Tiada yang lebih menggembirakan buat pelakon, Fikry Ibrahim usai mengetahui ibunya kini telah pun menunjukkan tanda-tanda positif selepas disahkan positif Covid-19 sejak beberapa hari lalu.
Mengucapkan rasa syukur dengan keadaan ibunya, pelakon drama Kerana Dia Suka memberitahu bacaan oksigen ibunya juga telah pun kembali ke paras normal iaitu 98 peratus.
“Alhamdulillah. Berkat doa semua, doktor memaklumkan tahap oksigen mak kembali pada 98 peratus.
“Terima kasih atas doa dan perkongsian. Sangat saya hargai,” tulisnya menerusi kapsyennya di Instagram.
Dia dalam pada itu turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah memanjatkan doa semoga ibunya itu dapat kembali sembuh seperti sedia kala.Menjengah ke ruangan komen, raksn artis serta warganet turut menzahirkan rasa syukur serta menitipkan doa yang baik-baik buat ibu kepada pelakon asal Jitra, Kedah ini.
Di saat kita sedang bergembira untuk menyambut Hari Raya yang kian menjelang, ada juga yang sedang berduka kerana hari ini dikejutkan dengan berita penyanyi Rohana Jalil yang sedang tenat di ICU.
Memetik laporan Berita Harian, rakan baik kepada penyanyi era 1980-an, Datin Salwa Abdul Rahman mengesahkan bahawa Rohana telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) sejak semalam tanpa mengetahui penyakit.
Menurut Datin Salwa juga, doktor masih menjalankan pemeriksaan serta pemantauan rapi terhadap penyakit yang dihadapi penyanyi itu sedangkan dia tidak pernah mengalami penyakit yang serius sebelum ini.
Dalam masa yang sama, Datin Salwa turut memberitahu tentang kronologi insiden yang berlaku terhadap Rohana Jalil sebelum dimasukkan di ICU.
“Jaafar Onn ada menunjukkan gambarnya bersama Rohana ketika mengadakan persembahan di Plaza Shah Alam pada Ahad lalu. Bagaimanapun, Jaafar beritahu ketika sedang menyanyi, Rohana tidak boleh berdiri secara tiba-tiba.
“Rohana nak duduk dan terus berada dalam keadaan lemah. Saya memang terkejut kerana mengenalinya, Rohana seorang yang aktif dan jarang sakit. Semalam, saya mendapat khabar keadaan Rohana kritikal dalam ICU dengan penyakit yang belum diketahui,” ujarnya.
Meskipun dalam keadaan terkejut, Datin Salwa juga menjelaskan tentang keadaan Rohana yang lemah dan terpaksa menggunakan bantuan oksigen untuk bernafas. Dalam keadaan ini, anak-anak Rohana dikatakan cuba untuk merahsiakan perkara ini namun, mula berkongsi apabila keadaan ibunya semakin kritikal.
“Bagaimanapun, bila keadaan Rohana semakin kritikal, anak-anaknya mula berkongsi perkembangan kesihatan Rohana dan minta mendoakan kesembuhan.
“Pelawat tidak dibenarkan melawat Rohana, buat masa ini. Ini kerana Rohana masih dalam ICU dan bernafas menggunakan bantuan oksigen. Saya dengar Rohana sudah ada tindak balas sedikit, namun keadaannya masih lemah dan dalam pemantauan, semalam,” tambahnya lagi.
Sementara itu, Datin Salwa sempat berkongsi tentang perubahan fizikal Rohana yang kelihatan ketara namun tidak mengesyaki sebarang penyakit kerana aksinya yang masih aktif dan sentiasa cergas.
“Beberapa bulan lalu, saya dan Rohana berada di Brunei hampir sebulan. Saya tidak nampak Rohana alami apa-apa sakit sepanjang di sana. Saya percaya Rohana mengawal pemakanan demi menjaga kesihatan.
“Saya tidak bertanya kerana melihatnya sentiasa sihat dan cerdas, cuma fizikal kurus. Jadi, saya mohon kita sama-sama mendoakan Rohana kembali sembuh. Saya berhasrat melawat Rohana, cuma menunggu maklum balas anak-anaknya,” katanya.
Untuk rekod, Rohana Jalil atau nama sebenar Dara Abdul Jalil yang merupakan penyanyi kelahiran Kota Tinggi, Johor ini memulakan kerjayanya sejak usia 17 tahun pada tahun 1979. Selain itu, Rohana juga dikenali sebagai juara Bintang RTM 1980, sebelum dilamar syarikat rakaman, AB Records.
Sumber: Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Intan Najuwa hamil anak kedua, keluarga bakal bertambah empat orang. Lunara jadi kakak! Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh pelakon Datin Intan Najuwa menerusi Instagram miliknya sehingga mengundang keterujaan ramai.
Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, meluahkan rasa syukur apabila keluarga kecil yang dibina bersama suami tercinta kini bakal bertambah menjadi empat orang ahli. Dalam perkongsian tersebut, jelas terpancar kebahagiaan seorang ibu yang sekali lagi diberi kepercayaan untuk menggalas amanah membesarkan zuriat.
“Lunara akan menjadi kakak.
Keluarga kecil kami akan membesar.
Dan keluarga kami akan mempunyai empat orang ahli,” tulisnya ringkas namun penuh makna.
Dalam hantaran sama, pelakon drama Racun Rihanna itu turut memuat naik foto imbasan ultrasound bayi dalam kandungan sambil mendukung anak sulungnya, Imane Lunara. Momen tersebut cukup menyentuh hati seorang ibu memeluk anak pertama, dalam masa sama menanti kelahiran cahaya mata kedua.
Perkongsian Intan Najuwa hamil anak kedua itu segera mendapat perhatian peminat dan rakan selebriti. Ruangan komen dipenuhi ucapan tahniah serta doa agar kehamilan ini dipermudahkan sehingga saat melahirkan nanti.
Tidak kurang juga yang teruja melihat Lunara bakal bergelar kakak dalam usia yang masih kecil. Berita Intan Najuwa hamil anak kedua ini nyata membawa kegembiraan bukan sahaja kepada keluarga terdekat, malah para peminat yang mengikuti perjalanan hidupnya.
Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga bersama usahawan Ahmad Azraf pada Ogos 2023. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan, Imane Lunara pada 15 Disember 2024.
Kini, dalam tempoh tidak sampai dua tahun usia perkahwinan, mereka sekali lagi menerima rezeki zuriat. Pastinya kehadiran cahaya mata kedua selepas Intan Najuwa hamil anak kedua ini bakal menambah seri dan keceriaan dalam rumah tangga mereka.
Dalam sesebuah keluarga, kehadiran anak-anak bukan sekadar pelengkap, tetapi pengikat kasih sayang antara suami isteri. Setiap kehamilan membawa bersama harapan, doa dan impian baharu untuk masa depan yang lebih indah.
Semoga perjalanan Intan Najuwa hamil anak kedua kali ini berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Setiap fasa kehamilan pastinya hadir dengan cabaran tersendiri, namun ia juga dipenuhi momen manis yang tidak ternilai.
Tahniah buat Intan dan suami atas rezeki yang cukup bermakna ini. Keluarga kecil yang bakal membesar ini pastinya akan terus dihiasi dengan cinta dan kebahagiaan selepas berita Intan Najuwa hamil anak kedua ini dikongsikan kepada umum.
Ibu adalah seorang yang melahirkan dan membesarkan kita sewaktu kecil sehingga dewasa. Ibu juga tempat kita bermanja dan mengadu kasih kerana dengan ibu saja kita akan rasa selesa untuk meluah.
Dalam satu akaun tiktok Siolubis berasal dari Singapore yang mengisahkan anak beranak yang sangat akrab seperti seorang ‘bestfriend”. video-video mereka semuanya memaparkan sketsa yang pelbagai topik bersamanya ibunya, menerusi video yang mendapat sebanyak 1.2 juta tontonan
video tersebut menceritakan sketsa sekiranya anaknya itu meniru gaya ibunya. ibunya jadi anak, anaknya jadi seorang ibu.
VIDEO
Sporting betul ibunya melayan anaknya dalam membuat konten-konten di tiktok anaknya. Ramai yang tak kering gusi dengan gelagat dua beranak yang cukup menghiburkan diwaktu ‘stress’. Terus tak jadi nak stress!
Meninjau diruangan komen, warganet turut memuji dengan sikap ibunya yang rajin melayan karenah anaknya, ada juga yang menginspirasikan ibunya dengan apabila menjadi seorang ibu nanti, ingin jadi seperti ini.
Kebanyakan seorang ibu ramai yang mengimpikan dapat memberikan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya untuk anak mereka. Namun tak semua bernasib baik dapat memberikan perhatian yang lebih buat anaknya atas sebab tertentu.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.