Perginya pelakon veteren Abu Bakar Omar pada tanggal 16 April yang lalu ke negeri abadi, merupakan berita mendukacitakan buat semua. Pelakon yang popular menerusi drama dan filem pecah panggung antaranya Fenomena, Cinta Kolestrol dan Hingga Hujung Nyawa ini begitu disanjungi bakatnya. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, amin.
Turut berkongsi rasa kesedihan dengan pemergian insan tercinta, Mohd Zainuddin Abu Bakar yang juga merupakan anak sulung arwah telah menitipkan apa terbuku di hati. Luahan rasa betapa rasa cemburu di hati turut membuatkan warganet berasa pilu dan sama-sama mendoakan agar arwah berbahagia di sana.
Bapak..
Aku rasa akulah orang yang paling kenal bapak ..
Rupanya aku salah…banyak rahsia bapak yang hanya timbul selepas bapak kembali ke dakapan rahmat Allah…
Aku kenal bapak aku dari sisi bukan seorang bapak..sama seperti kalian kenal…
Anak wayang yang mengisi ceritera nusa dan bangsa..dipuji, dicerca, dimarah, disayangi kesan watak yang diberikan…antagonis watak yang terlalu sinonim zaman mudanya..
Anak pasar borong yang dipenuhi dengan pelbagai ragam dan rasa…hingga beliau digelar Bakaq Bolong..mengambil tanggungjawab menjaga keluarga seawal usia darjah tiga..membantu tok wan di pasar borong…
Namun hakikat bapak jauh dari itu…
Allah kurniakan pengakhiran hayatnya dengan segala keindahan…
Allah jemput di penghulu segala hari dalam penghulu segala bulan…Jumaat pertama Ramdhan..dalam fasa Rahmat Allah..
Bapak dimandi dan dikafankan oleh kami semua anak2nya…malah lebih dari itu..anak2 yang menumpang kasih beliau sebagai bapa…
Sangat mudah diuruskan…jenazah yang sangat lembut…tenang bapak persis tidur…tiada kotoran yang keluar dari badan bapak tika istinjak dan dimandikan..
Bapak seolah tahu masanya telah tiba…
Ads
Diminta cucu sulong untuk rapikan dirinya beberapa hari sebelum itu..
Di pesan kepada adikku mencari pasangan..buat peneman bonda…itulah pesannya berulang kali hingga hari terakhir..
Bapak tunggu sehingga semua kami adik beradik sampai…barulah bapak meninggalkan kami dalam keadaan sangat tenang..persis tidur gayanya…
Jenazah diuruskan dengan teratur dan lancar sekali….ribuan doa pengampunan dan kebaikan dibacakan untuk bapak dari khalayak yang tidak pernah bapak kenali mereka..tak kurang juga ramai yang mengatakan bahawa ia adalah kematian yang dicemburi…
Sungguh bapak…
Aku cemburu…lihat bapak disayangi orang luar…
Luar biasa sayangnya itu bapak…
Ramai yang menghubungiku secara peribadi menceritakan baiknya bapak dalam membantu mereka…yang aku tak pernah tahu pun..dari masjid hingga marhaen biasa menceritakan kepadaku apa yang dikau bantu mereka…
Aku cemburu bapak…
Ads
Seorang ibu kematian dua orang anak yang tak pernah dikau kenali…dengan hati yang sangat tulus tanpa sebarang kepentingan sekadar memaklumkan kepadaku bahawa beliau membaca setiap hari hampir ratusan kali Surah Al Fatihah dan Al Ikhlas didoakan khusus untuk anak2nya…dan bermula dari saat kematianmu…secara khusus ibu ini memasukkan sekali namamu bapak…akan dilakukan sepanjang hayatnya…itulah bicara janjinya dengan ku…
Aku cemburu bapak…
Ratusan yang hadir solat jenazahmu…sebahagian besarnya bukan dari orang yang kami kenali..bukan juga teman2 lakonanmu…tapi jelata yang sangat menyayangimu…
Aku cemburu bapak…
Tanah kubur kelompok keluarga kita yang lazimnya sangat berselut umpama sawah bergenang air dalamnya…tapi Allah takdirkan untuk persemadianmu itu tanahnya merah lembut tanpa setitis air.. yang sangat sempurna liangnya..
Ads
Aku cemburu bapak…
Usai ziarah pusaramu pada hari berikutnya…aku terserempak dengan satu keluarga yang teresak nangisnya..bertanyakan di mana kuburmu…tanpa kenali siapa aku…mereka menceritakan betapa bapak telah sangat membantu hidup mereka…hinggakan mereka mangaku bahawa bapak adalah ayah angkat mereka…sungguh aku tidak pernah kenal mereka…
Aku cemburu bapak…
Aku cemburu..
Aku masih menyelongkar rahsia hidupmu…
Rahsia hidup yang dikau sembunyikan dari kami…
Hingga mulianya dikau dipenghujung hari…
Bapak…
Damailah di sisi Ilahi..
Kami menjadi saksi…
Dikau bapa yang sangat disayangi…
Mohon sudi doakan Ayahanda kami..
Almarhum Tuan Haji Abu Bakar Omar..
Berkulit Eksotik, Morgan Murugan Di Nobat Naib Juara Best Top Model Of Yhe Universe
Hitam-hitam si tampuk manggis, Sungguhpun hitam, dipandang manis. Itulah pepatah melayu yang sesuai dengan keadaan sekarang ni.
Jangan buat main atau pandang sebelah mata jika ada individu yang memiliki warna kulit ‘hitam manis’.
Sebenarnya memiliki kulit hitam manis ini ada keunikkan tersendiri. Kulit gelap atau eksotik ini sering menjadi perhatian dunia. Bahkan warna kulit ini sesuai disarung untuk sebarang warna baju.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
KULIT HITAM YANG EKSOTIK RAIH PERHATIAN
Siapa sangka jejaka berambut keriting yang juga merupakan anak Malaysia ini, Mogan Murugan yang telah memenangi gelaran naib juara bagi kategori lelaki pertandingan Best Top Model of The Universe yang diadakan secara digital dan disertai oleh peserta serata dunia.
Pertandingan tersebut yang dianjurkan oleh sebuah agensi peragaan dari Milan telah menetapkan para peserta melakukan tugasan sendiri dengan mengambil gambar mereka dalam konsep yang telah diberikan.
Saya amat berterima kasih dan berasa diberkati untuk orang yang istimewa, unik, menakjubkan dalam hidup saya yang menyokong saya, menaikkan semangat saya dan membawa kegembiraan kepada jiwa saya.
Sekali lagi terima kasih banyak kepada semua atas sokongan dan kasih sayang anda yang sentiasa diberikan.”
Tempat pertama pertandingan tersebut telah dimenangi oleh Mvozakhe Mehlomakulu dari Afrika Selatan. Selain Mogan, seorang lagi peserta dari Malaysia, Hairul Hellas berada di kedudukan kelima. Seramai 450 orang telah menyertai pertandingan yang diadakan oleh Agensi Model Yarelys itu
Tahniah diucapkan kepada Mogan atas kejayaan yang dapat mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
Memang perit untuk menerima kenyataan orang yang kita sayangi pergi buat selama-lamanya. Lebih-lebih lagi banyak kenangan bersama yang sehingga kini tersimpan di lipatan hati. Justeru, pelbagai cara dilakukan bagi melepaskan rasa rindu di hati. Antaranya termasuklah menziarahi kubur yang tersayang.
Cinta agung seorang suami. Demikian yang boleh diungkapkan pada lelaki yang tidak jemu menziarahi kubur isterinya. Hampir setiap hari dia berbuat demikian dengan tujuan untuk melepaskan rasa rindu di hati.
Perkongsian itu telah dimuat naik sendiri oleh anaknya yang dikenali sebagai Atam Ayue menerusi laman facebooknya baru-baru ini.
Bukti kasih sayang, bukti cinta dia
Kadang bawak cucu teman…kadang sendirian
Menurutnya, bapanya sering membawa anak angkatnya iaitu budak-budak tahfiz untuk menemaninya membersihkan kubur arwah isteri tercinta.
Abah jaga macam mana yang cinta hati dia suka
Menerusi posting tersebut, Atam Ayue juga mendoakan agar bapanya dirahmati oleh Allah S.W.T dan sentiasa berada dibawah lindungan-Nya.
Entri tersebut ternyata mendapat perhatian ramai hingga meraih lebih 500 tanda suka dan 129 perkongsian oleh pelayar Facebook.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum selain mendoakan yang baik -baik buat bapanya.
Untuk mendidik anak rasa cinta dan hormat pada ibu bapa perlu dibina di atas dasar kasih sayang dan rasa terima kasih, bukannya hanya kepada status atau kuasa mutlak di atas gelaran ‘ibu’ dan ‘ayah’. Ikuti panduan ini dalam menjana pembangunan insaniah kanak-kanak.
1.Rujukan Al-Quran
Katakan sikap yang baik adalah tuntutan agama Islam. Luangkan masa untuk bercerita tentang perintah Allah supaya menghormati ibu bapa di dalam al-Quran. Terdapat juga kisah-kisah pengajaran di dalam sirah sebagai panduan anak-anak
2.Teladan
Kanak-kanak bejar mellaalui peniruan. Sebagai ibu bapa anda harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak. Apabila anda berbuat baik dan bersikap sopan santun, anak akan meniru perbuatan ini. Jelaskan kepadanya berbuat baik akan disukai oleh Allah.
3.Membantu ibu bapa
Berikan anak anda tanggungjawab yang ringkas. Ajak anak melakukan kerja bagi meringankan beban anda. Contohnya, membantu ibu melipat baju dan membantu ayah menyiram pokok bunga. Cara ini akan membantu anak-anak supaya menyedari tanggungjawab membantu ibu bapa adalah kewajipan apabila dewasa nanti.
4.Tunjukkan kasih sayang
Antara ciri-ciri seorang kanak-kanak ialah suka dirinya dihargai dan dibelai. Cara menunjukkan kasih sayang seperti ucapan, sentuhan, perbuatan dan pemberian akan merangsang emosi positif anak anda. Kesannya kanak-kanak yang tahu mereka disayangi mempunyai keyakin diri yang tinggi dalam dirinya.
5.Ajari anak sikap pemaaf
Kanak-kanak mempunyai perasaan. Dengan kata-kata yang kesat atau bersifat menghukum hanya membuahkan rasa marah dan dendam di dalam jiwa anak anda. Jangan segan untuk meminta maaf jika anda melakukan kesilapan terhadap mereka, kerana anda sedang mengajar mereka untuk suatu nilai yang sangat murni iaitu mengakui kesalahan dan sifat pemaaf.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di