Tentunya ada yang kurang selesa bila pagar rumah yang dipasang oleh pihak pemaju hanya menggunakan dawai biasa yang boleh menampakkan dengan jelas segala aktiviti kita sekeluarga di laman rumah.

Ingin juga ada privasi, jadi bolehlah anda lakukan tranformasi pagar rumah anda dengan cara yang paling cepat dan mudah dengan lakukan DIY seperti yang dibuat oleh Khairul Azaham Aris ini.

Dia melakukan DIY pagar yang lebih privacy untuk keselesaan keluarga malah secara tidak langsung memberi gaya pada pagar sekeliling rumahnya dengan menggunakan papan plank.

Aktiviti Di Laman Rumah Lebih Terasa Privasi Bila Tindihkan Pagar Asal Guna Papan Plank!

Jika anda ingin lihat hasil sebelun dan selepas transformasi yang dilakukan olehnya, jom baca dan lihat perkongsian yang dikongsikan olehnya di sini.

Kerja  DIY 2 hari lepas sesi mco 2.0.. buat pakai papan plank (urat) lebihan dinding rumah dulu.. Plank ni panjng 12ft jadi nak sesuaikan tinggi pagar 51 inci dapat 2 keping je sepapan tu. Welding besi alang 1x1inch belakang tu untuk skru. Pagar hijau asal tak buang. Tindihkn je terus .siap cat putih.

Aktiviti Di Laman Rumah Lebih Terasa Privasi Bila Tindihkan Pagar Asal Guna Papan Plank!

Ramai yang tanya harga

Besi hollow 1×1 20ft = rm20+- sebatang

tapping skru zink 1 1/2 inci rm38 sekotak

papan plank ni ade 2 jenis 12ft x 1ft :

-ira(urat) rm25-26 +-

-kosong rm22-23 +-

IKLAN

Ade beberape pilihan jenis papan atau brand berbeza dekat pasaran. Ada 12×1 ft ada yang 12×0.5ft ikut citarasa masing-masing.

Tools

-tali tape

-sesiku L- Tal ada tak apa janji potong lurus

-Welding set

-Grinder mata potong besi & mata potong batu

-drill untuk ikat skru

 

Langkah Demi Langkah

IKLAN

1.Kalau ada pagar hijau elok cat dulu depan blakang sebelum gantung. Nanti payah dah nak cat belakang.

Aktiviti Di Laman Rumah Lebih Terasa Privasi Bila Tindihkan Pagar Asal Guna Papan Plank!

Untuk potong papan planking ni pakai grinder je tapi pakai mata potong tiles. Hati-hati jgn kena tangan sudah.

Ramai juga tanya fungsi lubang itu dibuat. Sebenarnya ia lubang untuk baca meter air

Aktiviti Di Laman Rumah Lebih Terasa Privasi Bila Tindihkan Pagar Asal Guna Papan Plank!

Besi 1×1 tu welding ke tiang asal pagar. Pagar hijau asal tak buang pun. Sayang rasa nak cabut.jadi kita tindih terus.

Aktiviti Di Laman Rumah Lebih Terasa Privasi Bila Tindihkan Pagar Asal Guna Papan Plank!

Pakai skru besi seperti ini, ekor dia pipih. Sebab tindih pagar hijau jadi pakai yang panjang sikit 1 1/2 inci. Kalo 1inci tak sampai. Kalau 2 inci nanti besi tu tembus sampai belakang. Tak cun nanti karat belakang

IKLAN

Aktiviti Di Laman Rumah Lebih Terasa Privasi Bila Tindihkan Pagar Asal Guna Papan Plank!

Semoga membantu dan bermanfaat untuk anda.

Sumber : Khairul Azaham Aris 

Jom tonton video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Aktiviti Di Laman Rumah Lebih Terasa Privasi Bila Tindihkan Pagar Asal Guna Papan Plank!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI