Dah menjadi kebiasaan buat pasangan suami isteri memberi kejutan atau meluahkan bait-bait indah buat yang tersayang terutamanya ketika pada hari-hari penting seperti ulangtahun perkahwinan.
Tidak ketinggalan, penyanyi Datin Alyah juga ada berkongsikan kompilasi gambar dan video detik-detik jam 12 tengah malam bagi menyambut hari istimewa suaminya yang juga Mastro Muzik, Datuk Ramli MS.
Perkongsian yang dibuat di laman Instagram miliknya itu menunjukkan gelagat Ramli atau lebih dikenali sebagai Tok Ram yang sedang sibuk bermain snuker sebelum menantikan hari baharu bagi menyambut ulang tahunnya itu.
“Happy birthday @tokram_ramlims. Semoga sentiasa berada dibawah perlindungan Allah SWT dunia dan akhirat 🤲
“Tahun ni tak ada surprise2 🎉🥳concept terus terang aja katanya 🤪🤪🤪 💁♂️Bila ditanya apa tu?💁♀️I pon jwb cake 🎂 harijadi u Nanti mlm makan ngan kawan ya 😁😁😁 dah mcm Aqqil plak den buat laki den ni 🤗🤗” tulisnya di ruangan kapsyen.
Ads
Dalam entri tersebut juga, Alyah atau nama sebenar, Noor Hasliah Abu Hasan, turut membuat nukilan khas untuk suaminya yang disifatkan telah banyak mengajarnya tentang erti kehidupan serta menjadi manusia yang lebih baik.
Allah swt berikan kamu utk aku blaja mengenal Allah swt. Allah swt berikan kamu utk aku tahu apa itu sabar. Allah swt masih berikan Aku bersama kamu utk aku ketahui Bahawa aku juga manusia biasa bila bila saja mampu lakukan kekilafan. Allah swt maha hebat diberikan pelbagai rasa dlm rumahtangga ini utk aku tahu siapa yg terbaik buatku 🥹🥹🥹
Penyanyi lagu Kisah Hati itu mendirikan rumahtangga dengan juri program Gegar Vaganza itu dalam sebuah majlis secara tertutup di Indonesia pada 18 Mac 2013.
Bila teringin nak makan sesuatu, beli sikit pun jadilah untuk lepaskan rasa kempunan nak makan tu! Misalnya seperti seorang isteri ini yang gemar makan ketam, dia membeli hanya seekor ketam di sebuah pasaraya dan perbuatannya yang hanya membeli seekor sahaja itu mengundang tawa abang penimbang pasaraya tersebut.
Sebaik pulang, isterinya menceritakan kembali kepada suaminya yang juga pemilik akaun Tiktok @m.rafisan, namun sang suami bukan bersimpati malah turut tertawakan isterinya dek kerana kisah yang diceritakan itu.
Nak beli banyak tapi risau tak habis, nak tak nak terpaksa membeli seekor sahaja!
Meninjau di ruangan komen, rata-rata turut terhibur dengan kisah itu. Malah, rupanya ramai yang boleh relate dengan situasi tersebut.
Dalam sesebuah perkahwinan tidak dapat lari dari berlakunya perselisihan faham. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Namun, jangan jadikan sesuatu perkara itu penyebab rumah tangga anda bergolak. Elak ulangi kesilapan yang sama dan paling utama jangan malu untuk rendahkan ego meminta maaf kepada pasangan anda.
Memperbaiki kesilapan adalah perkara penting dalam kunci rumah tangga bahagia. Jom semak kunci rumah tangga bahagia yang suami isteri perlu tahu:
#1 . Jangan cuba tukar sikap pasangan
Kunci rumah tangga bahagia yang pertama adalah tidak cuba tukar sikap pasangan anda. Inilah masalah perkahwinan yang sering membelenggu apabila anda cuba tentukan apa yang boleh dan tak boleh dilakukan pasangan. Sebaiknya, sebagai suami isteri, anda perlu saling menerima antara satu sama lain dan sedia terima kelemahan dan kelebihan pasangan itu. Fahamilah bahawa, perkahwinan ini sepatutnya membesar bersama-sama dan mencoretkan ikatan kasih sayang antara satu sama lain.
#2. Tidak berubah sebab orang lain
Kunci rumah tangga bahagia seterusnya adalah jadi diri sendiri. Pendek kata, tak berpura-pura di hadapan pasangan. Namun begitu, jangan tertekan jika tak dapat penuhi apa yang pasangan inginkan. Tapi anda boleh cuba menjadi yang terbaik buat dirinya.
#3 Buang perkataan ‘bercerai’
Ini sering terjadi pada pasangan yang masih ‘jagung’ dalam rumah tangga. Bila bergaduh sikit mula minta cerai. Sedangkan ada banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk atasi masalah ini, bukan dengan perceraian saja. Pokok pangkalnya, kedua-dua pasangan kena saling memaafkan dan tidak teruskan pertengkaran supaya tak jadi lebih rumit.
#4. Berkomunikasi antara satu sama lain
Komunikasi adalah sangat penting dalam rumah tangga. Jangan disebabkan nak ‘menang’ hingga anda merendahkan martabatkan suami. Cuba bertolak ansur dan jadi pasangan yang terbaik kerana dengan berkomunikasi secara berhemah dapat selamatkan perkahwinan kalian.
#5. Elak lafaz perkataan yang tak senonoh
Bila bergaduh, anda pasti akan keluarkan perkataan yang tak senonoh atau kurang sopan. Maklumlah, diri tengah panas. Namun begitu, untuk kunci rumah tangga bahagia, sebaiknya anda tarik nafas dan bertenang dahulu barulah pemikiran berada dalam keadaan tenteram.
#6. Ucap kata maaf
Jika anda rasa bersalah dalam hal tersebut dan menyedarinya, adalah lebih baik jika anda terus memohon maaf. Ia menampakkan anda cukup matang dalam perkahwinan. Apatah lagi, kata maaf yang diucapkan bukan bermakna anda mengalah, tapi anda sedang berjuang selamatkan perkahwinan yang dibina.
#7. Beri ruang pada satu sama lain
Semua orang perlukan ruang untuk diri sendiri termasuklah pasangan yang sudah berkahwin. Ada ketikanya, kita perlu relaks dan melakukan aktiviti sendirian. Seperti suami, berikan dia ruang untuk melepak dengan kawan-kawan sewaktu di universiti dahulu. Biarkan saja asalkan si dia tak berlaku curang di belakang anda.
#8. Beri kepercayaan terhadap pasangan
Kepercayaan merupakan kunci rumah tangga bahagia. Jangan menuduh tanpa usul periksa jika anda merasakan ada kelainan pada suami. Sekiranya rasa sangsi, tanyakan dahulu daripada serkap jarang dan menuduh tanpa usul periksa.
#9. Elakkan membebel pada pasangan
Biasalah isteri memang dilahirkan kuat membebel, tapi tak semua. Sebab itu, suami jangan terkejut jika semasa bercinta, isteri kelihatan lembut dan bersopan santun saja. Tapi lepas berkahwin, bagaikan mulut murai ada saja yang tak kena di matanya. Namun begitu, isteri cuba kurangkan sikap membebel itu kerana suami anda kurang gemarkannya.
#10. Jangan lupa hubungan bersama
Biasanya bila sudah ada anak, ada ketikanya pasangan suami isteri sedikit mengelak untuk melakukan hubungan intim dan rasa tidak perlu melakukannya. Sedangkan hubungan kelamin itu dapat mengeratan ikatan kasih sayang antara kedua-duanya. Selain itu, luangkan sedikit masa bersama-sama dan sesekali itu, cubalah buat surprise seperti berpelukan dan sebagainya.
Semoga bermanfaat.
Sumber: theasianparent.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rumah adalah tempat dimana anda berehat dan menikmati masa lapang. Oleh itu, pentingnya persekitaran dalam rumah bebas dari pencemaran termasuklah habuk dan juga alergen.
Ia termasuk memastikan penghawa dingin atau aircond dalan keadaan selamat digunakan. Namun kebanyakan orang tidak cara untuk membersihkan penapis penghawa dingin ini.
Nak tahu caranya bagaimana mencuci sendiri filter ikuti step by step oleh saudara Ahmad Syahril Mohd.
1. Buka Filter
Cara nak buka filter tu, mula-mula tarik di bahagian ini, dekat kedua-dua belah kiri dan kanan aircond.
2. Keluarkan Filter
Lepas tu keluarkan filter di depannya. Caranya tarik je perlahan-lahan. Macam ni rupa filter tu.
3. Bersihkan Habuk
Kemudian sapu habuk tu bagi bersih.
Nak bersihkan atau basuh guna air pun boleh. Tapi lepastu pastikan kering dulu baru pasang semula.
4. Pasang Semula
Cara nak pasang balik pun sama lebih kurang macam buka tadi. Cuma tolak masuk semula ke tempatnya.
Tolak filter sampai ia masuk ke senggatan ni.
5. Tutup Semula
OK dah siap pasang macam ni, tutup kembali penutupnya. Mudahkan apabila anda tahu cara untuk bersihkan filter aicond sudah berhabuk ini.
Selamat mencuba!
Sumber :Ahmad Syahril Mohd
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.