Gelagat selebriti sorang ini sememangnya sering mengundang tawa ramai. Terbaru, pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein sekali lagi mencuri tumpuan apabila berkongsi sekeping video memotong rambut suaminya, Mohamad Azlan di rumah.
Video yang berdurasi 1 minit itu memaparkan gelagat suami isteri ini berada di laman rumah. Elly dalam kapsyennya bergurau kononnya tengan memotong rambut adiknya.
Elly dan Azlan mendirikan rumahtangga pada 18 Januari 2020. Kini, pasangan bahagia ini sedang menantikan zuriat mereka yang pertama memandangkan Elly kini sedang hamil lebih kurang 7 bulan.
Sebelum ini Elly pernah berkahwin dan memiliki seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi.
Melakukan kerja-kerja rumah bukanlah semudah yang disangkakan. Penatnya hanya Tuhan yang tahu.
Dari awal dinihari membawa ke tengah malam, urusan rumah tangga takkan pernah siap. Ketika meletakkan kepala dan tidur itulah waktu rehat buat seorang wanita bergelar suri rumah.
Bagi yang berkerja, keletihan berganda dirasai usai pulang dari kerja, perlu membereskan urusna rumah tangga.
Justeru, sebagai suami kena menghargai dan selalu ringan tulang membantu isteri membuat kerja rumah. Tidak perlu pakar seperti chef untuk memasak, memadai boleh menyediakan menu untuk hidangan seisi keluarga.
Atau jika tidak pandai memasak, boleh membantu isteri membasuh pakaian mahupun pinggan atau boleh juga mengemas.
Sebenarnya nak bahagiakan isteri yang penat bukanlah sesukar mana. Tidka perlu barangan mewah atau wang ringgit yang banyak. Tetapi pertolongan yang suami hulurkan adalah yang terbaik.
Shaza Baharuddin kongsikan 6 cara yang boleh para suami lakukan bagi meredakan tekanan isteri. Jom baca, moga bermanfaat untuk semua!
Catatan Shaza
Setiap isteri pasti merasa tertekan apatah lagi bagi mereka yang bekerjaya. Begitu juga dengan suri rumah yang terpaksa membuat pelbagai kerja seawal membuka mata sehinggalah ketika masuk tidur. Bak kata orang, kerja suri rumah tidak pernah habis.
Saya juga tidak terkecuali maka saya hasilkan buku bertajuk 99 Stress Free Wife. Buku yang menceritakan kisah-kisah geram dengan kerenah suami namun di sebaliknya ada pengajaran yang tersirat. Namun perlu diingati, suami tetap perlu dihormati. Stress ala-ala manja sahajakan.
Bila isteri tertekan, apa yang perlu suami lakukan? Ada pelbagai cara suami boleh meredakan tekanan isteri, antaranya ialah :
1. Bawalah isteri berjalan-jalan. Sekali seminggu apa salahnya. Pergi ke tasik, tengok wayang, bawa pergi berkelah, kalau tiada bajet ajak ke pasar malam pun sudah menggembirakan hati isteri. Jika ada duit lebih, setiap dua bulan duduklah di hotel, bak kata orang berhoneymoon.
2. Jika berkesempatan suami bawalah anak-anak ke taman pada waktu petang. Main bola dengan anak-anak. Temani anak-anak perempuan bermain buaian. Berikan masa untuk isteri berehat, ‘me time’. Biarkan si isteri melayan perasaan menonton drama di waktu petang.
3. Bawa berbincang dengan suami apabila ada isu. Jangan biarkan isteri memendam rasa. Tadahkan telinga mendengar celoteh dan bebelan isteri tentang kenakalan anak-anak. Tetapi, janganlah pula ikut sama membawang dengan isteri.
4. Tolong kerja-kerja isteri. Cuci pinggan, jaga anak, kemas meja dan sebagainya. Musim hujan ni apa kata tawarkan diri pergi ke kedai dobi untuk membasuh baju. Ala, buatlah apa-apa kerja di rumah pun, isteri pasti suka.
5. Mohon pada suami jangan bawa masalah kerja ke rumah. Rumah adalah tempat berehat. Ceriakan isteri. Biar dia gembira dengan kepulangan suami. Sentiasa bergurau dengan isteri, buat lawak walaupun punchline hampeh.
6. Berilah isteri rehat seminggu sekali. Bagi isteri off day untuk sehari. Bawa dan belanja isteri makan di luar. Tanyalah selera isteri.
Sebenarnya banyak cara seorang suami boleh membahagiakan isterinya. Hargailah pasangan ketika mereka masih ada. Kita berkahwin untuk bahagia, bukannya untuk menderita.
Seorang isteri yang baik tentunya membantu meringankan beban suami, menenteramkan, menenangkan dan bergerak mengikuti langkah suaminya.
Ketika sang suami mengalami kelelahan, tentunya suami akan akan datang kepada isterinya untuk mendapatkan ketenangan. Seorang isteri memberikan impak yang begitu besar terhadap kelangsungan hidup dalam kehidupan berumah tangga.
Menjadi isteri bukanlah ‘tugas’ yang mudah khususnya untuk menjadi seorang isteri yang hebat.
Namun apabila anda melakukan 14 perkara ini, maka suami anda tahu bahawa sesungguhnya dia mempunyai isteri terbaik di dunia. Ayuh semak senarai berikut.
Anda Gembira Dengan Kejayaan Si Dia
Ketika si dia gembira kerana prestasinya, anda juga turut bahagia. Anda tahu anda isteri yang istimewa apabila anda sama gembira melihat kejayaan suami anda.
Anda Menonton Filem Kegemarannya Berulangkali
Anda sudah menonton berjuta kali filem kegemarannya namun anda tetap tidak pernah jemu. Bonusnya ialah bila anda tertawa pada saat yang tepat.
Anda Mendahulukan Si Dia
Si dia nombor satu dalam hidup anda. Anda memastikan karier dan hobi anda tidak lebih penting daripada dia. Tidak ada orang yang lebih anda utamakan.
Anda Suka Melakukan Beberapa Hal Sendiri
Hanya kerana si dia yang anda utamakan ini bukan bermakna anda hanya berkepit dengan si dia semata-mata. Walaupun anda lebih suka berada dekat dengannya, anda tidak keberatan menyendiri dan membiarkan si dia menyendiri kerana masing-masing memerlukan waktu untuk berseorangan.
Anda Memasak Makanan Kegemarannya
Walau anda tidak suka dengan makanan kegemarannya namun anda tetap memasak makanan kegemarannya untuk menunjukkan bahawa anda tahu apa yang si dia sukai dan anda ingin melakukan perkara-perkara yang menyenangkan hatinya.
Anda Membuat Si Dia Tertawa
Anda isteri terbaik di dunia jika tahu khalimat apa yang akan membuatkan si dia tertawa atau bagaimana membuat si dia tersenyum hanya dengan satu kilas pandangan.
Anda Menyimpan Rahsianya
Jika suami anda merasa kurang selesa apabila anda mahu berkongsi rahsia dengan orang lain, maka anda tidak akan melakukannya. Suami anda berkongsi rahsia dengan anda kerana dia amat mempercayai anda.
Anda Selesa Dengan Rakan-rakannya
Anda sedar bahawa suami anda sudah mengenal teman-temannya sebelum mengenal anda. Jadi anda tidak keberatan jika suami anda ingin keluar menghabiskan masa bersama.
Anda Membuatkan Si Dia Terasa Diperlukan
Walaupun anda mampu melakukannya sendiri namun anda tetap mahu meminta si dia melakukannya untuk anda. Dengan cara ini si dia akan rasa amat diperlukan oleh isterinya.
Anda Meninggalkan Catatan Buat Si Dia
Isteri yang baik memastikan suaminya tahu bahawa dia dicintai. Nota kecil di dalam begnya sudah cukup membayangkan betapa hangatnya cinta anda kepada si dia.
Anda Berdoa Untuk Si Dia
Ketika berdoa selepas solat, anda tidak lupa untuk mendoakan yang terbaik buat suami anda. Anda memohon hanya yang terbaik buat suami anda. Ia sebenarnya lebih menghangatkan lagi hubungan anda dengan pasangan secara spiritual.
Anda Berusaha Keras Membuatkan Perkahwinan Anda Harmoni
Tidak peduli apapun yang terjadi, anda berusaha untuk mempertahankan perkahwinan yang telah dibina. Jika saatnya hubungan terasa hambar, anda segera mengambil tindakan bagi mengharmonikan semula kemesraan suami isteri.
Sumber: www.karangkraf.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.