Ingat lagi kejadian rumah terbakar awal tahun lalu di Kampung Alor Bakat, Bachok Kelantan yang memusnahkan dua buah kediaman? Tragedi tersebut mendapat perhatian ramai termasuklah Allahyarhamah Siti Sarah yang ingin menghadiahkan mereka rumah baru.
Baru-baru ini, di laman Instagram Shuib, dia ada memuat naik perkongsian meluahkan rasa gembira dapat menunaikan hajat isterinya itu untuk membina dua buah rumah baru buat keluarga yang terkesan akibat musibah kebakaran tersebut.
Menurut Shuib, ketika musibah itu berlaku, arwah isterinya antara individu yang paling bersemangat untuk membantu keluarga-keluarga hilang tempat berteduh.
Perkongsian yang dilakukan itu juga merupakan video lama yang memaparkan dirinya dan arwah Sarah menziarahi tapak perumahan yang musnah dijilat api. Di hujung ayat kapsyen perkongsian tersebut, Shuib sempat menulis ayat buat isterinya
Perkongsian Shuib itu mendapat perhatian umum dengan peroleh hampir 500k tontonan dan pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tumpang gembira serta mendoakan agar Shuib terus dimurahkan rezeki.
Ads
Terdahulu, insiden kebakaran tersebut telah berlaku di Kampung Alor Bakat, Bachok, Kelantan pada Februari sehingga menyebabkan dua buah keluarga hanya tinggal sehelai sepinggang.
Demi nyawa ratusan penumpang, seorang juruterbang sempat mendaratkan pesawat sebelum menemui ajal.
Siapa sangka, demi tanggungjawab yang digalas memastikan keselamatan penumpang, sanggup bertahan sehingga pesawat selamat mendarat.
Kejadian benar ini berlaku di negara jiran, Indonesia baru-baru ini telah meraih perhatian ramai.
Memetik laporan berita Detik, juruterbang sebuah pesawat dari syarikat penerbangan Indonesia, Citilink dilaporkan sempat melakukan pendaratan kecemasan di Bandara Juanda, sebelum dia dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.
Juruterbang tersebut yang sedang melakukan perjalanan Surabaya-Makassar dilaporkan meninggal dunia sebaik sahaja pesawat itu melakukan pendaratan kecemasan.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Sebelum itu, juruterbang berkenaan dilaporkan jatuh sakit ketika baru memulakan tugasan.
Menurut laporan rasmi dari Citilink, pesawat dengan nombor penerbangan QG 307 itu berlepas pada Khamis, 21 Julai 2022 pada pukul 6.00.
Namun, setelah 15 minit terbang di udara, pesawat kembali dan mendarat di Bandara Juanda kerana juruterbang mengalami masalah kesihatan secara kecemasan.
Selepas pesawat melakukan pendaratan cemas, juruterbang itu diuruskan oleh Pejabat Kesihatan Pelabuhan (KKP). KKP Kelas 1 Surabaya seterusnya melakukan pemeriksaan kesihatan rutin ke atas juruterbang berkenaan.
Difahamkan, setelah pemeriksaan dibuat, pegawai perubatan mendapati tiada denyutan nadi dari juruterbang itu.
Pemangku Ketua KKP Kelas 1 Surabaya, Dr Acub Zainal berkata, sebelum juruterbang Citilink itu meninggal dunia, dia sempat dikejarkan ke hospital dan doktor kemudian mengesahkan kematiannya.
Dr Acub juga memaklumkan bahawa pihaknya tidak dapat menentukan punca kematian juruterbang berkenaan
Kesetiaan dan kepercayaan adalah kunci kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Demi melihat orang yang disayangi hidup bahagia dan selesa, seorang isteri sanggup berkorban segalanya.
Pengorbanan seorang wanita yang bernama isteri dan ibu ini tidak terhitung nilainya. Mengandung, melahirkan, membesarkan dan mendidik anak-anak segalanya dilakukan tanpa berkeluh kesah sedikit pun.
Pengorbanan wanita bernama Datuk Seri Dr Wan Azizah ini bukan semua mampu melakukannya. Tolak ke tepi bab politik, namun sebagai isteri dan ibu dia telah melakukan yang terbaik usai suaminya dipenjarakan.
Anak-anak berjaya di bawah bimbingan dan didikannya. Bukan itu sahaja, mereka banyak mewarisi keperibadian ibu mereka ini baik dari segi penampilan mahupun pertuturan. Perkongsian dari Dr Syahr Musafir cukup menarik untuk dibaca tentang bagaimana keperiibadian Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai seorang ISTERI, IBU dan juga PEMIMPIN.
Moa bermanfaat untuk kaum wanita diluar sana dalam mencontohi wanita cekal ini.
Jarang-jarang sekali bersembang tentang politik, tetapi musim-musim PRU sebegini memang ‘kena’ sembang bab politik. Suka atau tak suka, kena ambil tahu. Setuju atau tak setuju, dengar dulu…
Satu hari isteri saya berseloroh, “Abang, Sayang baca artikel pasal bagusnya cara Tun Dr Siti Hasmah #TDSH bertanggungjawab check and balance kepada Tun Dr Mahathir #TunM yang selalu sibuk urus negara sejak join politik…”
Berperwatakan kering seperti biasa, saya sekadar memberi jawapan, “Betul dah tu. Bukan senang nak jadi isteri seorang Perdana Menteri #PM.”
Pendek jawapan saya. Memberi respon sekadar itu, tak menoleh ke arahnya pun.
Isteri saya diam. Suasana sunyi. Dan si dia masih diam walaupun selepas beberapa minit.
Pelik.
Saya rasa ada sesuatu yang tak kena, saya menyambung, “Bonda Tuan Sabariah #BTS isteri Tuan Guru Nik Aziz #TGNA pun bagus.”
Isteri saya diam juga.
Alahaiiiiii… Merajuk ke ni?
Saya pandang isteri, nampak isteri pandang ke lain. Sah! Memang sah merajuk.
Alamak, camne nak pujuk?
Saya pandang ke isteri, walaupun wajahnya tak memandang saya.
“Politic aside, Abang sangat selesa pada seorang isteri kepada seorang ahli politik Malaysia. Nak cerita sikit ni, nak dengar tak? Kalau tak nak dengar, Abang tak cerita…” saya memulakan bicara.
Isteri dah mula menoleh, walaupun baru sipi-sipi. Taktik memujuk berjaya!
Saya menyambung, “Ada tiga sebab, kenapa Abang rasa Datuk Seri Dr Wan Azizah #DSWA adalah contoh isteri yang baik.”
Isteri saya terus palingkan muka memandang tepat ke arah saya dan tunjuk minat. Confirm dia tak sangka saya nak cerita pasal DSWA, isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim #DSAI ini.
“Pertama, sebab tudung bawal DSWA. Tak tahu harganya berapa sehelai, mungkin beribu-ribu, mungkin hanya RM10, tetapi pakai bawal nampak sederhana dan rendah diri. Lengkap pula baju kurung atau kebarung ringkas yang selalu DSWA pakai, nampak merendah diri sangat.
Kedua, sebab kemenjadian anak-anak. Nurul Izzah, Nurul Nuha, Nurul Iman, Nurul Ilham, Nurul Hana, semua tampak solehah bertudung, educated, alhamdulillah. Ehsan Anwar pun OK. Sehebat manapun si ayah, si ibu adalah madrasah utama anak-anak. Apabila melihat anak-anak yang berjaya, kita kena puji ibu mereka dahulu, sebelum puji ayah mereka.
Ketiga, sebab DSWA lambang seorang isteri yang sangat-sangat setia…,” saya berhenti. Bukan sebab tarik nafas atau sengaja berhenti, tetapi sebab saya rasa sebak.
Isteri saya memandang tepat ke mata saya.
“Wanita mana sanggup bersuamikan seorang lelaki yang dituduh peliwat, satu dunia tahu isu ini, dicemuh, dihina, dipenjarakan, diperkatakan…. Tetapi DSWA tetap ada di situ. Daripada seorang oftalmologis (doktor pakar mata) menjadi seorang ahli politik menubuhkan sebuah parti politik kerana mahu membela nasib suami. Abang tak tahu dari mana DSWA dapat kekuatan untuk PERCAYA pada suaminya itu dan KUAT berusaha untuk mencari keadilan buat suami. Abang tak nak cerita pasal DSWA hebat atau lemah dari segi percaturan politik, tetapi Abang memang admire dan amaze dengan KESETIAANNYA SEBAGAI ISTERI KEPADA SUAMI. Unbelievable, but true.”
Isteri masih pandang mata saya, saya menyambung dengan kata-kata tersekat, “Abang doa Sayang isteri Abang yang akan setia, percaya dan sokong Abang walaupun JIKA ada suatu hari nanti Abang difitnah, dihina, dibuang, atau apa saja berlaku, Sayang tetap percaya pada kejujuran Abang sebagai seorang suami dan sebagai seorang manusia.”
Rasa sebak tadi berpindah menjadi titisan berkaca di kelopak mata. Subhanallah. Jika tadi hanya nak pujuk, kini sudah bertukar jadi sesi luah rasa antara suami dan isterinya.
Percayalah, Datuk Seri Wan Azizah memang ikon isteri setia sepanjang zaman. Just imagine how strong she has been…. Ingat senang ke nak stay strong bilamana suami dalam penjara dan seluruh Malaysia mempersoalkan apa, bila, di mana bla bla bla atas segala pancaroba yang berlaku? Dengan nak urus anak lagi. Fuh! SUSAH. But she has always been there by his husband’s side.
Moga setiamu hingga ke syurga…
Isteri saya kembali tersenyum, bukan sebab isteri saya suka tudung bawal dan bukan sebab isteri saya jual tudung bawal #ZawjahHijab, tetapi sebab suaminya ini bersembang dengannya. Terapi seorang isteri tak semestinya belikannya hadiah, tetapi memadai apabila suaminya melayan perbualan bersamanya. #TipsMemikatHatiIsteri
Taktik memujuk selesai dan berjaya, tetapi bukan sekadar taktik kosong sebab suami ini pun rasa terisi minda dan hati daripada perbualan tadi… Alhamdulillah.
Hari ini pasca-PRU14, lambat betul angkat sumpah PM baru, saya berseloroh kepada isteri, “Kalau DSWA yang jadi PM baru, memang betul-betul sejarah tercipta sebab ubah kerajaan selepas 60 tahun dan PM wanita pertama selepas 60 tahun. Heheh…”
Disclaimer: Ini bukan post politik, ini post pasal suami isteri. Terima kasih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tertarik dengan kata-kata Prof Muhaya “wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami. Sebab hidup seorang wanita yang bergelar isteri adalah mengikut acuan suaminya.
Bak kata perumpamaan, isteri adalah cerminan suami. Bagaimana baik didikan sang suami, itu yang akan ditonjolkan oleh si isteri. Begitu juga sebaliknya.
Kerana itu, menjadi tanggung jawab suami untuk memberikan ilmu agama yang cukup buat isteri dan anak-anak. Bukan sekadar menyediakan nafkah zahir batin dan juga membantu urusan rumah tangga dan sebagainya.
Perkongsian dari aktor terkenal Mustapha Kamal ini wajar dijadikan panduan buat pasangan suami isteri dalam melayari alam rumah tangga. Ringkas namun cukup padat dan bermakna bagi kita semua.
Cantik suamimu , cantiklah kamu . Elok suamimu , eloklah kamu . Beriman suamimu maka berimanlah kamu . Ahli syurga suamimu maka kamu jua ahli syurga . Begitu jua sebaliknya.
Wahai sang suami , jika kamu merasa isterimu sangat leceh , menyusahkan , keras kepala atau sebagainya . Maka , itulah diri kamu sendiri sebenarnya . Kamu yang telah mengajar , membentuk dan menyebabkan dia menjadi seperti itu .
” Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah , tapi lelaki yang mengahwini wanita biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah ” .
Guru wanita trauma disamun tiga lelaki bersenjata parang di sebuah taska. Seorang guru wanita berdepan detik mencemaskan apabila menjadi mangsa rompakan oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Tali Air 11, Pasir Panjang pada pagi Isnin.