Selepas ‘The Pocket Rocketman’ ini mengumumkan persaraannya daripada pelumbaan berbasikal trek, beliau kini dilihat banyak menghabiskan masa bersama keluarga tercinta.
Terbaru, bapa penyayang ini sempat bercuti bersama dua anak perempuannya, Amna Maryam dan Amna Khadeeja ke Singapura.
Menariknya kata Azizul, dia hanya bersama dua anaknya tanpa ditemani isteri dan dua lagi anaknya.
Semuanya bagi mengeratkan lagi hubungannya bersama anak-anak terutama dua anak perempuannya yang semakin remaja.
Ads
“Buat pertama kalinya saya travel hanya dengan Maryam & Khadeeja. Sebelum ni kalau travel kemana-mana mesti ummi nya ada juga. Saya kena bentang dua tiga kali jugaklah dekat parlimen untuk dapat kelulusan.
“Usul saya yang mematikan hujah pihak pembangkang adalah setiap kali saya pergi travel untuk training camp dan competition, depa pernah pergi berjalan tanpa saya 😂 hehe.
“Well actually, trip macam ni boleh mengeratkan lagi connection antara bapak dan anak. Mostly anak-anak perempuan ni, tak mudah membesarkan mereka di dunia yang semakin tantangan ni. Yang dah kawin dan ada nak sure faham kan? Yang tak kawin lagi tu, korang kene kawin dulu lah kalau nak faham,” luahnya berkongsi cerita.
Ads
Tambah bapa empat anak ini lagi, banyak kenangan manis yang dikongsi bersama ketika bercuti bersama anak perempuannya.
Lebih manis lagi, Azizul juga begitu sporting dengan memberi kebebasan untuk mereka memilih apa jua kesukaan mereka ketika bercuti.
“Banyak pengalaman manis yang terukir dan sebagai seorang bapak, sudah tentu bila anak-anak bagitahu, “Abi this is the best trip i ever had”, membuatkan saya rasa setiap saat amat bermakna. (Ummi jangan jealous ye😅, hehe)
Ads
“Highlights of the trip, saya bagi mereka satu hari ‘Yes Day’ untuk mereka pilih apa yang mereka nak buat.
“Cuba teka apa yang mereka nak? Mereka nak makan Wingstop dan Popeye😅. Terpaksalah abi nya melayan, janji anak-anak gembirakan,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Azizul membuat keputusan untuk bersara dari dunia pelumbaan berbasikal trek selepas berakhirnya Sukan Olimpik Paris pada Ogos lalu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila kita doa, tentu kita memohon kepada perkara kebaikkan untuk diri, pasangan dan anak-anak.
Malah, doa adalah senjata untuk kesejahteraan hidup dan memudahkan segala urusan.
Begitulah yang dijelaskan oleh ustaz Ebit Lew mengenai kabul doa seorang isteri dan anak.
Beliau menjelaskan bahawa betapa pentingnya doa seorang isteri termasuk anak.
Ikuti perkongsiannya.
Doa isteri.. Bidadari saya tanya? Kenapa abang setiap kali keluargasunnah bawa bidadari dan anak-anak kita semua sekali sebelum program tengah sibuk-sibuk disini. Kerana doa bidadari dan anak-anak penting. Allah kabulkan. Doa isteri dan anak-anak itu ajaib
DOA ISTERI DAN ANAK ITU KABUL
Bila seorang suami dan isteri serta anak-anak sama. Fikir,niat doa sama. Allah akan kabulkan. Semoga menjadi asbab hidayah untuk ribuan orang Ahad ini. Ramai orang pandang rendah doa isteri dan anak-anak. Ada yang suka marah-marah isteri dan anak-anak. Cuba kenang betulkan? Banyak perkara bila isteri kita terlibat doakan cepat dan berkat. Tapi jika tanpa sokongan mereka biasanya jadi susah.
Nabi saw berdakwah dengan isteri dan semua anaknya bersama. Islam tersebar seluruh alam. Semua manusia. Sehingga hari ini. Nabi Ibrahim as semua ahli keluarga dapat hidayah. Bila Nabi yang isteri tak bersama hidayah lambat tersebar sehingga anak sendiri tak dapat hidayah. Nabi Nuh as. Nabi luth as. Isteri tak ikut. Anak semua tak bersama.
.
Pohon doa semu yer keluargasunnah
www.transformjiwa.com
Ibu bapa yang hebat dalam mendidik anak-anak haruslah tahu cara bagaimana untuk membina potensi dirinya. Ibu bapa adalah orang paling penting untuk pembentukan akhlak, sahsiah dan kendiri anak-anak supaya membesar sebagai individu yang cemerlang dunia dan akhirat. Dalam usaha mendidik anak ibu bapa sepatutnya mempunyai amalan asuhan yang terbaik untuk mengenali potensi anak-anak dan seterusnya mengembangkannya pada masa hadapan.
Asuhan dan didikan berdasarkan potensi anak-anak inilah yang boleh menjadikan anak-anak genius dalam bidang tertentu. Namun adakah ibu bapa tahu bagaimana melatih anak itu berfikir seterunya menjadikan anak seorang itu genius.
Ikuti nasihat daripada DR ROZIETA SHAARY, Pakar keluarga dan kasih sayang atau dikenali sebagai ibu rose untuk membantu ibu bapa mengetahui amalan-amalan untuk mendidik anak menjadi seorang genius.
1.Didik anak nilai simpati
Apabila ibu bapa mendidik anak untuk menjadi seorang yang mempunyai sikap simpati dalam diri, ini bermakna telah merangsang daya pemikiran EQ atau kecerdasan emosional dalam diri anaknya. Ia adalah asas untuk kekuatan intelektual. Apabila anak dibentuk menggunakan pendekatan ini, ia akan menyebabkan anak itu berfikir untuk melakukan sesuatu atas sebab yang lebih besar untuk memberikan kebaikkan kepada orang lain , bukannya utk dirinya. Ia juga mendidik anak ini menjadi seorang yang tidak pentingkan diri tetapi menjadikan dirinya untuk kepentingan orang lain. Malah Islam dalam pengajarannya menggalakkan setiap manusia untuk memikirkan orang lain. Apabila mempunyai emosi positif seperti ini, ia akan mengeluarkan endorfin yang membuatkan perasaan akan menjadi lebih tenang dan positif yang sekali gus memberi kekuatan dalaman untuk berfikir dengan lebih luas.
2.Biarkan anak berdikari
Kepentingan anak-anak berdikari memang di ketahui ramai ibu bapa. Berdikari adalah pendekatan perlakuan untuk membantu anak itu mampu melakukannya atau tidak. Ia melatih anak itu mempunyai perasaan bertanggungjawab dan bukannya kepada sikap pergantungan kepada ibu bapa. Bagaimanapun, perlu diteliti kepada usia anak itu terutama anak yang masih kecil. Oleh itu, ibu bapa perlu melihat kepada kemampuan anak itu untuk mencuba melakukannya. Jika anak itu ingin mencuba biarkan anak melakukannya asalkan mengikut kemampuannya. Apa yang berlaku apabila seorang anak itu , berasa dirinya mampu melakukan, ia akan menimbulkan rasa yakin diri dan rasa dirinya dihargai. Anak yang dilatih berdikari akan menjadi orang yang kuat jiwanya dan dapat menyesuaikan diri dengan sebarang keadaan suasana dan tempat. Inilah cara membantu anak berakhlak mulia dan mempunyai emosi postif sekali gus merangsang kecerdasan mindanya.
Sebagai ibu bapa, kita perlu menghargai anak apabila mereka memberi pendapat. Apabila anak memberi pendapat, tidak bermakna dia melawan. Misalnya, ibu memberi arahan, “Pergi basuh kasut.” Anak berjawab, “ Mak boleh tak basuh kemudian.” Namun sikap segelintir ibu bapa beranggapan percakapan sebegitu sebagai ‘melawan’. Oleh itu, anda perlu faham apa yang dikatakan melawan atau apa yang dikatakan memberi pendapat. Ia adalah dua perkara yang berbeza. Apa yang kita nak didik anak ialah perlu diberi peluang untuk memberikan pendapat secara berhemah dan bagaimana hendak memberi pendapat secara sopan. Biasanya anak-anak akan marah apabila tidak diberi peluang untuk bercakap. Seharusnya ibu bapa menjelaskan dengan berkata, “Nanti adik, mama sedang dengar, tak perlu tinggikan suara. Mama hargai pendapat adik”. Jadi anak akan bercakap sopan apabila memberi pendapat, bukannya secara tengking atau melawan ibu bapa. Kebiasannya anak-anak berusia enam tahun sudah mulai menunjukkan sikap sebegini kerana mereka mulai mempunyai sifat ingin tahu yang tingggi dan berkebolehan berdikari.
Merangsang pemikiran anak melalui penjelasan yang berkaitan dengan diri anak. Penjelasan ini akan mengajar anak untuk berfikir sebab dan kesannya. Misalnya , jika anak sudah berpakaian cantik dan kemas, tetapi meminta kebenaran untuk bermain diluar rumah. Ibu bapa perlu menjelaskan bahawa dengan cara bermain diluar akan memberi kesan kotoran pada baju dan akan memberi tekanan kepada anak dan anda sendiri. Apa yang perlu ibu bapa didik kepada anak adalah memberi peluang kepada anak untuk faham situasi ini. Didik anak dengan komunikasi yang jelas supaya anak dapat berfikir, bukannya hanya mengikut kehendak anak semata-mata. Cara ini membantu anak untuk belajar membuat pertimbangan dan berdikari. Malah secara tidak langsung anak boleh berfikir dan mengetahui apa kesannya jika melakukan sebarang tindakan.
Setiap ibu bapa yang inginkan anak sempurna dan genius. Namun kita sepatutnya membuat anggapan sebegitu untuk anak. Ini kerana peranan kita sebagai ibu bapa belum tentu menjamin sempurna. Setiap anak mempunyai kekurangan dan kelebihan. Mungkin ada anak yang tidak cemerlang dalam akademik tetapi berjaya dalam bidang yang lain. Kebolehan dan potensi anak adalah berbeza. Jangan membandingkan setiap anak. Setiap anak yang dilahirkan mempunyai ptotensi diri yang harus ibu bapa gilap. Apa yang paling utama, bimbingan ibu bapa terhadap potensi anak-anak agar dikembangkan secara optimum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Salah satu tanda yang anak kita amat menyayangi kita (terutama golongan bapa kerana bapa jarang berada di rumah) adalah anak kita merindui kita.
Tanda anak merindui kita ialah:
1. Anak akan termenung (rasa kehilangan) 2. Anak akan bertanya di mana kita 3. Anak akan sentiasa memegang barang kepunyaan kita 4. Anak sentiasa merenung gambar kita 5. Anak akan segera berkejar ke pintu bila mendengar loceng pintu atau bunyikereta/motorsikal di halaman rumah kerana menyangka kita sudah balik ke rumah.
Cuba tanyakan keadaan anak ketika ketiadaan kita pada isteri atau pembantu rumah.
Apakah signifikasi kerinduan ini? Ini sebenarnya bermakna kita berjaya menunjukkan kasih dan sayang pada mereka, bukan rasa takut anak-anak pada kita.
Rindu seorang anak
Ramai yang cuba mengujudkan rasa takut anak-anak untuk mendapat rasa hormat, tanpa cuba memberikan kasih sayang.
Rasa takut juga perlu diwujudkan tetapi sepatutnya nisbahnya hanya sedikit dibandingkan dengan rasa kasih dan sayang.
Anak-anak yang sayang akan merindui kita. Anak-anak yang merindui kita akan mendoakan untuk kita bila kita sudah tiada.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.