Elok je kita letak gula dalam bekas, ehhh sempat pula semut mai datang hurung. Dah tu, boleh pula dia masuk dalam bekas tu tah celah mana tah masuk, padahal bekas dah cukup rapat dah!
Tapi, boleh ke guna lagi gula yang dah dimasuki semut tu?
Menurut buku 501 Persoalan Fikah Wanita oleh Zawiah Hassan, gula yang dimasuki semut masih suci. Cuma, kita perlulah membuang semut-semut itu terlebih dahulu.
Dari sudut kesihatan pula, ia bergantung kepada kuantiti dan jenis semut yang menghurung gula tersebut. Kebanyakan jenis semut tidak memudaratkan kerana ia adalah haiwan yang tidak berdarah. Malah sesetengah budaya mengamalkan tabiat memakan semut sebagai snek. (*Tapi, dalam Islam kita tak boleh makan semut kecuali tak sengaja.)
Maka, sekiranya semut tidak terlalu banyak, bolehlah diusahakan untuk memisahkannya agar gula tersebut masih boleh digunakan. Mari cuba tips dan petua halau semut dalam bekas gula yang mudah dan berkesan ini.
Ads
PETUA MUDAH HALAU SEMUT DALAM GULA
Cara-caranya:
1. Letak beberapa batang kulit kayu manis. (Semut tak suka bau kulit kayu manis ni, laju dia lari ajak geng)
Ads
2.Selepas 1 jam semut semut tadi hilang dari radar. Selamat mencuba!
Ada orang punyalah susah nak tanam pokok pandan tapi tidak dinafikan ramai juga bukan sepokok dua berjaya ditanam, bahkan dijadikan lanskap menarik untuk kediaman.
Oleh itu, buat yang masih belum berjaya menanam pokok pandan ini, apa kata baca dulu perkongsian tip daripada Jue Jerry ini. Jom semak.
Tips nak bagi pokok pandan yang tanam dalam pasu gemuk...sebab kat rumah ni x de tanah..semua bersimen. Jugak untuk elakkan ular..sebab ular suka dok dekat perdu pandan yang rimbun
Tip 1
Tinggalkan dalam pasu 1 atau 2 pokok sahaja pada satu2 masa..jangan lebih.
Tip 2
Anak pokok yang naik banyak-banyak dalam pasu tu boleh keluarkan dan masukkan dalam air mcm pic kanan tu…pun boleh hidup.
Tip 3
Boleh bagi dekat jiran atau kawan-kawan yang tak dak pokok pandan kat rumah… depa boleh terus tanam ja sebab memang keluar akar banyak bila rendam dalam air…insyaallah hidup..atau nk biar mcm tu pun ok…sendiri guna (tukar air kerap utk elakkan jentik2)
Ekstra info : Saya letak kat dapur yang dalam air tu…mewangikan dapur jugak,lipas pun tak berani datang.
Selain itu, melalui perkongsian daripada Rashidah Marzuki pula, dia menanam pokok pandan selain untuk kegunaan dalam masakan malah tanaman pandan turut dijadikan sebagai pokok hiasan di kediamannya.
Untuk itu, dia turut berkongsi beberapa keping gambar untuk warganet ‘cuci mata‘ dan memberi ilham berkenaan tanaman pandan.
”Cerita pasal pandan wangi…akak tanam dalam perbagai pasu dan polibag..untuk jadikan lanskap di rumah, utk letak di bilik air dan yang penting senang nak ambil bila di perlukan….”
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Gambar 4
Gambar 5
Gambar 6
Kalau nak diikutkan, memang banyak sungguh pokok pandan di rumah puan Rashidah ni kan…Bolehlah kita pula praktiskannya. Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Telur selain berkhasiat untuk dimakan umumnya tahu bahagian putihnya sering digunakan di dalam penjagaan wajah agar kulit lebih mulus. Ini sebagaimana yang dikongsikan di dalam Petua Ibu dan bolehlah diamalkan untuk tujuan menghilangkan bintik hitam di wajah dan begitu juga dengan perkongsian daripada Adrizq Radiance Serum yang juga menggunakan antara bahan utamanya putih telur untuk tujuan melicinkan kulit wajah.
Namun, jika ada diantara kita yang tidak selesa dengan bau hanyir telur tersebut, ada baiknya mencuba petua yang turut dipaparkan di sini. Nak tahu lanjut jom semak satu persatu.
Menghilangkan bintik hitam
Bahan-bahan:
Kunyit hidup
Beras yang direndam
Air limau nipis
Putih telur
Cara buat :
Adunan yang telah siap! Ready untuk disapu di muka dan tunggu sehingga kering. Bila dah kering, bilas dgn air suam.
Melicinkan wajah
Manakala petua yang dikongsi oleh Adrizq Radiance Serum dalam penjagaan kecantikan dengan menggunakan telur lebih kepada bertujuan untuk melicinkan wajah. Ini katanya.
“Assalamualaikum. Sapa pernah buat petua ni untuk Licinkan kulit wajah. Cara dia mudah jer. Hanya guna putih telur.
(Telur kuning tu jangan buang buat goreng kepit dalam roti with mayo & sayur pun bagus. Lagi pun telur kuning bagus untuk kesihatan jantung.)
Okay putih telur tu sapu kat seluruh wajah. Biarkan kering selama 1 jam. Time ni kalau boleh toksah dok cakap..diam jer tau Selepas 1 jam boleh lah basuh muka. Nak guna air suam atau air biasa pun boleh. Buat 2 kali seminggu Best sangat boleh licinkan kulit muka. Tak caya kena buat. ”
Sumber : Adrizq Radiance Serum
Selian menggunakan telur, tidak dinafikan dalam penjagaan wajah kita juga boleh menggunakan bahan-bahan lain yang sedia ada di dapur kita. Petua dan amalan penjagaan kecantikan secara alami ini telah lama dipraktikkan dan ternyata ramai juga antara kita berpuas hati dan mendapat kesan yang diingini.
Untuk itu, jom kita detailkan lagi apakah bahan-bahan yang boleg kita gunakan untuk penjagaan kecantikan ini.
TOMATO
Ambil sebiji buah tomato merah, belah dua dan potong kecil-kecil atau lenyek sedikit kalau anda nak keluarkan air tomato itu seperti masker.
Selepas itu sapu seluruh wajah seperti membuat mask dan biarkan selama 10 minit bagi tomato itu serap dalam kulit anda. Jangan lupa bilas dengan air suam dan anda akan nampak hasilnya
Info : Dikatakan tomato dapat memudarkan bintik-bintik hitam pada wajah anda dan dapat kembalikan kulit yang kusam menjadi berseri-seri.
YOGURT ASLI & MADU
Caranya mudah, ambil yogurt asli campur dengan madu 1 sudu kecil. Selepas itu sapu seluruh wajah anda dan biarkan sampai kering atau beberapa minit. Kemudian, bilas dengan air suam. Anda akan rasa kehangatan kulit yang lembut seperti bayi.
Info : Jika mahukan kulit wajah lebih lembab gunakan yogurt adalah terbaik.
SODA BIKARBONAT
Caranya ambil 1 sudu soda bikarbonat dan sapukan pada kulit bermasalah. Biarkan selama mana anda nak dan anda akan nampak kesan dalam masa 3 hari. Selepas 3 hari jerawat anda makin mengecil dan hilangkan kesan-kesan parut jerawat dengan sedikit demi sedikit.
Info : Untuk kecutkan jerawat atau hilangkan kesan-kesan parut jerawat gunakan ini.
UNCANG TEH
Untuk hilangkan sembab di bawah mata atau kulit bawah mata seperti lebam. Caranya ambil 2 uncang teh hijau dan rendamkan kedalam air panas. Kemudian biarkan sejuk sedikit uncang teh hijau dan selepas itu letak pada bawah mata sebelah kanan dan kiri. Untuk nampakkan lebih berkesan anda mestilah kena rajin, iaitu paling kurang 1 minggu 3 kali dan anda akan nampak kesan dia dengan secara tidak langsung.
Info : Boleh hilangkan sembab di bawah mata atau kulit bawah mata seperti lebam
Sumber: Balqis AR. Pengamal Kecantikan & The Vocket
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan calang-calang wanita bergelar isteri yang sanggup berkorban, melepaskan suami yang disayangi demi berkhidmat untuk negara. Itulah pPengorbanan seorang isteri anggota beruniform terpaksa berjauhan dengan suami tersayang yangterpaksa bertugas di kejauhan.
Dalam satu perkongsian pengacara terkenal, Dayah memuat nak sekeping gambar dengan kapsyen yang mengundang sebak warganet.
Dia berkongsi cerita bakal melahirkan anak sulungnya tanpa suami disisi. Hal ini disebabkan suaminya, kapten Hanif Hamidi sedang bertugas di luar negara dan terpisah buat sementara waktu berikutan sekatan sempadan disebabkan pendemik Covid-19.
Demi melepaskan kerinduan pada suami yang terpisah beribu batu, Dayah telah menyunting gambarnya yang sedang duduk di sebuah pangkin sambil menatap sosok suaminya yang berada di hadapan.
Perjuangan ini bukan milikku sahaja,
bukan juga milik kamu,
tapi milik kita bertiga ….
Dalam kejauhan dan perjalanan panjang yang tidak terduga, dari awal kehamilan hingga sudah hampir sampai ke penghujungnya, disini kita. Masih tidak dapat menatap mata, tak berpeluang merasa hebatnya pergerakan si kecil dengan sentuhan seperti yang diimpikan, tetapi percayalah, pasti besar rahsia hikmah dan ganjaran yang Allah sediakan Sehingga waktu kita bertemu kembali dengan anugerah terindah, in sha Allah.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...