Ramai wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon hingga menyebabkan kitaran haid tidak menentu, emosi yang tidak stabil, rambut keguguran, kulit menjadi berkedut dan kering, muka menjadi kusam dan mudah rasa penat.

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad pengambilan pil hormon tidak membantu kerana ia hanyalah suatu langkah bersifat sementara. Apabila berhenti pengambilan pil hormon, kita mengalami masalah yang berulang yang sama.

Yang terbaik adalah kita membantu tubuh kita mencapai keseimbangan ini dari dalam tubuh.

Selalunya bila kita bercakap tentang ketidakseimbangan hormon, tahap hormon estreogen yang terlalu tinggi.

Estrogen adalah hormon yang bertanggungjawab terhadap ciri ciri kewanitaan seperti keanjalan kulit, menstabilkan emosi, menjaga kesihatan rambut, kitaran haid yang tetap, kekuatan wanita, selain penting dalam mencegah penyakit seperti kerapuhan tulang, sakit jantung, dan dementia.

IKUTI CARA INI

IKLAN

 

Antara langkah yang boleh dilakukan :

1. Kurangkan pendedahan terhadap bahan kimia sintetik seperti pencuci lantai, kosmetik seperti gincu, losen siang/ malam, serum muka, ‘personal care’ seperti sabun mandi, deodoran, baja kimia dan racun serangga. Pastikan kita memakai sarung tangan jika penggunaannya tidak dapat dielakkan.

2. Kurangkan lemak berlebihan dalam badan dengan menurunkan berat badan. Tisu tisu lemak pada tubuh juga penting tetapi jangan berlebihan kerana ia mengundang pelbagai masalah kesihatan.

IKLAN

Bila Usia Meningkat, Ini Cara Mudah Seimbangkan Semula Hormon. Dr Ini Jelaskan Caranya.

3. Tambahkan dan pelbagaikan sumber protein dan lemak sihat dalam hidangan. Tanpa protein yang mencukupi kita mungkin akan berasa cepat lapar dan ini akan menyebabkan kita ketap makan dan bertambah berat badan. Protein yang sihat seperti ikan, telur dan ayam juga penting untuk kesihatan rambut, pembinaan otot dan merawat tisu yang rosak. Lemak sihat seperti minyak zaitun dan minyak kelapa dara.

4. Membantu proses perkumahan toksin dengan mengamalkan banyak sayur-sayuran dan buah buahan atau makanan yang disebut sebagai Quranic Food seperti minyak zaitun, buah teen, buah delima, anggur, pisang dan kurma. Ia mengandungi cukup mineral, vitamin dan antioksida.

5. Elakkan penggunaan gula putih atau sebarang gula tambahan dalam minuman dan makanan.

IKLAN

6. Tambahkan sumber vitamin E, vitamin C dan vitamin D dalam makanan. Vitamin D dapat ditingkatkan dengan pendedahan selama 10-15 minit setiap hari pada sinaran matahari yang tidak terik. Dalam banyak kajian, mereka yang kekurangan vitamin-vitamin ini walaupun cukup makan, akan mudah mengalami obesiti, sindrom metabolik dan sesetengah kanser. Pengambilan suplemen vitamin yang bersesuaian mungkin membantu menambahkan sumber vitamin untuk tubuh kita.

7. Pastikan makanan kita mengandungi mineral yang penting seperti magnesium, zinc, selenium yang mencukupi. Ia penting dalam keseimbangan hormon dan merangsangkan metabolisme tubuh.

8. Dapatkan tidur yang mencukupi, kawal stress, lakukan senaman ringan dan cukup minum air kosong.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI