“Alami Trigger Finger, Anak gelar Jari Spiderman.” Enam Minggu Bakal Bersalin, Dr Halina Kongsi Suami Banyak Bantu!

Share

Pasangan sama cantik sama padan ini berdebar menantikan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka. Lebih istimewa lagi, si kecil yang bakal lahir tak lama lagi adalah kembar sepasang.

Justeru, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr Halina berharap segala urusan kelahiran anak kembar mereka tidak lama lagi dipermudahkan Tuhan.

Menerusi perkongsian terbarunya di laman instagram, Dr Halina memberitahu berat anak dalam kandungannya kini sudah mencecah 3.0 kilogram (KG).

“Sekarang sudah masuk minggu ke 31, kembar masing-masing berat mencecah 1.5kg. Secara total 3.0 kg untuk kedua-duanya.

“Perkembangan itu bagus untuk mereka tetap tidak berapa baik untuk bahagian belakang dan pinggul saya.

“Masalah terbaharu saya kini adalah saya mengalami trigger finger. Hahaha, anak-anak lelaki saya menggelarkannya sebagai jari spiderman.


“Saya sudah berehat dari kerja, suami saya sangat-sangat membantu. Saya tidak tahu apa akan saya lakukan untuk mengharungi semua ini jika dia tiada di sisi.

“Lagi enam minggu dan kami akan bertemu dengan cahaya mata kami. Enam minggu lagi, kami akan menjadi ibu bapa kepada enam orang anak.

“InshaAllah, doakan segalanya dipermudahkan buat kami sekeluarga,” tulisnya di kapsyen.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club https://t.me/keluargagaderclub

 

IKLAN