mendidik dan menjaga Aiman dengan baik. Tambah warganet, kasih sayang yang diberikan oleh Sheikh Muszaphar kepada Aiman sama seperti kasih sayang yang diberikan kepada anak-anaknya sendiri.
Setiap orang ada cara didikan tersendiri dalam mendidik anak-anak. Namun, kadang kala, kena juga tahu ada ilmu keibubapaan atau cara orang dulu-dulu.
Sebagaimana perkongsian pendakwah bebas yang sering mendapat undangan memberi ceramah kekeluargaan, Ustazah Asma’ Harun mengenai cara ibu bapanya mendidik adik beradiknya seramai 10 orang.
Perwatakannya yang lembut dan lantunan intonasi suara lembut tetapi penuh penegasan semasa memberi ceramah agama dan keibubapaan menjadikan perkongsiannya inspirasi kepada followernya. Malah telah tular hingga cecah lebih 4K share.
Ikuti perkongsiannya.
بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين.
36 tahun yang lepas saya lahir di kampung Batu 6, Kuala Terengganu. Ibu tercinta bernama Fikriah binti Awang, seorang guru fizik. Ayah tersayang Harun bin Ismail seorang peniaga (kedai Nasi Ayam Bt 6) dan juga pendakwah. Salasilah, Tok Guru Haji Abbas adalah moyang, Ustaz Haji Awang Abu Bakar adalah datuk saya.
Adik beradik 10 orang, Najihah, Asma’, Ibrahim, Aishah, Abdul Hadi, Asiah, Siti Khadijah, Siti Aminah, Muhammad Nasrullah dan Nabilah.
Alhamdulillah, kami membesar dengan kasih sayang, disiplin dan didikan agama yang baik. Sedikit perkongsian biasa, kami 10 beradik semuanya belajar dan khatam alQuran dengan emak ayah. Waktunya selepas maghrib dan subuh. Alhamdulillah.
Sesibuk dan sepenat mana pun, mereka tetap disiplin mengajar semua anak-anak. Itulah juga yang selalu diingatkan oleh emak saya, supaya mengajarkan sendiri anak baca AlQuran.
Satu lagi, waktu makan mesti berjemaah, dilarang makan sendiri² walaupun ketika itu dah lapar (pandai²lah sementara tu isi perut dengan biskut ke), kalau dah kenyang pun kena duduk di meja makan bersama ², kena buat² lapar .
Daripada kecil Emak Ayah istiqamah bawa anak² hadir kuliyah Jumaat Tok Guru Haji Hadi di Masjid Rusila, sehingga adik ke 10 pun begitulah rutinnya. Walaupun kami tak faham apa² lagi tapi memang suka pergi sebab boleh pergi pantai dan beli macam² makanan daripada gerai yang sangat banyak.
Hampir setiap hujung minggu pula Emak Ayah akan bawa ke mana², taman mainan dan pantai lah selalunya, asyik berkelah aje. Memang mereka rajin bawa anak² berjalan walaupun tempat sama sahaja. Kereta sedan dengan jumlah yang ramai kami duduk sambil beribakan adik². Semua wajib ikut walaupun dah besar.
Saya boleh simpulkan, usaha Emak Ayah secara berterusan memastikan kami adik beradik sentiasa bersama dan berjemaah. Saling berkasih sayang dan menghormati. SubhanAllah, moga Allah rahmati dan ganjarkan SyurgaNya buat semua Ibu Bapa.
Pengajian saya bermula daripada PASTI, Darul Taqwa, SMU (A) Darul Anuar Pulau Melaka, SMU (A) Maahad Muhammadi Lilbanat KB, KUSZA, alAzhar Mesir dan OUM. Doakan rezeki ke PHD. InsyaAllah.
Pengalaman bekerja di JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan bermula 2008. Sebagai Pen.Pengarah Bahagian Undang² Keluarga Islam dan Pen.Pengarah Bahagian Halal. Meletakkan jawatan pada 2017.
Ketika Umur 22 tahun, saatnya Allah temukan saya dengan seorang lelaki, suami dan ayah yang sangat baik. Tengku Fazli bin Tengku Yahya, orang Kuala Besut, Terengganu.
Selalu beliau dipanggil ustaz sebab isterinya ustazah . Beliau seorang pensyarah dalam bidang chemical engineering. Alhamdulillah, kami dikurniakan Allah 7 orang anak, Atikah, Luqman, Maisarah, Imran, Sofwan, Raihanah dan Fatimah.
Apa kebaikan atau kelebihan yang dilihat oleh manusia tentang saya, hakikatnya kerana susah payah didikan Emak Ayah, dan seorang suami yang sangat sabar, memahami, prihatin, pendengar setia, serta tidak jemu memberi nasihat dan semangat kepada saya.
SubhanAllah, hanya Allah sebaik² yang memberi ganjaran atas segala kebaikan mereka, Moga saya kuat berusaha untuk memperolehi redha daripada Emak Ayah dan redha seorang Suami.
Saya tak pernah share cerita peribadi kerana segan. Namun sempena hari lahir hari ini, sekadar mengimbau dan muhasabah akan perjalanan usia yang Allah kurniakan.
SubhanAllah, saya hanya orang biasa² sahaja, yang diberi sedikit kemampuan dan amanah untuk menyampaikan, mohon doakan terus kuat untuk melangkah, mohon teguran bila saya buat salah.
Terima Kasih atas semua ucapan dan doa, mohon maaf yang tidak terbalas. kembali semua doanya kepada sahabat sekalian.
*Gambar 18 tahun yang lepas.
Asma’ binti Harun
Moga jadi inspirasi mendidik anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.