Salah satu tanda yang anak kita amat menyayangi kita (terutama golongan bapa kerana bapa jarang berada di rumah) adalah anak kita merindui kita.
Tanda anak merindui kita ialah:
1. Anak akan termenung (rasa kehilangan) 2. Anak akan bertanya di mana kita 3. Anak akan sentiasa memegang barang kepunyaan kita 4. Anak sentiasa merenung gambar kita 5. Anak akan segera berkejar ke pintu bila mendengar loceng pintu atau bunyikereta/motorsikal di halaman rumah kerana menyangka kita sudah balik ke rumah.
Ads
Cuba tanyakan keadaan anak ketika ketiadaan kita pada isteri atau pembantu rumah.
Apakah signifikasi kerinduan ini? Ini sebenarnya bermakna kita berjaya menunjukkan kasih dan sayang pada mereka, bukan rasa takut anak-anak pada kita.
Rindu seorang anak
Ads
Ramai yang cuba mengujudkan rasa takut anak-anak untuk mendapat rasa hormat, tanpa cuba memberikan kasih sayang.
Pesan Imam Al-Ghazali..Jauhilah 6 perkara ini daripada anak perempuan.
Beberapa orang sahabat tanya saya, apakah bekal yang terbaik untuk seorang anak perempuan agar mereka beroleh kebahagiaan, pandai bawa diri, menyejukkan hati dan menjadi bakal isteri yang dicari-cari?
Perkara yang paling penting dalam hidup seorang anak perempuan ialah persekitaran yang baik, selamat, mawaddah dan penuh dengan mahabbah.
Pesan Nabi SAW :
عن أبي سعيد الخدري ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : « إياكم وخضراء الدمن » ، فقيل : يا رسول الله ، وما خضراء الدمن ؟ قال : « المرأة الحسناء في المنبت السوء »
Dari Abu Sa’id al Khudry radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Jauhilah khadhraaad diman.”
Mereka berkata, “Apakah khadhraaad diman wahai Rasulullah?”
Baginda bersabda, “Wanita cantik yang tumbuh dalam lingkungan buruk.”
Dalam hadith ini Rasulullah SAW menyatakan pentingnya background family seorang perempuan. Anak yang didik dengan kasar, bebas, persekitaran yang tidak sihat sangat memberi pengaruh kepada pembentukan karekter dan sifatnya.
Ingat baik-baik pesan Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal):
Jauhi anak perempuan dari 6 sifat ini:
1. Al-Annanah : Suka mengeluh dan malas.
Anak perempuan yang dimanjakan, banyak mengeluh dan suka mengadu. Buat-buat sakit, penat dan rasa terbeban dengan tugasan hariannya.
Berpura-pura sakit kerana malas, banyak tidur dan menghabiskan masanya dengan hiburan semata-mata.
Bekalkan anak-anak dengan ilmu agama, ilmu keduniaan, ilmu kehidupan, skill penting seperti masak, kemas rumah, menjaga kebersihan diri dan keluarga.
Ajari mereka cara hidup yang susah dan berdikari. Hadiahkan mereka dengan kata-kata semangat dan pujian bukan dalam bentuk meterial semata-mata.
Sentiasalah berdoa, sedekahkah al-Fatihah untuk roh mereka setiap malam dan ajari mereka lazimi surah al-Qadr untuk selamat dari maksiat.
2. Al-Mananah: Suka mengungkit-ngungkit
Setiap kebaikan yang dilakukan lalu disusuli dengan sikap mengungkit-ngungkit, akan menghilangkan pahala kebaikan.
Ajar anak untuk jadi seorang yang ikhlas dan redha dengan setiap usaha yang dilakukan.
Terapkan nilai afektif, nilai murni dalam kehidupan seharian. Ia melatih anak-anak melakukan rutin harian dengan penuh rasa tanggungjawab dan tidak rasa terbeban.
Disiplinkan mereka dengan jadual kehidupan yang teratur dari awal, jika sudah terlambat anak-anak akan mengatur kehidupannya dengan cara yang salah.
3. Al-Hananah : Merindui orang yang tidak sepatutnya.
Bahaya jika anak perempuan mula menaruh minat dan merindui seorang lelaki yang bukan pasangannya. Ia sedang menghampiri fitnah dan kerosakan. Rasa cinta, rindu dan suka itu tidak salah tapi mesti berada pada landasan yang betul.
Penting ibu ayah terapkan rasa malu pada anak-anak perempuan agar peribadi dan akhlaknya sentiasa terjaga.
4. Al-Haddaqah : Boros dan suka berbelanja.
Habit ini boleh mengundang kecenderungan lain yang lebih bahaya. Jika tidak dapat penuhi keinginannya kerana tidak mampu dan keluarga tidak berduit mungkin anak ini akan sanggup berhutang, mencuri dan meminta-minta.
Ajari anak cara berjimat cermat, membeli apa yang perlu dan tidak mengikut nafsu. Menjadi bebanan yang sangat berat pada ibu ayah dan juga suaminya jika sifat boros ini tidak dikawal dengan baik.
5. Al-Barraqah : Imam Al-Ghazali mentafsirkan perkataan ini dengan dua makna,
a) Melampau dalam berhias semata-mata untuk mendapat perhatian orang ramai.
Perbuatan ini mempunyai unsur maksiat dan mendatangkan dosa.
Sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah. Didik anak dengan sifat wasatiyyah iaitu bersederhana dari segala sudut. Sederhana ketika berhias dan berpakaian adalah lambang keindahan peribadi.
b) Bersifat selfish, pentingkan diri. Perumpamaan yang diberikan ialah menyembunyikan makanan yang sedap untuk dirinya dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain termasuk ahli keluarga atau suaminya.
6. Al-Syaddaqah : Banyak bercakap perkara yang sia-sia.
Lidah punca ke Neraka, juga punca ke syurga.
Latih anak-anak menggunakan bahasa yang sopan dan sedap didengar. Ibu ayah yang suka bergaduh depan anak-anak akan mempengaruhi perwatakan dan pemikiran anak.
Anak berubah menjadi ganas, menggunakan bahasa yang kasar dan melawan cakap kerana ia diserap melalui persekitaran dan cara didikannya. Jangan tunggu anak-anak dah jauh tersasar kerana kita tidak mampu lagi berhadapan dengan mereka.
Pastikan kawannya adalah orang yang baik dan boleh dipercayai, pastikan juga bahan bacaan anak-anak, web yang dilayari, idola anak-anak dan minat anak-anak. Semua itu akan mempengaruhi pemikiran dan karekter mereka.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk sahabat semua.
Kredit: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rezeki ini datang dengan pelbagai cara termasuk mempunyai majikan yang baik dan tidak berkira.
Begitulah bertuahnya pekerja di Ainaa Beauty yang dapat menunaikan umrah atas tajaan majikannya.
Siapa yang tidak kenal usahawanHafiz Mahamad dan isterinya Syafikah Aina yang sering berkongsi rezeki kepada pekerjanya.
Jarang majikan bersikap begini dan tidak berkira. Untungnya!
Menerusi Tiktok miliknya, Hafiz berkongsi saat indah itu apabila menyaksikan lebih 100 orang pekerjanya bakal menunaikan umrah. Katanya selain pekerja, dia turut membawa anak yatim dan orang kelainan upaya.
Apa yang menarik, mereka dalam satu kapal terbang! Semua adalah pekerja Ainaa Beauty!
Bila ada ibu ayah yang menyuap makanan ke mulut anaknya yang sudah dewasa, itu pun ada yang bercerita. Padahal banyak kebaikan dan kelebihan bila makan bersuap di dalam keluarga. Ianya bukan saja-saja dan bila ada tanggapan orang mengatakan ia sesuatu yang menggelikan, pelakon Jasmin Hamid berasa pelik dengan mereka yang menyifatkan begitu.
Ini kerana baru-baru ini pelakon drama Cukup Derita Itu ada berkongsi video di Instagram menyuapkan anak lelakinya Ian Haziq, 20 dan menerima pelbagai komen.
Jasmin menganggap orang yang mengecam tindakannya menyuapkan makanan ke mulut anaknya sebagai orang yang kurang kasih sayang dan ada masalah penyakit hati.
“Saya suap anak saya, bukan orang lain atau suami orang. Suap anak salah, tapi bila tengok girlfriend boyfriend bersuap -suap, SWEET pulak ya?
“Walaupun anak-anak saya dah beruban pun nanti, saya tetap akan suapkan diaorang selagi saya sihat.Tetap akan peluk cium diaorang..
“Ciuman dan belaian seorang ibu…anak-anak saya sikit pun tak malu dan tak rasa kekok bila saya suap dan cium mereka, walaupun depan orang.. sebab family kami dah di ajar untuk saling sayang menyayangi antara satu sama lain mengikut batasan,” ujarnya.
Selain itu Jasmin Hamid turun menyarankan agar ibu bapa ajarkan anak-anak erti kasih sayang dalam keluarga.
“Saya sendiri dah tak dapat lagi rasa suapan dan ciuman dari ibubapa saya. Rindu yang amat. Sebab tu kita sebagai ibubapa, ajarkan anak-anak kita erti kasih sayang pada ibubapa dan adik beradik..Doa pada Allah untuk semarakkan lagi kasih sayang antara kita anak beranak.
“Sedih tengok ramai family yang pecah belah sebab dari kecik, family tak pupuk rasa kasih sayang dan hormat menghormati antara anak beranak. Bila dah besar, buat hal masing-masing. Salam mak bapak pun, ambik syarat je.. Dengan adik-beradik pun, bertegur macam kawan-kawan je.
“Saya bersyukur sebab walaupun keluarga kecil saya tak kaya harta dunia tapi kaya dengan kasih sayang hingga saat ini. Moga ia berkekalan hingga jannah.
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...