Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengumumkan beberapa penambahbaikan ke atas tatacara pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum di dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 pada Khamis malam.
KPM dalam kenyataan memaklumkan garis panduan tersebut dikeluarkan susulan kebenaran menjalankan aktiviti sukan dan kokurikulum di luar bilik darjah, melibatkan individu atau berkumpulan secara bersemuka di kawasan sekolah bermula Isnin ini.
“Dalam hal ini, guru, jurulatih, pengajar yang terlibat dalam aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka bersama murid hendaklah lengkap divaksin,” menurut kenyataan itu.
KPM turut membenarkan penganjuran aktiviti, pertandingan, kejohanan sukan dan kokurikulum, namun pelaksanaannya terhad dalam kawasan sekolah dan hanya melibatkan murid, guru, jurulatih dan pengajar sekolah berkenaan sahaja.
Ads
Menurut kenyataan itu, pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum dalam kawasan sekolah yang melibatkan agensi luar pula perlu mendapatkan kebenaran KPM.
“Pihak kementerian juga berhak membatalkan sebarang penganjuran atau penyertaan dalam aktiviti atau pertandingan sukan dan kokurikulum, jika didapati penganjur tidak mengikut ketetapan.
Ads
“KPM ingin menegaskan bahawa semua aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka dalam kawasan sekolah hendaklah mematuhi garis panduan Annex (Lampiran) Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum serta Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara,” menurut kenyataan itu.
Garis panduan tersebut turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.
KPM juga menyarankan agar ketetapan tersebut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk institusi pendidikan di bawah kerajaan negeri.
Lampiran berkaitan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum ini boleh diperoleh melalui pautan di laman web kementerian tersebut.
Bab penjagaan kesihatan umumnya adalah lebih baik kita ambil inisiatif untuk pastikan bukan sahaja kita sorang-sorang sahaja amalkan petua ini dan seeloknya turut dikongsi seisi keluarga.
Contohnya, dengan mengamalkan minuman herba ini yang dikatakan boleh menjadi penawar untuk beberapa masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, buang angin dan kempiskan perut buncit sebagai mana yang dikongsikan oleh puan Noor Azlina Mohamed Zain di akaun fbnya.
Menurutnya, petua tersebut diperolehi daripada seorang makcik berbangsa Cina. Ayuh kita ikuti perkongsiannya dan pelajari cara penyediaan air herba tersebut.
Sebenarnya resepi ni dapat dari sorang auntie cina masa hiking bukit hari tu. Umur dah lebih 60 tak ada penyakit pom sihat cergas jer. Seminggu 3,4 kali dia wajib minum. Sebab tu perut dia tak buncit. Jarang katenya sakit perut sebab angin dan sembelit.
Pastu resepi ni dia bagi sorng mak cik melayu ada darah tinggi. Makcik tu amalkan setiap hari darah tinggi turun , tekanan darah pom cantik jer. Pastu dia cakap lagi biasala bahan tradisional ni memang tak ramai buat sebab kena rajin. Rasa pom tak sesedap air fresh oren. Tapi kalau amal selalu memang berkesan.
Ina balik umah selang seminggu dua baru teringin nak buat..eh betul cakap dia perut tak angin , rasa ringan je perut.. Lawas membuang mungkin sebab ada asam keping tu elok membuang. Buat banyak agak2 boleh minum untuk seminggu. Sedap tau air dia..wangi daun pandan tu.
bahan-bahan:
4 keping asam
Halia
Daun pandan
Cara penyediaan:
Last sekali dah sejuk korang boleh campurkan sedikit madu.
Tidak dinafikan jika salah makan, tentu mengakibatkan perut jadi sebu dan berangin. Tak selesa dibuatnya. Malah jika berlarutan boleh buat sakit kepala lah.
Bagi yang gemar makan pucuk ubi, boleh cuba petua ni untuk elak kena angin dan sakit kepala.
PETUA ELAK KENA ANGIN, SAKIT KEPALA
Tau tak, ada orang kan dia alah sangat makan pucuk ubi ni. Bila makan je mesti sakit kepala atau mudah kene serang angin, sampai sebu sebu.
Ni petua dari Mak kawan Ain sendiri. Dia memang tak boleh makan sebarangan memang mudah kene angin.
Kalau nak makan pucuk ubi ni pun, teringin nak makan pun dah kena angin.
Petua ni mak kawan Ain dapat dari orang tua tua yang ajar dia, lepas dah buat, kite dapat dah menikmati keenakkan pucuk ubi rebus nak buat ulam tu.
Caranya :
1. Masukkan sedikit je beras masa masa nak rebus pucuk ubi tu.
2. Rebus la sampai empuk lembut.
Nak rebus sekali batang boleh, taknak pun takpa ikut selera memasing. Sebab batang tu pun sedap bila dah rebus lama lama tau.
Tips ni pun boleh buat untuk nak masak apa apa makanan yang berangin contohnya nangka masak lemak tu. Pun boleh try petua yang sama.
Jadi mana yang hadapi masalah yang sama sakit angin tu boleh try petua ni, dah takda masalah lepastu kita nak menikmati sayur kampung ni nak buat ulam kan hehe.
Sebab Ain sendiri pun memang minat sangat dengan ulaman dan masakan kampung ni.
Kredit: Norain Naim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
DIET… sebut sahaja sudah membayangkan betapa sukarnya untuk mengatakan TIDAK kepada makanan yang selama ini menjadi kegemaran kita. Tetapi demi menjaga penampilan dan bentuk badan yang diingini, kenalah berkorban sikit kan.
Bukan hanya wanita, malah lelaki juga sangat menitikberatkan hal ini. Tidak mustahil la apa jua petua atau tip yang dikongsikan akan dicuba untuk melihat keberkesanannya.
Perkongsian dari lelaki muda bernama Harith Faisal mungkin dapat membantu anda yang sedang berkira-kira untuk berdiet.
Dengan hanya 2 bulan mengamalkan diet tersebut, lelaki ini berjaya menurunkan 10 kg. Wow menarik juga kan, yang penting diet nya hanya fokus kepada pengambilan makanan terutama pada waktu sarapan pagi.
Saya nak kongsi pula apa sarapan yang saya ambil sepanjang 2 bulan tu. Sepanjang tempoh diet, saya sarapan dengan oat smoothies home made je. Ala, bukan susah pun. Kejap lagi saya bagitau caranya.
Yang paling penting, bila sarapan dengan oat smoothies ni, perut boleh tahan sampai tengahari. Kalau setakat pukul 12 tengahari tu, biasanya memang tak rasa lapar sangat pun. Dalam pukul 10 pagi sampai 11 pagi, kau layanlah teh hijau segelas dua. Memang best!
SARAPAN NASI LEMAK PARU
Nak ceritanya, dulu-dulu saya ni peminat tegar nasi lemak tambah paru sambal. Memang sedap ya amat. Dalam seminggu, empat lima hari memang itulah sarapan saya. Sekarang dah insaf taubat nasuha. Okay habis cerita nasi lemak.
Saya punya resepi oat smoothies ni sebenarnya try and error je. Masa mula-mula diet, saya buat overnight oat. Sebelum masuk tidur, siap-siap campurkan oat dengan susu sebab nak bagi kembang elok. Esok pagi, makan. Tapi muak gila, macam nak termuntah.
Lepas tu, saya dapat idea dan ilham untuk buat oat smoothies ni. Sampai sekarang saya sarapan benda ni je pagi-pagi. Okay, dah ready nak belajar buat oat smoothies, kan.
BAHAN-BAHAN
300 ml susu segar rendah lemak 4-6 sudu besar oat 2 sudu Nestum
Guna tiga bahan ni saja. Masukkan tiga bahan ni dalam blender. Switch on blender, siap terus. Tunggu dalam 5 minit bagi dia kembang sikit. Kemudian, boleh minum dengan nikmatnya. Gila mudah dan pantas.
Kalau kau takda blender, kau campur dan rendam je 3 bahan tu selama 15 minit. Boleh juga. Tak payah nak pening-pening kepala, okay.
PAKAI SUSU SEGAR JENAMA APA
Sebelum mula diet, sejak kecik saya memang jenis tak suka minum susu segar rendah lemak ni. Biasanya kalau beli Dutch Lady tu, mesti beli perisa Coklat atau Strawberry.
Tapi dah nama pun nak diet, kan. Takkan kau nak buat oat smoothies campur susu perisa Coklat dan Strawberry yang manis tu. Memang kencing manis dan bertambah gemuklah kau dan aku. Haha!
Saya pakai susu segar jenama Farm Fresh. Boleh cari yang tutup oren atau tutup biru. Yang tutup biru lebih rendah lemak. Harga sama, takda beza walaupun lemak tutup oren lagi banyak.
Try and error. Sebelum nak tekad tetap dengan brand Farm Fresh, saya dah cuba buat oat smoothies dengan susu segar jenama HL, Dutch Lady, Summerfield, GoodDay, semuanya tak kena dengan tekak.
Bagi saya brand Farm Fresh yang paling sedap, tak muak. Yang paling penting, terang-terang dia kata “No sugar. No preservative”. Saya akan beli yang 2 liter punya, boleh tahan 6 hingga 7 hari. Tapi sebab anak saya pun suka, 3 hari habislah.
BOSAN SARAPAN YANG SAMA
Biasalah manusia ni cepat bosan, kan. Saya pun bosan juga asyik sarapan benda yang sama je berminggu-minggu. Jadi, saya fikir saya kena tambah sesuatu dalam oat smoothies saya tu.
Jenuhlah fikir akhirnya dapat idea untuk tambah pisang. Tak susah pun. Tiga bahan yang sama macam tadi, kau tambah saja dengan separuh pisang. Kau akan dapat rasa pisang dia sikit-sikit. Kalau nak letak sebiji terus pun boleh. Lagi sedap dan pekat wei.
Pisang apa yang saya pakai? Saya pakai pisang jenis Cavendish. Ala, pisang yang cantik-cantik kat supermarket tu. Saya tak pernah cuba pisang lain untuk buat banana oat smoothies ni. Kau nak cuba, dipersilakan.
Sekali sekala saya akan buat juga Nescafe oat smoothies. Saya pakai Nescafe Gold. 3 bahan yang sama, cuma kau tambahlah separuh sudu Nescafe Gold tu. Rasa dia memang terangkat beb. Lagi sedap daripada kopi Starbucks!
JADUAL MAKAN SEHARI
9.00 am: Oat smoothies + air kosong
11.00 am: Teh hijau + air kosong
1.00 pm: Buah + teh hijau
3.00 pm: Air kosong
6.00 pm: Ayam dan sayur grill + air kosong
9.00 pm: Teh hijau
Untuk makan malam, saya memang ambil sebelum pukul 7 malam. Nasi suku pinggan masa makan malam. Tapi saya tak makan nasi hari-hari pun. Ikut mood.
ENJOY MY DIET
Ada yang tanya, saya ni diet atkin ke. Jawapannya tak. Saya diet ikut suka saya. Saya enjoy turun berat 10 kg dalam 2 bulan. Saya cheat day 2 hari seminggu. Biasanya, saya cheat day hari Sabtu dan Ahad.
Kau faham-fahamlah, weekend kan. Banyak jemputan kenduri itu ini, balik kampung pula ibu dan mak masak sedap-sedap takkan tak nak makan beb.
Saya makan nasi suku pinggan pada hari diet. Kadang-kadang sehari saya tak makan nasi sebab tak teringin sangat dah dengan nasi tu. Makan ayam dan sayur grill tu pun dah kenyang.
Kadang-kadang kitorang masakkan untuk anak. Anak-anak makan tak habis, saya tolong habiskan juga. Tapi masih jaga kuantiti makanan tu lah. Kena faham pasal pengambilan kalori.
Yang paling penting, saya enjoy jaga makan, tak stress, tak berlapar sebab sarapan dengan oat smoothies, tak kembung perut sebab teh hijau sangat membantu. Tau-tau dalam masa 2 bulan dah turun 10 kg. Best sangat.
PENAFIAN
Panjang dah saya kongsikan dalam artikel ni. Kalau kau perasan, kat wall Facebook saya banyak sharing pasal kewangan dan hartanah je sebelum ni. Tapi apalah guna jaga kewangan saja kalau tahap kesihatan ke laut.
Jadi, supaya orang tak salah faham, saya nak tegaskan kat sini yang saya bukanlah dietitian, dan bukan juga doktor. Apa yang saya cerita ni adalah apa yang saya lalui sendiri.
Hari tu masa viral pasal teh hijau, dengar cerita banyak tempat kehabisan stok teh hijau terutamanya Speedmart. Entah-entah kali ni, susu Farm Fresh pulak yang habis stok. Baik kau cepat-cepat beli kejap lagi. Haha! – HF
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...