Baru sahaja melahirkan anak keduanya lima bulan yang lalu, aksi berani dan lasak penyanyi Ayda Jebat menerusi persembahan untuk sebuah program nyanyian menarik perhatian ramai.
Tambah membuatkan wargamaya risau bila mana Ayda melahirkan cahaya mata keduanya itu menerusi kaedah pembedahan.
Malah ada wargamaya yang menganggap aksi stunt yang dilakukan Ayda agak berbahaya buat wanita yang baru sahaja melahirkan secara pembedahan atau caesarean.
“Dah la baru 5 bulan beranak czer ni. Harap-harap tak terceduk macam nila malam ni. Bismillah. Doakan tau,” tulis Ayda menerusi satu entri kapsyennya baru-baru ini.
Enggan membuatkan wargamaya terus bimbang dan begitu prihatin dengan dirinya, Ayda terlebih dahulu mendapatkan pandangan dan nasihat dari doktornya.
Ads
“Doktor sudah beritahu senaman apa yang perlu dibuat sebelum saya buat stunt tu.
“Kadang-kadang adalah rasa sakit di bahagian perut, kalau nak ikutkan yang paling hardest persembahan saya untuk minggu kedua ni, ketika saya nak masuk ke pentas dan diangkat oleh gorilla tu.
Ads
“Adalah saya nak buat tapi tak boleh kerana ada batasannya dan saya juga baru lepas czer kan, belum baik sepenuhnya.
“Apa-apa pun saya dah dapatkan nasihat daripada doktor,” katanya berkongsi.
Bila agaknya masa yang sesuai untuk anda menggunakan ujian kehamilan di rumah? Ini panduan untuk bakal ibu bagi memeriksa kehamilan anda.
Sebelum itu jom ikuti dahulu mengapa ujian ini perlu dan bagaimana cara melakukannya.
Apa itu ujian kehamilan?
Ujian kehamilan boleh menentukan sama ada anda mengandung menggunakan sampel urin (air kencing) atau darah untuk hormon tertentu. Hormon ini dipanggil human chorionic gonadotropin (hCG).
Bila hormon hCG dapat dikesan?
Tahap hCG yang tinggi adalah tanda kehamilan. Biasanya hCG akan meningkat dengan cepat dalam tempoh 10 minggu pertama selepas telur disenyawakan menempel pada dinding rahim.
Jadi bila boleh buat urine pregnancy test?
Ujian air kencing untuk kehamilan paling tepat untuk dilakukan selepas satu atau dua minggu anda tidak mengalami kedatangan haid.
Jika dilakukan terlalu awal, keputusan yang diperolehi mungkin negatif walaupun diri anda sebenarnya hamil. Ini kerana badan mungkin belum menghasilkan hCG yang mencukupi untuk dapat dikesan kit kehamilan.
Malah ujian air kencing hormon hCG ini boleh dilakukan sama ada di klinik atau dengan menggunakan kit ujian di rumah.
Panduan untuk ibu hamil melakukan ujian kehamilan ini di rumah.
1. Masa sesuai lakukan ujian kehamilan
Pregnancy test yang baik biasanya boleh mengesan kehamilan dalam masa tujuh hari selepas terlepas haid.
Pada masa itu badan berkemungkinan telah menghasilkan hCG mencukupi untuk dapat dikesan melalui ujian air kencing. Jika terdapat hCG dalam badan, ia akan terkumpul dalam air kencing semalaman dan memuncak pada waktu pagi. Melakukan ujian selepas bangun pagi membantu untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat.
3. Semak tarikh
Pastikan menyemak tarikh luput kit kehamilan atau anda mungkin akan mendapat hasil kurang tepat.
4. Baca arahan ujian kehamilan
Tidak semua kit kehamilan sama. Jadi walaupun anda mungkin pernah melakukannya sebelum ini, anda tetap perlu membaca arahan sepenuhnya untuk memastikan ia dilakukan dengan betul.
5. Gunakan cawan
Bagi mendapatkan keputusan lebih tepat, ikuti langkah berikut:
Kumpulkan air kencing di dalam cawan plastik kemudian, rendam kit kehamilan di dalamnya mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
6. Ujian susulan
Tidak kira apa keputusan yang diperolehi – positif atau negatif – anda boleh mendapatkan lebih kepastian dengan melakukan ujian perubatan. Ia akan dilakukan oleh doktor atau kakitangan perubatan.
Perkara perlu dielakkan
Berikut pula beberapa perkara yang harus dihindari semasa melakukan ujian air kencing untuk kehamilan di rumah:
1. Minum air terlalu banyak
Anda mungkin akan mendapat hasil negatif palsu jika minum terlalu banyak air sebelum mengambil ujian. Ini kerana tindakan tersebut boleh mencairkan air kencing dan mengakibatkan hCG yang mencukupi sukar dikesan.
2. Tempoh lama melakukan ujian
Terdapat had masa untuk membaca hasil keputusan. Jika anda membacanya di luar tempoh masa yang digariskan seperti dalam arahan, keputusan yang diperolehi menjadi tidak tepat.
Kebanyakan ujian bukan digital menunjukkan garis sebagai tanda kehadiran hCG dalam air kencing. Satu baris sebagai garis kawalan dan baris kedua petanda kehamilan.
Jika ujian negatif, terdapat kemungkinan anda masih melihat garis penyejatan samar dan tidak berwarna yang muncul semasa air kencing mengering.
Bagi mereka yang tidak biasa dengan garis penyejatan, akan menganggapnya sebagai keputusan positif apabila melihat garisan ini. Jadi elak membiarkan ujian terlalu lama sebelum dibaca. Jika tidak anda mungkin membaca garis penyejatan dan menganggap diri hamil.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menghilangkan rasa dahaga dengan menikmati air kelapa tentunya memberi kelegaan yang diingini.
Bayangkan sambil dihirup airnya, dapat pula dijamah isinya yang lembut teksturnya. Sungguh menyegarkan.
Selain diakui keenakan rasanya, menurut saintis ini terkandung banyak khasiat dan manfaat daripada air kelapa ini.
Jadi bolehlah kita sekeluarga biasa-biasakan minum air kelapa untuk dapatkan khasiatnya yang bagus dalam kesihatan tubuh badan.
Hal ini dijelaskan dalam perkongsiannya di akaun fb. Jom semak.
AIR KELAPA, BATU KARANG, SAKIT JANTUNG dan ASID REFLUKS
Kajian yang dilaporkan dalam Journal of Current Trends in Clinical Medicine & Laboratory Biochemistry pada 2014 menunjukan air kelapa boleh membersihkan jangkitan pada pundi kencing dan sangat efektif dalam melarutkan batu karang dalam buah pinggang.
Menurut Dr. Eugenio Macalalag, meminum air kelapa 2 hingga 3 kali seminggu dapat pengurangan saiz batu karang dan tidak perlu pembedahan. Walaubagaimanapun, pada masa sama, pengambilan makanan yang tinggi oksalat perlu sederhana.
Di antara makanan tinggi oksalat adalah coklat, bayam, kentang, teh dan rhubarb
Kajian ke atas tikus menunjukkan air kelapa juga boleh kurangkan pembentukan plak di arteri.
Kandungan potasium dan magnesium dalam air kelapa juga dapat membantu kurangkan tekanan darah tinggi dan strok.
Kandungan potasium dalam air kelapa adalah 15 kali lebih tinggi berbanding kebanyakan minuman `energy drinks’ (264 mg berbanding 12.5 mg / 100 ml)
Air kelapa tanpa gula boleh bantu masalah asid refluks dan bantu kurangkan masalah usus.
#DrSuriRoowi
Principal Scientist
Rujukan;
1. Journal of Current trends in CliniCal Medicine & laboratory biochemistry 2:6-18
Apabila anak batuk tentu kita risau supaya ia tidak berlarutan. Selain mendapatkan rawatan doktor, tak salah jika mencuba menggunakan bahan alami. Apa kata tip yang menggunakan bahan menggunakan dua bahan iaitu madu dan bawang untuk menghilangkan masalah batuk.
Ikuti perkongsian ini.
GUNA 2 BAHAN AJE
Tips Mudah Hilangkan Batuk dalam Masa 1 hari sahaja
Pernah tak batuk berbulan-bulan lama ye walaupun dah makan macam-macam ubat tapi masih juga tak sembuh batuk? Jenuh cuba bermacam-macam cara tapi masih juga tak lega. Apa kata cuba tips di bawah.
Tips Mudah hilangkan batuk dalam 1 hari sahaja dengan bawang putih dan madu :
BAHAN
– 3 – 4 ulas bawang putih yang dikupas dan dicincang halus.
– 1 cawan madu
– Bawang putih yang dicincang halus dicampur dengan secawan madu
– 1 cawan madu dan bawang yang dicampur ditutup dan disimpan 3 jam sebelum dimakan.
– Selepas 3 jam boleh dimakan 1 sudu teh setiap 1 jam.
Manfaat bawang putih untuk batuk :
– Bawang putih mempunyai kandungan zat anti mikroba, antibakteri, antibiotik dan antivirus untuk menghilangkan pelbagai jenis batuk.
– Bawang putih membantu mengeluarkan bakteria yang berbahaya, melegakan saluran nafas dan mengeluarkan kahak yang terkumpul di saluran nafas dan paru-paru.
Kalu nak lebih mudah boleh cuba iv mist untuk legakan batuk. Selamat mencuba dan klik share jika bermanfaat.
Untuk lebih tips
Follow FB : Azliza Talib
Follow ig : @ivlizzbeauty
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di