Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengumumkan beberapa penambahbaikan ke atas tatacara pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum di dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 pada Khamis malam.
KPM dalam kenyataan memaklumkan garis panduan tersebut dikeluarkan susulan kebenaran menjalankan aktiviti sukan dan kokurikulum di luar bilik darjah, melibatkan individu atau berkumpulan secara bersemuka di kawasan sekolah bermula Isnin ini.
“Dalam hal ini, guru, jurulatih, pengajar yang terlibat dalam aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka bersama murid hendaklah lengkap divaksin,” menurut kenyataan itu.
KPM turut membenarkan penganjuran aktiviti, pertandingan, kejohanan sukan dan kokurikulum, namun pelaksanaannya terhad dalam kawasan sekolah dan hanya melibatkan murid, guru, jurulatih dan pengajar sekolah berkenaan sahaja.
Ads
Menurut kenyataan itu, pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum dalam kawasan sekolah yang melibatkan agensi luar pula perlu mendapatkan kebenaran KPM.
“Pihak kementerian juga berhak membatalkan sebarang penganjuran atau penyertaan dalam aktiviti atau pertandingan sukan dan kokurikulum, jika didapati penganjur tidak mengikut ketetapan.
Ads
“KPM ingin menegaskan bahawa semua aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka dalam kawasan sekolah hendaklah mematuhi garis panduan Annex (Lampiran) Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum serta Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara,” menurut kenyataan itu.
Garis panduan tersebut turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.
Ads
KPM juga menyarankan agar ketetapan tersebut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk institusi pendidikan di bawah kerajaan negeri.
Lampiran berkaitan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum ini boleh diperoleh melalui pautan di laman web kementerian tersebut.
Rasa pening kadang-kadang kita alami dalam hidup kita. Ia tidak berbahaya. Rasa pening ini kadang kala kita rasa seperti ‘kepala ringan’, rasa tidak seimbang tubuh dan adakala rasa seperti ‘mahu pengsan’.
.
Pening itu sendiri bukanlah penyakit. Ia adalah simptom (gejala atau tanda) seseorang itu mungkin mengalami masalah tekanan darah rendah, masalah lemah jantung, masalah saraf, masalah kekurangan darah merah, kekurangan gula dalam darah, jangkitan kuman dalam telinga, stroke, masalah penglihatan, migraine, kemurungan/keresahan melampau, kecederaan kepala, dan banyak lagi. Ia juga boleh berlaku akibat kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi), terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal, gegaran semasa dalam kapal terbang atau kenderaan darat (motion sickness), perubahan hormon dalam tubuh dan kesan sampingan dari ubat-ubatan sintetik.
Rasa pening yang biasa, selalunya cepat sembuh apabila kita berehat. Cuma kadang kala kita tidak tahan dengan keadaan seperti ini. Nasihat saya ialah agar buat pemeriksaan doctor bagi memastikan bahawa pening yang dialami bukanlah suatu yang berbahaya.
Jika sudah mendapat pemeriksaan doctor, selalu pesakit akan diberikan beberapa ubat untuk mengurangkan rasa pening ini. Ia bukan rawatan sebenar, hanya ubat yang membantu mengurangkan rasa pening. Rawatan dan ubat sebenar akan diberikan jika seorang pesakit dikenalpasti mengalami penyakit tertentu. Dengan merawat penyakit tersebut, rasa pening akan hilang.
PETUA PENING KEPALA
.
Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan ubatan sintetik bagi mengurangkan rasa pening, saya mencadangkan beberapa cara.
.
1. Menarik nafas dalam. Ia adalah teknik yang terbaik untuk mengurangkan pening kerana ia akan membekalkan oksigen pada otak secukupnya, membuatkan sistem saraf menjadi relaks, dan dengan perlahan-lahan ia mengurangkan rasa pening.
.
2. Duduk atau baring dalam keadaan yang selesa. Letakkan satu tangan pada abdomen, dan letakkan ibu jari dari tangan yang satu lagi untuk menutup satu lubang hidung. Tutup mulut. Bernafas perlahan-lahan melalui lubang hidung yang tidak ditutup itu. Cuba bernafas secara maksima hingga terasa tangan yang menyentuh abdomen bergerak ke hadapan.
.
4. Tahan nafas dengan menutup kedua-dua lubang hidung. Tahan sehingga kita tidak mampu lagi bertahan. Kemudian lepaskan nafas perlahan-lahan melalui mulut (secara meniup bibir).
.
5. Ulang langkah-langkah ini sebanyak 10 kali.
.
6. Minum air secukupnya. Dehidrasi akan menyebabkan rasa pening. Ia berlaku apabila kita jarang minum air, dalam cuaca yang sangat panas atau selepas melakukan aktiviti fizikal. Boleh minum air minum sedikit-sedikit, untuk mengurangkan rasa loya dan muntah.
7. Makan sedikit. Rasa pening juga boleh disebabkan oleh tahap gula dalam darah yang rendah, terutama pesakit diabetes. Bagi pesakit yang tiada penyakit diabetis, rasa terlalu lapar juga boleh menyebabkan rasa pening. Jadi bila pening, boleh cuba makanan yang tidak pedas, berminyak dan masam. Makan sedikit bagi mengurangkan rasa pening. Saya mencadangkan pengambilan buah-buahan yang manis (bagi bukan pesakit diabetis) atau kekacang yang dapat memberikan tenaga segera.
8. Halia telah terbukti dapat mengurangkan rasa pening dan loya/muntah. Ia merangsangkan pengaliran darah pada otak, dengan ini mengurangkan rasa pening. Setengah inci halia dipotong dan diperah jusnya. Ia boleh dicampur dalam segelas air suam atau dalam segelas air teh panas. Kepingan halia yang direndam dalam madu juga boleh diambil dengan cara menghisapnya perlahan-lahan.
.
9. Lemon mengandungi vitamin C, yang membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia membantu meningkat metabolisma dan tenaga. Perahkan separuh buah lemon dalam gelas air, Campurkan sedikit madu sebanyak satu atau dua sudu. Minum 3 kali sehari.
.
10. Madu mempunyai kandungan gula bersama mineral dan enzim. Ini membantu meningkatkan tenaga. Campurkan dua sudu teh madu bersama dengan cuka buah-buahan (seperti cuka kurma atau cuka epal). Campurkan dalam segelas air air suam. Minum perlahan-lahan. Boleh campur dengan setengah inci kayu manis (cinnamon) dan diminum setiap hari.
.
11. Ginkgo Biloba. Ia adalah herba yang banyak dijual secara komersial melalui farmasi dalam bentuk kapsul. Ia dapat mengembangkan saluran darah dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia juga mengurangkan rasa berdesing dalam telinga. Dos yang biasa diambil ialah 40-50 mg, diambil tiga kali sehari.
.
12. Makan makanan yang sihat. Jika rasa pening itu disebabkan oleh kekurangan sel darah merah (anemia), tekanan darah rendah dan kandungan gula rendah dalam darah, dengan memakan makanan yang sihat yang kaya dengan zat besi, vitamin A, folic acid dan fiber dapat membantu merawat rasa pening itu. Makanan yang sihat adalah makanan yang rendah gula dan lemak tepu.
.
Makanan yang kaya dengan zat besi seperti hati, tauhu, bayam, badam, kurma dan asparagus. Makanan yang kaya dengan vitamin C pula adalah oren, lemon, cili bengala, broccoli, anggur, dan bayam. Makanan yang kaya dengan folic acid seperti sayur-sayuran hijau, hati, pisang dan broccoli.
.
Jadi pemakanan yang sihat dapat membantu mengekalkan kesihatan yang baik dan mengurangkan rasa pening.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pastinya kita akan menjaga kesihatan agar mempunyai jangka hayat yang panjang. Oleh itu, ramai yang mengamalkan cara hidup yang sihat. Ia termasuk hal pemakanan.
Tidak dinafikan pemakanan memainkan peranan penting untuk sihat. Pastinya kita akan memilih makanan yang sihat cara penyediaaan.
Namun, adakah anda pasti cara makanan yang kita ambil itu sihat 100 peratus? Ada ilmu yang ada kena ketahui mengenai kandungan makanan yang menyebabkan zat-zat makanan tidak dapat diserap oleh badan.
Begitulah perkongsian oleh Doktor gigi ini, Izaza Mohd Zan yang menjelaskan mengenai apa itu makanan yang bebas gluten. Jika kita memahani perkara ini, mudah badan untuk menyerap zat-zat makanan.
Biasanya ramai yang bagitau Dr Izaza yang dia ada allergic pada susu lembu dan susu kambing, jadi tak dapat nak minum susu
Tapi, jarang jarang pesakit bagitau dia allergic pada gluten. Sebab tak banyak kes yang ada allergic pada gluten
Apa tu gluten?
Ermm, GLUTEN ni sejenis protein yang melekat pada roti, bijirin macam barley, gandum atau tepung gandum
.
Protein yang ada pada makanan nih ada fungsi dia, fungsinya supaya makanan tu melekat sesama sendiri dan protein ni macam gam dalam makanan . Jadi, ada orang tak tahan dengan gluten ni dan boleh menyebabkan rasa tak selesa pada perut selepas makan makanan yang ada gluten, macam mee, roti dan makanan yang ada menggunakan tepung . Keadaan tak selesa pada perut ni dipanggil gluten intolerance atau celiac disease. Disebabkan gluten melekat pada usus kecil dan menyebabkan perut sakit atau tak selesa
GLUTEN MELEKAT PADA USUS
Gluten yang melekat pada usus kecil nih, antara salah satu sebab segala nutrients tak dapat diserap oleh usus kecil . Sebab tu lah, ada banyak product makanan sekarang adalah GLUTEN FREE, sebab ramai dah sedar bahawa gluten antara punca zat zat makanan tak dapat diserap oleh badan . Jadi, membazirlah kita makan sedap sedap dan makan makanan mahal mahal yang ada macam macam khasiat, tapi tak dapat diserap oleh badan disebabkan ada gluten yang ganggu proses penyerapan zat makanan tu . Mana pegi zat zat makanan tu? Dibuang macam tu je, sebab usus kecil tak dapat nak serap zat makanan disebabkan ada “sejenis gam” pada dinding usus kecil . Tau kan, hanya usus kecil sahaja yang ada fungsi untuk serap zat zat makanan yang lalu dalam usus? . Rugi kan zat makanan dibuang macam tu? . So, sebelum makan apa apa makanan, especially makanan yang berasaskan tepung, pastikan ia adalah gluten free . Kredit: Dr Izaza Mohd Zan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak zaman sekarang ini boleh dikatakan kebanyakannya memang akan ‘melekat’ dengan gadjet.
Siang malam, ditangan mereka memegang telefon. Sama ada untuk bermain game, menonton atau merekod video.
Ada sahaja masa mereka untuk menatap skrin gadjet tanpa rasa jemu.
Bahkan jika tidak dikawal, mereka boleh sahaja dari celik mata hingga malam hari bermain dengan gadjet.
Hendak disekat memang payah keyika itu dan lama kelamaan bimbang juga kalau rutin tersebut mempunyai kesan pada tahap penglihatan mereka.
Ini sebagaimana perkongsian daripada doktor berkenaan kesan dek kerana terlalu lama menatap skrin.
Turut dikongsikan juga, beberapa cara untuk ibu ayah boleh praktikkan bagi menjaga kesihatan mata dan sekali gus mengelakkan masalah rabun.
Nak tahu lanjut ini perkongsiannya.
Mak ayah tolong jangan leka bab jaga mata anak.
Menurut kajian, saraf mata anak berisiko untuk rosak akibat terdedah pada Blue Light yang terhasil dari skrin gajet jika diguna lebih dari 1 jam sehari.
Sinaran UV dari matahari boleh ditapis oleh kornea dan kanta kristalin. Tapi Blue Light ni boleh tembus sampai ke bahagian saraf mata.
Menurut American Academy of Pediatrics,
1. Tak dibenarkan “Screen Time” untuk bayi bawah 2 tahun kecuali sesi pendek ketika video call dengan keluarga.
2. Cuma 1 jam “Screen Time” dalam sehari dibenarkan untuk kanak-kanak 2-5 tahun.
Tapi tak semua mak ayah ikut pun nasihat ni.
Bila kita biar anak guna gajet tanpa kawalan, penglihatan anak boleh jadi kabur, jadi sakit kepala, mata jadi kering dan boleh jadi rabun jauh.
Sebab tu kita boleh amalkan senaman mata ni.
1) Rule 20-20-20.
Lepas 20 minit anak tengok gajet, suruh dia pandang tempat yang 20 kaki (6.1 meter) jauh selama 20 saat.
Senang je kan?
2) Fokus jauh dan dekat.
Letak ibu jari jauh 20 cm dari mata dan pandang ibu jari selama 20 saat. Lepas tu pandang tempat yang 20 kaki jauh selama 20 saat. Ulang beberapa kali.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.